suami mkn gaji

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RN30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

DAJJAL TAKUTKAN GOLONGAN TASAWUF



Kenapa Dajjal & pengikut-pengikutnya  (Freemason) sangat benci kepada ilmu tasawuf dan tareqat?

Sebabnya, tasawuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kpd para Sahabat nabi, hanya dengan 313 tentera dlm keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid, hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat, mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih…

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulamak namakan dengan nama “tasawwuf” dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnah waljamaah yang disusun oleh mazhab asya’irah dan maturidiyyah…

Baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy’ari dan bermazhab syafie, baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi mujahid-mujahid lain…

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghanistan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghanistan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur..  

Begitu juga mujahid-mujahid chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie, berakidah asy’ari dan mengikut tareqat naqshabandi… Mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga, para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie, berakidah asy’ari dan ahli sufi… Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata!

Sejak dari hari itu syaitan, jin, dajjal, iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana “teknologi” mereka lebih hebat! Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu…

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya…

============================================================================================================================================

SIAPA YANG BOLEH MENGENALI DAJJAL?

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

“Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?”, saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah: 

                            “Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi” 

============================================================================================================================================

SIAPA AHLI TAWAWUF / SUFI?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang ke enam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang. 

============================================================================================================================================

APAKAH KELEBIHAN ILMU TASAWUF?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan  sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar. 

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

===========================================================================================================================================

AMALAN ILMU TASAWUF

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut. 

======================================================================

APAKAH ITU TASAWUF

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka. 

======================================================================

RINGKASAN PENCAPAIAN ILMU TASAWUF

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

-Diploma (Dip)
-Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
-Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
-Doktor Falsafah (PhD)
-Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahu pun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama di kalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.

Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

-Nafsu Lawwamah
-NAfsu Mutmainnah
-Nafsu Mardiah
-Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan tersebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu’. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

==================================================================================================================================================================================================================

DAJJAL TAKUTKAN GOLONGAN TASAWUF

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seperti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung di sebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama uma Islam itu sendiri.

============================================================================================================================================

PROSES MENGHALANG AMALAN TASAWUF OLEH DAJJAL

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat.  Ucapan zikir secara berjemaah sebanyak beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

“Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan….”

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah dijelaskan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah. 

============================================================================================================================================

CARA MENGENALI DAJJAL ADALAH DENGAN MEMPELAJARI TASAWUF

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

===========================================================================================================================================

BAGAIMANA KITA BOLEH MEMPELAJARAI TASAWUF DAN TAREKAT?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak. 

============================================================================================================================================

KESIMPULAN

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir.  Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Wallau’alam.

Melayu berniaga

JOM JADI USAHAWAN !!! AYUH BANGKIT !!! 

1.Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”

12.Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai

Kepada mereka yang ingin ceburi bidang Perniagaan Tetapi tiada modal ?? Tiada idea pemasaran dan perniagaan? ingin bermula dengan "0" modal.

Sila follow dan hubungi Pakar Pemasaran Online dan Idea Pemasaran Anda 

InsyallahBeliau akan mengajar anda  bermula dari bawah tanpa modal. Jika serius boleh follow Beliau >> https://www.facebook.com/anuar83

Rahsia kehidupan


Saat saya memberi, saya akan menerima. Saat saya menolong orang lain, pada saat yang sama saya sedang menolong diri saya sendiri. πŸ€”πŸ€”
Apa yang saya lakukan untuk orang lain, sebenarnya saya sedang melakukannya untuk diri saya sendiri.
πŸ“πŸ“πŸ“πŸ’°
Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Ξ‘da perumpamaan menarik,😲😲😲

Ada seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hariπŸ—ΏπŸ—ΏπŸ—Ώ. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. πŸ”¦πŸ”¦πŸ”¦

Keadaan ini cukup menghairankan saya kebetulan melihatnya. 

Saya bertanya,😱

"Mengapa anda berjalan membawa lampuπŸ”¦ sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".😳😳

Dgn itu saya  bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?" 

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.
πŸŒžπŸŒžπŸŒžπŸŒžπŸ‘πŸ‘ 

kembali utk berbakti dan mengecapi.. sedikit perkongsian


Dengarlah nasihat saya ini. Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten, JANGAN sibuk minta tolong sana sini.

#Pertama:
Baiki dahulu diri sendiri dengan Allah swt. Merayu menangis minta tolong dengan Allah dahulu. Buatlah apa yang terdaya. Puasa nazar ke. Istigfar beribu kali ke. Selawat beratus kali ke. Solat taubat solat hajat sedekah zakat. Ngaji ke baca doa. Buatlah mana yang termampu. Biar mata bengkak lutut lebam. Biar tersengguk ngantuk masa pegang tasbih tu.

Ingat. Pergantungan UTAMA kita hanya pada Allah swt semata-mata. 

#Kedua
USAHA ikhtiar cari jalan penyelesaian. Minta nasihat. Upgrade ilmu. Tambahkan usaha. 

Ingat. Tiada manusia hebat di dunia ini. Yang hebat hanyalah ALLAH. Usah bergantung harap pada manusia, network, guru bisnes, team bisnes, kerana mereka semua manusia biasa. Dan manusia kerap mengecewakan manusia.

.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cerita.
Bulan Nov-Dis 2015, saya putuskan semua hubungan dengan network saya. Saya putuskan bergantung harap kepada manusia.

Sebelum ni hati selalu berkata, "Aku kena berbaik dengan dia ni orang itu, sebab mereka akan bawa peluang bisnes." SILAP ! 

2 bulan saya hentikan bisnes.
1. Saya baiki amalan saya. Saya berbaik denagn Allah swt.

2. Saya baiki semula kesilapan utama saya iaitu kebergantungan kepada manusia lain especially network dalam bisnes. Now, dalam hati dan kepala ini hanya INGAT ALLAH ALLAH ALLAH sahaja yang akan gerakkan sesuatu, bukakan pintu rezeki, mudahkan semua urusan. Allah sahaja yang berkuasa ! Makhluk tiada apa-apa. 

Alhamdulillah.
Di akhir Disember 2015, satu persatu peluang bisnes muncul dan Allah permudahkan semuanya. Banyak perkara magik berlaku. Memang magik. Namun Allah amat adil dengan saya. Di kala saya kembali lalai, Dia tarik sedikit. Lalu saya mula beringat dan jaga semula amalan dan hubungan dengan NYA. 

#Ketiga
Berkhidmat kepada ibu-bapa dan menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka suka. Jika ibu anda suka cendol, belikan cendol. Ayah suka berkebun, selalu call buat-buat tanya pasal kebun dan hasil tanamannya. Balik kampung, minta ayah pack kan sedikit ubi daun kunyit (walaupun kat pasar rumah anda dah ada banyak). 

Bonda Hayati telefon semalam dan pesan belikan tembikai merah sebiji. Maka saya pun pergilah pasar beli tembikai. Masa pergi hantar tembikai, teruslah saya duduk bersimpuh makan masakan bonda (sebab bonda saya suka orang makan masakannya). 

All The Best Semua.  
Bisnes ini satu ibadah dan satu tarbiyah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik. Teruskan berbisnes!

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..


Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

Pengemis dan isteri cantik


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

*Pengajaran*:
Bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah saw. bersabda yang maksudnya: _"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan_".

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
_"Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"_.

🌻 Semoga manfaat 🌻

KUNCI DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG


1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan 

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Wallahu A'alam

surah yasin. baca sahajakah??

*Kita sering kali membaca Surah Yaasin*..
*tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut.*

*Sekadar Perkongsian Bersama.*
*Surah Yaasin*

*Pengertian Setiap Ayat :*
*Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri*

*Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.*

*Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.*

*Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.* 

*Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.*

*Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.*

*Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.*
*Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.*

*Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).*

*Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.*
*Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.*

*Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.*

*Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.*
*Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.*
*Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.*

*Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.*

*Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.*

*Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.*

*Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.*

*Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.*

*Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat &  kehidupannya.*
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

*Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.*

*Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.*

*Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.*

*Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.*

*Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"*

*Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.*

*Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."*

*Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari*

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan πŸ‘
Sila kongsikan

TAJUK: TINGKATAN NAFSU



πŸ“›     7 JENIS NAFSU    πŸ“›
.
➡ Nafsu Amarah
(Nafsu yang suka kepada kemaksiatan)
.
➡ Nafsu Lawwamah
(Nafsu yang buat kebaikan dan juga kejahatan, buat maksiat tapi ibadah tak tinggal)
Kata imam nawawi:- orang seperti ini kena bertaubat kepada Allah dan berhenti
.
➡Nafsu mulhamah / marhamah
( dia tahu perkara baik dan jahat tetapi dia dengki dengan orang buat baik)
orang ini kena perbanyakkan istighfar
.
➡ Nafsu Mutmainnah
(Apabila tengok semua benda, dia redha dengan Allah).

➡Nafsu Radhiah
(Sifat nafsi yang anggap makruh itu haram dan sunat satu kewajipan supaya berhati2 dalam setiap amalan)
.
➡Nafsu Mardhiyyah
(Nafsu yang amat mencintai Allah dan Allah amat mencintainya)
.
➡Nafsu Kamilah
(Tingkatan nafsu para nabi dan rasul ,manusia yang suci dan sempurna. Terpelihara dari perbuatan keji)

I'm Matured Adult


Setiap keputusan yang kita pilih,
kita mesti bertanggungjawab atas akibatnya.

2010.
Tahun keramat di mana aku minta izin kepada kedua
ibu dan ayah.

" Emak, Ayah. Saya nak berhenti kerja "

Emak dan Ayah terkejut.
Kena sampuk jin ifrit ke budak ni.

Gila kau, gaji sudah RM5500.
Tinggi gila gaji itu untuk seorang budak umur 20 tahun time tu.

Jawapan dari Ayah :
" Tulis Pro and Cons tentang berniaga vs makan gaji.
Kemudian, buat pilihan sendiri apa yang kita mahukan dalam hidup.
Dah ada matlamat, go for it "

*

1 tahun mengelamun panjang,
Fikir entah betul atau entah tidak keputusan ini,

Sampai satu tahap, masuk ofis tengok kerja-kerja pejabat,
rasa nak muntah. Minda, jiwa dan raga sudah tidak
ada pada kerja 9 to 5.

Pegawai aku kata :
" Kau datang pejabat pun, menyusahkan orang lain sahaja.
Kerja tidak siap. Kerja tidak sempurna.
Jiwa kau sudah tidak ada di sini. "

=======================================

Calculation seorang budak 20 tahun ( 2011 )

Gaji 1 bulan : RM5500. ( setahun RM66,000 )
Kerja 9 to 5.
Kerja-kerja tambahan selepas tugas sebenar.
Nak naik pangkat ? jawatan penuh der.

Ada pencen. Gaji tetap. Benefit ada.

vs

1 jobscope disiapkan : Untung RM100,000 per project.
Kesiapan projek within 3 month.
Waktu kerja : flexible.
Tiada kerja-kerja tambahan.
This project will growth versus time.

Boleh create pencen sendiri. Gaji tak tentu. 
Sekali terkena,boleh ranap.

=======================================

2017.

7 tahun berlalu dari tempoh tahun keramat aku buat
keputusan hidup dan mati perjalanan diri aku ini.

Tahun ini, kita makan rumput makan pasir kaw-kaw punya.
Just barely survive day by day. Muflis.

*

1- Usah menyalahkan sesiapa.

Ini adalah keputusan yang aku sendiri buat,
pada umur 20 tahun. ( over 18 years old )

Sendiri pilih, sendiri tanggung.
Mahu menangis mengadu dekat ayah ?
Mau dapat penampar jepun.

Kita boleh buat pilihan yang kita mahu.
Kita kena bertanggungjawab atas akibat dari pilihan itu.

So ? hadap sahaja lah tahun susah ini.

*

2- Usah mengenang masa lalu.

2012 ~ 2015.
Ya, aku terima apa yang aku mahukan.
Untung per projek ratus ribu, dalam masa 3 bulan.
9 bulan lagi ? Time freedom.

Kegemilangan Melaka sudah menjadi sejarah.
Kita hidup di zaman realiti kini.

Usah mengenang kehebatan masa lalu.
Kita jadikan ia sebagai memori kehidupan, 
belajar dari kesilapan masa lalu dan betulkan.

Cukup meratap kenangan lalu.
Kita fokus menuju ke hadapan.
Walau sukar, teruskan berjalan.

*

3- Berdamai dengan diri.

Enjoy the show.
Ingat ! Kita menikmati perjalanan hidup kita,
dengan penuh rasa kesedapan.

Ada tahun kita di puncak.
Ada tahun kita sesak.

Roda kehidupan itu berputar.

Mengeluh dan mengadu di sana sini, tidak akan membantu.
Kita kena berusaha, dan berusaha.

*

I'm a matured adult now.
behave like one.

Setiap keputusan yang terjadi dalam hidup ini,
Aku sendiri yang pilih.
Maka, hadap sahajalah.

=======================================

Kita berlari dalam trek kehidupan kita sendiri.

Apa yang terjadi dalam kehidupan aku kini,
adalah apa yang aku pilih 5 tahun dahulu.

Aku bertanggungjawab atas segala tindakan sendiri.

Jika 5 tahun aku sedap,
Baru 2 tahun jadi kayap. Just relax. Chill.

Wisdom Mamat Muflis ;
Surah Yusuf : 
Semasa 7 tahun yang subur ( lembu gemuk ) 
bersedia untuk 7 tahun yang kering ( lembu kurus ).

When you are at the bottom,
there is no other way. Just up !

Tanpa Matlamat hidup mudah tersasar

Ramai orang hidup tanpa tahu tujuan sebenarnya kenapa mereka lakukan apa yang sedang di lakukan sekarang. 

Matlamat ibarat anda mempunyai "Sistem" dalam kehidupan. Dalam perniagaan sekiranya satu saya tidak mempunyai Sistem potensi syarikat itu untuk gulung tikar adalah 99.9%.

Sama dengan hidup sekiranya tiada Sistem dalam kehidupan apa akan jadi?. 
Bayangkan anda naik highway terus berjalan tanpa tahu destinasi. Apa anda rasa?.. Anda berjalan tanpa haluan yang di tetapkan. 

Sekarang anda berkata dalam diri "Aku mesti ada matlamat hidup" dan "Aku ingin mempunyai sistem kehidupan" supaya hidupku lebih teratur. 

Apabila anda mempunyai Matlamat yang jelas, anda akan dapat merasai nikmatnya kehidupan. Anda memandang masa depan anda semakin cerah.

anak


Pernah terbaca, lebih kurang begini isi kandungannnya, moga jadi ingatan bersama. πŸ˜‡

Tidak dinafi, usia anak bawah dua tahun masih tidak boleh bercakap.
Jika bercakap sekalipun, butir pertuturannya tidak dapat difahami, kerana anak itu menggunakan 'bahasa'nya sendiri. Kebiasaannya percakapan anak usia itu seperti kartun, yang mampu menggeletek hati dan menyenangkan bagi yang berkomunikasi dengannya. Namun, tatkala datang angin tantrum, hanya S A B A R sahaja kuncinya. πŸ˜‰

Namun, tidak boleh bercakap tidak semestinya anak itu tidak boleh melihat. Anak itu memerhati segala perilaku ibu bapa dan orang sekeliling; 'merekodkan' segalanya dalam otak mereka, seterusnya menterjemah apa yang mereka perhati dan disimpan dalam memori, melalui perilaku mereka berdasarkan peniruan.

Oleh itu, segala percakapan dan perlakuan perlulah ditonjolkan yang baik-baik sahaja, kerana anak-anak merupakan pemerhati dan 'peniru' yang terbaik. 

πŸ‘Ά Jika mahu solat, tidak perlu solat sembunyi-sembunyi semata-mata tidak mahu kehadiran si kecil mengganggu solat. Pertontonkan solat kepada mereka, sebaiknya sebelum solat pastikan lampin mereka bersih. Lama-kelamaan pasti anak-anak akan meniru perlakuan dengan mulut terkumat-kamit 'membaca' bacaan.

πŸ‘Ά Mengajilah depan anak-anak. Semestinya akan berlaku perebutan Al-Quran bersama mereka. Sebaiknya sediakan buku lain untuk diberikan kepada mereka.

πŸ‘Ά Pertontonkan membaca doa sebelum makan atau setiap kali ingin melakukan apa-apa perkara. Nescaya mereka juga akan meniru perlakuan itu.

Maka, pamerkan dan berkata-katalah yang baik-baik sahaja meskipun mereka masih tidak fasih dalam tutur bicara, namun segalanya tetap terakam kemas dalam ingatan memori mereka. 

Sesungguhnya ibu bapa adalah madrasah pertama buat anak-anak. Proses pengajaran dan pembelajaran terawal bermula dari rumah. 


Coretan hati,
ummuhaura' @ hanaqarirah
Ibu muda, masih cetek pengalaman usianya.
Kredit juga pada Farhana Muhammad

Kredit kartun: Kertas Momen

Roti Hangit



_Seorang anak menceritakan:_

_Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. *Ibuku* *meletak* di hadapan ayahku *roti bakar*, tetapi roti *hangit* sepenuhnya._

_Ayahku *menghulur* tangan, mengambil cebisan roti *sambil* *tersenyum* manis *ke* arah *ibuku*._

_Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu._

_Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku *terbayang* sampai saat ini, bagaimana aku *melihat ayahku* menyapu roti dengan butter dan jem, lalu *memakannya tanpa bersisa.*_

_Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon *maaf* kerana *roti hangit* ketika dia membakarnya._

_Dan aku tidak akan lupa jawapan *ayahku* terhadap permohon *maaf ibuku.*_

_*"Sayang...,* jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit._

_Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan *roti* dibakar sampai *hangit*."_

_Ayahku merangkul aku ke dadanya dan *berbisik ayat-ayat* yang perlu diteliti:_

_"Anak ku, hari ini *ibumu* telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat *letih*._

_Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati._

_*Hidup* ini *memang* penuh dengan *kekurangan*, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib._

_Kita *perlu* belajar *membiasakan* diri menerima *kekurangan* pada setengah urusan, kita perlu *bersikap terbuka* dengan keaiban orang lain._

_Ini antara *perkara* penting *dalam* membina *hubungan* dan akan *menjamin* hubungan *kekal* utuh._

_*Jangan* sampai roti yang hangit *sedikit* menjadi punca *berkecai hati* yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. *Abaikan* perkara-perkara *remeh*._

_Asyik *membantah* akan *mematikan* kelazatan *sesuatu* perkara._

_Sebab itulah *pokok* yang *ditiup* angin berterusan akan *kehilangan* daun dan berguguran *buahnya*._

_Begitulah *perumpamaan* seseorang *yang* selalu terdedah kepada *kritikan* pedas, dia akan menjadi manusia *negatif*._

_*Pujilah kebaikan* orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka._

_Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati._

sampai masa kita....


 Assalamualaikum

Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah yg terharu yg dicer itakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh

πŸ‘ͺAnakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting
diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
..........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....

Isteri

Jaga Isteri ..
Memang Susah . 

Memang Penat . 

Memang Rasa Rimas . 

Suka Membebel . 
Suka Marah-Marah . 
Suka Merajuk . 

Tapi , 
Ketahuilah ..

Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu . 

Dan , 

Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu . 

Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu . 
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu . 

Dan  , 

Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu . 

Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu . 
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu .

Dan Nasihatku ..
' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ' :) 

Kerana , 
Kamu Akan Mengerti ..

Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu .. 

Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .

Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.

Ramai yang lupa pesan Rasulullah: 
 “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (istrinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (istriku).”

7 sunnah hebat

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

Ψ¨Ψ§Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩΩŠΩƒΩ…..

Sempurna

Satu kisah:


Suatu hari, aku bertanya kepada guruku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang

paling sempurna dalam hidup..?"


Guru : "Berjalanlah lurus di

taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"


Setelah berjalan dan sampai dihujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..


Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan walau satu pun bunga..??"


Aku : "Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya, tapi saya tidak memetiknya, karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada

yang lebih indah. Namun ketika saya sudah sampai di ujung, baru saya sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang TERINDAH,dan

saya pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"


Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin

pula kita tak akan pernah

mendapatkannya kerana

kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."


● Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.


● Bila terlalu sukar & sulit utk mengasihi, jangan membenci.


● Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.


● Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.


● Bila tak sanggup memuji, jangan pula mengeji.


● Bila tak mampu menghargai,jangan menghina.


"JANGAN MENCARI

KESEMPURNAAN, tapi

sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita".


NASIHAT BUAT PASANGAN YANG DAH BERKAHWIN



Sebuah perkahwinan itu bukan mengenai AKU.

Clichè. Memanglah bukan mengenai AKU. Tapi ia mengenai AKU dan KAU.

Berapa ramai orang yang mendabik dada mencanang cinta yang takkan mati, cinta aku dan kau, walhal kehidupan dalam rumah tangganya hanya berkisar tentang AKU.

"Aku ke je yang buat keje. Dia balik-balik terus tidur rehat. Ingat aku kuli ke?"

"Dia ni tak memahami aku. Asyik aku je yang mengalah, dia asyik nak menang je!"

"Awak tak pernah tukar pampers anak, asyik aku je yang buat! Awak ni pasangan yang teruk!"

Ayat-ayat clichΓ¨ selepas beberapa tahun berkahwin. 

Bahkan, wujud juga pasangan yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pasangannya di Media sosial. Apakah semua ini? Seolah membuka aib pasangan di khalayak umum. Mengapa perlu sebegitu.

Mungkin kita lupa, bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat..

Mungkin juga kita lupa;

"Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap isteri dan aku adalah yang terbaik diantara kalian terhadap isteriku." ( HR. Tirmizi)

Dan..

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah, akan menaatinya, dan bila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya..” 
(HR. Abu Dawud)

Terlalu ramai yang lupa status dirinya dalam sesebuah perkahwinan.

Isteri lupa untuk tunduk dan taat pada suaminya.

Dan suami lupa untuk mengasihi dan berbuat baik pada isterinya.

Kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu bukan diukur dari hebatnya puitis dan swafoto/selfie mesra dia alam maya.

Bukan juga diukur dari gahnya harta dan berapa banyak bilangan negara yang telah dilawati.

Malah jauh sekali diukur dengan berapa banyak 'like' dan 'follower'..

Mawaddah(cinta) wa rahmah(kasih sayang) yang sebenar adalah apabila si suami merendahkan ego dan menghargai serta membantu sang isteri dalam hal rumah.

Juga apabila sang isteri menjaga lisan dari biadap dan mengeluh kesah dan membanting tulang menguruskan rumah dan keluarga.

Juga apabila saling bantu membantu menegakkan kalimah Allah, berhempas pulas mengajak manusia kepada Allah, serta saling memberi semangat pabila salah satu pasangan sedang futur dan putus asa.

Kerana yakin dengan janji Allah bahawa syurga itulah satu-satunya tempat beristirehat.

Mana mungkin dunia ini menawarkan kerehatan dan kemanisan setiap masa!

Itulah ketenangan.
Itulah kasih sayang.
Dan, itulah keberkatan...

Jangan sia-siakan sesebuah ikatan halal hanya kerana hal picisan dan emosi. Kerna syurga menanti mereka yang sabar dan bersyukur!

Jangan Tutup Hati Kita

Seorang Guru memberikan tugas kepada siswanya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Malamnya sang Guru memeriksa tugas itu, sebahagian besar siswa menulis demikian:

Tujuh Keajaiban Dunia :
1. Piramid.
2. Taj Mahal.
3. Tembok Besar Cina.
4. Menara Pisa.
5. Kuil Angkor.
6. Menara Eiffel.
7. Candi Borobudur.

Lembar demi lembar memuat hal yang hampir sama.

Beberapa perbedaan hanya terdapat pada urutan penulisan daftar tersebut
 
Tapi Guru itu terus memeriksa sampai lembar yang paling akhir..

Tapi saat memeriksa lembar yang paling akhir itu, sang Guru terdiam.
Lembar terakhir itu milik si Gadis Kecil Pendiam..

Isinya seperti ini :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Mampu Melihat,
2. Mampu Mendengar,
3. Mampu Menyentuh,
4. Mampu Disayangi,
5. Mampu Merasakan,
6. Mampu Tertawa, dan
7. Mampu Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, sang Guru menutup lembaran tugas siswanya.

Kemudian menundukkan kepalanya berdo'a.

Mengucap syukur untuk Gadis Kecil Pendiam di kelasnya yang telah mengajarkannya sebuah Pelajaran Hebat, iaitu:

Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban.

Keajaiban itu, ada di sekeliling kita, untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita " SYUKURI " !!!

Apa yang kita cari dalam Hidup ini...?

Kita hidup di kebun, kita Merindukan kota.

Kita hidup di kota, merindukan kebun.

Kalau kemarau, kita tanya kapan hujan?

Di musim hujan, kita tanya kapan kemarau?

Diam di rumah, inginnya pergi.

Setelah pergi, inginnya pulang ke rumah.

Waktu tenang, cari keramaian.

Waktu ramai, cari ketenangan.

Ketika masih bujang mengeluh ingin nikah, Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak, setelah punya anak mengeluh betapa beratnya  biaya Hidup dan Pendidikan.

Ternyata SESUATU itu tampak indah, kerana belum kita miliki.

Bilakah kebahagiaan didapatkan kalau kita hanya selalu memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.

Jadilah peribadi yang SELALU BERSYUKUR :

Dengan rahmat yang sudah kita miliki.

Mungkinkah selembar daun yang kecil  dapat menutupi bumi yang luas ini..??

Menutupi telapak tangan saja sulit.

Tapi kalau daun kecil ini terletak di mata kita, maka tertutuplah “BUMI" dengan Daun

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil apa pun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana

Bumi ini pun akan tampak buruk.

Jangan menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Jangan menutupi hati kita, dengan sebuah pikiran buruk, walau cuma seujung kuku.

SYUKURILAH  apa yang sudah kita miliki sebagai modal untuk meMULIAkanNYA.

Kerana Hidup adalah WAKTU yang dipinjamkan

Dan Harta adalah BERKAH yang dipercayakan.

Dan semua itu, kelak akan dimintai pertanggungjawabannya.

Jadi... Bersyukurlah atas Nafas yang masih kita miliki.

Bersyukurlah atas Keluarga yang kita miliki.

Bersyukurlah atas Pekerjaan yang kita miliki.

Bersyukur & selalu bersyukur di dalam segala hal.

Segeralah berlomba dalam kebaikan.

CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah. 

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? 

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. 

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
 
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin..

"PESANAN IMAM AS-SYAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIA"


Sebelum imam as-syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat²nya agar membuat perubahan JIWA kearah yg lebih baik. Beliau menyebut bahwa barang siapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:  

1 Hak kepada diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezki yg ada. 

2. Hak kepada malaikat maut. iaitu mengada'kan segala kewajiban yg tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yg dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. 

3. Hak kepada kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan sholat tahajjud dan membantu orang yg dizalimi. 

4. Hak kepada malaikat mungkar dan nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasehat. 

5. Hak kepada mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang yang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah. 

7. Hak kepada malaikat malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada allah s.w.t., memperbanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapak dan memperbaiki akhlak. 

8. Hak kepada malaikat ridwan, penjaga surga, iaitu redha kepada qada' ALLAH s.w.t., sabar menerima bala' dan bertaubat.  

9. Hak kepada rasulullah s.w.a., iaitu sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah. 10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak malakukan kejahatan. 
------------------------------------------------

kenapa berniaga???

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda. 

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia. 

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

7 petanda hati kotor



1. _Gelisah walaupun tiada masalah._
2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._
3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._
4. _Tidak amanah dan mungkir janji._
5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._
6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._
7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._
8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._
9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._
10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_
11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._
12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._
13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._
14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._
15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_
16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada_
17. _Solat yang tidak khusyuk._
18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._
19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._
20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._
21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._
22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._
23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._
24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._
25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._
26. _Pendendam._
27. _Penting diri dalam semua hal._
28. _Berpura-pura dan suka membodek._
29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._
30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung._

*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*

Renung2 dan fikir2 kan

Bagaimana Membuat Anak Solat dengan kesedaran Mereka Sendiri Tanpa Tanpa Perlu disuruh dan dimarah


""Seorang sahabat
bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yg terjadi padaku "

"anak perempuanku yg berumur 16 tahun, Solat baginya adalah hal yg sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
"Bangun  sembahyang subuh.. 
dan aku mengintainya dengan ekor mataku.

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian melemparkannya ke sudut biliknya lantai ..lama Kemudian ia keluar

Aku bertanya kepadanya : "Apakah kamu sudah sembahyang .. ?"
Ia menjawab : "Sudah"

Kemudian aku Mencubitnya.
Kerana berbohong

Aku benar2 marah padanya, aku denda dia dan aku menakut2inya akan siksa Allah ..tapi .. ternyata semua kata2ku itu tidak ada menakutkanya

πŸ“‹Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah
""Suatu ketika ia berkunjung kerumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak2nya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah

⏫Ia berkata :
Aku berkata padanya "Bagaimana anak2 kamu sembahyang sholat dgn kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab :
 Ada satu doa sebelum aku menikah aku selalu amalkan
dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdo'a dg doa tersebut dalam sujudku ..
Saat sebelum salam ..
Ketika solat witir ..
Dan disetiap waktu2 yang mustajab ..

Demi Allah wahai saudara2ku ..
Anakku saat ini telah bekerja sejak ak  berdoa dg doa itu,anakku itu lah
yg rajin membangunkan kami dan mengingatkan
kami dan adik2nya utk solat

Alhamdulillah .. mereka semua selalu menjaga solatnya
Sampai2 .. neneknya bertandang
Kerumah kami, ia tercengang
melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.......  jadi doa apa yg di baca...
..........doa dari surahIbrahim ayat 40

Ψ±Ψ¨ Ψ§Ψ¬ΨΉΩ„Ω†ΩŠ Ω…Ω‚ΩŠΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ω„Ψ§Ψ© ِο»­َﻣِﻦ οΊ«ُοΊ­ِّο»³َّﺘِο»² οΊ­َοΊ‘َّﻨَﺎ ο»­َοΊ—َﻘَοΊ’َّﻞْ οΊ©ُο»‹َοΊŽοΊ€ )

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

"Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan
sholat .. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku"
(QS. Ibrahim : 40 )

♻Ya tuan 2  semua berdoalah kpd ank kita suma...Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa
adalah senjata seorang mukmin

"Kirimkan tulisan ini agar lebih banyak orang yg mengambil iktibar..

πŸ•œ"Semoga Allah merahmati orang yang bersedia men-share....

☑Baca selalu doa ini untuk anak2mu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta'ala .. Aamiin Allaahumma Aamiin

_jangan hanya dibaca sendiri,  sebarkan dan rasakan manfaat kebaikan demi kebaikan_
#sharingiscaring
#kopipasta

Bumi Tuhan... Bersaksilah