usrah c zul n buka pose..

sambil menunggu kehadiran rakan2 yang lain tiba ke jabatan sains.. cik zul mempertontonkan pada kami video2 pgrm yg diikutinya.. sungguh indah program2 seperti itu.. cik zul kate.. 'nnti kita adakan muqayyam seperti ini untuk antum sekalian".. itu satu impiannya moga ia menjadi kenyataan.. bork2 tntg rncgn aktiviti.. nk g makn durian kt sekian2 tmpt dlm aktiviti rehlah.. menarik juga.. insyaAllah dlm bulan julai ini..harap jadilah.. rindu sgt nga buah2an tmpatan nie..=)

dalam pkul 5.30, usrah pun bermula.. dimulakan dengan tilawah..
surah al-mutaffin..
cik zul x buat huraian hari ini..
dia mmberi kitab tafsir fizilalil quran kepada ubai..
mgkn ubai akan huraikan dlm usrah akan dtg..

hari ini fazli che lah menyampaikan sedikit tzkirah..
tntg pengakit sibuknya, hebatnya..
muhasabah diri..

kmudian diteruskan pula dgn buku abu urwah, assgmt cik zul kpd nabil fikri hairi, ank kelahiran perak.. huraian yg agak pnjg lebar..tntg islam yg syumul.. dari sudut syariat dan akhlaq.. ditambah pula oleh imam Afiq Nawi..

kmudian c.zul bertanya tntg memilih antara 2 pmmpin.. aku trdiam ketika itu kerana kedua2nya adalah pilihan yg baik.. akhirnya,, hnnya mendengar pndpt rkn2 dan jwpn dari cik zul sndiri.. aku mengerti. begitu cantiknya islam.. Subhanallah..

cik zul turut mnceritakan tntg sunnah2 nabi yg besar seperti menegakkan syariat Islam, mngembalikan semula al-quran di tempatnya.. ditambahnya pula dgn sirah2 nubuwah.. begitu indah bila kita bersama dengan orang2 yg hatinya sgt dkt dgn Islam..
kata2 yg dilontarkan sgt indah dan penuh kelembutan..
ku harap aku dpt menjadi seperti itu dalam mnyampaikan risalah nubuwah ini, mnymbung lidah nabi..

6.30.. bersalaman dgn c.zul.. minta diri untuk pulang.. rata2 berpuasa.. ari nie rmai2 buka di surau.. aku bergegas ke surau, untuk melihat shbt2 rakan masjid yang sntiasa bersmgt mmbuat persiapan untuk berbuka puasa.. bkn untuk mereka ttpi untuk pelajar2 yg turut sma berpuasa..
ustz shaari memberi sedikit juadah untuk berbuka.. smua diberi sama rata, sama2 rasa..
indahnya bila hidup ini mekar dgn akhlak islami.. sangat cantik dlm prhbgn habluminannas...

semoga usaha2 sebegini berterusan..ameen

13 Julai....08

hari ini aku berurusan dengan pihak pentadbiran berkenaan dengan Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam.. agak memeningkan kepala bila bekerja dengan ramai orang.. ulang alik sane sini.. buat itu, buat ini.. salah tu, salah nie.. dan macam-macam lagi karenah manusia yang aku perhati.. kalau aku berfikir tentang ragam manusia yang bermacam2 ini, x mampu aku melayan.. tetapi itulah didikan Tuhan kepadaku. Tuhan mahu aku berlapang dada. belajar menerima pendapat orang walaupun dah terlampau byk melayan karenah orang yang same setiap hari.. ak turut belajar dari mereka bahawa pndptaku tidak semestinya betul. ada rasionalnya kata2 mereka kerana mereka lbh byk makan garam dariku...
aku ini hanya setahun jagung untuk menafsirkan semua itu..
yang penting biarlah hatiku sentiasa bersama Tuhan.. insyaAllah, Tuhan akan mudahkan kerja kita dengan melembutkan hati org yg berhadapan dgn kita. kerana hati itu tempat jatuhnya pndgn Allah. manusia yang memeberikan hatunya kepada Allah, Allah akan lmbutkan hati org yg berhadapan dgnnya..
Alhamdulillah.. byk yang aku belajar betapa hikmahnya segala kejadian Tuhan.
belajarlah untuk bersangka baik dgn Tuhan..
tuhan bertindak mengikut sangkaan2 manusia.

hari ini aku bersyukur kerana papan kenyataan yang aku pinta telah diperoleh=)
Pihak Institut mahu supaya peruntukan diberi untuk Program Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam=)
pelik.... aku tahu kewangan Institut telah susut tetapi timbalan beriya2 untuk mmbntu program ini.. encik jefri pun turut sama mmbantu untuk LO..
alhamdulillah..
luar biasa kerjamu Tuhan..
disebalik kepayahan itu, ada cahaya rupanya..
terima kasih tuhan..

ptg ada meetg ajk minggu pengurusan. agak mudah kerana jpp hanya ditugaskan untuk memantau sahaja aktiviti spnjg minggu pgurusan. . aku pula option pj. so,ttp trlibat sama untuk uruskan aktiviti pagi dan riadah petang..

aku mgharapkan supaya pelajar baru ini mampu mmbangunkan KRM yang sedang aku bina. permulaan yang agak sukar, ttpi aku tahu suatu hari pasti sinarnya akan terang seperti terangnya bulan purnama menyuluh malam yang gelita..

Tuhan, moga engkau pandu hatiku sebaik2nya dalam merintis jalan kebenaran ini..ameen

Ghazwah Badar

Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasululah, apakah tempat ini pilihan wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih strategi kalau kita bergerak kedepan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi perigi itu supaya mudah ambil air.

Pada malam sebelum pertempuran Allah turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir. Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga semua tentera Islam dapat rehat sebelum peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran :

إذ يغشيكم النعاس أمنة منك وينزل عليكم من السماء ماءا ليطهركم به ويذهب عنكم رجز الشيطان وليربط على قلوبكم وليثبت به الأقدام

Ini semua persiapan yang Allah siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudia Rasulullah Saw pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil wakil dikalangan Muhajirin dan Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan. Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw :

اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تعبد في الأرض
Ya Allah kalau tentera ini tewas, maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi

Rasulullah Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasululah bariskan tentera Islam satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan besar dan perutnya terkedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat ini satu kata kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang berhadapan dengan musuh, saat saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat. Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engaku pun tahu betapa cemas suasana ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasululah. Begitulah kecintan para Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.

kegelisahan..


hari ini, hati ini tidak begitu tenang.. mgkn kerana banyak perkara yang ku fikirkan.. biasalah jiwa org muda. mana mgkn setenang org yg sdh lama(byk pglmn hidup)..
seperti biasa aku bgn seawal jam 5 pagi.. seperti biasa senaman skit n buka tingkap amek udara segar di blakg asrama ibnu sina..
aku bergegas ke b.air untuk mmbersihkan diri.. mandi di pagi hari(sblm/semasa fajar) ni byk kelebihannya.. antaranya dpt meleraikan rantai syaitan yg menjadikan manusia mls untuk bgn pagi.. mnrut guruku, ia juga mengelakkan kita dari terkena sihir.

hmmm...untung kalo dpt tahajud di Al-Firdaus. aku bergegas ke sana.
erm, tinggal 2 minit nk sbh.
xpe.. aku trskan juga berkomunikasi dgn tuhan dgn bahasa2 indah dlm solatku..
di situlah hbgn yg sgt erat antara 2hn dan hmbanya..
itulah kekuatan umat islam yg sering di abaikan..
azan subuh berkumandang..

selepas solat sunat, aku perhatikan jemaah yg hadir.
mcm biasa, 3,4 org.
bagiku, alhmdulillah.. sekurg2nya aku dpt bersolat jemaah. tp hatiku ttp sedih.. aku x lupa mendoakan semoga warga IPSMB ini sentiasa di limpahkan hidayah n petunjuk.bkn mereka shj.. buat aku jua yg hina lg berdosa ini..yg blm tntu selamat diakhirat nnti..

selepas sbh, seperti biasa mmbce sdkt ayat quran. kmdian mmbca tafsirnya.. sbnrnya, kalo manusia tahu betapa indahnya maaksud2 ayat quran yg sering mereka baca, sdh tntu hati mereka tidak lekang daripada mmbca n mghayati kalimah suci Allah ini.. Maha Suci Allah..

aku mnruskan dgn mghafal surah abasa... ni assgmt c.zul, pnsyarah yg bnyak mmbimbing aku.
kali prtama aku jmpa n brbicara, aku dpt rsakan aku tlh jmpe dgn org yg aku cari2 selama ini.. sdh 2 1/2 thn aku di sini, agama ku entah kemana, syariat pun tunggang langgang.. aku dahagakan pejuang2 agama sepertinya.. akhirnya, Allah takdirkan pertemuan yg indah itu.. terima kasih Tuhan..
setiap hujung minggu, aku dan 9 org rakanku mengikuti usrah beliau.. itulah yg aku harpkn selama ini.. semoga usaha ini brtusan untuk kprluan generasi yg akn dtg.. supaya mereka tidak trs leka seperti aku n semua rkn2ku dahulu.. 2 1/2 taun dlm penjara jahiliyah.. nauzubillah..

selepas itu, aku mnymbg mmbca buku TAQWA..
scara jujur, buku yg sggh bermakna buatku. smlm di KB, aku eli 1 lg buku tntg taqwa jga. indahnya bila hati ini kembali bercahaya untuk mencintai tuhan...

aku ttp mmbahagikan masa mmbca sirah nabi muhammad..

melaui ghazwah badar shj dh berapa byk keindahan sirah nabi yg aku dpt..antaranya,
kecintaan shbt kepada nabi.. sms nabi mengarahkan tntera badar bratur panjang..
seorg shbt nabi yg berbdn bsr n prtnya terkedepan mmnta qisas ats pebuatan nabi menyentuh perutnya dgn tongkat.shbt2 lain trkjut dan ada yg marah krn skjp lagi mereka akn berperang. ini saat2 yg sgt mncmskan!! Rsulullah mmberikan tgktnya kpd shbt itu untuk diqisas. Rasulullah mmbuka blkgnya.. shbt td mlmpt dan trus mencium blakg rasulullah saw.. semua trkjut ats prbuatan shbt itu..
katanya..wahai Rasulullah saw, engkau pu tahu betapa cmsnya suasana ktika ini...aku rs aku akan syahid hari ini. tp sblm aku syahid, aku ingin kebrktn dari tubuhmu..
begitulah kcintaan para shbt yg trlau tinggi kpd Rasulullah saw..
aku bilakah boleh jadi seperti itu? aku berasa sgt sedih bila mmmikirkan akan diriku..
adakah nabi saw akan memndgku di akhirat nnti untuk mmberikan syafaatnya?
Ya Rasulullah. ampunkan aku krn blum ckp knl dan cinta pdmu.. smga aku trs berada di jln al-haq ini meneruskan prjuanganmu.. walaupun x sehbt mana, akn ku cuba sedaya yg aku mmpu..

Ya Allah.. jadikanlah aku insan yg tidak jemu2 serta tidak mengenal letih menuntut ilmu dan memperjuangkan agamamu.. suburknlh jiwa Islam dlm sanubariku..

YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTA HATI ,BERSIHKANLAH HATI KAMI AGAR MAZMUMAH YANG ADA DI HATI KAMI TIDAK MEROSAKKAN AGAMA KAMI DAN JUGA MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN. WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI,KUATKANLAH HATI KAMI AGAR KEYAKINAN KAMI TERHADAP AGAMA KAMI TIDAK MUDAH BERUBAH DAN SENANTIASA TABAH.

TUHAN,ENGKAU RASAKANLAH SELALU DI HATI KAMI AGAR HATI KAMI SENTIASA BERSAMAMU,AGAR KAMI TIDAK MERASA SEPI DI DALAM HIDUP KAMI.YA ALLAH ENGKAU CAMPAKKAN RASA MALU KEPADA KAMI UNTUK MELANGGAR PERINTAH MU DAN KAMI BERMOHON AGAR KAMI SENANTIASA PATUH KEPADA SURUHAN MU.

YA ALLAH, TUHAN YANG MENJAGA HATI,BAIKILAH HATI KAMI AGAR SELURUH HIDUP KAMI MENJADI BAIK,TIDAK KHIANAT,TIDAK HASAD DAN TIDAK BERDENDAM SESAMA MANUSIA.

TUHAN,LIMPAHKANLAH SELALU KE DALAM HATI KAMI ILMU DAN HIKMAH SEHINGGA KAMI DAPAT MENYULUH HATI KAMI DAN MENYULUH KEHIDUPAN KAMI,SUPAYA LAHIR DAN BATIN KAMI SENTIASA BERSYARIAT,AGAR LAHIR DAN BATIN KAMI MENJADI TAAT.


AMEENN..

MAZMUMAH MANUSIALAH YANG BERGADUH

Hakikatnya yang bergaduh, berkrisis,berkelahi dan berperang di dunia ini adalah sifat mazmumah manusia.Mazmumah-mazmumah yang disuburkan setiap masa dan ketika. Yang menjadi mangsa adalah manusia Tapi yang bergaduh dan berperang itu tidak nampak oleh mata.Yang nampak adalah manusia yang menjadi senjatanya. Setiap hari bergaduh, berkrisis, berperang mazmumah manusia.Bergaduh dan berperang di antara sombong dan hasad dengki,di antara dendam kesumat dan sifat marah yang memusnah, di antara riyak dengan sum`ah yang menjadi orang sakit hati,di antara penghasut hati dan tamak yang dibenci. Mazmumah-mazmumah manusia bergaduh dan berperang tidak henti-hentinya. Begitulah mazmumah manusia yang bergaduh dan berperang setiap hari.Mata tidak nampak tapi kesannya nampak pada kehidupan manusia.

Makhluk yang berkrisis tidak nampak tapi senjata yang digunakannya nampak ,iaitu manusia yang menjadi alat kepada mazmumah.Manusialah yang parah dan susah.Manusialah yang menerima bahana dan padah. Kalau manusia sedarlah siapa yang menghasut dan menggunakannya, mereka sudah tentu marah. Sudah tentu mereka akan memerangi berhabis-habisan mazmumahnya, kerana mazmumahlah punca segala petaka yang menimpa manusia. Jika manusia sedarlah bahawa jahatnya mazmumah mereka tidak akan bertolak ansur dengan mazmumah. Biarlah mereka berperang dengan mazmumahnya iaitu seterunya daripada berperang sesama mereka.

Manusia telah lari jauh dari Tuhan..

manusia hilang kemanusiaan kerana ketandusan budi dan iman..
hilanglah kasih dan sayang.

itulah akibatnya jika manusia tiada ketaqwaan..
hadis dan al-quran sdh tidak menjadi panduan ..
larangan tuhan pula di fardhukan..
jihad dihina penuh curiga..
agama kebenaran terus disenda..

siapa nak menbetulkan semua ini?

engkau?

aku?

atas dasar inilah wahai teman2, shbt2 sekalian.. marilah merintis jalan taqwa.
itulah jalan yang membawa kepada kebenaran. bkn kita shj malah org yg turut bersama kita..

jika kita ada keinginan yang kuat ke arah kebaikan,
tuhan akan bagi kita faham tentang agama dan tuhan akan tunjukkan jalannya.. insyaAllah..
teruskan usahamu wahai sahabat..bersihkan jiwanya daripada mazmumah!
Allah sentiasa bersamamu=)

Antara Pelajaran Dan Pendidikan


Pelajaran dan pendidikan, atau dalam bahasa Arabnya, Ta'lim dan Tarbiah ialah dua per­kara yang penting di dalam usaha membina anak-anak. Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yang berlainan. Ia tidak serupa di antara satu sama lain. Namun begitu ramai di kalangan ibu bapa malahan di kalangan para guru sendiri yang tidak faham tentang kedua-dua perkara ini.

Pelajaran khusus ditujukan kepada akal. Sebab itu ia mudah dan “straight forward”. Pendidikan pula ialah pembinaan insan yang bukan sahaja melibatkan perkara fizikal dan mental tetapi juga hati dan nafsu. Malahan apa yang sebenarnya dididik ialah hati dan nafsu itu sendiri. Justeru itu pendidikan adalah lebih rumit dan lebih sukar. Kedua-dua perkara ini harus kita fahami betul­-betul di dalam membina anak-anak kita. Kedua-­dua pelajaran dan pendidikan perlu di dalam mem­bina peribadi yang pandai berbakti kepada Tuhan dan pada masa yang sama pandai berbakti kepada sesama manusia.

Pelajaran ialah proses belajar atau proses me­ngumpul ilmu. Ada guru, ustaz atau ustazah yang mengajar dan ada murid yang belajar. Hasilnya, murid menjadi pandai, alim dan berilmu penge­tahuan. Pendidikan pula ialah proses pemahaman, penghayatan, penjiwaan dan pengamalan. Ilmu yang telah diperolehi terutamanya ilmu agama, cuba difahami dan dihayati hingga ia mendarah mendaging dan dapat diamalkan di dalam kehi­dupan seharian. Dalam erti kata yang lain, pela­jaran menyentuh tentang soal ilmu dan pendidikan menyentuh tentang soal akhlak.

Pendidikan di antara lain ialah memperke­nalkan Tuhan kepada manusia. Membersihkan hati manusia dari segala sifat-sifat yang keji atau mazmumah dan mengisinya dengan segala sifat-­sifat yang terpuji atau mahmudah. Pendidikan juga ialah mengembalikan hati nurani manusia kepada keadaan fitrah asal semula jadinya yang suci dan bersih. Nafsu perlu dikekang supaya ia tidak cen­derung kepada kejahatan dan maksiat tetapi cen­derung kepada kebaikan dan ibadah.

Sepertimana yang telah dinyatakan, kita tidak boleh mendidik sahaja tanpa memberi ilmu, dan kita tidak boleh memberi ilmu sahaja tanpa men­didik. Pelajaran dan pendidikan kedua-duanya perlu. Pendidikan bertujuan untuk membentuk akhlak. Pelajaran sahaja tanpa didikan akan mengha­silkan manusia yang pandai tetapi jahat dan tidak bermoral. Sebaliknya, pendidikan sahaja tanpa pelajaran akan menghasilkan manusia yang baik tetapi tidak dapat berfungsi dan berkhidmat di tengah masyarakat. Dalam skop yang lain pula, ilmu tanpa didikan boleh menyebabkan anak-anak jadi beku (jumud) kerana jiwa tidak hidup. Didikan tanpa ilmu pula boleh menyebabkan mereka jadi kaku (tidak tahu bagaimana hendak melangkah dan bergerak) kerana walaupun jiwa hidup, ilmu tidak ada untuk dijadikan panduan.

Kalau ilmu sahaja yang diberi tetapi didikan tidak ada, manusia menjadi pandai dan maju di dalam berbagai bidang. Tertegak tamadun keben­daan dan hidup menjadi selesa. Tetapi di dalam kemajuan itulah berlakunya hasad dengki. Di da­lam kemewahan itulah hilang hati budi. Manusia menjadi sombong, angkuh dan mementingkan diri. Manusia hidup nafsi-nafsi, hilang perike­manusiaan, ukhwah dan kasih sayang. Manusia hilang identiti. Rupa sahaja macam manusia tetapi perangai tak ubah seperti syaitan dan haiwan.

Sebenarnya, dalam memimpin dan membina manusia, ada dua faktor yang terlibat. Pertama ialah faktor ilmu, dan kedua ialah faktor didikan. Namun begitu, peranan ilmu hanyalah sepuluh peratus sahaja sedangkan peranan didikan ialah sembilan puluh peratus. Ilmu selalunya lengkap dengan falsafahnya, hikmahnya, usulnya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi di dalam mendidik, tidak semua ilmu itu berguna atau dapat diman­faatkan. Paling banyak satu perempat sahaja daripada ilmu layak digunakan dalam mendidik.
Semua orang yang berilmu mampu mengajar tetapi tidak semua orang yang berilmu layak atau mampu untuk mendidik sebab mendidik itu ialah satu kemahiran dan kebolehan yang tersendiri. Ramai orang mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak pandai mendidik. Ada pula orang yang ku­rang ilmunya tetapi dengan ilmu yang sedikit itu, dia mampu mendidik. Dia pandai mengaplikasikan ilmunya itu untuk mengubah sikap, perangai dan kelakuan manusia. Dia faham psikologi dan per­jalanan hati manusia. Dia dapat melihat kelebihan-­kelebihan dan kelemahan-kelemahan maknawi yang ada pada diri manusia. Dia dapat menawan hati dan membuatkan manusia yakin dan percaya dan mahu mengikutnya. Dia mampu menjadi mo­del untuk diikuti dan dicontohi oleh anak-anak didiknya.

Orang jadi jahat bukanlah kerana dia tidak ada ilmu. Seberapa ramai orang bodoh yang jahat, seramai itu jugalah orang pandai yang jahat. Malahan orang pandai yang jahat itu, jahatnya lebih serius dan lebih bahaya daripada jahat orang yang bodoh, kerana jahatnya dibantu oleh akalnya yang jadi orang jahat itu selalunya adalah disebabkan pendidikan tidak selesai.

Di dalam mencari ilmu, itu boleh belajar dari seberapa ramai guru sekalipun dalam satu-satu masa. Dia boleh ada seorang guru untuk satu matapelajaran dan guru yang lain pula untuk matapelajaran yang yang lain dan seterusnya. ramai guru pun tidak mengapa kerana hanya ilmu yang perlu dipelajari. Tetapi tidak boleh ada lebih dari seorang pendidik. Setiap murid hanya boleh mempunyai seorang pendidik sahaja dalam satu-satu bukan dua, bukan tiga bukan pula satu jawatankuasa atau komiti yang mendidik. Pendidik itulah pemimpin, model dan contoh untuk diikuti. Kalau ramai pendidik, maka jadilah murid itu sebagai satu masakan yang dimasak oleh ramai tukang masak. Dia akan jadi rosak. "Too many cooks spoil the brook". Tidak semua ilmu mempunyai nilai pendidikan. Ilmu agama, khususnya ilmu fardhu ain memanglah ilmu untuk mendidik. Tetapi kebanyakan ilmu akademik seperti matematik, perdagangan, perta­nian, sejarah, ilmu sains dan sebagainya tidak mengandungi apa-apa nilai pendidikan. Ilmu akademik bukan ilmu untuk mendidik. Anak-anak tidak dapat memperoleh akhlak melalui ilmu Seperti ini. Namun begitu, bagi pelajar yang sudah ada asas akidah dan ketauhidan, mereka tetap akan dapat menambah keyakinan dan dapat me­lihat kuasa dan kehebatan Tuhan di dalam ilmu-ilmu akademik yang mereka pelajari. Malahan, melalui ilmu-ilmu tersebut, iman mereka boleh bertambah. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang kosong jiwa mereka dari mengenal Tuhan, ilmu-ilmu tersebut boleh melalai dan memesongkan mereka, sebab mereka tidak dapat kaitkan apa yang mereka belajar dengan Tuhan.

Di dalam membangunkan dan membina manusia, pelajaran dan pendidikan adalah perkara yang wajib. Namun di antara keduanya, pendidikan lebih penting dan perlu diutama dan didahulukan lebih penting dan perlu diutama dan didahulukan. Kalau dalam suatu sistem itu tidak wujud kedua-duanya atau soal pendidikan tidak didahulukan atau tidak diberi keutamaan, maka manusia yang akan lahir dari sistem tersebut pasti rosak dan merosakkan. Dia akan jadi musuh kepada Tuhan dan musuh kepada manusia. Kunci bagi membina anak-anak kita ialah didik dahulu dan kemudian baru ajar. Didiklah dan ajarlah.

Jadikan mereka baik dahulu sebelum menjadikan mereka pandai. Jadikan mereka berakhlak dahulu sebelum menjadikan mereka berilmu. Kenalkan mereka kepada Tuhan dahulu sebelum dikenalkan kepada ciptaan-Nya. Jadikan mereka hamba Allah dahulu sebelum menjadikan mereka khalifah-Nya. Salahnya kita di dalam membina anak-anak dan muda-mudi kita ialah kita terlalu banyak mengajar terutama ilmu-ilmu akademik atau ilmu-ilmu dunia tetapi tidak cukup mendidik. Kita mesti berbuat sesuatu sebelum semuanya menjadi punah-ranah.

Akibat Gagal Membangun Insaniah


Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada balk dan lebih balk. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dan! jahil kepada berilmu dan menguasal lebih banyak ilmu. Dad mundur kepada maju dan lebih maju. Kalau seorang pemimpin pula suka kalau pengi­kut mentaatinya, menyayangi serta menghor­matinya. Begitu juga ibu bapa juga suka kalau anak-anak mengikut kata. Sejuk hati! kalau anak-anak mentaati mereka. Tidak kurang juga guru merasa bahagia jika anak-anak muridnya hormat dan sayang kepadanya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia hari ini peminipin tidak ditaati malah dihenci, ibu bapa tidak dihormati malah ada anak yang membunuh ibu bapanya. Murid-murid atau pelajar-pelajar lebih-lebih lagi sudah tidak ada perasaan sayang kepada guru, mereka tidak merasakan guru itu berjasa kepada mereka. Guru juga tidak sayang pada murid, mereka menjalankan tugas mengajar hanya sebagai pekerja yang makan gaji.

Jadi di seluruh dunia hari ini sudah tidak ada kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan. Para pemimpin, guru atau ibu bapa merasa buntu malah kecewa apabila masalah cuba diselesaikan, bukan sahaja masalah tersebut tidak selesai tetapi timbul pula masalah baru. Walaupun berbagai-bagai kajian dibuat, berbagai-bagai ilmu diajarkan, berbagai-­bagai teori dipersembahkan, berbagai-bagai alat kemudahan hidup yang canggih-canggih dicipta, berbagai-bagai kaedah dicuba, namun jalan penyelesaiannya tidak juga ditemui.

Semua orang bingung, bagaimana kepakaran yang dimiliki oleh cerdik pandai tidak dapat menyelesaikan masalah yang semakin kronik. Padahal sama ada pemimpin, guru atau ibu bapa semuanya suka jika mereka dihormati, ditaati, disayangi, disanjungi dan dikasihi oleh orang-orang bawahannya. Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa mereka tidak boleh me­nyelesaikan masalah ini walaupun kepakaran, kehebatan, pangkat, jawatan dan kekuasaan berada di tangan?

Kita lihat cerdik pandai hari ini berjaya memiliki kepakaran dalam berbagai bidang ilmu, tetapi mereka tidak berjaya menahan pergaduhan dan pembunuhan daripada terjadi. Mereka berjaya membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan membangunkan kemajuan, tetapi tidak berjaya menahan dari melakukan pengkhianatan dan penipuan. Mengapa?

Mengapa mereka hanya berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal, tapi tamadun insaniah dan rohaniahnya punah-ranah? Walaupun berbagai-bagai keselesaan hidup yang luar biasa ditemui tapi dalam masa yang sama budi bahasa sudah tiada. Manusia satu sama lain curiga-mencurigai. Alat-alat perhubungan yang canggih telah dicipta, hingga dunia semakin dekat dan kecil, semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di dalam negara bahkan di dunia dalam masa yang singkat. Tapi dengan kemudahan bertemu ini kemungkaran dan maksiat pun cepat merebak. Penyakit­-penyakit yang menakutkan seperti AIDS, menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya.

Jadi kita lihat cerdik pandai hanya mampu membangunkan tamadun yang tinggi tetapi gagal membentuk manusia yang berakhlak tinggi. Apalah ertinya kita kagum dengan lahirnya graduan-graduan yang cemerlang, tapi pandai pula merompak dan menyamun. Pelajar perempuan sudah berjaya setanding dengan lelaki tapi hilang malunya dan hancur maruahnya. Mereka tidak segan silu berkepit berpimpin tangan bahkan sampai mengajak lelaki masuk ke bilik. Bagi mereka, itu sesuatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai. Cerdik pandai tidak terbilang. Tapi di waktu inilah manusia khianat dan curang, hingga susah hendak dipercaya oleh seseorang. Kemana pergi pun sudah tidak selamat. Rompak-merompak berlaku setiap hari. Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya hidup manusia. tambah lagi dengan kata­-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah di kalangan sesama manusia lumrah berlaku. Demonstrasi berlaku di sana sini.
Ada kalanya sehingga menumpahkan darah. Akibatnya dendam kesumat pun membara di dalam hati menjadi mazrnumah yang sukar dibendung lagi. Dendam yang membara itu sekali-sekala menyala membakar apa sahaja yang ada, memusnah harta benda. Ia sudah menjadi bom jangka yang jika meledak akan memusnahkan apa sahaja.

Begitulah kroniknya masalah yang di hadapi kini. Walau memiliki akal yang bergeliga dan kemajuan yang luar biasa tapi hati atau jiwa manusia sudah mati atau buta. Inilah akibatnya apabila manusia hanya mem­bangunkan tamadun lahiriah tapi mengabaikan batiniahnya. Batiniah atau hati manusia inilah yang paling utama dibangunkan atau dihidupkan kerana di sinilah sumber kebahagiaan manusia. Hatilah yang akan merasa susah atau senang, bahagia atau derita. Justeru kalau hati sudah penuh bersarang dengan berbagai-bagai jenis penyakit, maka manusia akan hilang kebahagiaan, walaupun lahirnya dia dikelilingi kemewahan dan kesenangan.

Hati yang sakit ini adalah disebabkan ia sudah tidak kenal lagi Tuhan penciptanya. Lantaran itulah manusia hanya kagum dengan bangunan tinggi pencakar langit tapi tidak pernah mengkagumi Pencipta yang mengurniakan akal yang canggih itu. Usahkan hendak berterima kasih kepada Pencipta akal, mengenal-Nya pun tidak. Manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengenal Tuhan, apalagi hendak rasa berterima kasih kepada-Nya. Rasa bertuhan langsung tidak wujud lagi di dalam hati manusia. Kalaupun percaya adanya Tuhan, tapi tidak kenal siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan-Nya dan mengapa manusia perlu kepada-Nya. Selama ini manusia hanya tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum. Kalau berbuat jahat akan dihumban ke Neraka. Setakat itulah sahaja pengenalan manusia terhadap Tuhan. Sebab itu tidak hairanlah mengapa manusia tidak pernah jatuh hati kepada Tuhan.

Jauh sekali rasa indah bersama Tuhan. Sebenarnya inilah punca utama mengapa manusia dibiarkan dengan berbagai masalah yang kronik itu. Tetapi untuk mengeluarkan manusia dari masalah ini, manusia perlu menerima hakikat diri yang lemah. Janganlah kita mendabik dada dengan penuh kesombongan kerana mejasakan boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Tapi marilah kembali merujuk kepada Tuhan yang menciptakan segala masalah dan menciptakan pula jalan penyelesaiannya. Tuhan tidak pernah melakukan sesuatu yang sia-sia. Apa sahaja yang berlaku ke atas manusia, ada hikmahnya. Kalaupun nampak seperti menyusahkan kita tetapi hakikatnya itulah kasih sayang Tuhan kepada manusia. Setiap apa yang dilakukan-Nya ada pendidikan dan pengajaran.

Tuhan mahu kita kembali kepada-Nya dengan merasakan Dialah Pelindung, Penjaga, Pengawal, Pembela dan Penyelamat. Rasa-rasa inilah yang akan mendorong kita supaya cinta kepada-Nya dan takut untuk membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan-Nya. Apa sahaja yang dilarang, kita takut untuk melanggar perintah-Nya. Itulah rasa bertuhan yang perlu disuburkan di dalam diri manusia agar sifat-sifat kehambaan dapat dikekalkan setiap masa. Bila rasa bertuhan subur di dalam jiwa, itulah pengawal dan penjaga dirinya setiap masa dan walau di mana jua ia berada. Bukan sahaja takut untuk melakukan kemungkaran bahkan cemas kalau-kalau Tuhan murka kepada-Nya.

uzlah..

Uzlah..
perkataan yang jarang aku sebut dulu.. kini ia sering bermain di hati.. aku mula ingin membaiki diri dengan sebaiknya. atas jalan al-haq. Syukur x terhingga pada Tuhanku, yang menunjukkan jalanku menuju siratulmustaqim..

'pengasingan' ini amat bermakna bagiku.
bukan bermakna lari dari masyarakat tetapi memelihara diri dari dunia yang kian rosak..
seperti Rasulullah saw yang pergi ke gua hira' untuk bertahannut seorang diri.. menjauhkan diri dari masyarakat yang terpenjara oleh jahiliah..

uzlahku ini satu pedoman, satu pelajaran, satu peringatan, satu pengiktibaran...
aku lbh byk berdiam dari berkata-kata yang sia2.. walaupun masih tidak mampu, tp itulah permulaan. asalkan usaha ini berterusan dan aku tidak putus asa..

misi yang paling payah adalah untuk menundukkan nafsuku...
dalam penjara jahiliyah ini memang sukar untuk menewaskan nafsu ini..
hanya iman yang benar2 mantap shj yg mampu melawan dan seterusnya mendidik ia menjadi nafsu yang baik..sekurang2nya nafsu mutmainnah..

Ya Allah.. jadikan aku orang2 yang berusaha menjadi mukmin taqiyyin! ataupun, sekurang2nya dpat bersama dengan mereka dalam merintis jalan dalam menyebarkan risalah nubuwah.. penyambung lidah nabi dan rasul..
itulah kekasih2 mu yang engkau anugerahkan rahmat dan kasih sayangmu.
itulah matlamat hidup seorang mukmin.

jgn kau lemparkan kemurkaanmu padaku atas sebab kelemahanku..
maafkanlah aku tuhan..
jika engkau ampunkanku, engkau tidak akan rugi..
malah itu menandakan kasih sayangmu Tuhan..

tunjukilah aku akan jalanmu yg sebenar..
pimpinlah aku..

jadikan aku tabah atas semua ujian yang menimpa.
aku tau itu semua ada hikmahnya..

Terima kasih Tuhan...

kerana dia orang biasa

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?Jawabannya ada bermacam-macam. Bermuladengan jawaban kerana Allahhinggalah jawaban duniawi.Tapi ada satu jawaban yang sangatmenyentuh di hati saya. Hingga saatini saya masih ingat setiap detailpercakapannya. Jawaban dari salah seorangteman yang baru saja menikah. Prosesmenuju pernikahannya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 bulan.Kemudian membuat keputusan menikah.Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.Ketika dia memberitahu akan menikah,saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.....!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapakali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan." Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas di dalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih.Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat di atas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat ini pun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.........************ ********* ****************** ********* ********* *********Kepada Yth .........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ............ ...menginginkan anda ............ ....untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapiyang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. AminWassalamu'alaikum Wr Wb************ ********* ****************** ********* ********* *********Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Bumi Tuhan... Bersaksilah