SISTEM PENDIDIKAN YANG TIDAK MEMBANGUN INSAN


Hari ini saya terbaca artikel di dalam sebuah surat khabar utama di Malaysia yang melaporkan mengenai keruncingan masalah di kalangan para pelajar yang bertajuk "'Jiwa kosong, dahaga perhatian’'"

Menurut artikel itu, PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.

Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada waktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti.

“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.

Hal ini tidaklah menghairankan, kerana sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya dilabelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.

Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia yang ada sekarang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan mendidik manusia kerana mereka tidak faham apa itu manusia. Mereka sangka manusia hanyalah fizikal dan akal saja.

Ada juga yang tahu bahawa selain fizikal dan akal, manusia juga memiliki hati nurani atau roh tetapi tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut. Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri. Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.

Sistem pendidikan sekarang ini telah gagal dan hanya berhasil menghaiwankan manusia sehingga menjadi manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, giia dunia, menggunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya. Dunia sudah menjadi rimba yang dihuni oleh haiwan-haiwan yang berupa manusia. Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.

Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal. Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

2 comments:

Abuuwais said...

Moga Allah menjernihkan fikiran dan akal kamu...Hati yg sejahtera adalah suluh terang untuk anak2 generasi yg bakal lahir dengan tanganmu itu nanti...
Moga Allah sentiasa merahmatimu nak...abadan abada...

sir hans said...

syukran Baba.. Allah merahmatimu selamanya.. berkat doa Baba untuk anak2. sungguh besar nilainya pd pndgn kami..

Ya Allah... jadikan janji kekasihMu itu berlaku.
lahirkanlah mujaddid pembaharu sistem yang telah rosak itu.. aku ingin bersama2nya.
bersihkan mazmumahku, sebersih2nya, agar aku dpt menyuluh hatiku sedalam2nya.. dan mampu mendidik manusia dgn jiwa yg benar2 bersih... bersih dari kecintaan pd dunia dan mazmumah yg merosakkan hatiku dan org disekelilingku...
ya Allah.. bantu aku melawan nafsuku..

Bumi Tuhan... Bersaksilah