Hanifa selesai Muqhayyam, Ummi mula kerja

alhamdulillah.. 10/11/26.. hari ni dalam sejarah... Ummi dah bekerja semula. setelah bertahun-tahun berusaha..
Seawal pagi ummi dah bersiap pergi kerja. Kami pula masih bercuti Deepavali.. cuti tambahan..

Story sket... Hanifa Jumaat lepas 6/11/26 telah pergi ke Mukhayyam  Kolej Permata Insan, USIM. Aku bawa anak-anak balik awal dr sekolah. Siap-siap dan bertolak ke Nilai.. Solat Jumaat di Jimah dan makan tghr di Nasi Kandar Firas. Selesai tu terus ke USIM. 

Kak Long nmpk happy nak bermalam 4 hari 3 malam di sana. satu blik 4 org. sebab bawa anak-anak, Ummi masuk dewan dgn Hanifa dengar taklimat. Aku dan 3 yg lain duk surau je.. Then selepas dftr asrama, kami pun gerak pulang. SInggah kedai yg ada tulisan besar nasi kerabu.. dh lps solat mgrb time tu.. sekali, xde laaaa. so tempah fries dan cendawan goreng jee... comel2 cendaawan goreng diaa .. hehehe 

Then semalam, bergerak kesana semula selepas 4 hari tak berjumpa kak long. pagi2 dah gerak. nak makan nasi kerabu sebab dia kata pagi ada... alhamdulilah, den ghaso sodap.  kongsi dgn ummi eh. Ummi eh nmpk mcm bese2 jeee.. antara sedap dan tidak. haha. Maisa, syirah maira mkn nasi lemak.. 

 selosai bersarapan.. terus ke permata Insan. mula dengar perkongsian alumni KPI. dahsyat juga la.. cuma den ni ghaso dah tuo nk dgr kata2 semangat tu... tu cara diorg closing parent supaya pastikan anak2 yg terpilih nnti jgn menolak tawaran.. so kena jual la sket KPI. tp mmg KPI ni bagus sebab yg mengajarnya level doktor semuanya.  mmg dah didedahkan style university.. so lps SPM mudah la diorg bawa diri.. xde terkejut sgt. Dgr perkongsian dr alumni yg muda2 tu, nmpk matured budak2 kluaran KPI..

Then Q&A dr ibu bapa... selepsai tu, tros pi amek Klong.. dia dh tunggu dpt asrama... deengan roomate dia... dari Johor..best jugak la klong dh mula jumpa kwn2 luar dr Nismilan. dari ceritanya ada dr kedah.. bahasa utara... ada dr terengganu... pantai timur.. so, dh kenal ramai...

last tgk klong dh terlelap dlm kereta.. katanya tak cukup tidur... 

program menghafal mmg boleh tahan di KPI. tp yg betul nak mmg boleh dpt. di KPI yg wajib 10 juz shj.. tp if dpt 30 juzuk.

Ummi Zaf dah start kerja hari ini.. Research Manager di KPJU. dah melawat kejap dh uni tu semalam. tak besar.. tp mgkn Zaf org awal yg akan bantu prof Ehsan utk bangunkan KPJU. Ummi naik kereta Saga FLX 1.6 SE tu.. harap lebih ringan dan mudah, aku nnti bertukar pakai Aruz.. in shaAllah.. Adroid dah beli. tungggu sampai.. nnti nk pasang dkt kereta saga. dlm rm300 lbh juga sekali casing dia.. tu dibekalkan sekali dgn camera blkg. hrp berbaloiii laa. ada juga dashcam yg abah bagi.. boleh la apsang sekali nnti. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah