Coretanku...  


Dunia hari ini sangat rosak dan merosakkan..

Aku berada di alam sekunder... perjalanan rohku kaku... makin lama, semakin membeku...

Aku yakin suatu hari nanti, aku akan keluar dari sistem sekular ini.. tidak lama lagi... smoga Tuhan tunjukkan jalannya.... aku dah sangat jemu dengan dunia yg ada ini...

Ada sahabat2ku yg bersekolah agama, hanya setakat sekolah agama... selepas itu, berhentilah pengajian agamanya bila sudah berada di luar institusi agama.. percakapannya tidak melambangkan latar belakangnya.. solat yang utama di hujung waktu.. kadang2 tertinggal pun dia buat biasa... ‘boleh qada’ katanya.. bangun pagi waktu subuh dah dipenghujung.. bukan subuh yg dikejarnya, tetapi kawan2 di alam maya yg menjadi keutamaannya.. Raja di biarkan menunggu dari awal waktu subuh sehingga ke penghujung... tidak juga disembah2... Nampak sangat sistem sekolah agama yang dilagang-lagangkan pada hari ini belum mampu membentuk roh anak-anak kerana telah diserap dalam sistem sekular yahudi laknatullah... ilmu hanya di akal, tidak di hati... Cuma mereka sedar ataupun tidak... celakalah yahudi laknatullah...

Aku merindui rijal2 yg berjuang di akhir zaman.. golongannya sedikit dan banyak di sebut dalam hadis. Cuma bergantung pada kita nak tahu atau tidak .Mahu menjadi golongan itu atau tidak. Bagi yang mengkaji hadis akhir zaman, tentu mereka tahu siapa dalang yg menyebabkan umat Islam tidak langsung mengendahkan tentang kebangkitan pada akhir zaman... Yahudi telah banyak menyorokkan hadis2 akhir zaman... banyak golongan2 islam yg nampakmemperjuangkan Islam tapi sebenarnya adalah pejuang2 yahudi tanpa kita sedari...ataupun tanpa mereka sedari...

Aku ingin kembali kepada fitrah yg sebenar.. memiliki hati yg benar2 bersih.. biar hina di dunia, asal mulia di sisinya... aku merindui syahid di jalannya....

Ya Allah,, tolonglah aku...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ragam Akhir zaman  


Beginilah ragam manusia di akhir zaman. Tika nafsu menjadi Tuhan, manusia hilang pedoman. Kemanusiaan sudah pudar. Kasih sayang sudah mati.unia telah jadi neraka dunia sebelum neraka yang sebenarnya.

Tuhan.. Selamatkanlah aku~

Buang Bayi Hidup-hidup
video

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


selawat azimiah  



Demi menuju kerinduan bersama kepada Rasululah SAW, saya paparkan Selawat 'Azimiah beserta terjemahannya. Selawat 'Azimiah ini adalah salah satu amalan Thoreqat Ahmadiyyah Idrissiyyah.

Pengasas kepada Thoreqat ini ialah Al-Arifin Imam Al-Muhtadin Qutb Da’irah At-Taqdis Asy-Syeikh Ahmad Ibn Idris. Semoga kita sama-sama merenung dan mengambil I’tibar maksud terjemahannya.
Selawat ini menjadi amalan masyarakat di kampung saya yang belajar tarekat Ahmadiyyah.
Selawat ini baik di amalkan dan boleh juga disedekahkan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tipu Daya Dan Ujian Kepada Perawat...  

Kehidupan seorang perawat tidak terlepas dari tipu daya jin dan syaitan. Kadangkala ketika merawat pesakit, jin berdialog dan memberitakan pelbagai informasi yang berkaitan. Jin-jin gangguan tersebut akan mengaku samada ianya adalah jin sihir, jin saka dan sebagainya. Jika kena pada kaedahnya jin-jin sihir akan memberitahu kepada perawat siapa tuannya , mengapa dia mengganggu pesakit dan semua maklumat-maklumat yang diperlukan. Adakah maklumat-maklumat ini boleh diguna pakai…?

Ada sesetengah orang pula yang berkemampuan melihat alam ghaib, mereka dapat melihat makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat oleh pandangan biasa. Kadangkala mereka dapat mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi tentang orang lain. Adakah mereka ini benar-benar melihat dengan sebenar-benar penglihatan, atau adakah kemungkinan wujudnya penipuan oleh makhluk-makhluk ghaib ini..?




Ada pula diantara mereka yang sering mendapat mimpi didatangi oleh seseorang, samada orang berjubah atau berserban atau berupa perempuan tua atau wanita-wanita cantik. Mereka diajar beberapa kalimah doa dan ayat-ayat yang perlu diamalkan, samada untuk perubatan, pertahanan diri dan lain-lain. Ada juga yang diajar mengurut, diajar dan ditunjukkan terus tentang kaedah-kaedah perubatan atau jurus-jurus persilatan. Apakah mereka-mereka yang bermimpi sebegini termasuk didalam golongan insan pilihan atau ini hanya mimpi biasa, atau apakah ini juga kemungkinan tipu daya dari makhluk-makhluk ghaib yang melakukan penyamaran…?

Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani seorang wali Allah yang terkenal. Beliau dikatakan penghulu para wali, dikenali sebagai Sultanul Aulia’ dan Al-Ghautsul A’dzham Quthb Al-Rabbani. Semoga Allah swt melimpahkan rahmat kepadanya

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani lahir pada 1 Ramadhan tahun 471H / 1077 M di sebuah desa bernama Jailan Thabaristan. Ayah dan Ibunya mempunyai pertalian nasab yang bersambung dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Musa anak kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah menceritakan, dia mendengar ayahnya bercerita. Satu ketika dulu, Syeikh Abdul Qadir Jailani sedang berkelana di padang pasir, sudah berhari-hari lamanya dia tidak minum air. Saat Syeikh Abdul Qadir sedang sangat kehausan, tiba-tiba datanglah awan menaunginya dan menurunkan sejenis embun sehingga Syeikh Abdul Qadir dapat minum darinya.

Kemudian dia melihat cahaya yang sangat terang memenuhi alam, tiba-tiba dia terdengar satu suara berkata kepadanya, ”Wahai Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu, mulai saat ini aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini.

Syeikh Abdul Qadir berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terlaknat”. Ketika itu juga cahaya tersebut hilang, yang tinggal hanyalah kepulan asap. Kemudian suara itu berkata lagi, “ Wahai Abdul Qadir, engkau berjaya selamat dari godaanku kerana ketinggian ilmu dan kemuliaanmu. Dengan tipu daya yang sama aku telah berjaya menjatuhkan lebih dari tujuh puluh orang wali”.

Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Segala keutamaan dan kekuatan hanyalah milik Allah”.

Syeikh Abdul Qadir Jailani ditanya, bagaimana beliau tahu itu adalah syaitan. Beliau menjawab, “apabila suara itu mengatakan, ‘aku halalkan bagimu apa yang telah aku haramkan sebelum ini’ maka tahulah aku itu adalah syaitan”.

Kesimpulannya… sedangkan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dikatakan bertaraf Sultanul Aulia’ masih di uji dengan ujian-ujian yang sedemikian rupa, apatah lagi kita sebagai orang awam yang sentiasa terdedah dengan kekeliruan dan tipu daya samada dari nafsu diri sendiri, dari orang lain, dari jin dan syaitan dan malahan dari pelbagai perkara.Oleh itu berhati-hatilah…

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster