Pramugari

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


subhanallah..tolong sebarkan..:) dri Ustaz Bashir

Sebahagian Nasihat Dakwah oleh HAMKA


▫Dakwah itu membina bukan menghina.

▫Dakwah itu mendidik bukan mengherdik.

▫Dakwah itu mengubati bukan menyakiti

▫Dakwah itu mengukuhkan bukan meruntuhkan.

▫Dakwah itu saling menguatkan bukan saling melemahkan.

▫Dakwah itu saling belajar bukan saling bertengkar.

▫Dakwah itu menasihati  bukan mencaci menyakiti 

▫Dakwah itu mengajak bersabar bukan mengajak bercakar.

▫Dakwah itu bergerak cepat bukan sibuk berdebat.

▫Dakwah itu realistis bukan fantastis.

▫Dakwah itu mencerdaskan bukan membodohkan.

▫Dakwah itu berlumba dalam kebaikan bukan berlomba dalam  menjatuhkan.

▫Dakwah itu menghadapi ummat bukan membelakangi ummat.

▫Dakwah itu mengatasi keadaan bukan meratapi keadaan.

▫Dakwah itu pandai memikat, bukan mahir mengumpat.

▫Dakwah itu mengali kebaikan bukan mengorek kesalahan.

▫Dakwah itu menutup aib dan memperbaikinya, bukan mencari2 aib dan menyebarkannya.

▫Dakwah itu membina keyakinan bukan menimbulkan keraguan.

▫Dakwah itu memberi senyum manis bukan memberi senyuman sinis

▫Dakwah itu menyatukan kekuatan bukan memecah belah barisan.

▫Dakwah itu siap menghadapi musuh bukan selalu mencari musuh.

▫Dakwah itu mencari teman bukan mencari lawan.

▫Dakwah itu mendekati kebenaran bukan mendekati kesesatan

▫Dakwah itu berjemaah bukan bersendirian.

▫Dakwah itu membina kesatuan hati bukan merosakkan kesatuan hati

▫Dakwah itu kita mengatakan: ' kami sayang kamu' bukan  'kami benci kamu'

▫Dakwah itu dengan 'belanja sendiri' bukan ' disponsori'

▫Dakwah itu 'habis berapa' bukan 'dapat berapa.

▫Dakwah itu memanggil bukan dipanggil

▫Dakwah itu Saling mengislah bukan saling menyalah

▫Dakwah itu dengan
 cara Nabi bukan dengan cara sendiri

Tauhid

Syeikh Nawawi al-Bantani al-Syafi'i menyatakan:
"Barangsiapa meninggalkan empat kalimah ini (tidak menanyakan kalimah tersebut tentang zat Allah) maka sempurnalah keimanannya iaitu; 

di mana..? 
bagaimana..?
bila..? dan 
berapa..?,

1. Jika seseorang berkata kepada anda: Di mana Allah? 

Maka jawablah:

Dia ada tanpa tempat dan tidak terikat oleh waktu.

2. Jika dia berkata: Bagaimana Allah? Maka jawablah: Dia tidak menyerupai suatu apapun daripada makhlukNya.

3. Jika dia berkata: Bila Allah ada? Maka jawablah: Dia Allah al-Awwal : ada tanpa permulaan (tiada yang menciptakan Allah daripada tiada kepada ada) dan Dia al-Akhir : ada tanpa penghabisan (tidak mati, punah ataupun binasa).

4. Jika dia berkata: Berapa Allah? Maka jawablah : Dia Allah Maha Esa tiada sekutu bagiNya, Dia Maha Esa bukan dari segi bilangan nombor yang bererti sedikit, tetapi dari segi bahawa tiada sekutu bagiNya dan tiada yang
menyerupaiNya. ”
(Kasyifah al-Saja Syarh Safinah al-Naja)

junaid

Assallamualaikum semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:
"Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".
Beliau berkata lagi:
"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".
💚

tentang menunjuk di media sosial

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. 

Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..

Jadikan group ini medan tazkirah..

Jadikan group ini medan maklumat..

Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Sumber: FB Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

Syaitan kuasai tubuh

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah
tersemai dan menyubur dalam diri
manusia. Ia berpunca daripada
keegoan manusia itu sendiri yang
lazimnya akan mudah hanyut
ketika dilimpahi kemewahan dan
kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan
kemewahan yang diperoleh adalah
kurniaan ALlah yang seharusnya
dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia
boleh digunakan untuk membantu
kesempitan hidup orang yang
memerlukan sama ada melalui
kewajipan berzakat atau
bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam
diri seseorang manusia yang
merasakan dia sudah memiliki
segala-galanya dalam hidup ini.
Mereka terlupa bahawa
kesenangan dan kenikmatan yang
dikurniakan itu boleh ditarik oleh
Allah pada bila-bila masa saja.
ALlah Taala berfirman yang
bermaksud: "Sesungguhnya Dia
tidak menyukai orang-orang yang
takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan
sahaja melalui perbuatan
merosakkan sesuatu yang menjadi
milik orang lain, tetapi juga
mengkhianati hidup orang lain
dengan tidak mematuhi sebarang
bentuk perjanjian, perkongsian
dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w.
selalu menasihati para sahabat
baginda agar menjauhkan diri
masing-masing daripada menjadi
golongan manusia yang dibenci
Allah, iaitu golongan yang tidak
suka diri mereka dinasihati atau
mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya
akan diikuti dengan rasa benci
dan dendam yang berpanjangan.
RasuluLlah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud:
"Hindarilah kamu daripada sifat
hasad kerana ia akan memakan
amalan kamu sebagaimana api
memakan kayu yang kering
" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya
akan lahir apabila seseorang
individu itu merasakan dirinya
sudah sempurna jika dibandingkan
dengan orang lain. Orang lain
dilihat terlalu kecil dan kerdil jika
dibandingkan dengan apa yang dia
miliki. Abu Umamah pernah
meriwayatkan bahawa RasuluLlah
s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud: "Tiga kelompok
manusia yang tidak boleh dihina
kecuali orang munafik iaitu orang
tua Muslim, orang yang berilmu
dan imam yang adil.'' (Riwayat
Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: "Jangan kamu
bersenang lenang dalam
kemewahan kerana sesungguhnya
hamba Allah itu bukan orang yang
bersenang-senang
sahaja.'' (Riwayat Abu Naim
daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan- angan
Islam adalah anti kemalasan.
Orang yang berat tulang untuk
berusaha bagi mencapai
kecemerlangan dalam hidup akan
dipandang hina oleh Allah dan
manusia. Mereka lebih gemar
berpeluk tubuh dan menyimpan
impian yang tinggi tetapi amat
malas berusaha untuk
memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh
orang lain melakukan sesuatu
kejahatan tanpa diselidiki terlebih
dulu amat dicela oleh Islam.
RasuluLlah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: ``Nanti akan ada
seseorang berkata kepada orang
ramai bahawa mereka sudah
rosak. Sesungguhnya orang yang
berkata itulah sebenarnya yang
telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

bila dah tua


* Renungan bila menjelang tua ...

🍳  *Bila kita tua* ...

Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.

🍳  *Bila kita tua* ... 

Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran TUHAN, utk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

🍳  *Bila kita tua* ... 

Jangan susahkan  diri memikirkan anak2 secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

🍳  *Bila kita tua* ...
 
Luangkan waktu  bersama rakan2 lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

🍳  *Bila kita tua* ...
 
Terimalah penyakit apa adanya.  Kerana Semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati

_*Kata2 nasihat*_

*"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan seperti duit siling, depan lain belakang lain"*.

Jangan ego jangan sombong.. kawan2 kita jg yg tolong urus mayat kita suatu hari nanti nanti..

Selamat menikmati masa hidup dengan bahagia ...

Keutamaan berlaku baik kpd anak perempuan


Telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri; Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Abu Bakr bahawa 'Urwah bin Az Zubair; Telah mengkhabarkan kepadanya bahawa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata; 

"Saya pernah dikunjungi oleh seorang wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan. Kemudian wanita tersebut meminta makanan kepada saya. 

Sayangnya, pada saat itu, saya sedang tidak mempunyai makanan kecuali sebiji kurma yang langsung saya berikan kepadanya.

Kemudian wanita itu menerimanya dengan senang hati dan membagikannya kepada dua orang anak perempuannya tanpa sedikit pun ia makan. Setelah itu, wanita tersebut bersama dua orang anak perempuannya pergi.

Tak lama kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam rumah. Lalu saya menceritakan kepada beliau tentang wanita dan kedua anak perempuannya itu. 

Mendengar cerita saya ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

''Barang siapa diuji dalam pengasuhan anak-anak perempuan, lalu ia dapat mengasuh mereka dengan baik, maka anak perempuannya itu akan menjadi penghalangnya dari api neraka kelak.''

[Hadith Riwayat Imam Muslim(No.4762)]

Sumber : telegram.me/Mujahidfillah

kisah sufi

Assallamualaikum semoga Allah merahmati.dan meredhai sahabat semua.Kemaafan jika kekhilafan disetiap perkongsian.Terima kasih atas segala ilmu.

*KISAH SUFI*

Suatu ketika seorang Sufi, Imam Tarmimi, membuat sehelai baju. Setelah siap dia sangat menyenangi baju barunya itu. Tetapi kerana terdesak terpaksa dia menjualnya. Ketika baju itu ditawarkan kepada pembeli dan diamati, ternyata di dalam ada cacat, ada bahagian yang robek. Maka, baju itu pun dikembalikan. Tidak diduga Imam Tarmimi menangis tersedu-sedu, sehingga pembeli itu terharu lalu berkata, "Janganlah bersedih tuan, baju itu tetap akan ku bayar." Mendengar teguran itu, Imam Tarmimi menjawab, "Apakah kamu kira aku menangis kerana baju itu? Tidak. Baju itu memang kesayanganku, dan kamu kembalikan kerana ada sedikit cacat. Tapi, akau menangis kerana teringat kepada amal-amalku sejak empat puluh tahun dahulu. Aku merasa khuatir dan takut jangan-jangan amal itu tidak diterima ALLAH akibat suatu kecacatan di sebab tidak ikhlas."
😭💚

 💛💚💜💙💖💚💜

Ya Allah, kami berlindung dari rasa riak, bongkak, sombong, lupa diri dan sifat menunjuk2. Engkau hadirkanlah kepada kami keikhlasan dalam hati kami. Engkau hadirkanlah kecintaan kami kepadaMu. Jgnlah Engkau biarkan kami lupa diri bila di jalanMu. Janganlah Engkau biarkan kami berasa pandai dgn ilmu2 kami. Sesungguhnya ilmu kami umpama setitik air di lautan yg amat luas. Semoga apa yg kami kongsikan dalam dunia maya ini, diberikan ganjaran olehMu ya Allah. Aamiin.

Nilai hatinya, bukan pakaiannya


Mungkin sahaja, kita tengok seseorang itu.
hina disisi masyarakat. Tpi hakikatnya dialah seorang yang lebih mulia di sisi Allah berbanding kita. 

Mungkin sahaja, kita tengok seseorang itu
Jauh daripada agama, tapi hakikatnya, dialah orang yang paling dekat dengan agama berbanding kita. 

Mungkin sahaja kita lihat dia miskin dari segi keduniaan, tapi bisa saja, dia salah seorang yang terkaya hal akhirat. 

Mungkin sahaja, sekarang kita lihat dirinya seorang kaki maksiat, siapa tahu, mungkin sahaja dia memperolehi penghujung yang baik. 

Mungkin sahaja seseorang itu nampak dekat dengan agama, tapi hakikatnya dia jauh daripada agama. 

Allah SWT tidak menilai orang dari sudut zahirnya termasuk pakaiannya......

TETAPI

Allah SWT menilai pada *HATI* seseorang... 

Hati yang baik akan membawa pelakuan yang baik bersesuaian dengan pemakaiannya (mengikut syariat).  

HATI yang baik, ia cinta kepada amalan baik. 
HATI yang lalai (mati) suka kepada amalan yang buruk. Didiklah hati menjadi manusia
yang suka kepada amalan yang baik. Mungkin kita sukar untuk membuat kebaikan, tetapi jangan pula kita benci orang lain hendak membuat kebaikan.

Jangan disebabkan amal amal soleh yang kita kerjakan membuatkan kita memandang diri kita lebih mulia serta tinggi berbanding orang lain, ingatlah, kita belum tahu apa dan bagaimana penghujung hidup KITA.

Masa depan kita telah dibeli oleh masa sekarang. Jadi, berhati-hati lah....

Walahu"alam

tentang menunjuk di media sosial

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. 

Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..

Jadikan group ini medan tazkirah..

Jadikan group ini medan maklumat..

Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Sumber: FB Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

KISAH SEORANG SAHABAT RASULLAH YG ISTIQAMAH BERJEMAAH.


1. Saidi shakban fastaqim jemaah di belakang nabi. Beliau menempuh perjalanan lebih kurang tiga jam ke masjid nabawi.
2. Suatu hari beliau tidak muncul berjemaah walaupun ditunggu baginda hingga lewat waktu. 
3. Rasulallah dan sahabat ke rumah beliau.
4. Baginda dimaklumkan bhw shakban telah meninggal dunia.
5. Nabi bertanya tentang wasiat shakban. Keluarga beritahu dengar ttp mrk tak faham
Shakban berwasiat:-
1.ALANGKAH BAIKNYA KALAU JAUH
2.ALANGKAH BAIKNYA KALAU.BARU
3.ALANGKAH BAIKNYA KALAU SEMUA

Rasulallah menterjemahkan wasiat shakban seperti berikut:-

1.Alangkah baiknya kalau semua = 
kata nabi ketika saidina shakban hampir meninggal  malaikat datang dan Allah tunjukkan pahala dia berjalan kaki ke masjid yang begitu banyak. Sebab itu beliau berkata alangkah baiknya kalau jauh.

2.Alangkah baiknya kalau baru = beliau pakai baju seheli baru di dalam dan sehelai buruk di luar kerana takut kotor.  Beliau sedekah baju buruknya kepada seorang fakir dalam perjalanan ke masjid. Allah tunjukkan pahala sedekahnya yg banyak sebab itulah beliau berkata alangkah.baiknya kalau baru.

3.Alangkah baiknya kalau kalau semua = setiap hari beliau membawa roti, di pertengahan jalan ke masjid beliau mensedekahkan separuhnya kepada fakir miskin yg kelaparan. Allah mengarahkan.malaikat menunjukkan pahala sedekahnya separuh roti itu yg begitu banyak. Sebab itulah saidina saaban berkata alangkah baiknya kalau semua.

Moralnya

1. Fastaqim shaaban sehingga ke liang lahat.
2. Kelebihan berjemaah
3. Kelebihan sedekah

Petikan ceramah Maulidurrasul mlm ini... 
15 R'Awwal 1438 bersamaan 15 Disember 2016

Dua beranak dan seekor keldai

Hari ini sy nak bercerita tentang dua beranak dan seekor keldai..

Dikisahkan oleh beberapa pencerita yang melibatkan dua beranak dengan seekor keldai, di mana tujuan dua beranak ini ialah mahu menguji tentang sikap manusia dalam melihat pelbagai keadaan dan peristiwa yang akan berlaku ke atas mereka, di mana mereka berdua pun memulakan perjalanan dengan melintasi..

Kampung A:-
Ketika mereka melintasi kampung A, sianak tengah menunggang keldai tersebut dan sibapa menonton atau menarik keldai tersebut dengan berjalan kaki, ketika penduduk kampung A melihat peristiwa tersebut, mereka mengherdik sianak, kenapa dia yang naik keldai dan membiarkan bapanya berjalan kaki, ini menunjukkan sikap anak derhaka dan tidak menghormati ibubapa.

Kampung B:-
Setelah melintasi kampung A, mereka menukar kedudukan pula, di mana sibapa pula yang menunggang keldai tersebut. Apabila mereka melintasi kampung B, penduduk di situ terus mengherdik sibapa pula, kenapa anak yang masih kecil lagi itu dibiarkan berjalan kaki sedangkan sibapa lebih besar daripada anak itu dan sepatutnya sianak yang menunggang keldai tersebut. Bapa yang tidak berhati perut.

Kampung C:-
Kini mereka berdua pula akan melintasi kampung C, kali ini dua beranak tersebut menunggang keldai tersebut, bila mana dilihat oleh penduduk kampung C, maka penduduk di situ terus mengherdik mereka berdua 'betapa teruknya dua beranak itu kerana menunggang berdua keldai yang kecil itu, mana mungkin keldai kecil itu boleh menanggung beban dua beranak tersebut', tiada berakal keduanya.

Kampung D:-
Pada kali ini mereka berdua tidak menunggang keldai tersebut dan hanya membiarkan keldai itu tanpa penunggang, namun apabila mereka melintasi kampung D mereka diherdik lagi oleh masyarakat di situ, kenapa mereka membiarkan keldai itu tidak ditunggangi, ada kemudahan tidak digunakan, tidak pandai menggunakan nikmat yang sedia ada.

Kampung E:-
Kampung E adalah kampung terakhir, pada kali ini dua beranak tersebut tidak menunggang, atau tidak juga membiarkan keldai tersebut berjalan sendirian, tetapi mereka memikul keldai tersebut. Apabila mereka melintasi kampung E mereka diherdik teruk dan dikatakan bodoh, kerana tidak menunggang keldai tersebut bahkan memikulnya pula, bukankah itu tindakan yang tidak masuk akal memikul keldai.

Di akhir ekspedisi dua beranak itu, lalu sibapa menjelaskan kepada anaknya, apa yang dilihat, didengar, dan dialami tadi merupakan sikap manusia yang tidak akan merasa senang dengan orang lain. Selain itu, manusia juga akan sentiasa mengata dan mengata, mengkritik dan terus mengkritik walau apa sahaja yang kau lakukan, sama ada berbentuk kebaikan atau sebaliknya.

Oleh itu, kita tidak heran dengan kedudukan msayarakat hari ini, mungkin mereka perlu maklumat, mahu memperbaiki, mahu membantu, mahu menegur dengan harapan berlaku sebarang perubahan. Oleh itu, kita kena positif dan berlapang dada kepada sesiapa sahaja kerana itu haknya untuk menegur, tapi biarlah bersopan, berbudi bahasa, ikhlas dan bukan berdasarkan ada kepentingan peribadi.

Hadis terunggul


Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata ia :

“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” 

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
*“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”*

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
*“Jangan menzalimi seseorang.”*

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
*"Banyakkan beristighfar.”*

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
*“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”*

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
*“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”*

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
*“Tutuplah keburukan orang lain.”*

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
*“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”*

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?” 

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
*"Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”*

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

*Baginda menjawab:*
*“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”*

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas antum sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi Shallallahu 'al aihi Wasallam  ini dengan orang lain.......

Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua. In syaa Allah..aamiinn.

hati seorang ibu


Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkah nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak. 

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar. 

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. 

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka. 

*#CATATANMENJELANGKEMATIAN*

Tawakkal

Salam wrt... salam subuh dari Jakarta


Perkongsian subuh pagi ini...

Moga jadi inspirasi buat kita semua...


*******************************


Apa jua nasib kita, haruslah kita hadapi dengan sabar dan tawakkal kepada-Nya.


Apakah tawakkal?


Menyerah...


Pasrah...


Berserah...


Mungkin ada yang memahaminya dengan makna yang begitu.


Tawakkal bukanlah duduk bersahaja sambil menupang dagu ke lutut. Tawakkal bukan seperti rerumput yang bergoyang apabila disentuh angin atau diam tidak bergerak setelah angin berlalu. Tidak juga tunduk kelesuan dipijak oleh lembu dan kerbau. Bukan begitu.


Tawakkal adalah menetapkan hati kepada Allah atas segala apa yang berlaku. Kita percaya dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa hanya Dia yang berkuasa memberi manfaat dam memberi mudharat. Kita juga yakin dengan sebenar-benarnya Dia yang mentadbir dan mengatur setiap kejadian.


Namun, berserah kepada Allah perlulah disertai dengan ikhtiar dan usaha. Bukankah Allah SWT menjadikan sesuatu itu dengan sebab-sebab yang ada. Contohnya, pandai dengan belajar, kenyang dengan makan, mahu anak dengan berkahwin dan sebagainya.


Nasihat Khidir AS


Nasihat Nabi Khidir Untuk Nabi Musa.

Nabi Musa As Berkata Kepada Nabi Khidir,

"BERILAH AKU NASIHAT."

Maka Nabi Khidir Pun Memberi 6 NASIHAT;

1. Jadilah Orang Yang BANYAK SENYUM Dan Jangan Jadi Orang Yang Banyak Marah..

2. Jadilah Orang Yang BANYAK MANFAAT Bagi Sesama, Dan Jangan Jadi  Orang Yang Banyak Mudharatnya..

3. Jauhilah Sikap Keras Hati Dalam Berdiskusi..

4. Jangan Berjalan Tanpa Keperluan..

5. Jangan Tertawa Tanpa Sesuatu Yang Benar-Benar Mengagumkan..

6. Jangan Memperolok-Olok Orang Yang Bersalah Atas Kesalahan Mereka, Tetapi Menangislah Atas Kesalahan Kamu Sendiri..

Dikutip dari kitab At-Taubah, Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali

: Berpesan-pesan demi kebaikan.
Kita mempunyai cita cita yg sgt tinggi ,sesuai dgn ketinggian Islam yg dianugerahkn kpd kita,sesuai dgn kemuliaan yg kita terima dr Allah {kemuliaan Islam.Allah telah memuliakn kita dgn Islam dan kalau ada diantara kita yg cuba untuk mencari kemuliaan diluar dr Islam maka padahnya kehinaan.

bahaya kencing berdiri

Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri. Sangat Bahaya Kesan Kepada Lelaki. Kongsikan

 

 
Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau berkata,“Siapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”

Dari Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara perubatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat kepada sebahagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpancut ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana keadaan tempat dan waktu yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesihatan. Orang terdahulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air secara mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong kecil dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpancut. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelain selain dari penyebab batu karang.

Sesungguhnya banyak siksa kubur dikeranakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi) Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. 

Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

bahaya kencing berdiri

Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri. Sangat Bahaya Kesan Kepada Lelaki. Kongsikan

 

 
Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau berkata,“Siapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”

Dari Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara perubatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat kepada sebahagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpancut ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana keadaan tempat dan waktu yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesihatan. Orang terdahulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air secara mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong kecil dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpancut. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelain selain dari penyebab batu karang.

Sesungguhnya banyak siksa kubur dikeranakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi) Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. 

Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Bumi Tuhan... Bersaksilah