Cikgu dan murid


Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

lepaskan kesusahan mukmin

Dari Thabrani meriwayatkan, dari Aisyah ra. bahwa:

"Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, niscaya kamu akan saling mencintai."

Rasulullah saw bersabda:  

“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” 

(HR. Muslim)

Apa itu aib?

"AIB"

Apa itu aib? 

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat. 

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

🌹🌹🌹

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

 Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

MADAH baru 398


*11*
Kuat harap, takut, cinta seseorang  itu pada Allah,
akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Jika salah satu daripada tiga ini tiada,
seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat, 
sekalipun dia seorang yang alim. 

*12*
Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan ialah:
Manusia selalu mengucapkan,
"Saya ikhlas ni."
Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati, malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah,
hanya Allah saja yang tahu.
Oleh kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui. 

*13*
Orang yang ikhlas, mengamalkan agama setiap masa kerana Allah menghendaki demikian.
Orang yang tidak ikhlas, mengamalkan setelah terdesak,
setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan. 

*14*
Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
hingga terasa malu memilikinya.
Tapi anugerah Tuhan kenalah terima,
kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya.
Dengan itu kita akan selamat dari berbangga,
terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan. 

*15*
Rasa kehambaan itu bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana,
kerana kita di mana-mana tetap saja hamba,
agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah, ujub dan lupa daratan.

Kejarlah Tuhan, Jangan Kejar Syurga


Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya.
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya.
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya.
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya.
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya.
Cari Syurga atau fadhilatnya, ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya.
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk.
Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama.
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.
Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan.
Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan.
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
perangainya tidak berubah.
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya.
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat.
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya.
Carilah Tuhan.
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama.
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan.
Cari Syurga atau fadhilat, Syurga atau fadhilat belum tentu dapat.
Tuhan sudah tentu tidak dapat.
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan.
Kerana Dia pencipta kita.
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai.
Betulkan semula fungsi ibadah kita.
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada-Nya. 


MUTIARA KATA


1) Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

2) Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

3) Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

4)    Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

5) Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya ini telah tiada…..

6) Jangan sekali-kali percaya pada kasih sayang yang datang tiba-tiba, kerana ia juga akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba.

7) Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku.

Huru hara Taman Kediaman

Setiap hati insan
penuh ketakutan
wajahnya lesu layu
taman kediaman tiada keamanan
cetusan huru hara memenuhi taman

Keindahan kehidupan musnah dari insan
wajah tak berseri di selubung kebimbangan
umpama menanggung seribu derita
dihimpit resah tiada kesudahan

Alangkah sedihnya hati
taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

Si kaya bimbang hartanya di ambil orang
si miskin takut dibiarkan tanpa bantuan
yang berpangkat besar takut tak dihormati
yang berkuasa takut hilang kekuasaan

Si suami menjadi bagai orang suruhan
tiada penghormatan kerana si isteri
lagaknya bagai tuan
hilanglah keamanan
rumah jadi neraka

Alangkah sedihnya hati
taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN?

*MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN???*

_Suatu ketika, seseorang bertanya kepada Dr. Muhammad Imarah dengan pertanyaan yang sedikit mengejek dan mengolok2an:_ 

*"Saya dengar, Anda ingin sekali syariat Islam ini diterapkan, apakah Anda ingin membawa kami mundur ke belakang?"*

Mendapatkan pertanyaan bernada merendahkan itu, beliau pun menjawab dengan balik bertanya:

"Ke belakang yang mana maksud Anda?
Apakah belakang yang anda maksud adalah 100 tahun yang lalu, saat Islam menguasai separuh dunia selama 500 tahun?

" Atau maksud anda lebih jauh lagi ke belakang saat dimana Dinasti Mamalik (Mamluk) menyelamatkan dunia dari ganasnya serbuan Mongol dan Tartar?" 

"Atau lebih jauh lagi ke belakang saat Dinasti Abbasiyyah menguasai separuh dunia?" 

"Atau ke belakang sebelumnya, di masa Dinasti Umayyah, atau sebelumnya lagi saat Umar bin Khatab menguasai banyak kawasan di dunia ini?" 

"Atau di masa Khalifah Harun Ar-Rasyid, saat beliau mengirim surat ke penguasa Imperium Romawi kala itu, Naqfur, beliau menulis:
"Dari Harun Ar-Rasyid Amirul mukminin, kepada Naqfur guguk Romawi (كلب الروم)"

"Atau ke belakang saat Abdurrahman ad-Dakhil bersama pasukannya berhasil menaklukkan Italia dan Prancis? Itu jika dalam bidang politik" .

"Atau maksudmu ke belakang adalah dalam bidang keilmuan, ketika ulama Arab seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Alkhawarizmi, Ibnu Jabir, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dll, mengajarkan dunia Arab dan dunia barat tentang ilmu kedokteran, farmasi, arsitektur, falak dan sastra?"

" Atau ke belakang maksudmu dalam hal kehormatan? Ketika seorang Yahudi kafir mengerjai seorang muslimah hingga terlepas baju abayanya sampai ia berteriak histeris, maka Khalifah Al Mu'tashim mengirim pasukan untuk membalas apa yang dia lakukan dan mengusir orang Yahudi dari negaranya. Sementara hari ini, para muslimah diperkosa sedangkan pemimpin negeri muslim hanya diam tak bisa berbuat apa-apa?"

"Atau ke belakang maksudmu saat kaum muslimin membangun universitas pertama di Spanyol yang menggemparkan Eropa kala itu, sehingga sejak itu, pakaian jubah longgar besar dari Arab itu menjadi pakaian wisuda hampir semua universitas dunia? Dan dibagian atasnya ada topi yang datar dimana dahulu dijadikan tempat meletakkan Al Qur'an saat acara wisuda?"

"Atau maksudmu ke belakang, saat Kairo menjadi kota paling indah di dunia?" 

"Atau ketika 1 Dinar Iraq setara dengan 483 dolar?" 

"Atau maksudmu ke belakang, saat orang-orang melarikan diri dari Eropa yang dilanda kemiskinan dan pergi menyelamatkan diri menuju Aleksandria (Mesir), atau ketika Amerika meminta bantuan Mesir untuk menyelamatkan Eropa dari kelaparan?" 

"Tolong beritahukan padaku, mundur ke belakang mana yang kamu maksudkan??"

Dan si penanya hanya bisa diam, membisu tak tahu apa yang mau diucapkan.(***)

Alih bahasa: Ahmad Budiman, Lc

mundur ke blkg?

*MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN???*

_Suatu ketika, seseorang bertanya kepada Dr. Muhammad Imarah dengan pertanyaan yang sedikit mengejek dan mengolok2an:_ 

*"Saya dengar, Anda ingin sekali syariat Islam ini diterapkan, apakah Anda ingin membawa kami mundur ke belakang?"*

Mendapatkan pertanyaan bernada merendahkan itu, beliau pun menjawab dengan balik bertanya:

"Ke belakang yang mana maksud Anda?
Apakah belakang yang anda maksud adalah 100 tahun yang lalu, saat Islam menguasai separuh dunia selama 500 tahun?

" Atau maksud anda lebih jauh lagi ke belakang saat dimana Dinasti Mamalik (Mamluk) menyelamatkan dunia dari ganasnya serbuan Mongol dan Tartar?" 

"Atau lebih jauh lagi ke belakang saat Dinasti Abbasiyyah menguasai separuh dunia?" 

"Atau ke belakang sebelumnya, di masa Dinasti Umayyah, atau sebelumnya lagi saat Umar bin Khatab menguasai banyak kawasan di dunia ini?" 

"Atau di masa Khalifah Harun Ar-Rasyid, saat beliau mengirim surat ke penguasa Imperium Romawi kala itu, Naqfur, beliau menulis:
"Dari Harun Ar-Rasyid Amirul mukminin, kepada Naqfur guguk Romawi (كلب الروم)"

"Atau ke belakang saat Abdurrahman ad-Dakhil bersama pasukannya berhasil menaklukkan Italia dan Prancis? Itu jika dalam bidang politik" .

"Atau maksudmu ke belakang adalah dalam bidang keilmuan, ketika ulama Arab seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Alkhawarizmi, Ibnu Jabir, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dll, mengajarkan dunia Arab dan dunia barat tentang ilmu kedokteran, farmasi, arsitektur, falak dan sastra?"

" Atau ke belakang maksudmu dalam hal kehormatan? Ketika seorang Yahudi kafir mengerjai seorang muslimah hingga terlepas baju abayanya sampai ia berteriak histeris, maka Khalifah Al Mu'tashim mengirim pasukan untuk membalas apa yang dia lakukan dan mengusir orang Yahudi dari negaranya. Sementara hari ini, para muslimah diperkosa sedangkan pemimpin negeri muslim hanya diam tak bisa berbuat apa-apa?"

"Atau ke belakang maksudmu saat kaum muslimin membangun universitas pertama di Spanyol yang menggemparkan Eropa kala itu, sehingga sejak itu, pakaian jubah longgar besar dari Arab itu menjadi pakaian wisuda hampir semua universitas dunia? Dan dibagian atasnya ada topi yang datar dimana dahulu dijadikan tempat meletakkan Al Qur'an saat acara wisuda?"

"Atau maksudmu ke belakang, saat Kairo menjadi kota paling indah di dunia?" 

"Atau ketika 1 Dinar Iraq setara dengan 483 dolar?" 

"Atau maksudmu ke belakang, saat orang-orang melarikan diri dari Eropa yang dilanda kemiskinan dan pergi menyelamatkan diri menuju Aleksandria (Mesir), atau ketika Amerika meminta bantuan Mesir untuk menyelamatkan Eropa dari kelaparan?" 

"Tolong beritahukan padaku, mundur ke belakang mana yang kamu maksudkan??"

Dan si penanya hanya bisa diam, membisu tak tahu apa yang mau diucapkan.(***)

Alih bahasa: Ahmad Budiman, Lc

KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA

Nasihat khas utk lelaki yang suka sgt bersolat fardhu di rumah. Mohon slow2 baca sehingga habis...di bwh ini ada  kelebihan dan jugak ada amaran/ ancaman nabi SAW....
___________________
 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat Isya dan Subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat Subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya di bawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

Tahukah   KAUM LELAKI bahwa kerana begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorang pun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga kita mendapat hidayah bersama. 

آمين يا رب العالمين. 

Semoga Bermanfaat. Allahuwahlam.

KEDAI MENJUAL ISTERI



Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2. 

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.

"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.

Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. 

Wallahu alam

Riverside Museum: Di Pertengahan Feb 2022

Allahuakhbar... dah pagi baru perasan... 
dah 11 jam Garmin forerunner bercharge. dah la dr 1st time charge. Zaf kata stgh jam dh penuh. tp sbb dh penat sgt smlm. tertido lah... huh.. lamanya tido.. Jam 8mlm smpi 7 pagi. Ma shaa Allah. 

Sebenar nk citer pasal semalam. Berjalan2 ke Riverside Muzium naik bus. Kqki main badminton lom elok sgt. layan je 😄🤗

Menunggu bas. Sekali bas no 3 lambat atau kena tgk if driver bagi tak bawa strolle masuk bas. kdg² bersaing dgn Mak2 yg bawa stoller. hmm
 So berjln lah smpi ke Dumborton Road.
baru naik bas. Smpi di Partick, berjalanlah ke Riverside Muzium. 11 minit berjln. 

Jalan punya jalan. then sampai lah😁

Best². Cantik tempat ni. igt Liverpool je ada.😄 Nanti I share gmbr2 dalam ni. Cun². byk sejarah di Glasgow ni. pasal kisah² sebelum perang dlln..

Teman ke syurga

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

Muhasabah 15 Feb 2022

Alhamdulillah ala kulli hal.

Bangun² tido terjaga. Zaf kejut solat subuh. dah 6.50 pagi. Subuh start pkul 6am. habis dlm pkul 8am cmtu. Berubah². 
cuma pelik dh set jam pkul 5 lbh. 2 kali set. Tnya zaf if ada dgr bunyi alarm. Rupanya, tgn ni cpt off alarm. huhu.. kena duk jauh dgn hp lah lps ni.

Then kalau trbgun pkul 1am tu biasa. sbb mmg selalu bgun kerja NHS jam 1. huhu

Hari ni byk mesej yg dpt utk muhasabah. 
Bgn² mcm ada yg berbisik.

1. pasal menyesal masih xdpt bgn malam utk merintih dan bercakap2 dgn Tuhan pencipta. Menginsafi diri sbb xlama lagi akan kembali. dh 35 tahun kan...

2. if tidur nk mlm, jgn terikut2 org. biasa mlm xkerja buat movie time dgn anak². mcm xok. sbb fikir2 kalau Allah ttpkn mati esoknya, dlm kelalaian. huhu😭 
Kalau anak2 dh besar, pun akan buat benda sama sbb kita buatkan! So, patut ubah ni... mgkn dgr kuliah atau zikir dlln. baca doa taubat ke... i'tirof Aishwa Nahla mmg kena hafal. best.huhu

3. then, puasa sunat dh lama tinggalkan. huhu... bulan ni belum buat lg. padahal rejab ni. pling kurg 3x kena buat... Ya Allah lalainya hambamu ini. mklum dh keje. mmg busy.. Sembang santai dpt buat minggu lps. alhmdulillah bab tggjwb seorg hamba... Allah.. byknya tggungjawab. terutama bawa rasa hamba tu... Allah...

Kena mula semula semuanya. waqi' atau suasana kt sini tak mmbantu sgt... kalau kt Malaysia suasana dh ada. Moga Allah bantu. Aamiiiin🤲🤲🤲🤲🤲🤲

Semakin banyak ilmu

Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, 

Seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan...Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah.. Selamatlah golongan ini.. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan..

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

Dobi, Garmin forerunner 245 music dan Umah baru Kang Jol 12 Feb 2022

TINGKATAN NAFSU

TASAWUF TODAY
TAJUK: TINGKATAN NAFSU

💎
📛     7 JENIS NAFSU    📛
.
➡ Nafsu Amarah
(Nafsu yang suka kepada kemaksiatan)
.
➡ Nafsu Lawwamah
(Nafsu yang buat kebaikan dan juga kejahatan, buat maksiat tapi ibadah tak tinggal)
Kata imam nawawi:- orang seperti ini kena bertaubat kepada Allah dan berhenti
.
➡Nafsu mulhamah / marhamah
( dia tahu perkara baik dan jahat tetapi dia dengki dengan orang buat baik)
orang ini kena perbanyakkan istighfar
.
➡ Nafsu Mutmainnah
(Apabila tengok semua benda, dia redha dengan Allah).

➡Nafsu Radhiah
(Sifat nafsi yang anggap makruh itu haram dan sunat satu kewajipan supaya berhati2 dalam setiap amalan)
.
➡Nafsu Mardhiyyah
(Nafsu yang amat mencintai Allah dan Allah amat mencintainya)
.
➡Nafsu Kamilah
(Tingkatan nafsu para nabi dan rasul ,manusia yang suci dan sempurna. Terpelihara dari perbuatan keji)

Nampak berseloroh tapi ada maksud tersirat (",)


Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......

Moral of the story :
cari mak cik tu (mungkin janda)😌😄

30sen



Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? 

Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu je. Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & 
Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. 

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?

Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. 

"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Tanpa Matlamat hidup mudah tersasar


Ramai orang hidup tanpa tahu tujuan sebenarnya kenapa mereka lakukan apa yang sedang di lakukan sekarang. 

Matlamat ibarat anda mempunyai "Sistem" dalam kehidupan. Dalam perniagaan sekiranya satu saya tidak mempunyai Sistem potensi syarikat itu untuk gulung tikar adalah 99.9%.

Sama dengan hidup sekiranya tiada Sistem dalam kehidupan apa akan jadi?. 
Bayangkan anda naik highway terus berjalan tanpa tahu destinasi. Apa anda rasa?.. Anda berjalan tanpa haluan yang di tetapkan. 

Sekarang anda berkata dalam diri "Aku mesti ada matlamat hidup" dan "Aku ingin mempunyai sistem kehidupan" supaya hidupku lebih teratur. 

Apabila anda mempunyai Matlamat yang jelas, anda akan dapat merasai nikmatnya kehidupan. Anda memandang masa depan anda semakin cerah.. 

#kredittoFRAAFarahSalma

ROTI HANGIT



_Seorang anak menceritakan:_

_Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. *Ibuku* *meletak* di hadapan ayahku *roti bakar*, tetapi roti *hangit* sepenuhnya._

_Ayahku *menghulur* tangan, mengambil cebisan roti *sambil* *tersenyum* manis *ke* arah *ibuku*._

_Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu._

_Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku *terbayang* sampai saat ini, bagaimana aku *melihat ayahku* menyapu roti dengan butter dan jem, lalu *memakannya tanpa bersisa.*_

_Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon *maaf* kerana *roti hangit* ketika dia membakarnya._

_Dan aku tidak akan lupa jawapan *ayahku* terhadap permohon *maaf ibuku.*_

_*"Sayang...,* jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit._

_Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan *roti* dibakar sampai *hangit*."_

_Ayahku merangkul aku ke dadanya dan *berbisik ayat-ayat* yang perlu diteliti:_

_"Anak ku, hari ini *ibumu* telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat *letih*._

_Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati._

_*Hidup* ini *memang* penuh dengan *kekurangan*, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib._

_Kita *perlu* belajar *membiasakan* diri menerima *kekurangan* pada setengah urusan, kita perlu *bersikap terbuka* dengan keaiban orang lain._

_Ini antara *perkara* penting *dalam* membina *hubungan* dan akan *menjamin* hubungan *kekal* utuh._

_*Jangan* sampai roti yang hangit *sedikit* menjadi punca *berkecai hati* yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. *Abaikan* perkara-perkara *remeh*._

_Asyik *membantah* akan *mematikan* kelazatan *sesuatu* perkara._

_Sebab itulah *pokok* yang *ditiup* angin berterusan akan *kehilangan* daun dan berguguran *buahnya*._

_Begitulah *perumpamaan* seseorang *yang* selalu terdedah kepada *kritikan* pedas, dia akan menjadi manusia *negatif*._

_*Pujilah kebaikan* orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka._

_Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati._

mendekati 40

Astagfirullah hal'azim..baru saya fhm😥😥

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. 

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.

Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! 
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. 

Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik, 'kan Allah
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.
C&P

Usia semakin tua

Gengaman waktu dan ketika. Kematian mengajar kita erti "Antara semalam dan hari ini". Kematian adalah didalam gengaman waktu dan ketika. Kematian juga merupakan jalan mati kepada lorong sehala kehidupan ini. Namun kematian pula adalah pintu kepada suatu lorong lagi yg mesti dilalui insan dalam perjalanan jauh menuju tuannya. Tetapi apabila kita berkesempatan menghantar insan tersayang dihujung kehidupannya...Ibrahnya: betapa singkatnya kehidupan ini. 35 tahun dibelai nafas kita seolah-olah sebentar cuma. 35 tahun kehidupan berkumpul didepan mata kita. Tiada yg terlebih mahal pada waktu dan ketika ini selain rasa cinta pada zat dan sifat yang dariNya kita datang.... "Ya Allah tambahkanlah rasa CINTA ini..supaya aku terasa mutmainnah saat Kau jemput aku pulang. Agar aku bisa tersenyum bila sampai waktu dan ketikanya aku datang kepadaMu".Amin Ya Rabb..

org taqwa

Orang bertaqwa rezekinya dijamin Allah SWT. Jika belum bertaqwa mengusahakannya satu syariat yang dituntut. Hasilnya sedikit atau banyak itu kerja Tuhan. Yang penting menunaikan syariat dapat pahala dan ada nilai disisi Tuhan. Keberkatan juga ada pada usaha yang menepati syarat.

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram


Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling. 

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka. Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: “Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!” Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! 

Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu! Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi. Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain. 

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: 

“Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.” Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA....

KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH


Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

Daun hijau dan Ulat

Berkorban Itu Indah
--------------------

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

🌹Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.🌺

Bumi Tuhan... Bersaksilah