hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.
Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.
Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.
Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.
Hari ini, kita telah berada di dalam bulan Syaaban, antara bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Ia juga adalah bulan yang masyhur dengan keberkatan dan kebaikan yang banyak.
Bertaubat pada bulan ini merupakan sebesar-besar kebaikan dan melakukan ketaatan pada bulan ini merupakan sebesar-besar perniagaan yang menguntungkan.
Allah menjamin bagi orang-orang yang bertaubat pada bulan Syaaban dengan keamanan. Orang yang menyediakan kesungguhan dan mujahadah pada bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.
Hanya dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya bersua dengan Syaaban yang menyimpan pelbagai keistimewaan.
Bagi memastikan kita dapat menghayati Syaaban dengan sebaiknya, kita seharusnya mengetahui apakah yang terdapat di dalam bulan Syaaban terutamanya peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalamnya.
Pertukaran arah kiblat
Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).
Ini membenarkan firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga Engkau reda - berpuas hati. (al-Dhuha: 5)
Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.
Diangkat amalan
Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.
Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab: "Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)
Ditentukan umur
Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sy kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW.
Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.
Syaaban bulan al-Quran
Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain.
Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.
Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.
Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
.
Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.
Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.
"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.
"Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.
Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.
Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.
Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.
"Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.
"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.
"Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda," tegasnya
Anakandaku yang tercinta! Abi ingin bercerita kalau sudi dengarlah!
Anakandaku yang tersayang cerita ini jadikanlah ingatan kalau mahu selamat
Anakandaku.cara kita menilai sesuatu tidak sama,sangat berbeza?
Cara kita berfikir tidak sama. Bezanya terlalu jauh,macam langit dan bumi
Kemahuan kita,perasaan kita,nilaian kita tidak sama terlalu jauh
Jauhnya macam langit dengan bumi
Seolah olah seorang hendak kehulu,seorang hendak ke hilir
Seorang hendak ke lurah,seorang hendak ke bukit bilalah hendak bertemu
Yang saya maksudkan perbezaan kita ini adalah bersifat rohani dan maknawi
Tidak bertemu yang bersifat rohani dan maknawi lebih berbahaya dari tidak bertemu secara fizik
Apakah yang sedang dan telah berlaku?!
Apakah yang telah terjadi diantara kita wahai anakandaku?!
Apa yang dianggap baik oleh Abi dianggap jahat oleh kamu
Apa yang dianggap menyelamatkan oleh Abi dianggap tidak selamat oleh kamu
Bukankah begitu wahai anakandaku?!
Apa yang menghiburkan dan membahagiakan buatku
Padamu boring dan menjemukan kamu
Apa yang menguntungkan buatku kau anggap merugikan buatmu.bukankah begitu?
Sebagai contoh aku catatkan disini
Buat Abi tuhan,iman ,islam,ihsan,nabi,akhirat,berjuang,beribadah adalah terlalu agung dan mulia
Pada Abi perkara-perkara tadi tidak boleh ditukar ganti
Ia adalah hiburanku,ia adalah kebahagiaanku
Ia adalah hidup matiku,tebusanya adalah nyawaku
Tapi padamu makan,minum,pakaian,rumah,keluar bersantai santai,mandi manda,adalah utama
Adalah dipandang besar dalam kehidupanmu
Kalau tidak sempurna atau tidak dapat jadi masalah besar padamu
Ia adalah dianggap hiburan dan kebahagiaanmu
Kalau Abi tidak bagi itu semuanya kamu anggap Abi tidak sayang padamu
Kamu anggap Abi sudah benci padamu,sudah tidak ada dalam hati Abi
Perkara-perkara tadi adalah hidup matimu
Kamu sanggup menggadai nyawa kerananya
Tuhan ada atau tidak,tidak ada erti apa-apa bagimu
Nabi,iman,islam,ihsan,akhirat,berjuang untuk tuhan kamu anggap menyusahkan,boring,menjemukan,meletihkan,menyusahkan ,merugikan
Bukankah begitu tanggapanmu?
Apakah Abi mendorong kearah kemahuan kamu
Dianggap Abi sayang
Jika kamu diarah kearah kehendak Abi dianggap Abi benci.
Ini adalah sebahagian kecil perbezaan antara kita
Yang lain banyak lagi tidak payah ceritakan.
Kiaskan sahaja.kamukan tahu kehendakmu sendiri.
Anakandaku yang tercinta!
Betapa fikiran,pandangan,perasaan,kehendak kita sangat berbeza?!
Perbezaan ini terjadi tentu banyak faktornya
Diantaranya seperti berikut renungkanlah wahai anakandaku.
Abi adalah ayahmu,keselamatan kamu dunia dan akhirat Abilah yang menentukan
Kesusahanmu adalah kesusahanku,kesenangan Abi adalah kesenanganmu sejahat-jahat seorang ayah lebih murni pandangannya daripada anak yang tidak tahu apa-apa
Secuai manapun sorang ayah masih ada rasa tanggungjawab terhadap anak-anaknya
Berbeza kepada anak-anak rasa itu tiada padamu wahai anakandaku
Pengajaran,pengalaman hidup Ayahmu lebih banyak daripada apa yang ada padamu
Nilaiannya sudah tentu lebih adil daripada anak-anaknya yang belum ada pengalaman dan ilmu
Bahkan nasib lahirnya masih bergantung padaku,
Walaupun hakikatnya ada pada tuhan
Orang yang bersandar hidup dengan orang lain tentulah tidak sama dengan orang yang tempat bersandar hidup
Orang yang bersandar hidup dengan masih ada tanggungjawab,yang bersandar tidak ada rasa tanggungjawab
Apa yang mereka mahu mesti ada,mesti selesa
Kehendak kamu mesti ditunaikan tanpa memikit baik buruknya
Kemahuan kamu jangan dihalang tanpa timbang untung ruginya
Sedangkan seorang ayah yang bertanggungjawab
Setiap kehendak anak-anaknya mesti ditimbang dulu
Jika baik,sekira mampu dia tunaikan,jika jahat dia tidak tunaikan
Bagi si anak yang tidak ada tanggungjawab walau pun diri sendiri tidak begitu
Hati kecilnya tentu berkata’ Abi tidak sayang. Abi sudah benci padaku? Kehendak kita tidak pun ditunaikan.ayah apa ini? Tidak ada ayah lebih baik padaku
Begitulah anakanda berfikir
Begitulah anakanda berperasaan
Bukankah begitu?
Faktor-faktor lain,seorang anak yang masih mentah tentu belum ada cita-cita
Anak-anak yang pandangannya belum jauh,
Sudah tentu pandangannya perkara-perkara yang mudahsahaja
Teransang dengan perkara yang dilihat oleh mata sahaja
Hanya mudah diransang oleh makan minum,pakaian,tempat-tinggal
Anakandaku yang disayangi!
Untuk kamu lebih dapat memahaminya, Abi datangkan satu contoh lagi
Kamu yang abang-abang dan kakak-kakaknya inikan pernah berhadapan dengan adik-adik yang belum mengerti
Ada adik-adik yang suka main api
Apikan dilihat cantik,bercahaya dan menghiburkan
Kamu tahu api itu sangat merbahaya,sedangkan adikmu tidak tahu api itu merbahaya
Jika kamu melarangnya,adakah kamu dianggap zalim?!
Kalau kamu menegahnya kerana bahaya,apakah kamu dianggap oleh adik kamu tidak sayang
Apakah kerana hendak menghiburkan adik-adik,kamu biarkan sahaja,takut dianggap tidak sayang
Anakanda
Kalau anakanda boleh menjawabnya
Begitulah Abi dan ummi terhadap kamu
Apa yang kami larang kamu tidak tahu bahayanya macam adik kamu tadi
Bila kami larang kesukaan kamu tentu kamu mengatakan kami zalim
Lantas kamu menganggap kami tidak sayang
Jika kami biarkan,kami disayangi tapi kami telah menjadi pengkhianat kepadamu
Begitulah wahai anakandaku bilamana satu perkara tidak sama nilainya
Yang seoang menganggap perbuatan itu baik yang seorang lagi perbuatan itu jahat
Wahai anakandaku
Ada faktor lain kita tidak sejalan
Apa itu?
Faktor yang berbeza adalah faktor ilmu
Faktor ilmu membuat kita berbeza memberi nilai hidup
Kamu masih belajar,banyak perkara yang kamu tidak tahu
Bila banyak yang tidak tahu,banyak pula perkara yamg kamu tidak tahu baik buruknya
Mungkin akan terjadi yang baik dianggap jahat,yang jahat dianggap baik
Anakandaku
Abi dan ibumu walaupun tidak pandai tapi sudah banyak pengalaman dan ilmu yang dilalui
Banyak hal yang sudah tahu baik buruknya sedangkan kamu tidak tahu
Setengah hal nampak lahirnya baik tetapi tersembunyi kejahatannya
Adahal yang nampaknya macam tidak baik tetapi tersirat didalamnya kebaikan
Semua ini perlu kepada ilmu yang cukup memberitahu
Wahai anakandaku
Perlu kepada ilmu dan pengetahuan yang banyak,baru boleh menilai baik dan buruknya
Oleh itu berbaik sangka dengan ayah dan ibu itu lebih baik
Urusanmu serahkan sahaja padaku dan ibumu
Apa yang baik padaku dan ibumu,baik untuk kamu
Apa yang dianggap jahat atau bahaya,itu adalah jahat dan bahaya bagimu
Bukankah begitu orang yang baik sangka dengan ayah dan ibu
Jika kita masing-masing hendak mempertahankan pendapat masing-masing
Kita tidak boleh duduk serumah
Kalau tidak badan berpisah,hati yang berpisah
Oleh itu anakandaku inginku beritahu kepada kamu
Fahamilah sikap ayahmu imma ibumu agar kamu tidak terkeliru
Aku mengerti kamu inginkan kasih sayangku
Memanglah fitrah manusia semuanya begitu
Perasaanmu dan perasaanku sama sahaja wahai anakandaku
Kasih sayang itu amat diperlu,ia makanan jiwa bagi manusia
Kamu inginkan kasih sayang aku pun begitu juga
Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya kenalah faham bagaimana bentuknya?!
Kasih sayang seorang ayah bukan seperti yang kamu mahu
Kasih sayang haya mengikut nilai akal,mengikut rasa,mengikut nafsu
Sedangkan kasih sayang seorang ayah lihatlah tanggungjawabnya yang dia lakukan kepada anak-anaknya
Apabila tanggungjawabnya ditunaikan itulah kasih sayangnya
Wahai anakandaku!
Apabila seorang ayah memberi anaknya tuhan
Mengajak anak-anaknya mengutamakan akhirat dari dunia
Disamping dunia tidak pula diabaikan
Itulah kasih sayang paling utama dari ayahnya
Kalau seorang ayah hanya memberi anaknya semata-mata yang bernilai dunia
Untungnya sekejap menderitanya lama
Kalau hanya makan minumnya dijaga,pakaiannya diurus,tempat tinggal selesa
Tapi Tuhan tidak dikenalkan jauh sekali untuk dicinta
Binatang pun tahu mengurus anaknya wahai anakandaku
Kalau secara dunia dan nafsu atau perasan memanglah itu kasih sayang namanya
Itu kasih sayang murahan namanya wahai anakandaku
Disebalik itu dianggap pengkhianat kepada anak secara tidak sedar
Kerna tidak memberikan Tuhan kepada anak-anaknya
Tuhan adalah keselamatan dan kebahagiaan yang kekal abadi
Memberi kemewahan dunia adalah kebahagiaan dan keselamatan sementara waktu
Bahkan adakalanya di dunia lagi ia menipu lagi palsu
Betapalah selepas mati tipuannya sangat bahaya lagi celaka yang tidak ada taranya
Untung sekarung rugi segunung
Indahnya tidak sampai kemana,mati masuk neraka wa’iyazubillah
Wahai anakandaku fahamilah erti kasih sayang dari ayahmu
Bukan pula kasih sayang itu hanya bermesra atau bergurau senda selalu
Kasih sayang tidak boleh dinilai sekadar ajak makan-makan
Bawa berhibur mengikut nafsu apa sahaja kehendak anak-anaknya dikabulkan selalu
Apa sahaja yang dibuat oleh anaknya dibiarkan sahaja
Demi kebahagiaannya konon?!
Anak-anaknya tentu sayang kepadanya
Tapi untuk kehidupan yang kekal abadi,selepas mati diabaikan
Untuk anak-anaknya ayahnya tidak pernah memberi keselamatan yang hakiki dan abadi
Tidak pernah memberi Tuhan,tidak pernah mengajak mengutamakan kehidupan selepas mati
Ibadah tidak pernah diajak bersama ,akhlak mulia tidak dipeduli
Sungguh malang sekali,sungguh rugi
Untungnya sedikit ruginya sebukit Wahai anakandaku
Bahagianya tidak sampai kehujung, penderitaannya nanti tidak ada penghujung
Wahai anakandaku fahamilah erti kasih sayang yang sejati
Agar kamu tidak tertipu,supaya kita tidak merugikan diri sendiri
Anakandaku jangan salah tafsir erti sayang dari sikap ayahmu?!
Nanti yang rugi adalah kamu sendiri
Kasih sayang dari ayahmu ada cara tersendiri
Ayah harap dari anakanda biarlah sesuatu itu kita terima nilainya sama
Apa yang ayah faham itulah yang aku harap kamu faham
Agar kita seia sekata,seperasaan agar kita tidak ada krisis dalaman
Agar tidak berlaku krisis nilai antara kita
Supaya aku tidak membenci kamu,dan kamu tidak membenci aku
Wahai anakandaku yang tersayang ketahuilah
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
Bukan semata-mata memberi makan,memberi pakaian,memberi hiburan bersifat bersifat nafsu
Kasih sayang yang semacam ini jangka panjang menjadi racun rohani pada diri
Membinasakan,mencelakakan,merugikan,membahayakan
Kasih sayang seorang bapa yang sebanarnya bukan yang itu
Itu adalah kasih sayang murahan namanya
Adakalanya didunia lagi mencelakakan dan membahayakan
Kasih sayang seorang bapa yang bertanggungjawab lebih jauh dari itu
Hendaklah anak-anakku mengerti hal ini agar tidak susah hati,supaya ayah tidak dibenci
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya mengenal Tuhannya,takut kepadanya
Menyelamatkan anaknya dari azab mati,dari seksa kubur penderitaan mahsyar,penderitaan neraka
Adakalanya anak-anaknya itu dilatih sedikit kesusahan
Agar anak-anak faham erti penderitaan
Supaya bolehbertimbang rasa kepada orang yang menderita
Ini bukanlah bererti ayah itu benci,ia adalah didikan
Ia adalah kerana sayang kepada anakanda tapi anakanda tidak mengerti
Macamlah anak-anak yang telah kecil
Hiburannya jalan raya,suka main tepi parit,suka main api
Jika dilarang oleh ayahnya dianggap ayahnya benci
Padahal larang itu adalah kasih sayang ayahnya kepada anaknya
Kerana disitu ada bahaya
Tapi anak-anaknya tidak mengerti
Begitulah sikapku terhadapmu wahai anakandaku
Padaku laranganku dan suruhanku selama ini adalah kasih sayangku
Kerana aku tahu ia adalah memberi kebaikan kepada kamu
Kamu tidak faham dan tidak mengerti
Padamu itu adalah aku benci kerana kamu tidak mengerti yang hakiki
Jika kamu tahu ia adalah kebaikan untukmu
Sudah tentu kamu berterima kasih kepadaku
Tapi malangnya kamu tidak faham dan tidak mengerti
Ukuran kamu adalah nafsu,ukuranku adalah Tuhanku
Bila ukurannya tidak sama kamu makan hati dan benci
Akhirnya susah hati ingin lari tapi tidak boleh berdikari
Wahai anakandaku fahamilah sikap ayahmu
Agar kamu tidak terkeliru dan bercelaru lagi
Kasih sayangku padamu menunaikan tanggungjawab untuk masa depanmu
Terutamanya diakhirat sana yang kekal abadi
Tapi kamu tidak tahu,ilmu kamu pendek sekali
Kasih sayangku hanya di dalam hati
Aku tidak perlihatkan padamu
Bahagia yang kamu dapat dari tindakanku itu lambat tidak segera
Kamu mahu segera sedangkan masa depan yang panjang kamu tidak kira
Bahagianya segra,penderitaannya lama tidak ada kesudahannya
Wahai anakandaku,
Biarlah susah-susah dahulu senang-senang kemudian
Kalau kamu faham sikapku terhadapmu kamu akan bersangka baik denganku
Kamu adalah anak-anakku dibawah tanggungjawabku
Sejauh manapun mata memandang,tidak sama beratnya bahu memikul
Baik sangkalah wahai anakandaku dengan ku
Aku hendak membawamu kepada tuhan bersamaku
Biarlah kita bersusah-susah dan menderita dahulu
Berbahagia kemudian yang berpanjangan kekal abadi
Marilah bersamaku kepada tuhan wahai anakandaku
Tuhan adalah segala-galanya buat kita,jangan tinggalkan tuhan
Aku berharap Tuhan, agar di izinkan, bila ada orang yang di timpa dengan kesusahan, terutamanya kawan-kawan seperjuanganku,
aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan.
Kalau ada orang yang miskin, aku berdoa di dalam hatiku, jangan engkau bertindak ke atasku di atas kesusahan mereka, kalau kawan-kawanku mendapat nikmat darimu, aku turut rasa gembira, seolah aku mendapat nikmat itu.
Bila ada orang mencaci atau pun menghina diriku, bukan hatiku tidak sakit, tapi aku buat tak tahu, atau buat tak peduli, ataupun dilupakan sahaja.
Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan, kerana sakit hati itu fitrah semujadi, sekali sekala terutama selepas tahajud, aku doakan kebaikan buat mereka, jadi, aku memaksa hatiku tidak berdendam dengan mereka, makin banyak aku mendengar org menghina diriku, kerja aku bertambah lagi, menjadikan aku mendoakan mereka.
Agar mereka dapat petunjuk dari Tuhan, untuk memujuk hatiku, supaya aku tak sakit hati, aku bermujahadah agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang sentiasa mendoakan musuh dapat petunjuk.
Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?
Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu. Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat. Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya. Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau. Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya. “Dah pukul berapa kak?” “Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen. Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang. Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika… Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku. Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah! Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah. Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti. Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh. “Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik. “Ya mak,” sahut ku lemah. “Bangun solat Subuh ye nak.” “Ha’ah,” aku patuh. “Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu. “Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.” Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa… @@@ Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif? Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar. Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam. Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur. Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu. “Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.” “Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum. “Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…” Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri “Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.” Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.” “Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius. “Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.” Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri.Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam. Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah. @@@ “Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…” “Mak ke Terengganu?” soalku. “Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.” “Habis tu… apa yang jadi?” Ibu terus bercerita dengan anjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana. Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan. Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari padi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dan luar negara. Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali. Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana. Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami- sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbucara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya. Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Sura mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengahjalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya. Kononnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak ampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali. Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini…alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku…aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. “Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun. “Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah. “Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang ama Shahrul tu…” “Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.
Masa muda hanya sekali sahaja, kenalah jaga Sayangilah masa muda kerana masa itu amat berharga Biasanya masa mudalah menetukan masa depan seseorang manusia Tersilap dimasa mudanya malanglah dimasa tuanya Cuai dimasa muda, gelaplah masa depannya Kecemerlangan hidup seseorang ditentukan oleh masa mudanya Sama ada mengenai ilmu, kerjanya atau mencari harta Dimasa mudalah seseorang itu apakah dimasa depan ada nama, ada iman, ada agama Dimasa mudalah ditentukan apakah dia akan menjadi pemimpin, atau orang kaya atau orang yang membina nama atau orang biasa Dimasa mudalah yang akan menetukan masa depan, nasib sesuatu bangsa, lemah atau kuat, maju atau mundur, berdaulat atau merempat Wahai orang-orang muda, ambilah ingatan ambilah perhatian Masa muda hanya datang sekali sahaja Di masa muda, isilah dengan perkara-perkara yang memberi faedah dan manfaat Samada mencari ilmu, pengalaman, iman, harta dan kesehatan Masa muda kalau sudah berlalu masa tualah jawabannya Atau itulah masa depannya Kalau kita menyesal kerana masa muda disia-siakan, tidak ada arti apa-apa Dimasa tua kalau ada semangat pun sudat terlambat Keluarga sudah ada , anak sekeliling pinggang, tanggungjawab sudah banyak, tenaga sudah lemah, apa hendak buat? Diwaktu itu semangat tiada erti apa-apa Cita-cita besar sudah expired Umur sudah penghujung, kubur menanti Sebelum terlewat, jagalah masa muda Saudara saudari, Gunakan masa muda, maksimumkan untuk yang memberi faedah dan berguna Dimasa muda ibarat orang menanam, dimasa tua memakan hasilnya Jangan pula dimasa tua mula menanam, yang akan makan hasil bukan kita mungkin orang yang dibelakang kita