Setiap keputusan yang kita pilih,
kita mesti bertanggungjawab atas akibatnya.
2010.
Tahun keramat di mana aku minta izin kepada kedua
ibu dan ayah.
" Emak, Ayah. Saya nak berhenti kerja "
Emak dan Ayah terkejut.
Kena sampuk jin ifrit ke budak ni.
Gila kau, gaji sudah RM5500.
Tinggi gila gaji itu untuk seorang budak umur 20 tahun time tu.
Jawapan dari Ayah :
" Tulis Pro and Cons tentang berniaga vs makan gaji.
Kemudian, buat pilihan sendiri apa yang kita mahukan dalam hidup.
Dah ada matlamat, go for it "
*
1 tahun mengelamun panjang,
Fikir entah betul atau entah tidak keputusan ini,
Sampai satu tahap, masuk ofis tengok kerja-kerja pejabat,
rasa nak muntah. Minda, jiwa dan raga sudah tidak
ada pada kerja 9 to 5.
Pegawai aku kata :
" Kau datang pejabat pun, menyusahkan orang lain sahaja.
Kerja tidak siap. Kerja tidak sempurna.
Jiwa kau sudah tidak ada di sini. "
=======================================
Calculation seorang budak 20 tahun ( 2011 )
Gaji 1 bulan : RM5500. ( setahun RM66,000 )
Kerja 9 to 5.
Kerja-kerja tambahan selepas tugas sebenar.
Nak naik pangkat ? jawatan penuh der.
Ada pencen. Gaji tetap. Benefit ada.
vs
1 jobscope disiapkan : Untung RM100,000 per project.
Kesiapan projek within 3 month.
Waktu kerja : flexible.
Tiada kerja-kerja tambahan.
This project will growth versus time.
Boleh create pencen sendiri. Gaji tak tentu.
Sekali terkena,boleh ranap.
=======================================
2017.
7 tahun berlalu dari tempoh tahun keramat aku buat
keputusan hidup dan mati perjalanan diri aku ini.
Tahun ini, kita makan rumput makan pasir kaw-kaw punya.
Just barely survive day by day. Muflis.
*
1- Usah menyalahkan sesiapa.
Ini adalah keputusan yang aku sendiri buat,
pada umur 20 tahun. ( over 18 years old )
Sendiri pilih, sendiri tanggung.
Mahu menangis mengadu dekat ayah ?
Mau dapat penampar jepun.
Kita boleh buat pilihan yang kita mahu.
Kita kena bertanggungjawab atas akibat dari pilihan itu.
So ? hadap sahaja lah tahun susah ini.
*
2- Usah mengenang masa lalu.
2012 ~ 2015.
Ya, aku terima apa yang aku mahukan.
Untung per projek ratus ribu, dalam masa 3 bulan.
9 bulan lagi ? Time freedom.
Kegemilangan Melaka sudah menjadi sejarah.
Kita hidup di zaman realiti kini.
Usah mengenang kehebatan masa lalu.
Kita jadikan ia sebagai memori kehidupan,
belajar dari kesilapan masa lalu dan betulkan.
Cukup meratap kenangan lalu.
Kita fokus menuju ke hadapan.
Walau sukar, teruskan berjalan.
*
3- Berdamai dengan diri.
Enjoy the show.
Ingat ! Kita menikmati perjalanan hidup kita,
dengan penuh rasa kesedapan.
Ada tahun kita di puncak.
Ada tahun kita sesak.
Roda kehidupan itu berputar.
Mengeluh dan mengadu di sana sini, tidak akan membantu.
Kita kena berusaha, dan berusaha.
*
I'm a matured adult now.
behave like one.
Setiap keputusan yang terjadi dalam hidup ini,
Aku sendiri yang pilih.
Maka, hadap sahajalah.
=======================================
Kita berlari dalam trek kehidupan kita sendiri.
Apa yang terjadi dalam kehidupan aku kini,
adalah apa yang aku pilih 5 tahun dahulu.
Aku bertanggungjawab atas segala tindakan sendiri.
Jika 5 tahun aku sedap,
Baru 2 tahun jadi kayap. Just relax. Chill.
Wisdom Mamat Muflis ;
Surah Yusuf :
Semasa 7 tahun yang subur ( lembu gemuk )
bersedia untuk 7 tahun yang kering ( lembu kurus ).
When you are at the bottom,
there is no other way. Just up !
No comments:
Post a Comment