Rindu kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau di rindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Hati terus tetap bersabar
Kerana ikatan janji

Menunggu dengan rindunya
Siksanya sebuah penantian
Mujur janji Allah tetap benar
Pasti nanti tetap kau kan tiba

Hadir segera wahai kekasih
Datang bersama cahaya
Gembira di hati tidak terkira
Bukanku seorang malah seluruh dunia

Penantian hampirkan berakhir
Kerana kini sudah masanya
Bila sahaja kita berjumpa
Pasti Islam agung semula

::: Pray :::

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku. Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau Angkat kesaksianku. Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu yang hilang dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan. Ya Allah, karuniakan kepadaku keimanan dan keyakinan yang tidak ada kekufuran lagi setelahnya. Ya Allah karuniakan kepadaku rahmat, yang dengannya aku memperoleh kemulyaan-Mu, di dunia dan di akhirat. Ya Allah, ku mohon kepada-Mu keberhasilan dan keberuntungan dalam takdir. Predikat orang-orang syahid. Kehidupan yang bahagia. Dan pertolongan dalam menghadapi musuh.”(Syaikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi)

Solat

Salam wrt... Allah meminta kita membawa hati dalam mengadapNya. Ketika tangan diangkat untuk bertabir, contohnya; tangan hanya bergerak ke atas diangkat sedangkan tangan tak tahu apa-apa. Tangan tidak berkeupayaan memahami, fungsinya hanya bergerak bila diarahkan. Di masa yang sama, lidah dan bibir menyebut kalimah takbir… (Allahu Akbar) sedangkan lidah dan bibir sendiri tidak memahami apalagi merasai makna ‘Allahu Akbar’ itu. tidak terasa kebesaran Allah, kerana fungsi lidah dan bibir di sini hanya untuk menyebut. Maka, yang memahami kalimah Allahu Akbar itu adalah akal. Yang merasai kebesaran Allah ketika menyebutnya adalah hati. Jika sepanjang mengadap Allah, fikiran dan hati tidak di bawa bersama, apa yang kita persembahkan pada Allah? Allah mahukan perhubungan denganNya di hati. Penuh dengan perasaan-perasaan cinta dan takut. Firman Allah dalam hadis qudsi:

فرغ  قلبك أسكن فيه
Farrigh qalbaka askunu fihi.

Kosongkan hatimu, Aku hendak tinggal di situ. Sedangkan hati pula setiap saat berubah. Sebab itulah kena usaha buat penumpukan betul-betul ketika bersembahyang kerana kita berhadapan dengan Allah. Allah mahu perhubungan denganNya bertaraf CINTA. Adakah seseorang yang sedang bercinta tidak membawa perasaannya ketika berhadapan dengan yang dia cintai?

 Tetapi hakikat dan realiti yang berlaku, kita selalu lalai di dalam sembahyang. Kita tak tau sembahyang itu bakal membakar mazmumah kita atau bakal membakar kita di akhirat. Sedangkan kita semua sudah baligh, menanggung dosa masing-masing. Sedangkan sembahyanglah yang akan Allah periksa dahulu di akhirat kelak. Jika beres sembahyang, amalan lain insyaAllah akan diterima tetapi jika sembahyang tak selesai, semua yang lain tertolak.

Lalu bagaimana untuk kita lepasi persoalan ini? 

1. Kenalah benar-benar merendah diri ketika masuk majlis Tuhan. Benar-benar meminta dan merayu agar dikawal hati dan fikiran kita, kerana hati benar-benar milik Tuhan. Tuhan boleh merubah-rubahnya ikut yang Dia kehendaki. 

2.Seorang rakyat jelata, jika mengata-ngata rajanya di rumahnya atau di mana sahaja, itu adalah satu kesalahan. Bertambah besar kesalahan itu jika dia mengutuk raja di istana raja. Begitulah perumpamaan dalam sembahyang. Seorang hamba itu jika tidak mengingati Tuhannya di luar sembahyang, ini adalah satu kesalahan. Sepatutnya Allah diingat setiap masa justeru Allah sendiri tidak pernah melupai kita, dibekalkan lebih 1001 nikmat. Bertambah-tambah besar kesalahan si hamba bila lupakan Tuhan yang sedang dia sembah. Dalam program rasmi dengan Raja segala raja.

Sebab itulah orang-orang kampung dan mereka yang mendapat didikan yang berkat, selalu kita dengar, seusai memberi salam terus mengucapkan ‘astarghfirullahal ‘azim’, memohon ampun, meminta maaf kerana tidak beradab dengan Allah di majlisNya.

Itulah taraf paling rendah yang patut kita istiqamahkan iaitu, bersedih-sedih dengan Tuhan terhadap amalan sembahyang kita. Meminta ampun padanya kerana memberi sesuatu yang sangat tidak layak dengan  ZatNya yang Maha Agung dan Mulia

From :  anjangmuor

Bumi Tuhan... Bersaksilah