Aku, Dia dan ...  

Salam wrt.. Perjalanan hubungan ini sudah berusia 2 bulan 1 hari. Di dalamnya penuh menggamit memori. Ada suka, ada duka.. silih berganti. Yalah. Hidup ini adalah di antara pergiliran. Nikmat dan ujian. Nikmat melatih rasa syukur, ujian melatih rasa sabar. Dapat kedua-duanya mesti indahkan!

01 Ogos 2013

Hari ini Zaujahku cuti. Aku sekolah. Tapi hari ni kelas semuanya sebelum rehat. So,lepas rehat free... minta izin GB untuk keluar awal. Balik rumah, transform baju batik ke baju t-shirt. Ajak Zaujah keluar. Sementelah zaujah ade tertinggal barang di hostel HTJ..barang ape yer?...:)

Perjalanan dengan menaiki Ikan Kelisa.. Tempat pertama dituju ialah CIMB bank. Jumpe Kak Ida, tukar duit rayer la..:) Then, terus mencari bengkel untuk tukar "rax end"(cmni ker ejaan dia).. sbb rax end kelisa ni dah loose... so, g kedai no 31, My Tyre. Dia ade barang dan boleh buat. Dia kate kelisa atau Kenari menghadapi masalah yang sama. Rax End selalu rosak. ye ker? dia cakap la...

Ni la kedai No 31 tu...
inilah pomennyer...

banyak lame ow...
kat bengkel ni ada bilik ber air cond. So, kat sini lah aku dan zaujah menunggu kereta siap. Sambil tu buat kira2..:)

Akauntanku... 
terlalu lama, akhirnya....:)
Masih belum selesai. Kereta x aligment kat situ. Kami menuju ke Rahang kerana masih dapat untuk alignment dan balancing free...:) 

Sedang bikin ma...
Di Rahang, kena tukar bearing tayar kanan belakang, sebab sudah bunyi. Kereta agak banyak time ni. Maklumlah dah dekat nak raya. Sini alignment dia orang kate baik punyerr! Masalah kereta ni xle nak alignment lagi. sebab rax end dah tarik habis tapi masih x dpt kedudukan tayar yang stabil. So, dia kata ade mase seminggu lagi. So, aku target utk hantar semula pada Ar Shien sebab masih dapat claim insuran.

After that, terus ke Hostel HTJ. Barang yang di cari zaujah sudah dijumpai. Dalam Lab Kod lain. Then, solat asar sama2 kat dalam hostel. Lepas tu, tros ke Wanija sebab kereta sudah ada, dah siap tinted.

Sampai Wanija dalam pukul 6 petang. Bajet hari ni nak buka di luar...:)

Preve...

Wah!.. Inilah keretanya. Untuk zaujah pergi bekerja. Selesa sikit dan ok la buat insan sepertinya. Hasil perbincangan bersama dan restu parents, kami mengorak langkah membeli Preve ini..:)

Beliau yang mengurus jual beli kereta kami ni..:) Muda kan!
Selepas puas melihat interior dan luaran kereta ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Saiful. Sape nak tempah kereta, boleh la jumpa Saiful. Dia servis yang terbaik untuk anda!:) - 01112304946

Kami terus bergerak ke Chembong. Zaujah kate ade tempat makan kat situ, Pekan Cowboy Rembau most wanted xde, so Chembong la yg jadi pilihan....:)

Medan Selera, menambah selera...
Alhamdulillah, dapat berbuka bersama. Kali pertama dapat buka puasa bersama kat luar..:) 


02 Ogos 2013

Masa kat sekolah, dapat mesej dari along. Dia nak gambar2 kereta. dah ade orang nak kelisa tu. So, gi amek jap gambar kelisa dan post pada Wall facebook along. Sape2 berkenan boleh tgk kat sini.. 

https://www.facebook.com/eidanz.syah?fref=ts&ref=br_tf

Lepas kelas, murid beratur di tapak perhimpunan. Salam cikgu dan amek duit raye. x sempat nak amek gambar. Alhamdulillah, dapat mengembirakan anak2 ni. Terhibur hati sendiri...:)

Hari ni agak mengantuk, so x balik. Solat di Masjid Tanah Datar. Balik rumah terus telentang atas katil. Entah kenapa terlalu mengantuk. Dalam pukul 4, Saiful call. Dia cakap kereta dan siap pasang door visor.. boleh amek petang ni. So, tergerak pulak untuk hantar kelisa ke Ar Shien. Start Kelisa dan terus ke Wanija. Saiful follow kelisa ke Ar Shien.

Alhamdulillah, Ar Shein kate boleh buat lagi kereta kelisa tu. So, tinggalkan kereta kelisa, drive preve ke Wanija semula. Saiful buat penerangan penuh tentang kereta preve. 

belakang Wanija, tempat servis proton...
mengisi borang...

menanda tangan...
Smart juga..hehe

Jazakallah Saiful Wanija...(",)
Balik Rumah dan buka puasa. Tepat2 sampai maghrib. Angah dan Ariff buka puasa di masjid. Eca ada kat rumah. Buka dengan ibu ayah. Aku join venture diorang la.

Solat maghrib bersama, sembang2 sket. Angah, Ariff dan eca gi amek Dikdan kat Seremban. So, sambung solat isyak dan tarawikh di rumah bersama ibu ayah. x lame tu, zaujah pun sampai rumah. Baru balik kerja. Letih, penat... Kasihan.. Hari ni katanya, tak duduk langsung. Patient tak henti2. Hanya yang faham tahu, yang tak faham tak ambil tahu..:( Berat tugas Zaujah ni. Komitmen dah bertambah. Aku kena faham. Taggungjawab dah bertambah. Moga Allah selalu pimpin kami. Moga Keluargaku dalam pemeliharaan Allah. Moga ada pembelaan Allah kepada kami. Terima kasih Tuhan atas segala nikmat dan rahmatMu yang mencurah2 kepada kami. Hanya kami yang kurang syukur kepadaMu. Maka jadikanlah kami terdiri dari orang2 yang memiliki SYUKUR & SABAR. ameen ya Rabb!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Aku, Dia dan ...

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster