rintihanku Tuhan.. dengarlah...  

Aku tidak tahu bila redhamu Tuhan kepadaku.....
Kerana itulah Aku selalu meminta tanpa jemu2....
Aku tidak tahu bila cintamu tuhan kepadaku..
Sebab itulah aku tidak jemu2 meminta selalu padamu...
Aku selalu meminta ampun kepadamu oh Tuhanku.....
Tapi aku tidak tahu bila keampunanmu kepadaku berlaku....
Sebab itulah aku tidak jemu 2 meminta selalu kepadamu......
Aku tidak berputus asa aku memohon selalu kepadamu....
Tuhan, aku membesarkanmu.....
Memuji dan mensucikanmu....
Mengharapkan keredhaanmu berlaku di dalam kehidupanku....
Aku lakukan berulang kali tanpa jemu2 .....
Untuk menagih cintamu kepadaku.....
Redhamu itu adalah mahal sekali buatku.....
Cintamu kepadaku sangat penting bagiku.....

Aku memohon selau kepadamu...
Aku meminta padamu tak jemu-jemu....
Redhamu Tuhan, cintamu Tuhan....
Kurniakanlah kepadaku.....
Tuhan janganlah hampakan aku.....
Tuhan dengarlah permintaanku....
Dengan rahmatmu.....
Janganlah dikecewakan permintaanku.....
Dengarlah permintaanku, kabulkanlah doaku....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


APA ITU PERJUANGAN ?  


Apabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuah jemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauh yang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Ada aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan strategi untuk mencapai matlamat.

Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secara berseorangan tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tanpa aktiviti, kerana Islam itu adalah cara hidup bernegara, berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan, berhubung, berkebudayaan, berundang-undang, berdisiplin dan lain-lain lagi.

Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, berkorban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengan kesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepentingan diri, maka selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapa golongan umat Islam dalam menghadapi perjuangan ini iaitu:

1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam . Faham apa yang mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan darjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.

2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang seperti golongan yang pertama tadi serta faham apa yang mereka perjuangkan . Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Di dalam ada cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah kepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki. Atau jika kebaikan yang mereka lakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlah amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul yamin.

3. Golongan yang berjuang secara jahil . Fardhu ain di dalam diri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata kerana semangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atau tidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namun Allah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Kerana kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golong-an ini agak ramai di zaman ini.

4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuang kerana mahu merebut pangkat atau kerana sakit hati dengan musuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negara atau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanya diselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempengaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadi zalim, fasik atau kafir.

5. Golongan yang ingin berjuang tapi belum mula berjuang kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranya atau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak meyakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayakan, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri. Golongan ini memang elok menyendiri.

6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah serta membaiki diri, sedangkan kemampuan ada . Walaupun ada perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu bersusah payah atau tidak mahu menerima atau menanggung risikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT.

7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit atau cacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tanggungjawab serta ada keluarga yang hendak ditanggung. Maka mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan, hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.

8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk beribadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitu mengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Sedangkan sudah ada golongan lain yang berjuang dan tenaga itu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah. Maka golongan itu diharuskan untuk bersikap demikian tapi pa-halanya rendah dibandingkan dengan golongan yang berjuang itu.

9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terhadap Islam . Mereka ialah Islam keturunan. Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang, malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata-mata. Memikirkan makan, minum dan seks sahaja. Islam tidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini di-sangsikan keislaman mereka.

10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalam perjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahan berhadapan dengan ujian dan cabaran, akhirnya mengundurkan diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menentang dan ada yang tidak menentang.

11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buahnya , ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapi apabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat, ia akan menentang perjuangan itu dan adakalanya terus menyebelahi musuhnya.

Begitulah secara ringkas diterangkan mengenai pelbagai golongan di dalam memperjuangkan islam. Perjuangan itu berat, hanya yang benar-benar berjiwa pejuang yang mampu istiqamah dalam perjuangan dan ia perlu seiring dan dimantapkan dengan IMAN dan TAQWA.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BUKAN SENANG MENJADI PEMIMPIN...  


Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah.Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah?Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan.Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja.Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya.Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita. Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah. Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia 10 hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah.Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat.Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak.Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat tertungging sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin.Dia dengan Tuhan saja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BERADAB DENGAN TUHAN  

Orang Mukmin kenalah beradab dengan Tuhan

Janganlah dia kurang ajar dengan Tuhan secara sedar atau tidak

Kerana syirik itu mudah sahaja terdedah kepada umat

Oleh itu berhati-hatilah berkeyakinan dan berperasaan dengan Tuhan

Jangan sampai syirik, syirik adalah dosa besar

Jangan ada orang Islam hatinya berkata:

Kalau aku tidak belajar aku tidak boleh cari makan

Rasa hati seperti ini kurang ajar dengan Tuhan

Belajar adalah satu kewajipan, jangan sandarkan dengan cari makan

Kalau aku berjuang kerana Tuhan nanti susah cari makan

Seolah-olah menuduh Tuhan, kalau berjuang Tuhan tidak beri makan

Ini termasuk kurang ajar dengan Tuhan

Berjuang adalah syariat Tuhan

Syariat kenalah ditegakkan

Mengapa dikaitkan bila berjuang ditakuti Tuhan tidak beri makan?

Padahal ramai orang tidak berjuang susah cari makan

Ramai juga orang yang memperjuangkan Tuhan senang cari makan

Begitulah juga jangan hati berkata lebih-lebih lagi lidah berkata

Mujurlah aku dapat bekerja dengan kerajaan, kalau tidak apa aku hendak makan?

Ini dia telah menuduh Tuhan bahawa kerajaan lebih mampu memberi makan

daripada Tuhan

Ini adalah aqidah yang sudah terlalu rosaknya

Orang macam ini sembahyang pun tidak ada erti apa-apa

Sembahyang adalah syariat, keyakinan tadi adalah aqidah

Mengapa orang yang bersyariat tidak beraqidah?

Aqidah lebih besar dari syariat

Aqidah rosak otomatik syariat tertolak

Kalau aqidah tidak rosak syariat tidak semestinya rosak

Aqidah rosak ertinya dia telah merobek-robek Tuhan

Syariat rosak baru merobek-robek ajaran Tuhan

Ramai zaman sekarang orang bersyariat aqidahnya rosak

Kalau aqidah sudah rosak sembahyang, ibadah tidak ada nilai lagi di sisi Tuhan

Orang yang beribadah terjun ke Neraka Tuhan

Harap diambil perhatian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


POLITIK UNTUK MENDAPAT ISLAM? cube bace...  

ingin saya kongsi bersama artikel ini.. mungkin sedikit sebanyak membuka minda kita yang tidak menyedari...


Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat.

Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

Sabda Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.

Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dari mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.

Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.

Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat
yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.

Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau- pun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam.

Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luarnegeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah
disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura!

Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam Negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar.

Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang -kita cita-citakan?

Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dari cinta kepada Allah semata-mata.

Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.

Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam) Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkandi dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!

Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pcngalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita’ menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.

Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.

Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dart diikuti dengan memberi tarbiah.

Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


susahnya mentadbir dunia  

Apabila disebut mentadbir dunia, ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semula jadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.Dunia itu kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi.


Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:
1. Dunia ibarat laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempesona. Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya lebih dahulu.

3. Dunia itu ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya. Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang orang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

4. Dunia itu ibarat ular. Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

5. Dunia itu ibarat madu yang manis. Ramai orang yang suka meminumnya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

6. Dunia ibarat kebun yang indah. Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai-bagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa dan udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalanannya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SISTEM PENDIDIKAN YANG TIDAK MEMBANGUN INSAN  


Hari ini saya terbaca artikel di dalam sebuah surat khabar utama di Malaysia yang melaporkan mengenai keruncingan masalah di kalangan para pelajar yang bertajuk "'Jiwa kosong, dahaga perhatian’'"

Menurut artikel itu, PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.

Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada waktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti.

“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.

Hal ini tidaklah menghairankan, kerana sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya dilabelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.

Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia yang ada sekarang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan mendidik manusia kerana mereka tidak faham apa itu manusia. Mereka sangka manusia hanyalah fizikal dan akal saja.

Ada juga yang tahu bahawa selain fizikal dan akal, manusia juga memiliki hati nurani atau roh tetapi tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut. Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri. Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.

Sistem pendidikan sekarang ini telah gagal dan hanya berhasil menghaiwankan manusia sehingga menjadi manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, giia dunia, menggunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya. Dunia sudah menjadi rimba yang dihuni oleh haiwan-haiwan yang berupa manusia. Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.

Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal. Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BUAH IMAN...  

Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

"Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang berada di situ. "Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati."

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas.

Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum."

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat."

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat."

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata,

"Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin."

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tuhan, bantu aku melawan nafsu yang liar ini...  

Aduh liarnya nafsu ini
Degil dan jahat, kemahuannya dahsyat
Tuhan! Tidak mampu aku menjaga, mengawal dan mendidiknya
Aku cuba menghalakannya mengikut kehendak Engkau,
dia pula yang bawa aku kepada kehendaknya
Selalu sahaja aku main tarik tali dengan nafsu
Aku hendak bawa kepada Engkau, tapi dia bawa kepada dunia yang menipu
Di dalam perlawanan itu aku selalu sahaja dikalahkannya
Letih aku dibuatnya, untuk mengekang kehendak-kehendaknya,
Tapi dia berjaya juga, aku selalu sahaja kecundang
Memang aku tidak mampu mendidiknya, kalau tidak dapat pertolongan Engkau
Tolonglah aku,
bantulah aku melawan hawa nafsuku agar aku dapat mengalahkannya
Berilah aku kekuatan mendidik dan mengendalikannya
agar aku tidak terjerumus kepada kejahatan
Kuasa ada pada tangan Engkau, kemampuan adalah pada-Mu
Kalau kuasa Engkau itu Engkau beri sedikit sahaja kepadaku, nafsu dapat dikalahkan

Dengan rahmat-Mu ya Allah, ya Tuhanku, bantulah aku
Jangan biarkan aku bersendirian menghadapi nafsuku
Aku tidak mampu, aku tidak ada daya melawan nafsu
Engkau sahajalah yang mampu
Tolonglah aku melawan nafsuku
Agar aku dapat menuju-Mu, tanpa halangan dari nafsu

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


rupanya ramai pejuang yang tertipu....  

Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahirnya
Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata
Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang terhadap musuh batinnya
Iaitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya
Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya
Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas
Maki hamun orang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan budaya mereka
Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka
Waktu mereka berjuang, syaitan jadikan mereka bola, disepaknya dan diterajang ke mana-mana
Mereka sangka mereka wira-wira agama dan bangsa,
sebenarnya mereka adalah petualang-petualang
Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka
Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan
Berjuang terhadap manusia untuk diislamkan
dan yang Islam hendak ditingkatkan Islam mereka
Agar mereka terselamat daripada Neraka

Pejuang yang sebenarnya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah
Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya
Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka
Hendak menjadikan mereka, agar Allah Taala murka
Supaya mereka semuanya masuk NerakA wal’iyazubillah

Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia
Sepatutnya kita manusia sibuk berjuang terhadap nafsu dan syaitan
Mereka itulah musuh-musuh utama manusia
Mereka memerangi kita tidak pernah rehat-rehatnya setiap detik dan masa
Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir itulah mereka mengambil peluang
Diharu-birunya kita agar kita tersesat jalan
Ditipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan
Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia
Diputuskannya silaturrahim, dipecah-belahnya kita, diporak-perandakan perpaduan
Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan
Kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa
Engkau berjuang korbankan kasih sayang yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan
Rupanya engkau berjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan
Tapi perjuangan kamu mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan
Sebenarnya engkau tertipu di dalam perjuangan

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


....  

Hai mulut, Tolong jangan sukakan ketawa Bukan apa Nanti terlupa Pada tangis pedih saudara Palestin Pada jerit ngeri saudara Chechnya Pada rintih sayu saudara Afghanistan

Hai perut, Tolong jangan sukakan kenyang Bukan apa Nanti terlupa Pada perit lapar anak-anak Somalia Pada pahit derita anak-anak Bosnia Pada jerih seksa anak-anak Sudan

Hai tangan, Tolong jangan sukakan yang sia-sia Bukan apa Nanti terlupa Pada pedih berdarah penjara Mesir Pada letih terikat mujahid India Pada deras mengalir darah Iraq

Bila mulut, perut, dan tangan Mula larut dalam hiburan Mula rapuh hubungan Tuhan Mula sesat hilang tujuan Kasihan

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Susahnya berlaku ikhlas!!!  


Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana -kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta, kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan, kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-kerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu `kerana Allah`nya telah bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu `kerana Allah`nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu. Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi.
Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, "Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu." Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca Al Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai.

Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

a. Niat rosak di awal lagi.

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupun penduduk tempat itu menjemput kita.
Hati kecil kita pun berkata: "Ha! Inilah masanya aku akan popular."
"Aku akan terkenal!"
"Adalah peluang duit poket!"
"Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini." "Barulah mereka tahu siapa aku!"
"Padanlah muka mereka nanti!"

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

b. Rosak di pertengahan.

Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah.
Hati berkata: "Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka."
"Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu."

Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun berbunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:
"Hebat aku ni!"
"Boleh tahan juga aku ini."
"Payah juga orang lain hendak menandingi aku."

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi. Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. Rosak di hujung.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. `Kerana Allah Taala`nya masih belum terungkai lagi.

Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap: "Ustaz bercakap tadi sedap betul."
"Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon."
"Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini, ustaz akan lebih lagi lincah dan matang."

Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam berceramah atau pidato. Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban.

Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh. Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


POLITIK YANG DI SALAHERTIKAN, MARI FAHAMI...  


Ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .

Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?

Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sahabat2 di Barisan Perjuangan... Perjuangkan Islam Secara Indah  

Jika kita ingin memperjuangkan Islam, janganlah sekadar bercakap-cakap sahaja, menunggu kuasa jatuh ke riba atau orang ramai mengundi kita, tetapi Islam itu perlulah kita mulakan dari dalam diri kita sendiri dahulu, kemudian keluarga kita, dan seterusnya jemaah kita. Tidak perlulah kita mewar-warkan bila ada kuasa dan jawatan, kita akan buat itu dan buat ini untuk Islam, selalunya orang yang berkata begitu tidak boleh dipercayai kerana dia meletakkan SYARAT untuk kepentingan dirinya, bukan kerana memperjuangkan Allah SWT dan rasulNya.

Mengapa setiap individu dan jemaah Islam itu perlu melaksanakan dahulu? Perlu diingat bahawa Islam bukan setakat ilmu. Tidak juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup. Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal. Selepas itu barulah sesuai untuk diperjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai lagi penganut-penganutnya.Ini kerana Islam itu adalah datang daripada Allah, disampaikan kepada Rasulullah. Kemudian terus disampaikan kepada manusia di zamannya sehingga ia diperjuangkan dan disampaikan sambung-menyambung dari generasi ke generasi untuk kebahagiaan manusia dunia dan Akhirat. Ia merupakan hadiah paling besar dari Allah Taala pencipta manusia kepada manusia yang menerimanya, demi keselamatan mereka.

Oleh yang demikian, pejuang-pejuang yang cintakan Allah dan Rasul serta syariat-Nya hendaklah lebih dahulu melaksanakan kebenaran itu kerana beberapa sebab di antaranya:

1. Kalau kita memperjuangkan Islam kerana cintakan Allah dan Rasul serta syariat-Nya dengan mengajak orang menganutnya dan mengamalkannya, maka sudah tentulah logiknya kita mengamalkannya.

2. Kita perlu mengamalkannya lebih dahulu supaya mudah untuk meyakinkan dan menarik orang lain kepada apa yang kita perjuangkan. Kalau tidak, atas dasar apa orang lain akan yakin dan tertarik dengan apa yang kita perjuangkan.

3. Agar mudah orang ramai meniru apa yang kita perjuangkan kerana role model wujud di dalam peribadi dan jemaah pejuang-pejuang itu.

4. Untuk mengelakkan daripada kemurkaan Allah Taala, kerana yang berjuang dan bercakap tentang kebenaran tapi mereka sendiri tidak mengamalkan, besar sekali dosanya.

Seperti firman Allah:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat.” (As Saf: 2-3)

5. Agar jangan jadi bahan ketawa dan ejekan daripada orang ramai terhadap perjuangan kita. Lebih-lebih lagi memberi jalan kepada musuh Islam untuk menuduh dan memfitnah.

6. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT yang empunya agama yang diperjuangkan itu.

7. Agar mendapat bantuan dan pertolongan Allah Taala. Allah Taala telah memberi jaminan kepada para pejuang bahawa di samping mereka diuji, mereka juga akan dibantu dan ditolong oleh Allah SWT selagi mana mereka menjadi orang yang bertaqwa iaitu setelah mereka mengamalkannya.
Maksudnya: “Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Yunus: 103)

8. Allah Taala tidak memberi bantuan dan kemenangankepada pejuang-pejuang kebenaran atas dasar ramai, tapi diberi bantuan dan kemenangan setelah para pejuang kebenaran itu bertaqwa sekalipun sedikit.

Di sini perlu perhatian, anggota jemaah Islam tidak mengapa sedikit, tapi ahli yang benar-benar bertaqwa. Biarlah para simpati yang ramai. Setelah ahli-ahli jemaah walaupun sedikit tapi bertaqwa, akan berlaku nanti khawariqul ‘adah, pertolongan-pertolongan dan bantuan yang tidak disangka-sangka bahkan akan berlaku kemenangan-kemenangan yang tidak terduga.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KASIH SAYANG SUDAH MENGHILANG  

Kroniknya perpaduan dan kasih sayang antara manusia hari ini adalah lambang kehancuran dan kritikalnya rasa berTuhan di hati manusia itu. Hidup masing-masing bagaikan enau di dalam belukar, berebut-rebut melepaskan pucuk masing-masing. Ibarat berundangkan hukum rimba, siapa yang kuat, siapa yang kaya, siapa yang ada pengaruh maka dunia ditangannya dan manusia lain yang lemah, tertindas dan teraniaya. Apa kaitanya rasa berTuhan dengan kasihsayang sesama manusia?
Mari kita renungi kuliah di bawah ini.Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak bertemu akan tertanya-tanya. Bila ada orang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan atau dipaparkan lagi di dalam media massa untuk mendapat perahtian amsyarakat. Masing-masing tahu dan berebut-rebut untuk membantu. Jadilah orang miskin lebih senang dari orang kaya. Contohnya, katalah dalam satu masyarakat kampung, hasil kenal-mengenal, penduduk tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin.
Katalah ada seorang yang kaya. Orang tahu dia kaya maka orang tidak fikirkan samada dia makan atau tidak sebab dia kaya. Tapi kalau orang miskin, masyarakat kampung tahu, masing-masing beri makanan sehingga banyak makanannya setiap hari. Hinggalah terjadi orang miskin begitu kaya raya dengan rezeki hari itu manakala orang kaya hanya kaya biasa. Di hari raya, orang miskin dapat baju raya 2,3 pasang.Macamana Rasulullah tanamkan perasaan itu? Kesan dari tauhid yang benar-benar dihayati. Cintai Tuhan dan kasih sesama manusia. Itulah contoh yang kita boleh beri. Bangsa Arab itu dari berpecah belah jadi sangat bersatu padu. Dari tidak tahu membaca, boleh membaca dan menulis. Dari ayat Quran itu macam-macam ilmu mereka dapat. Sebab itu gambaran masyarakatnya itulah gambaran masyarakat bertaqwa . Bila bertaqwa, apa janji Tuhan? “Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.”Berkat dalam ekonomi, masyarakat, pendidikan dan lain-lainnya. Tuhan beri berkat. Kalau orang biasa dapat 1, orang bertaqwa dapat 10. 1 orang bertaqwa boleh lawan 10 orang biasa. Kalau berekonomi, orang biasa dapat 1000, orang bertaqwa dapat 10 000. Dalam 23 tahun, umat Islam berperang sebanyak 74 kali. Setiap kali perang, jumlah musuh lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Cuma sekali sahaja tentera Islam lebih ramai iaitu waktu perang Hunain tetapi waktu itulah tentera Islam kalah. 73 kali menang.Begitulah yang Allah maksudkan “Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.” Telah berlaku golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai. Mengapa waktu ramai, tentera Islam kalah? Sebab waktu itu tauhidnya sudah longgar. Waktu mereka sedikit, mereka harap Tuhan backing . Sebab itu menang. Itu di jazirah Arab. Bila Rasulullah wafat, disambung oleh Khulafa UrRasyidin.
Bila bertaqwa, Tuhan lembutkan hati orang untuk menerima. Tidak payah perang. Berlaku perang disetengah tempat seperti di Syria dan Iraq. Tetapi kebanyakkan negara lain, apabila dengar sahaja tentera Islam hendak datang, mereka kata, “Ahlan wa sahlan. Kami sudah lama tidak tahan dengan kerajaan yang ada. Silakan masuk.”Sahabat datang ke China tanpa perang. Orang tengok dia ambil wudhuk sahaja orang sudah boleh masuk Islam. Itulah taqwa sahabat. Inilah yang kita kena belajar. Sayidi Abdul Aziz datang ke Melaka, lebih kurang 600 tahun lepas. Sampai ke pantai, dia sembahyang. Waktu itu orang Melayu beragama Hindu. Rakyat beritahu Sultan maka dia pun datang ke pantai. Sultan dan Sayidi Abdul Aziz, masing-masing tidak tahu bahasa masing-masing. Guna bahasa isyarat. Kerana taqwanya Sayidi Abdul Aziz itu, lahir isyarat maknawi. Secara isyarat pun raja boleh masuk Islam. Maka rakyatnya pun masuk Islam. Tanpa perang. Dengan kasih sayang dan kekuatan roh.Mengapa negara-negara Islam seluruh dunia tidak belajar dengan sejarah ini? Mengapa ambil kaedah-kaedah lain? Akhirnya kita terhina. Islam ada kaedah sendiri. Jadi untuk bangunkan bangsa bukan dari kekuatan ekonomi dan pembangunan tetapi dari takut dan cintakan Tuhan . Dari situ, lahir perpaduan. Waktu itu sudah ada asas kekuatan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT  


Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
Taqwa lebih tajam dari pedang,
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
Membaiki diri lebih utama melakukannya,
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,

Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya,
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam,
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan, Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


AIR MATA TAUBAT  


"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan..........

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .

Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JIKA PERBUALAN TIDAK ADA CITA-CITA ISLAM  


Secara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar sekitar:

– Makan minum, pakaian, keperluan rumah, melancong, duit,perabot, dan hal-hal mengenai dunia semata-mata.

– Menceritakan hal ehwal jiran-jiran, keluarga, masa depan, masa selepas pencen dan bila hendak naik pangkat.

– Cerita-cerita mengenai kerja di pejabat atau di sekolah terlalu banyak, tentang bos pejabat terlalu cerewet, guru besar suka menyinga, mengumpat dan mengata orang-orang tertentu yang mereka benci atau iri hati. Di celah-celah itu mereka bertekak, kata-mengata, tuduh-menuduh, bertegang-tegang urat di antara suami isteri. Masalahnya ialah cemburu dengan suami, suami tidak beli itu, tidak mahu beli ini, tidak tunai janji, tidak mahu bagi duit atau kedekut sangat. Suami pula tidak senang kerana isteri suka berleter,lebih suka tunjuk kasih kepada ibu dan ayah daripada suami, berkasar dengan anak-anak, masak tidak sedap, di luar bersolek, di rumah tidak mahu bersolek.

Itulah di antara perbualan-perbualan, perbincangan-perbincangan yang biasa dilakukan oleh suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam. Cerita iman, cerita Islam, cerita ibadah, cerita akhlak, cerita Akhirat, cerita Tuhan, cerita dosa pahala, cerita bertaubat, cerita sembahyang, cerita bagaimana hendak mendidik anak-anak secara Islam dan cerita susah tentang gejala masyarakat yang tidak sihat, tidak ada di dalam kamus hidup mereka. Mereka tidak minat hendak bercakap tentang ini semua.

Oleh itu manalah hendak timbul kasih sayang di antara suami isteri. Manalah hendak dapat ketenangan jiwa. Manalah anak-anak hendak taat dan hormat kepada ibu bapa.
Manalah suami tidak jemu dan isteri tidak merajuk selalu. Tidak hairanlah mengapa anak-anak terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat, perhubungan renggang dan lari dari rumah. Bagaimanalah hendak mendapat kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga.

Akhirnya berkahwin yang asalnya dengan tujuan hendak berhibur, tidak terhibur lagi. Hendak berseronok-seronok hanya waktu mula-mula berkahwin sahaja. Tidak sampai ke hujung. Akhirnya membawa kepada perceraian. Kalaupun tidak bercerai kerana takut berpisah dengan anak-anak, namun kehidupan suami isteri tidak ada apa-apa erti lagi. Kasih sayang sudah tiada, hormat-menghormati tidak wujud, bertolong bantu secara terpaksa, bermasam-masam muka selalu dan mudah sahaja bertengkar.

Anak-anak menjadi bingung, anak-anak benci duduk di rumah lalu mulalah liar. Tidak seronok di rumah. Suka keluar rumah untuk menenangkan fikiran. Akhirnya terlibat dengan dadah, rokok, bohsia, bohjan, budaya lepak, mungkin zina dan lain-lain perkara yang tidak sihat.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster