Usahawan Tak Boleh Malu

Untuk berjaya dalam perniagaan, sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan.

Kadang-kadang, pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita. Ternyata, dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita.

-Tangani Perasaan Malu Anda-

Jika timbul perasaan malu untuk berniaga,fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini :

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam. Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda. “9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w
Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk tanah arab. Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?

3.Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara 

Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.

Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini.

Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia? Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga.

Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?

KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?
KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?
KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?

Anakku. Hannan.


♡Anakku Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan... Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku.... Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit.... Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...

♡Anakku Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan.... Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata "tak dengar ker??"... Aku minta maaf anakku... Aku semakin MENUA...

♡Anakku Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang... Aku berharap kamu tetap sabar  mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA.... Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.... 

♡Anakku Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor.... Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.... Dan tidak menjerit suruh aku mandi... Badan aku lemah... Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.. Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...

💖Anakku Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...

♡Anakku Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba... Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.. 
Jangan cemas... jangan menangis... hadapi dengan redha... 
Aku berjanji pada kamu... 
bila aku bertemu Allah ... aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku....

Terima kasih banyak kerana mencintai aku ....

Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....

Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....

*KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA


*Bismillahirrahmanirrahim.*

*1.Neraka jahanam yang hitam gelap.*

Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu
Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:

“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan
seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.

*2.Apa yang berlaku di lembah jahanam.*

Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu
‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda:
“Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana
neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak
400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada
umat Nabi Muhammad s.a.w.”

*3.Bagaimana dalamnya dasar jahanam.*

Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah
berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:

“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul
batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah
menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada
dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”

*4.Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.*

Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w
bersabda:

“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam
lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin
untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk
dipindahkan.”

*5.Buruknya rupa ahli neraka:*

Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a.
berkata:

“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka
dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran
pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”

Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.

*6.Minuman ahli neraka:*

Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah
r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:

“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)

Sabda Baginda:

“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat
kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya
maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka
putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.

Firman Allah:

“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka
(taliperut).” (Muhammad: 15)

dan firman-Nya

“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan
air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang
paling buruk.” (al-Kahfi 29)

*7.Makanan ahli neraka.*

Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar
takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan
bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai
manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”

*8.Besarnya ahli neraka:*

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:

“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali
sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah
besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh
seseorang kamu daripada giginya.

*9.Tangisan ahli neraka:*

Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan
menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis
dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi
sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahu-perahu
maka akan hanyut.

wahai wanita


Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki.
Nak selamat pakai sarung lengan.
Panas? ..Takpa panas sikit di dunia,asalkan tak panas di sana.

Kaki pun aurat.
Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap.
Jangan yang lutsinar. 

Tudung tu.
Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun.
Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal.
It's up to you. 
Tapi Allah suruh tutup dada..Ulang..Tutup dada. 
Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada. 
Ini perintah Allah, bukan dari saya.

Baju/kain/seluar tu. 
Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.
Saya faham...
Ada rasa teringin itu ini. 
Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

Tak ketat, tak jarang, tak lembut sangat, tak nipis, tak singkat, tak mudah di tiup angin hingga nampak bentuk tubuh.
Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan. 

Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Kita, saya, awak adalah Islam.

Tudung labuh..
Jubah..
Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja..
Islam tu untuk SEMUA..
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.

Maaf kalau terasa.
Saya tak nak korang ambil pahala saya.
Saya pun tak sggup tanggung dosa.
Dan saya taknak masuk neraka sebab saya taktegur korang.
Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur.
Yang PALING SAYA NAK, kita sama-sama masuk Syurga sesama.
Korang baca kan?
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya saya ada jugak jawapan.

Kita buat dan jaga sesama ya.
Saya pun tak sempurna dan baik mana.
Saya pun tengah cuba sebab kita manusia.
Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua.

Kongsikanlah, mesti ada dalam reramai ummat didunia ni tak tahu.
Kongsilah, bukan susah untuk kongsi. Hanya copy paste sahaja.
Kongsilah, saya tidak paksa. Tapi fikirkanlah, alangkah bagusnya jika seseorang itu berubah menjadi lebih baik kerana kita...

Sekian..

stri Harus Baca : 7 Perbuatan INI Menandakan KAMU Bukan Lagi Seorang Istri!! No. 3 Paling Banyak Ditemui!!


IHambasurga - Wahai Para Istri, berhati-hatilah engkau dalam menjaga sikapmu terhadap

suamimu. Suamimu merupakan ladang syurga Untukmu, namun bisa juga berbalik, suamimu bisa menjadi pintu neraka untukmu, jika suamimu

tidak ridho terhadapmu.
Simaklah dan renungkan berikut murapakan 7 Perbuatan INI Menandakan KAMU Bukan Lagi Seorang Istri!! yang memang seharusnya tidak kamu lakukan kepada suamimu...






1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.

2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.

3. Ketika suami marah menegur mu, kamu menjawabnya dengan leteran dan meninggikan suara kepadanya.

4. Ketika suami duduk bersamamu di rumah, baumu tidak menyenangkan, pakaianmu tidak bersih dan tidak menarik.

5. Rahasia rumah tanggamu diceritakan kepada ibumu, kakak dan juga sahabat handaimu.

6. Tidak berlaku baik dengan keluarga suami malah menghasut suami sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga suamimu.

7. Tiba waktu solat, kamu tidak mengejutnya bangun untuk solat dan tidak menyuruh melakukan ketaatan, tidak meminta suamimu bertaubat dari dosa dan tidak meminta suami meninggalkan maksiat.

Ya Allah, kurniakan kepada pemuda Islam dengan isteri yang solehah dan kurniakanlah kepada perempuan Islam dengan suami yang soleh, Aamiin...

*Keutamaan ilmu dibandingkan harta menurut Ali bin Abi Thalib*.



1.ilmu adalah warisan para nabi dan rasul,sedangkan harta adalah warisan fir'aun dan qarun

2.ilmu akan menjaga kita,sedangkan harta sebaliknya,kitalah yang harus menjaganya

3.semakin banyak ilmu semakin banyak orang yang menyayangi dan menghormatinya.sedangkan semakin banyak harta,semakin banyak musuh dan orang yang iri kepadanya

4.ilmu jika diamalkan malah akan semakin bertambah,sedangkan harta jika digunakan akan semakin bekurang

5.pemilik ilmu akan dihormati dan mendapat sebutan baik,sedangkan pemilik harta seringkali dicemooh dan mendapat julukan yang buruk

6.ilmu tidak ada pencurinya sedangkan harta banyak pencurinya

7.pemilik ilmu akan diberi syafaat (pertolongan) dihari akhir kelak,sedangkan pemilik harta akan dihisab diusut asal muasal hartanya oleh allah swt

8.ilmu akan kekal selamanya,sedangkan harta akan habis suatu saat nanti

9.pemilik ilmu akan dijunjung tinggi dengan kualitas manusianya,sedangkan pemilik harta akan dijunjung tinggi dengan kualitas hartanya

10.ilmu itu akan menyinari pemiliknya,sehingga hatinya menjadi lembut.sedangkan harta akan membuat gelap mata pemiliknya,hati menjadi keras dan hidup tidak tenteram

buat anak-anakku



Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna

Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu

Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta

Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara

Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Jangan Tinggalkan Aku Tuhan



Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

KISAH IKAN MENCARI AIR



Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dengan kita tiada,

Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” 
(Ibrahim, ayat 34)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." 

An-Nisā':29

Hati Tempat Pandangan Allah


-------------------------------

Apapun yang kita lakukan, tempat pandangan Allah terhadap kita ialah pada hati kita.

Dikatakan dalam hadis, Allah tidak menilai rupa lahir kita tetapi Allah menilai apa yang ada dalam hati kita.

Dikatakan dalam Al-Quran, di hari Akhirat, harta dan anak tidak berguna lagi melainkan orang yang datang membawa hati yang selamat.

Begitulah pentingnya hati ini.

Serba-serbi yang kita lakukan dinilai Allah tergantung pada hati.

Setiap amal itu dilihat daripada niat dan keikhlasan di hati.

Sembahyang yang kita lakukan, Allah hanya terima jika ada khusyuk di hati.

Begitu juga ibadah lainnya, begitu juga wirid zikir kita, hanya sanya dinilai Allah bila ada rasa-rasa di hati.

Malah disebut juga Nabi, bila baik hati, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat hati, jahatlah anggota badan.

Dan dosa hati lebih besar akibatnya daripada dosa lahir.

Jika hati ada riyak, jika hati ada sombong, jika hati ada hasad dengki, maka hati itu hanya layak duduknya di neraka.

Sebaliknya hati yang ada rasa hamba seperti rasa diri tidak layak dan rasa hina di hadapan Tuhan, juga hati yang kuat imannya, hati yang sabar, redha, tawakkal, syukur dan pemurah.

Hati seperti inilah yang mendapat pandangan Tuhan.

Jadi, apa erti semua ini?

Ia satu peringatan besar buat kita.

Agar sentiasa memeriksa dan menjaga hati.

Agar melebihkan soal hati daripada soal-soal lainnya.

Moga kita selamat di dunia dan di Akhirat nanti.

Al fakir ilallah

Kongsi-kongsi perasaan dengan kawan-kawan petang ni.Ada sedikit rasa yang tidak enak pada UPSR. Bukan tahun isi sahaja. Setiap tahun!

UPSR ni sebenarnya petanda!

Petanda yang menunjukkan bahawa tak lama lagi anak-anak ini akan meninggalkan kami. Melangkah ke alam baru di sekolah menengah.

6 tahun melihat mereka membesar dengan pelbagai karenah. Yang manis mahupun yang tidak berapa enak semuanya digaul menjadi satu episod kehidupan yang tidak akan dilupakan oleh kami para guru.

Kadang-kadang terasa seperti baru semalam melihat mereka mengusung beg yang kadang-kadang kelihatan lebih besar dari mereka sewaktu mula-mula mendaftar di tahun 1.

Terasa seperti baru sebentar sahaja tadi kami memujuk mereka yang menangis-nangis enggan ditinggalkan di dalam kelas oleh ibu bapa mereka.

Memeluk mereka saat mereka meraung dan meronta-ronta ketakutan sewaktu diberi suntikan imunisasi di sekolah.

Menenangkan mereka yang ketika itu ketakutan dek kerana doktor gigi yang sudah mula memeriksa dan merawat gigi setiap murid di sekolah.

Kemudian melihat mereka membesar dan berpindah dari satu kelas ke satu kelas yang lain. Dari huyung hayang berjalan mengheret beg sehingga mampu berlumba-lumba berlari bersama rakan saat pulang dari sekolah.

Dari pelat membaca dan bertutur hingga mampu bercerita dan berdebat. Dari wajah mulus yang kadang kala bertepek hingus kering dipipi kepada seorang awal remaja yang tampan, manis dan ceria wajahnya.

Tahun silih berganti. Meski murid juga bertukar ganti. Namun 6 tahun pengalaman bersama setiap anak-anak ini akan disimpan episod demi episod dalam laci memori para guru.

Buat anak-anak murid yang sedang menduduki UPSR, melangkahlah kalian ke mercu impian cita-cita kalian. Perjalanan kalian masih jauh dan penuh dengan pelbagai cabaran. Jika dalam melangkah kalian berasa lemah atau jatuh, jangan malu untuk kembali kepada kami. Bersama-sama mengumpul kekuatan dan belajar untuk bangkit. Ingatlah..di sini sentiasa ada tangan-tangan yang sedia untuk menyambut kalian.

Asmadi Abdul Samad
SK Bandar Anggerik, Shah Alam.

AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH


Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut  :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
 

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Dia

Assalamualaikum wahai kekasih2 Allah.
Wahai diri...
Kita bukan lumpur bumi ini. 
Bukan diciptakan dari air, api, angin, tanah. 
Asal kita bukan wadi madi mani manikam. 
Kita bukan benih yang menyerupakan lelaki atau perempuan, ragam warna kulit dan bangsa. 
Kita inilah Ahadun, Ahmad tanpa Mim.
Kita bukan berada di mana-mana, tetapi kita berada di dalam DIA. 
Kita disekitari oleh DIA dan di dalam genggaman DIA. 
Ke mana pun kita bergerak, kita berserta dengan DIA dan dikuasai oleh DIA. 
Kita diliputi oleh DIA dan tidak berpisah dari DIA. 
Kita bersama DIA dan sewujud dengan DIA.
Selagi kita tidak menjadi DIA, kita tidak mungkin melihat DIA. 
Hanya dengan menjadi DIA, maka kita dapat melihat DIA yang mutlak dan tidak menyerupai segala sesuatu kerana DIA bukan sesuatu. DIA adalah DIA Ahadun Ahad, tidak pernah berubah dari azali-Nya. 
Jika tidak mampu menjadi DIA, usahlah menjadi diri kita sendiri.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang AKU, maka katakanlah sesungguhnya AKU dekat.”

[Q.S. Al-Baqarah: 186]

Yang Ujud hanya ada satu AKU sahaja. Tidak ada aku yang lain. Malah AKU bukan Cahaya. AKU bukan Ruh. Cahaya, Ruh, Rahsia, Qalbu dan Jasad walaupun dari AKU tetapi bukan AKU yang sejati. Semua itu adalah manifestasi AKU untuk menampakkan UjudKu. Semua itu adalah tabirKu di antara gelap dan terang selaksa tujuhpuluhribu tabir, termasuklah ibu-bapa yang melahirkan keturunannya juga adalah tabirKu. Semua tabirKu itu pada hakikatnya adalah kosong, bathil dan persangkaan. Semua tabirKu itu adalah Mi’ratul Hayat (Cermin Hidup) yang di dalamnya adalah gambaran air sungai kehidupan yang berwarna kegelapan.Yang melihat AKU adalah AKU. Yang mengenal AKU adalah AKU. Yang mengingati AKU adalah AKU. Yang memuji AKU adalah AKU. Yang beribadah itu pun AKU.

AKU adalah Al-Haq yang meliputi ciptaanKu dengan QudratKu. Sebelum AKU ingin dikenali AKU adalah suatu perbendaharaan yang tersembunyi dan batin dalam DzatKu Yang Mutlak. AKU adalah kenyataan BatinKu iaitu HUWA (DIA Dzat) yang bersemadi dalam Ghuyub al-Ghuyub (Ghaib lagi Ghaib tidak diketahui). AKU adalah Yang Tunggal dan Hidup. HidupKu itu Maha Kaya dengan tujuh Sifat Maani tetapi Esa dalam WahdatKu – Ghaib al Ghuyub (SifatKu telah nyata tetapi ghaib dalam BatinKu). AKU bukan Cahaya tetapi Cahaya ada pada WahdahniyahKu – Ghaib al Ghaib (Namaku telah nyata tetapi semua hakikat benda masih tersembunyi dalam NamaKu). 

AKU ibarat minyak yang tersembunyi dan terahsia dalam relung Pelita. Pelita itu adalah Alif yang menyatakan UjudKu. Tiada yang Ujud selain AKU. Pelita yang menzahirkan Cahaya Yang Terpuji (MUMAMMAD). Cahaya Yang Terpuji tersebar melalui Kaca yang terang-gemilang dan itulah RuhKu. RuhKu tampak pada Diri Terdiri, Diri Terperi dan Diri Tajalli seumpama teguhnya Pohon Khuldi yang menumbuhkan Buah Terlarang.

Untuk mengenal Diri yang sebenar Diri itulah AKU yang ada dalam Misykat Sufi. AKU bukan Cahaya, bukan Ruh, bukan Qalbu, bukan Jasad. AKU adalah Haqiqat segala makhluqat. AKU adalah Engkau dan Engkau adalah AKU, tetapi Engkau bukanlah Engkau sendiri. Engkau adalah kosong dan batil yang bernama Manusia!

Awal agama mengenal ALLAH. Akhir agama mengenal AKU ...

upah tukang sembelih

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya *HARAM* kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang diatas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Sila SHARE agar semua kawan-kawan kita juga dapat manfaat...

Pemuda itu

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: 

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_ 

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa. 

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata: 

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_ 

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga. 

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. 

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz. 

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak. 

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

 _"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian. 
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.* 

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara dekati kita, kita tak layan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

_*ya allah berikn kami kekuatan membuatnya...amin

30 WASIAT IMAM AL-GHAZALI



Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah “Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.

Wasiat 1:
Berbakti kepada dua ibu bapa wajib kerana hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

Wasiat 2:
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat.

Wasiat 3:
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

Wasiat 4:
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

Wasiat 5:
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

Wasiat 6:
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihaan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

Wasiat 7:
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa kita.

Wasiat 8:
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

Wasiat 9:
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

Wasiat 10:
Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya Allah.

Wasiat 11:
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah dan sampai ia kembali.

Wasiat 12:
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

Wasiat 13:
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat merbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawanya ke neraka jahannam.

Wasiat 14:
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan kea rah menghampiri zina.

Wasiat 15:
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.

Wasiat 16:
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

Wasiat 17:
Mujahidin atau pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

Wasiat 18:
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

Wasiat 19:
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

Wasiat 20:
Ahlul Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Wasiat 21:
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.

Wasiat 22:
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad.

Wasiat 23:
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

Wasiat 24:
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.

Wasiat 25:
Mengingat mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

Wasiat 26:
Orng yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah. Oleh itu perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur.

Wasiat 27:
Solat tahajjud ataupun qiamul lail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pad malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu nescaya akan segera ditunaikan Allah.

Wasiat 28:
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam kehidupan soerang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

Wasiat 29:
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

Wasiat 30:
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

Sumber:
Abu Ahmad Yasin. 30 Wasiat Imam Ghazali.

Anak-anak

Kawan, 
Pernah tak kadang-kadang kau rasa kau bersalah dengan anak – anak? Ini kisahnya kawan..

Kelas tenang hari ini. Mungkin kerana awan mendung yang kelihatan sarat dengan warna hitam pekat itu sedang memecahkan gugusan air hujan yang sejak dari pagi menyiram lantai bumi.Angin sejuk serta wap-wap dingin menghembus masuk kedalam kelas lalu membuatkan anak-anak murid ini seolah melekat pada kerusi masing -masing.

Suara sunyi itu akhirnya tewas apabila kedengaran bunyi seretan keras di atas lantai kelas yang berlekuk di sana-sini. Sesekali ianya berbunyi nyaring menyakitkan telinga. Seorang murid bertubuh kecil mengepit  buku latihan di tangan kirinya, sambil tangan kanannya gigih menarik kerusi kayu kelas itu menuju ke meja guru.  Kaki kerusi yang bergesel dengan lantai kelas yang dibuat dari konkrit kasar itu mengeluarkan bunyi yang sangat tidak enak. Lebih buruk dari suara keldai yang disebat belakangnya supaya bergerak.

Semua mata tertumpu ke arahnya. Namun semuanya tetap membisu. Senyap dan sekadar memerhati. Diletakkan kerusi kayu yang diseret itu betul-betul dekat dengan mejaku. Dengan perlahan ia meletakkan buku latihannya di atas meja. Mengeluarkan pensil yang diletakkan di dalam poket bajunya yang sudah tidak berapa putih. Digenggamnya pensil itu dan ditekan perlahan pada buku latihan seolah -olah ia ingin menulis sesuatu. Matanya memerhatikanku. Dengan pandangan yang sangat teduh. 

“Cikgu..!” sapanya...

“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”,sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.

“Rotan kat mana?”soal saya ingin tahu.

“Kat sini”sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya..masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.

“Sakit ke?”soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali. 

“Menangis?”tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

“Kenapa mak rotan?”soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas. 

“Mak saya marah sebab saya xxxxxxx disekolah.” Balasnya. 

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah. 

“Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke?soalnya ingin tahu.

“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”

Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya. 

“Cikgu.!”sapanya lagi.

“Hari ni saya baik cikgu. Nanti  cikgu bagitahu mak saya tak?”

Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini. Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian. 

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya. Wahai sang guru,  semalam kamu mengadu kepada ibuku tentang kenakalan ku. Lalu aku terus di rotan teruk. Maka hari ini apabila aku berakhlak baik,maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibuku agarku dipuji dan dikasihi semula ibuku.

Benar..bukan sahaja di sekolah, malah dirumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak  berlaku begitu sahaja dihadapan mata . Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.  Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran. Mungkin kerana itu kita sering  melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur.

Aku tak mampu menjawab soalan anak ini. Aku hanya mampu terus menggosok  lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah. Aku tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan aku menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah aku memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat tuhan buat kita. Dan rahmat itu tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.

Asmadi Abdul Samad
Menumpang rahmat murid-murid

#wu
#iguru

❤️DIAM DAN BICARA❤️

Assallamualaikum.

 Alangkah indahnya DIAM,
bila BICARA dapat menyakiti orang lain.

Alangkah terhormatnya DIAM, 
bila BICARA hanya untuk merendahkan orang lain.

Alangkah bagusnya DIAM, 
bila BICARA hanya berakibat terhinanya orang lain.

Alangkah cerdiknya DIAM,
bila BICARA dapat menjerumuskan orang lain.

Alangkah bijaknya DIAM,
bila BICARA hanya untuk merugikan usaha orang lain.

AKAN TETAPI:
Betapa dahsyatnya 

BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan celakanya orang lain.

Betapa saktinya BICARA,
bila DIAM dapat menjadikan ruginya orang lain.

Betapa hebatnya BICARA,
bila DIAM dapat membuat tidak sedarnya kesalahan yang terus dilakukan orang lain. 

Betapa pentingnya BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan semakin bodohnya orang lain.

MAKA BERHIKMAHLAH,
Apabila DIAM dan apabila BICARA, 

Keduanya sama sama dapat menimbulkan akibat.
Betapa TAJAMnya kata-kata kita, saat kita marah
dan..

Betapa TEDUHnya kata-kata kita, saat kita sedang senang hati.

Kerana Diam Adalah Emas. Berbicara  Adalah Mutiara,
Dan
Hikmah Lebih Berharga Daripada Permata💚

HAI MELAYU!!



Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun, 
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
*Lalu melayu ada apa?*

Harapkan Ustaz,
Saling menyesat,
Harapkan hiburan, 
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa,
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, 
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, 
Banyak digadai kepada *Korporat!!*

Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi *tuan*,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon _perjuangan ini untuk kalian!_
Kerja sikit, 
Sembang kencang,
Banyak rungut, 
Sikit rancang,
Siapa tegur, 
Dituduh lancang,
Duduk warung,
Gigit kacang!

Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau *melayu* aku pun *melayu*,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu *ber gaya*.

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana *Malaya* bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah Melayu kerana *agama*, *bangsa*,
Moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa.......
Pedih menyengat.....
Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH*, *TERUSLAH JADI MELAYU YANG*
*LAYU DI TANAH SENDIRI*

Bumi Tuhan... Bersaksilah