Institusi Kekeluargaan : Tempat Pembinaan Insaniah

as-salam. Apa khabar pembaca2 yang menjengah ke pondok burukku ini. Marilah sama2 mengosongkan minda sekejap dan membaca perkongsian minda ini..:) Berkenaan institusi keluarga yg semakin parah di kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Keluarga bahagia/sakinah adalah idaman

Seperti yg kita perhatikan, di Barat kini seolah2 sudah xde lg institusi keluarga. Bukan shj ramai yg bersekedudukan tnpa kawin, bahkan yg brkhwin scara sah pun sdh runtuh. Prkhwinn bg mereka sekadar memenuhi TUNTUTAN BIOLOGI. Suami sdh x rase brtggungjwb trhadap isteri. Isteri pula x taat pd suami. Ibu bapa sgt x mmberi kasih syg kpd anak2 dan ank2 mncari pluang utk hdup bebas dr ikatan kekeluargaan. Andainya x de undang2, sdh brg tentunya pertalian kekeluargaan mnjadi lebih terbarai.


Berbagai2 masalah sosial tlh trjadi dan ia x dpt dbendung lg. kes juvana, meningkt dgn ketara dr tahun ke tahun. jenayah kekeluargaan juga amat menakutkn. nmpk sgt undg2 yg mereka cipta x mmberi kesan utk mententeramkn kehidupan berkeluarga. byk penglmn pahit dan perit berlaku saban hari dan sdh tntu ia menggangu perasaan dan fikiran. Para intelek dan pemikir masyrktnya mengaut keuntungan hasil jualan buku dan modul yg sarat dgn  idea kekeluargaan, namun semua berakhir dgn kehampaan. ikatan tali kekeluargaan ttp x brlaku.

Kerosakan n kjhtn msrkt barat kalo nk di catatkn trlampau byk.. kerana ia seolah2 sdh mnjdi budaya hidup mreka. mcm dah sebati.atau mnjadi keperluan hidup.  sebagai contoh, arak dh mnjadi sbahagian hdup mreka. Samalh juga dgn pnceraian, bersekedudukan, anak luar nikah, tersisih n trbuangnya ibu bapa dan warga tua. TAMADUN MEREKA MENJULANG TINGGI, TETAPI AKHLAK, KEMANUSIAAN, KEBAHAGIAAN RANAP MEYEMBAH BUMI!

Allah merahmati

Saidina Ali r.a berkata, “Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia”.

hidup sekarang

Selepas menjalani hidup selama 38 tahun, aku mula melihat bahawa tidaklah mudah untuk memiliki segalanya. Sebab engkau hanya hamba. Dan kau tidak layak memilih apa yg kau mahu. Hanya dgn izinnya, kau mampu memiliki sesuatu itu. Jangan pernah menyangka kau memiliki apa-apa. Barang yang sudah ada di tangan pun boleh terlepas. Mknn dah ada, nk suap masuk mulut pun boleh terjatuh.

Qanaah itu perlu. Redha itu mesti. Tanda kita hambanya yang tak punya apa-apa.

Kini anak-anak dah semakin membesar. Term 3 start hari ni. Kaklong P6, Maisa P3 dan Basyirah P1. Humaira dah 2 tahun lbh. Aku direzekikan punya putri-putri. Org kata senang jaga kalau dididik dgn betul. In shaa Allah. Beza anak lelaki. Lasaknya lebih sket.

Kaklong berjaya hafal surah Annaba, annaziat dan abasa masa cuti winter.

Maisa pula hafal surah allail dan assyam. Alhamdulillah. 

Then ada hifz challange from madrasah. Kaklong berjaya baca surah al fajr dan maisa berjaya baca al adiyat.




masa terus berjalan. Januari sudah hampir seminggu berlalu.

Hari ni 6 Januari 2025. Sama jua 6 Rejab 1446h.
Esok dah hari lahir aku. Menjangkau 38 tahun sudah hidup. Apakah hidup masih sama atau telah berubah banyak?

Apa perancangan hidupku di dunia? Sekembali ke Malaysia, apakah sudah bersedia? Mesej ummi pagi ni sblm subuh berkenaan simpanan utk mulakan hidup di Malaysia menjentik hatiku. Benar, simpanan ada dah sedikit tapi belum cukup untuk menampung jika Zaf benar2 blom bekerja tetap sebagai lecturer. Tp tu lah. Ikut logik akal mmg sukar utk meramal rezeki Allah. Simpanan cuba aku usahakan. Tp mgkn cukup atau tidak, yg penting usaha ke arah tu. Utk 3 bulan, in shaa Allah ada. Kena bincang lagi dgn Zaf byk mana lagi perlu utk mulakan hidup.  Banyak mana pun tak tentu cukup, kerana perniagaan sblm ni, terlalu berat utk ditanggung. Allahu. Lebih berat mengingatkan kehilangan kereta dahulu. Itu yg paling berat. Terima kasih ya Allah mematangkan hatiku dgn ujian itu. Allah mmg tak bagi kau berharta Hans, sbb kau leka bila kau ada. Itu aku mmg rasa. Dapatlah sekejap dulu dgn simpanan boleh tahan. Tp sekelip mata hilang semuanya... Allahu.. byk hikmah dan pengajaran hidup ketika itu.

Saat ini, aku lebih menghitung akan diriku... smpi bila nak berubah hidup bertuhan? Hidup sebagai hamba. Kerana dgn cara itu shj akan menarik rezeki yg lbh lancar. Kau jagalah aku ya Allah. Kau peliharalah aku ya Allah. Aku tetap.mencuba dan meminta. Moga kau kabulkan. Hidup sebagai lelaki di zaman ini sgt mencabar. Itulah pntgnya ilmu tasawuf yg menyucikan. Alfatihah buat imam Al Ghazali dan pata ulama yg meninggalkan tulisan dan catatan agong berkenaan jalan utk kembali bagi hati sang hamba. Moga aku dpt merintis dan menempuh jln itu dgn jayanya. Aamiiin

Salam subuh

Bumi Tuhan... Bersaksilah