Anakandaku yang tercinta! Abi ingin bercerita kalau sudi dengarlah!
Anakandaku yang tersayang cerita ini jadikanlah ingatan kalau mahu selamat
Anakandaku.cara kita menilai sesuatu tidak sama,sangat berbeza?
Cara kita berfikir tidak sama. Bezanya terlalu jauh,macam langit dan bumi
Kemahuan kita,perasaan kita,nilaian kita tidak sama terlalu jauh
Jauhnya macam langit dengan bumi
Seolah olah seorang hendak kehulu,seorang hendak ke hilir
Seorang hendak ke lurah,seorang hendak ke bukit bilalah hendak bertemu
Yang saya maksudkan perbezaan kita ini adalah bersifat rohani dan maknawi
Tidak bertemu yang bersifat rohani dan maknawi lebih berbahaya dari tidak bertemu secara fizik
Apakah yang sedang dan telah berlaku?!
Apakah yang telah terjadi diantara kita wahai anakandaku?!
Apa yang dianggap baik oleh Abi dianggap jahat oleh kamu
Apa yang dianggap menyelamatkan oleh Abi dianggap tidak selamat oleh kamu
Bukankah begitu wahai anakandaku?!
Apa yang menghiburkan dan membahagiakan buatku
Padamu boring dan menjemukan kamu
Apa yang menguntungkan buatku kau anggap merugikan buatmu.bukankah begitu?
Sebagai contoh aku catatkan disini
Buat Abi tuhan,iman ,islam,ihsan,nabi,akhirat,berjuang,beribadah adalah terlalu agung dan mulia
Pada Abi perkara-perkara tadi tidak boleh ditukar ganti
Ia adalah hiburanku,ia adalah kebahagiaanku
Ia adalah hidup matiku,tebusanya adalah nyawaku
Tapi padamu makan,minum,pakaian,rumah,keluar bersantai santai,mandi manda,adalah utama
Adalah dipandang besar dalam kehidupanmu
Kalau tidak sempurna atau tidak dapat jadi masalah besar padamu
Ia adalah dianggap hiburan dan kebahagiaanmu
Kalau Abi tidak bagi itu semuanya kamu anggap Abi tidak sayang padamu
Kamu anggap Abi sudah benci padamu,sudah tidak ada dalam hati Abi
Perkara-perkara tadi adalah hidup matimu
Kamu sanggup menggadai nyawa kerananya
Tuhan ada atau tidak,tidak ada erti apa-apa bagimu
Nabi,iman,islam,ihsan,akhirat,berjuang untuk tuhan kamu anggap menyusahkan,boring,menjemukan,meletihkan,menyusahkan ,merugikan
Bukankah begitu tanggapanmu?
Apakah Abi mendorong kearah kemahuan kamu
Dianggap Abi sayang
Jika kamu diarah kearah kehendak Abi dianggap Abi benci.
Ini adalah sebahagian kecil perbezaan antara kita
Yang lain banyak lagi tidak payah ceritakan.
Kiaskan sahaja.kamukan tahu kehendakmu sendiri.
Anakandaku yang tercinta!
Betapa fikiran,pandangan,perasaan,kehendak kita sangat berbeza?!
Perbezaan ini terjadi tentu banyak faktornya
Diantaranya seperti berikut renungkanlah wahai anakandaku.
Abi adalah ayahmu,keselamatan kamu dunia dan akhirat Abilah yang menentukan
Kesusahanmu adalah kesusahanku,kesenangan Abi adalah kesenanganmu sejahat-jahat seorang ayah lebih murni pandangannya daripada anak yang tidak tahu apa-apa
Secuai manapun sorang ayah masih ada rasa tanggungjawab terhadap anak-anaknya
Berbeza kepada anak-anak rasa itu tiada padamu wahai anakandaku
Pengajaran,pengalaman hidup Ayahmu lebih banyak daripada apa yang ada padamu
Nilaiannya sudah tentu lebih adil daripada anak-anaknya yang belum ada pengalaman dan ilmu
Bahkan nasib lahirnya masih bergantung padaku,
Walaupun hakikatnya ada pada tuhan
Orang yang bersandar hidup dengan orang lain tentulah tidak sama dengan orang yang tempat bersandar hidup
Orang yang bersandar hidup dengan masih ada tanggungjawab,yang bersandar tidak ada rasa tanggungjawab
Apa yang mereka mahu mesti ada,mesti selesa
Kehendak kamu mesti ditunaikan tanpa memikit baik buruknya
Kemahuan kamu jangan dihalang tanpa timbang untung ruginya
Sedangkan seorang ayah yang bertanggungjawab
Setiap kehendak anak-anaknya mesti ditimbang dulu
Jika baik,sekira mampu dia tunaikan,jika jahat dia tidak tunaikan
Bagi si anak yang tidak ada tanggungjawab walau pun diri sendiri tidak begitu
Hati kecilnya tentu berkata’ Abi tidak sayang. Abi sudah benci padaku? Kehendak kita tidak pun ditunaikan.ayah apa ini? Tidak ada ayah lebih baik padaku
Begitulah anakanda berfikir
Begitulah anakanda berperasaan
Bukankah begitu?
Faktor-faktor lain,seorang anak yang masih mentah tentu belum ada cita-cita
Anak-anak yang pandangannya belum jauh,
Sudah tentu pandangannya perkara-perkara yang mudah sahaja
Teransang dengan perkara yang dilihat oleh mata sahaja
Hanya mudah diransang oleh makan minum,pakaian,tempat-tinggal
Anakandaku yang disayangi!
Untuk kamu lebih dapat memahaminya, Abi datangkan satu contoh lagi
Kamu yang abang-abang dan kakak-kakaknya inikan pernah berhadapan dengan adik-adik yang belum mengerti
Ada adik-adik yang suka main api
Apikan dilihat cantik,bercahaya dan menghiburkan
Kamu tahu api itu sangat merbahaya,sedangkan adikmu tidak tahu api itu merbahaya
Jika kamu melarangnya,adakah kamu dianggap zalim?!
Kalau kamu menegahnya kerana bahaya,apakah kamu dianggap oleh adik kamu tidak sayang
Apakah kerana hendak menghiburkan adik-adik,kamu biarkan sahaja,takut dianggap tidak sayang
Anakanda
Kalau anakanda boleh menjawabnya
Begitulah Abi dan ummi terhadap kamu
Apa yang kami larang kamu tidak tahu bahayanya macam adik kamu tadi
Bila kami larang kesukaan kamu tentu kamu mengatakan kami zalim
Lantas kamu menganggap kami tidak sayang
Jika kami biarkan,kami disayangi tapi kami telah menjadi pengkhianat kepadamu
Begitulah wahai anakandaku bilamana satu perkara tidak sama nilainya
Yang seoang menganggap perbuatan itu baik yang seorang lagi perbuatan itu jahat
Wahai anakandaku
Ada faktor lain kita tidak sejalan
Apa itu?
Faktor yang berbeza adalah faktor ilmu
Faktor ilmu membuat kita berbeza memberi nilai hidup
Kamu masih belajar,banyak perkara yang kamu tidak tahu
Bila banyak yang tidak tahu,banyak pula perkara yamg kamu tidak tahu baik buruknya
Mungkin akan terjadi yang baik dianggap jahat,yang jahat dianggap baik
Anakandaku
Abi dan ibumu walaupun tidak pandai tapi sudah banyak pengalaman dan ilmu yang dilalui
Banyak hal yang sudah tahu baik buruknya sedangkan kamu tidak tahu
Setengah hal nampak lahirnya baik tetapi tersembunyi kejahatannya
Adahal yang nampaknya macam tidak baik tetapi tersirat didalamnya kebaikan
Semua ini perlu kepada ilmu yang cukup memberitahu
Wahai anakandaku
Perlu kepada ilmu dan pengetahuan yang banyak,baru boleh menilai baik dan buruknya
Oleh itu berbaik sangka dengan ayah dan ibu itu lebih baik
Urusanmu serahkan sahaja padaku dan ibumu
Apa yang baik padaku dan ibumu,baik untuk kamu
Apa yang dianggap jahat atau bahaya,itu adalah jahat dan bahaya bagimu
Bukankah begitu orang yang baik sangka dengan ayah dan ibu
Jika kita masing-masing hendak mempertahankan pendapat masing-masing
Kita tidak boleh duduk serumah
Kalau tidak badan berpisah,hati yang berpisah
Oleh itu anakandaku inginku beritahu kepada kamu
Fahamilah sikap ayahmu imma ibumu agar kamu tidak terkeliru
Aku mengerti kamu inginkan kasih sayangku
Memanglah fitrah manusia semuanya begitu
Perasaanmu dan perasaanku sama sahaja wahai anakandaku
Kasih sayang itu amat diperlu,ia makanan jiwa bagi manusia
Kamu inginkan kasih sayang aku pun begitu juga
Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya kenalah faham bagaimana bentuknya?!
Kasih sayang seorang ayah bukan seperti yang kamu mahu
Kasih sayang haya mengikut nilai akal,mengikut rasa,mengikut nafsu
Sedangkan kasih sayang seorang ayah lihatlah tanggungjawabnya yang dia lakukan kepada anak-anaknya
Apabila tanggungjawabnya ditunaikan itulah kasih sayangnya
Wahai anakandaku!
Apabila seorang ayah memberi anaknya tuhan
Mengajak anak-anaknya mengutamakan akhirat dari dunia
Disamping dunia tidak pula diabaikan
Itulah kasih sayang paling utama dari ayahnya
Kalau seorang ayah hanya memberi anaknya semata-mata yang bernilai dunia
Untungnya sekejap menderitanya lama
Kalau hanya makan minumnya dijaga,pakaiannya diurus,tempat tinggal selesa
Tapi Tuhan tidak dikenalkan jauh sekali untuk dicinta
Binatang pun tahu mengurus anaknya wahai anakandaku
Kalau secara dunia dan nafsu atau perasan memanglah itu kasih sayang namanya
Itu kasih sayang murahan namanya wahai anakandaku
Disebalik itu dianggap pengkhianat kepada anak secara tidak sedar
Kerna tidak memberikan Tuhan kepada anak-anaknya
Tuhan adalah keselamatan dan kebahagiaan yang kekal abadi
Memberi kemewahan dunia adalah kebahagiaan dan keselamatan sementara waktu
Bahkan adakalanya di dunia lagi ia menipu lagi palsu
Betapalah selepas mati tipuannya sangat bahaya lagi celaka yang tidak ada taranya
Untung sekarung rugi segunung
Indahnya tidak sampai kemana,mati masuk neraka wa’iyazubillah
Wahai anakandaku fahamilah erti kasih sayang dari ayahmu
Bukan pula kasih sayang itu hanya bermesra atau bergurau senda selalu
Kasih sayang tidak boleh dinilai sekadar ajak makan-makan
Bawa berhibur mengikut nafsu apa sahaja kehendak anak-anaknya dikabulkan selalu
Apa sahaja yang dibuat oleh anaknya dibiarkan sahaja
Demi kebahagiaannya konon?!
Anak-anaknya tentu sayang kepadanya
Tapi untuk kehidupan yang kekal abadi,selepas mati diabaikan
Untuk anak-anaknya ayahnya tidak pernah memberi keselamatan yang hakiki dan abadi
Tidak pernah memberi Tuhan,tidak pernah mengajak mengutamakan kehidupan selepas mati
Ibadah tidak pernah diajak bersama ,akhlak mulia tidak dipeduli
Sungguh malang sekali,sungguh rugi
Untungnya sedikit ruginya sebukit Wahai anakandaku
Bahagianya tidak sampai kehujung, penderitaannya nanti tidak ada penghujung
Wahai anakandaku fahamilah erti kasih sayang yang sejati
Agar kamu tidak tertipu,supaya kita tidak merugikan diri sendiri
Anakandaku jangan salah tafsir erti sayang dari sikap ayahmu?!
Nanti yang rugi adalah kamu sendiri
Kasih sayang dari ayahmu ada cara tersendiri
Ayah harap dari anakanda biarlah sesuatu itu kita terima nilainya sama
Apa yang ayah faham itulah yang aku harap kamu faham
Agar kita seia sekata,seperasaan agar kita tidak ada krisis dalaman
Agar tidak berlaku krisis nilai antara kita
Supaya aku tidak membenci kamu,dan kamu tidak membenci aku
Wahai anakandaku yang tersayang ketahuilah
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
Bukan semata-mata memberi makan,memberi pakaian,memberi hiburan bersifat bersifat nafsu
Kasih sayang yang semacam ini jangka panjang menjadi racun rohani pada diri
Membinasakan,mencelakakan,merugikan,membahayakan
Kasih sayang seorang bapa yang sebanarnya bukan yang itu
Itu adalah kasih sayang murahan namanya
Adakalanya didunia lagi mencelakakan dan membahayakan
Kasih sayang seorang bapa yang bertanggungjawab lebih jauh dari itu
Hendaklah anak-anakku mengerti hal ini agar tidak susah hati,supaya ayah tidak dibenci
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya mengenal Tuhannya,takut kepadanya
Menyelamatkan anaknya dari azab mati,dari seksa kubur penderitaan mahsyar,penderitaan neraka
Adakalanya anak-anaknya itu dilatih sedikit kesusahan
Agar anak-anak faham erti penderitaan
Supaya bolehbertimbang rasa kepada orang yang menderita
Ini bukanlah bererti ayah itu benci,ia adalah didikan
Ia adalah kerana sayang kepada anakanda tapi anakanda tidak mengerti
Macamlah anak-anak yang telah kecil
Hiburannya jalan raya,suka main tepi parit,suka main api
Jika dilarang oleh ayahnya dianggap ayahnya benci
Padahal larang itu adalah kasih sayang ayahnya kepada anaknya
Kerana disitu ada bahaya
Tapi anak-anaknya tidak mengerti
Begitulah sikapku terhadapmu wahai anakandaku
Padaku laranganku dan suruhanku selama ini adalah kasih sayangku
Kerana aku tahu ia adalah memberi kebaikan kepada kamu
Kamu tidak faham dan tidak mengerti
Padamu itu adalah aku benci kerana kamu tidak mengerti yang hakiki
Jika kamu tahu ia adalah kebaikan untukmu
Sudah tentu kamu berterima kasih kepadaku
Tapi malangnya kamu tidak faham dan tidak mengerti
Ukuran kamu adalah nafsu,ukuranku adalah Tuhanku
Bila ukurannya tidak sama kamu makan hati dan benci
Akhirnya susah hati ingin lari tapi tidak boleh berdikari
Wahai anakandaku fahamilah sikap ayahmu
Agar kamu tidak terkeliru dan bercelaru lagi
Kasih sayangku padamu menunaikan tanggungjawab untuk masa depanmu
Terutamanya diakhirat sana yang kekal abadi
Tapi kamu tidak tahu,ilmu kamu pendek sekali
Kasih sayangku hanya di dalam hati
Aku tidak perlihatkan padamu
Bahagia yang kamu dapat dari tindakanku itu lambat tidak segera
Kamu mahu segera sedangkan masa depan yang panjang kamu tidak kira
Bahagianya segra,penderitaannya lama tidak ada kesudahannya
Wahai anakandaku,
Biarlah susah-susah dahulu senang-senang kemudian
Kalau kamu faham sikapku terhadapmu kamu akan bersangka baik denganku
Kamu adalah anak-anakku dibawah tanggungjawabku
Sejauh manapun mata memandang,tidak sama beratnya bahu memikul
Baik sangkalah wahai anakandaku dengan ku
Aku hendak membawamu kepada tuhan bersamaku
Biarlah kita bersusah-susah dan menderita dahulu
Berbahagia kemudian yang berpanjangan kekal abadi
Marilah bersamaku kepada tuhan wahai anakandaku
Tuhan adalah segala-galanya buat kita,jangan tinggalkan tuhan
InsyaAllah kita akan selamat dihari kemudian
Terima kasih wahai anakandaku kalau mahu terima pandanganku
Terima kasih
Tuhan akan besamamu
No comments:
Post a Comment