*11*
Kuat harap, takut, cinta seseorang itu pada Allah,
akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Jika salah satu daripada tiga ini tiada,
seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat,
sekalipun dia seorang yang alim.
*12*
Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan ialah:
Manusia selalu mengucapkan,
"Saya ikhlas ni."
Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati, malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah,
hanya Allah saja yang tahu.
Oleh kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui.
*13*
Orang yang ikhlas, mengamalkan agama setiap masa kerana Allah menghendaki demikian.
Orang yang tidak ikhlas, mengamalkan setelah terdesak,
setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.
*14*
Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
hingga terasa malu memilikinya.
Tapi anugerah Tuhan kenalah terima,
kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya.
Dengan itu kita akan selamat dari berbangga,
terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.
*15*
Rasa kehambaan itu bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana,
kerana kita di mana-mana tetap saja hamba,
agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah, ujub dan lupa daratan.
No comments:
Post a Comment