Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin berkenalan-kenalan
Dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelik, sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi, peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin...
tidak sampai setahun
Tiga bulan sahaja yang dahulu bukan masalah sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum, sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah
Sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah
Rupanya sebelum separuh jalan punah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik
Sekarang yang baik dianggap jahat
Betapalah yang jahat terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
Perang mulut pun mula terjadi
Masing-masing saling menunjukkan sikap bermusuhan
Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah
Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
Masing-masing bawa diri, izin -mengizin sudah tiada lagi
Makin bertemu perang menjadi-jadi
Makin berjumpa maki benci-membenci
Akibatnya pun sudah terjadi pada suami isteri ini?
Kedua-duanya pergi jumpa tuk khadi
Minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijab kabulkan

2 comments:
slm saudara..ye sy stuju dgn saudara.sy mahu berkongsi.ini tambahan je..brdasarkan apa yg sy baca ttg hubungan sosial ni..ok kita luaskn skop ni dlm konteks hubungan sosial..hubungan sosial ni ibarat pelaburan saham.kita harapkan keuntungan..spt yg saudara tulis tu adalah pelaburan yg rugi krn berakhir dgn penceraian..dlm berhubung kita mesti membuatkan owg berkenaan merasakan dirinya penting bt kita.kedua cuba jadi pendengar yg setia.saling mendengar.apabila masing-masing tidak mahu mendengar / hanya satu pihak sahaja yang menjadi pendengar atau terpaksa mendengar, manakala satu pihak lagi sering bercakap atau memberi arahan, maka ketegangan,keretakan dan pergaduhan rumah tangga akan tercetus....mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar.
"the first duty of love is to hear" (tugas cinta yang pertama ialah mendengar).ini bermakna kita sudah bersedia untuk menjadi,sahabat,saudara,pemimpin, atau majikan yang lebih baik..
apa pun kalo kita jadikan agama yg utama..insyallah pasti mndpt pelaburan yg menguntungkan
Ikatan perkahwinan umpama membina sebuah masjid....Cuba kita bandingkan binaan masjid2 dahulu dan masjid2 sekarang...MAsjid2 sekarang nampak gah dan menawan namun tidak mampu di imarahkan oleh orang yang ramai....berbanding dahulu....masjid2 yang dibina berdasarkan ketaqwaan...walaupun hanya beratapkan pelepah2 tamar, ramai manusia yang berpusu-pusu mengimarahkannya....
Disebabkan zaman yang telah dikatakan 'berubah' dan pemikiran 'dijajah'...maka budaya2 'barat' banyak diguna pakai.....
For 2_one :
Jangan mengharapkan keuntungan semata kerana saat kerugian menjelma mungkin kita tak bersedia dan tak mampu menjana lagi keuntungan....
"Jangan mengharapkan mutiara yang berkilau andai kita sering memaparkan kekilauan mutiara itu...."
Post a Comment