anak  


Pernah terbaca, lebih kurang begini isi kandungannnya, moga jadi ingatan bersama. 😇

Tidak dinafi, usia anak bawah dua tahun masih tidak boleh bercakap.
Jika bercakap sekalipun, butir pertuturannya tidak dapat difahami, kerana anak itu menggunakan 'bahasa'nya sendiri. Kebiasaannya percakapan anak usia itu seperti kartun, yang mampu menggeletek hati dan menyenangkan bagi yang berkomunikasi dengannya. Namun, tatkala datang angin tantrum, hanya S A B A R sahaja kuncinya. 😉

Namun, tidak boleh bercakap tidak semestinya anak itu tidak boleh melihat. Anak itu memerhati segala perilaku ibu bapa dan orang sekeliling; 'merekodkan' segalanya dalam otak mereka, seterusnya menterjemah apa yang mereka perhati dan disimpan dalam memori, melalui perilaku mereka berdasarkan peniruan.

Oleh itu, segala percakapan dan perlakuan perlulah ditonjolkan yang baik-baik sahaja, kerana anak-anak merupakan pemerhati dan 'peniru' yang terbaik. 

👶 Jika mahu solat, tidak perlu solat sembunyi-sembunyi semata-mata tidak mahu kehadiran si kecil mengganggu solat. Pertontonkan solat kepada mereka, sebaiknya sebelum solat pastikan lampin mereka bersih. Lama-kelamaan pasti anak-anak akan meniru perlakuan dengan mulut terkumat-kamit 'membaca' bacaan.

👶 Mengajilah depan anak-anak. Semestinya akan berlaku perebutan Al-Quran bersama mereka. Sebaiknya sediakan buku lain untuk diberikan kepada mereka.

👶 Pertontonkan membaca doa sebelum makan atau setiap kali ingin melakukan apa-apa perkara. Nescaya mereka juga akan meniru perlakuan itu.

Maka, pamerkan dan berkata-katalah yang baik-baik sahaja meskipun mereka masih tidak fasih dalam tutur bicara, namun segalanya tetap terakam kemas dalam ingatan memori mereka. 

Sesungguhnya ibu bapa adalah madrasah pertama buat anak-anak. Proses pengajaran dan pembelajaran terawal bermula dari rumah. 


Coretan hati,
ummuhaura' @ hanaqarirah
Ibu muda, masih cetek pengalaman usianya.
Kredit juga pada Farhana Muhammad

Kredit kartun: Kertas Momen

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ anak

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster