FAT : Pernikahan  


Mengapa menikah?
mengapa perlu menjadi suami isteri?
kalau kita minta jawapannya dari sebahagian besar orang, jawapannya mungkin hampir sama. Iaitu untuk menunaikan tuntutan fitrah semula jadi. ataupun hendak menunaikan tuntutan biologis. Kalau tidak akan merasa sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini... tiada hiburan....


Kalau beginilah jawapan yang menjadi pegangan sebahagian beasr manusia, maka tujuan menikah itu sudah terlalu sempit dan bernilai murahan. secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan.

sebab apa?

kerana haiwan 'kahwin' untuk tujuan seperti itu juga. Jadi sama-sama tidak ada cita-cita masa depan. Dengan maksud lain pernikahan itu terbatal. Apabila terbatal, hilanglah bahagia, tiada hiburan...

Orang mukmin yang sejati, yang cinta dan takutkan Tuhan serta faham maksud pernikahan serta berpandangan jauh ke hadapan, berjiwa besar dan bersifat global begini tujuan pernikahannya....

Tujuan pernikahan adalah ingin mengikut sunnah nabi, menghiburkan Rasulullah, ingin mendapatkan zuriat yang banyak serta bertaqwa, serta menyambung perjuangan ibu dan ayahnya. Agar Islam terus disambung. Ibu ayah akan dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya.

Selain itu, suami isteri ada 'kawan' untuk berbincang tentang Tuhan, Islam, Perjuangan Islam, nasib umat Islam, berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara.
Jika perkara di atas dihayati, ia adalah satu hiburan, kebahagiaan, dan kepuasan.

Tuntutan naluri atau tuntutan biologis itu sudah maklum ada. Ia terjadi sendiri bila ransangan ada. Tetapi ia bukan TUJUAN UTAMA dalam pernikahan. Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu.

Orang menikah yang mempunyai cita-cita besar terlalu banyak hiburan yang dirasakan sebagai suami isteri. Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam; itu semua adalah suatu kebahagiaan dan kepuasan bakan satu keindahan. Kalu naluri kurang dapat ditunaikan, banyak lagi hiburan yang lain.

Jadi kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada tuntutan naluri sahaja.
itu untuk orang yang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandangan jauh ke hadapan.

Mengajar suami isteri semata-mata tentang tuntutan naluri seperti mengajar orang Islam bercita-cita murahan. Padahal cita-cita pernikahan di dalam Islam adalah cita-cita yang mahal, cita-cita yang murni. Cita-cita Islam, cita cita yang cemerlang. Cita-cita Islam dan umat masa depan.

Bagi Orang bertaqwa, itulah kepuasan, itulah kebahagiaan. Itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam pernikahan.


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tinta penulis...  


ketika manusia mengadap Allah. Lalu Allah berkata kepada malaikat.
si polan nie peminat bola. So, aku mahu tanya dia;
Semasa EPL 2009 pertemuan di antara Manchester United lawan Arsenal, siapa yang menang?




Adakah Tuhan akan bertanya begitu kepada kita di akhirat kelak?
Adakah itu soalan pertama yang akan ditanya kepada kita, peminat2 bola sepak?
ataupun Tuhan bertanya tentang pencapaian persembahan karoeke kita di dunia? sejauh mana?
atau pencapaian akedemik kita yang sangat kita bangga2kan?

Soalan yang pertama tetap tidak akan berubah iaitu berkenaan sembahyang kita.

kalau dapat semuanya pun kat dunia, kalau tidak sembahyang, semuanya tidak berguna. falsafah sembahyang sangat tinggi lebih dari PHD.
macam langit dengan bumi! sedangkan orang yang lalai dalam sembahyang pun masih neraka wail.Nau'zubillah. Inikan yang tidak sembahyang.


Opss! Di dalam kubur pun ade soalan juga.
apa soalan pertama yang akan ditanya?

Siapa Tuhan Kamu?!

Adakah jawapan kita;
a) Kereta Mewahku ( sebab terlalu mengagungkan kereta mewahnya lebih dari mengagungkan Tuhan yg menciptakan akal manusia untuk mencipta kereta)
b) Isteriku (sebab dia sayang sangat dgn isterinya dan ikut semua kehendak isterinya. Dia tidak menjadi pemimpin dalam keluarga kerana terlalu cintakan isteri, di ikutkan sahaja kehendaknya)
c) pangkatku yang besar ( terlalu mengejar pangkat sampai kalau tidak mendapat pangkat, boleh jadi gila, sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan pangkat)
d) dlln ( tambah sendiri)

so, beringatlah saudaraku. Cuai, lalai dan abaikan Tuhan di dunia, siap sedialah diakhirat sana, hatta orang yang beribadah pun sangat bersiap siaga takut2 amalan tidak diterima.
lantaran itu mereka terus melipat gandakan amal ibadah mereka agar taqwa itu terbit dan mereka mendapat syurga yang dijanjikan. wallahua'lam.


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Doa Untuk Malaysia  

YA ALLAH! YA RAHMAN CUCURILAH RAHMAT KE ATAS MALAYSIA

KERAJAANNYA, RAKYATNYA,ASET-ASETNYA DAN SELURUH ISINYA

JADIKANLAH NEGARA INI BAIDATUN TOIYIBAH WARABBUN GHAFUR

SATUKAN RAKYATNYA TIDAK KIRA ETNIK,BANGSA DAN AGAMA

YA ALLAH! BERILAH HIDAYAH DAN TAUFIQ SELURUH RAKYATNYA

SAMADA PEMIMPIN-PEMIMPINNYA,ULAMA-ULAMANYA,

PEGAWAI PEGAWAINYA DAN SELURUH PENDUDUK-PENDUDUKNYA

SELAMATKANLAH KAMI SELURUHNYA DARIPADA

KEHINAAN DAN BALA BENCANAMAKMURKANLAH RAKYATNYA,

AMAN DAMAIKAN KAMI SEMUA SEPANJANG MASA

MAJUKANLAH INSANIAH KAMI DAN MAJUKANLAH NEGARA KAMI

JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG JENAYAH DAN GEJALA TIDAK SIHAT

PELIHARALAH KAMI DARIPADA MUSUH-MUSUH YANG BERNIAT JAHAT

BERILAH KAMI INSAN TAQWA,PERPADUAN SEBAGAI KEKUATAN

JADIKANLAH MALAYSIA NEGARA CONTOH DAN IKUTAN

SETIDAK-TIDAKNYA BAGI NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

JADIKANLAH MALAYSIA MADINAH KEDUA SEBAGAI ULANGAN SEJARAH

YANG MANA IA BERJALAN DALAM SUASANA AL-QURAN DAN AS SUNNAH

ITULAH CITA-CITA KAMI YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

KABULKANLAH PERMINTAAN DAN SELURUH HAJAT-HAJAT KAMI

SESUAI DENGAN CITA-CITA PERDANA MENTERI KAMI

DUNIANYA MAJU DAN JAYA AKHIRATNYA LEBIH-LEBIH LAGI

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


FAT: Cinta mencintai~  

Ya Allah Engkau kenalkan
Bahawa Engkau adalah Tuhan
Aku bangga ya Allah
Engkau adalah Tuhanku

Aku sembah Engkau selalu
Tidak jemu-jemu Janganlah
Masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu

Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redhaku selainMu
Aku harap Engkau juga redha denganku
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu

Ya Allah Aku berlindung dengan Engkau
Daripada bertuhankan selainMu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia

Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki selainMu
Tuhan kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintaiMu
Tapi tidak benci

Walaupun begitu jangan pula
Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Dengan rahmatMu Tuhan
Anugerahkanlah rasa cintaku kepadaMu
Dan juga cintaMu kepadaku
Kuharap kita berdua cinta-mencintai

Kita berdua cinta-mencintai
Biarlah kekal abadi
Wahai Tuhan
.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Fat: Malaysia Negara Tercinta  

Cintailah Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Madinah kedua negaraku
Oh Malaysia




Malaysia negaraku yang tercinta
Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan
Malaysia oh tanah airku
Jagalah kedaulatan dan keamanannya

Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Isilah negara ini dengan berbagai kebaikan
Agar Malaysia makmur aman dan sempurna

Setiap orang hendaklah mengisi
Mengikut kemampuan
Sesuai dengan kedudukan dan kebolehan
Janganlah kita nodai dengan mengkhianatinya
Kehormatan dan kedaulatan hendaklah di jaga

Setiap orang hendaklah hormati undang-undang
Jangan melanggar perlembagaan negara
Buktikan kita warganegara yang setia
Kita tidak mempunyai lain negara
Selain negara Malaysia

Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Cintailah negara Malaysia seperti menyintai diri kita
Hargailah negara kita jangan sampai ternoda

Ya Allah cucurilah rahmat dan berkatMu
Keatas negara ini
Jauhilah rakyatnya dari bala bencana
Hindarilah rakyatnya dari sebarang persengketaan
Agar manusia hidup bahagia dan harmoni

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tsunami H1N1  

Satu pengorbanan
Korban H1N1
Terutama yang meninggal dunia
Demi sampai beralihnya
Suasana dunia dan wajah manusia
Dari kegelapan dan kekufuran
Kepada cahaya kebenaran
Semuanya dikira cukup berjasa




Tak mungkin Tuhan yang baik
Akan mensia - siakan
Pengorbanan dan Kematian mereka
Diterima baik oleh Tuhan
Kini mereka bahagia bersama Tuhan disana
Mati secara tidak sedar, mati secara pelan2
Disisi Tuhan adalah syahid

Bunyinya azab
Hasilnya indah
Tuhan lakukan ujian itu
Sebagai penghapusan dosa
Kematian mereka berjasa

Menukar dunia yang berdosa
Kepada dunia yang sejahtera
Ertinya semua tangisan itu
Tangisan kegembiraan
Lalu apa lagi
Mahu dikesalkan dan disedihkan
Melainkan menunggu khabar gembira
Yang pasti Tiba
Marilah BerTaqwa kepada Tuhan
Yang punya segala-galanya
SEGALANYa....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Selamatkan Kami  

Tuhan,
Engkau takdirkan hamba-hambaMu
Tinggal sementara waktu di dunia ini
Pada diri kami
Engkau jadikan nafsu
Nafsu itu pula ia sentiasa berkehendak
Bahkan kehendaknya tidak puas-puas






Sedangkan engkau jadikan dunia ini
Serba indah dan cantik
Mempersona dan menarik
Mempengaruh dan meransangkan
Menipu daya dan melalaikan
Serba sedap dan lazat

Apabila Nafsu berkehendak dengan dunia yang disifatkan tadi
Akibatnya
Kami digoda dan dinodanya
Wahai Tuhan
Siapalah yang dapat lari dari perangkapnya?
Siapalah yang dapat selamat dari jebaknya?

Kalau Rasul dan Nabi
Engkau pelihara mereka
Mereka boleh selamat
Dari tipu daya dunia
Macam kami yang bukan Rasul dan Nabi ini
Orang soleh pun bukan
Apalah yang boleh menjamin boleh selamat?

Sedangkan tipu daya dunia amat dahsyatnya
Kasihanilah kami Tuhan
Pelihara dan selamatkanlah kami
Daripada tipu daya dunia
Telah jutaan manusia diperdayanya
Jangan pula kami juga diperdayanya
Musnahlah kehidupan kami
Di dunia dan di Akhirat

Selamatkanlah kami
Dengan RahmatMu Tuhan....


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Perjuangan Kebenaran  

Mengapa perjuangan kebenaran
Seperti yang dibawa oleh para Rasul
Banyak rintangan dan juga ujian
Berbagai bentuk yang sering mendatang


.
Ujiannya pula besar dan mencabar
Yang kecilnya hanyalah sampingan
Sudahlah berhadapan dengan ujian
Menang setelah berjuang terlalu lama

Padahal Rasul adalah kekasih Tuhan
Mengapa pula disusah-susahkan?
Kejadian ini ada banyak hikmahnya
Kebanyakan orang tidak boleh faham

Di antara hikmahnya
Kebenaran itu mahal nilainya
Keselamatan dunia akhirat
Yang sentiasa berkekalan
Nilainya tiada bandingan
Susah didunia terlalu kecil

Agar para2 pejuang
Sentiasa terpaut dengan Tuhannya
Kerana itulah sifat Hamba
Mengajar berjuang erti ikhlas
Ujian berat itulah
Menjadikan berjuang kerana Allah

Anggota perjuangan pilihan Tuhan
Setelah ada pejuang pilihan Tuhan
Itulah dia orang pilihan Tuhan
Sekalipun ia adalah sedikit
Barulah diberi kemenangan
Setelah ditapis melalui ujian

Baru Dunia akan merasa
Terkejut dengan kekuasaan Tuhan
Golongan sedikit diberi kemenangan
Kerana dibelakangnya ada Tuhan
Tentulah Tuhan akan beri
Kerana Tuhan Maha Kuasa

Tuhan hendak beri kemenangan
Pada orang-orang yang bertaqwa
Sekalipun sedikit orangnya
Tapi kuat rasa berTuhan
Pegangan Umat Islam
Yang berjuang sepanjang zaman.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


rakan-rakan sepraktikum  

cerita sket tentang kawan2 praktikum SK Tengku Mahmud=) cam best!


1st sekali alif.
Orang nogori sembilan.
Kuala Pilah.
Kampung Titi.
rakan praktikum aku sepanjang zaman.
xde orang lain. kalo ade orang lain pun,
'jang' juga la orangnyer!=P
jang kuat analisis. cekap juga dalam menganalisis.
2 gmbr tengah ajar kawad.
agak serious orangnya.




Ni Mohd Fuad. name glamour Roy.. eh, bukan2! Doll.
Asal Segamat. kat Selancar. banyak rahsia dia nie... hobi dia memancing@ mengail.
suka buli budak.hehe... jgn marah.. budak2 suka kat dia. mybe pndai amek hati budak dengan cerita2 dia. Aku banyak belajar dari dia. terutama mase mula2 praktikum. untuk controling class. thanks a lot Doll!
erm, dah chat kerr?=P
minggu depan bdk2 dia berniaga kt sekolah. minggu keusahawanan. semoga berjaya!



ni pula Ashrah. nama manja Pa.
orang Pahang nie.
Hari nie balik IPG KSM. baru
abes tranning skuash di IPG Perlis.
kire terror juga la main skuash walaupun aku tak pernah lagi lawan dia.
nama YM Pa,
slumberz boyz. suka makan kat kantin. tapi bila makan kat luar, Pa dewa!=P

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Practicum's season  


Sedikit bingkisan praktikum di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.


Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud adalah sebuah sekolah cemerlang Negeri Terengganu. sungguh bertuah berada di sekolah ini. Kejayaan demi kejayaan dicipta. Tahun lepas target sekolah untuk dapat 80 orang 5A. berjaya capai 72 orang. Tahun ini insyaAllah 80 dan lebih. Lihat dari prestasi OTI yg sangat berbeza dari OTI lepas.

Masa praktikum kt cni, aku di tugaskan untuk membuat
teks pidato. cam bese, ade pembantu yg setia. thanks to Wan Norlail.
Teks yg hang buat digunakan utk pidato BM dan BI. kedua-duanya
johan daerah. Sungguh berbisa tanganmu itu=). Tahniah buat
Siti Aisyatunnajwa binti Yusuf kelas 5S1. anda memang berbakat besar dalam Pidato. semoga Tuhan izinkan anda Johan di Peringkat Negeri nanti, ameen.




Kemenangan demi kemenangan di cipta lagi.
pasukan koir kendalian Bro Hafiz mmbuka tirai kemenangan, johan peringkat daerah. tahniah buat pasukan koir SK Tengku Mahmud yang membawa lagu best, Seloka Alam.
Be the best utk contest negeri nanti!


ni cg Hafiz yang aku maksudkan tue! nampak bese tapi berbisa. byk bende bley kongsi dgn dia. Dia pun jenis x kisah punya. kwn sume orang. umur dia..erm, tanye la sendri k=P




Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kau datang lagi Ramadhan...  

Tuhan,
mengapa aku ini berlainan dari orang lain...
setiap kali kedatangan Ramadhan,
Mereka menyambutnya dengan gembira,
mereka kelihatan ceria.



Tapi aku berlainan pula,
kedatangan ramadhan penuh duka,
bukan aku benci bulanMu,
yang penuh rahmat dan berkat,
tapi aku benci diriku,
aku bimbang RamadhanMu,
aku tidak mengisi sebaiknya,
aku rasa puasaku tidak sempurna,
ampunilah aku Tuhan,

aku rasa sembahyangku tidak sah,
terawikh dan bacaan Al-Quranku x sampai ke mana,
itulah yg menyelubungi hatiku setiap kali kedatangan Ramadhan,
adakah itu satu kesalahan... Ampunkan aku Tuhan,
mmafkan aku Tuhan kalau itu satu kesalahan,
pimpinlah aku betulkan sikapku,
aku mohon keampunan darimu Tuhan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Cinta Teragung  

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta Agung
Aku pun mahu mencintaiMU
Aku tahu mencintaiMU amat perlu



Ia kemuncak drpd segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku pd MU Tuhan selalu t'ganggu
Banyak yg dtg menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupaku padaMU

Cintaku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa ni'matnya
Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupaku padaMU
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala sedar kembali
Kau cinta Agung

Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku kpdMU Tuhan
Dgn kelalaian silih berganti
Oh Tuhan

Dengan hati yg sedih ini
Tolonglah aku dgn rahmatMU
Bantulah aku mencintaiMU
Agar cinta yg palsu t'bunuh sendiri
Itulah harapanku pd MU..Tuhan..

Dengarlah rintihan hambaMU..Perkenanlah..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


syaaban  

BULAN Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Ini bermakna latihan peringkat pertama untuk memasuki gerbang Ramadan telah pun berlalu. Ada di antara kita yang telah berjaya melatih diri dengan melakukan ibadah puasa, qiamullail, membanyakkan istighfar, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya.



Bermacam-macam amalan kebaikan yang dihidangkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk dilakukan bagi mendekatkan diri kepada-Nya kerana Allah Maha Mengetahui hamba-Nya akan bosan jika melakukan satu amalan tertentu sahaja.

Namun, tidak semua kita yang prihatin dengan kedatangan saat yang penting dan mulia ini kerana keprihatinan terhadap dunia telah menguasai diri. Akibatnya, kita lebih peka dengan tarikh Mega Sale di pusat-pusat membeli belah sempena hari kemerdekaan dan hari raya daripada tarikh dan masa yang lebih penting dan bernilai dari dunia dan seisinya.

Oleh kerana itu, pakaian dan perhiasan lahiriah untuk menyambut hari raya telah kita rancang dengan sempurna tetapi pakaian dan perhiasan batiniah bagi menyambut Ramadan dan Hari Aidilfitri kita lupakan kerana penyakit cintakan dunia telah membarah di hati.

Hari ini, kita telah berada di dalam bulan Syaaban, antara bulan yang paling mulia dan dinanti-nantikan oleh insan-insan yang mempunyai mata hati. Ia juga adalah bulan yang masyhur dengan keberkatan dan kebaikan yang banyak.

Bertaubat pada bulan ini merupakan sebesar-besar kebaikan dan melakukan ketaatan pada bulan ini merupakan sebesar-besar perniagaan yang menguntungkan.

Allah menjamin bagi orang-orang yang bertaubat pada bulan Syaaban dengan keamanan. Orang yang menyediakan kesungguhan dan mujahadah pada bulan Syaaban bakal meraih kejayaan pada bulan Ramadan. Oleh kerana itulah bulan ini dinamakan Syaaban kerana terpecah daripadanya kebaikan yang banyak.

Hanya dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya bersua dengan Syaaban yang menyimpan pelbagai keistimewaan.

Bagi memastikan kita dapat menghayati Syaaban dengan sebaiknya, kita seharusnya mengetahui apakah yang terdapat di dalam bulan Syaaban terutamanya peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalamnya.

Pertukaran arah kiblat

Antara peristiwa penting yang berlaku pada pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke kaabah. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.

Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah. Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).

Ini membenarkan firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu sehingga Engkau reda - berpuas hati. (al-Dhuha: 5)

Abu Hatim al-Busti berkata: Orang-orang Islam solat mengadap ke Bait al Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Rasulullah datang ke Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan Allah memerintahkan mengadap ke Kaabah pada hari Selasa 15 Syaaban.

Diangkat amalan

Di antara keistimewaan Syaaban yang masyhur ialah diangkat amalan hamba-hamba-Nya pada bulan ini. Ini merupakan pengangkatan amalan yang terbesar.

Oleh kerana itu, ketika Usamah ibn Zaid r.a bertanya kepada Rasulullah SAW tentang sebab kesungguhan Baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban, Baginda SAW menjawab: "Ia adalah bulan yang sering dialpakan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan diangkat segala amalan kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan saya diangkat ketika saya berpuasa". (riwayat al-Munziri)

Ditentukan umur

Pada bulan Syaaban juga ditentukan segala umur, iaitu dizahirkan takdir tersebut. Namun perbuatan Allah itu tidak terikat dengan masa atau pun tempat. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mencatat pada bulan Syaaban bagi setiap jiwa yang akan mati pada tahun tersebut. Maka aku suka ajalku datang kepadaku ketika aku sedang berpuasa". (riwayat Abu Ya'la).

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan Sy kerana itu, Syaaban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW.

Terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW dan ia adalah ibadat yang paling afdal dari ibadat-ibadat yang lain. Kita sendiri dapat memikirkannya kerana amalan lain Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya melakukannya tetapi amalan selawat Allah berselawat ke atas Baginda SAW terlebih dahulu, kemudian barulah Allah menyuruh hamba-hamba-Nya berselawat ke atas Baginda SAW.

Syaaban bulan al-Quran

Syaaban juga disebut sebagai bulan al-Quran. Kita sedia maklum, membaca al-Quran dituntut pada setiap masa tetapi ia lebih dituntut pada masa-masa yang berkat dan mulia seperti bulan Ramadan, Syaaban dan bulan-bulan mulia yang lain.

Oleh kerana itu, Anas meriwayatkan dengan sanad yang daif bahawa apabila masuk bulan Syaaban, kaum Muslimin menumpukan kepada mushaf-mushaf mereka dan membacanya, mengeluarkan zakat harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang yang lemah dan miskin menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Selain itu juga, kita digalakkan merebut peluang kedatangan Syaaban dengan membanyakkan menyebut kalimah syahadah: Laa ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah dan istighfar.

Ini adalah pintu memasuki Islam dan tangga memelihara iman dan mikraj hati serta roh kepada Tuhan Pemilik seluruh alam. Ia juga adalah sebesar-besar kebaikan bagi memperbaharui keimanan dan menghapuskan kejahatan sehingga menarik pemiliknya memasuki syurga. Istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa, kesulitan dan meringankan bebanan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kemurungan pelepasan, dari setiap kesempitan jalan keluar dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka". (riwayat Abu Daud, al-Nasaei, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Demikianlah istimewanya Syaaban. Semoga kita dapat merasai kebesaran Syaaban dan melihat kurniaan Allah padanya dengan penuh insaf, beradab dan kesyukuran.

Orang yang bijak ialah orang yang menggunakan sebaiknya kesempatan yang diberikan dan orang yang bodoh ialah orang yang menangguhkan kesempatan yang diberikan kerana menyangka esok masih ada untuknya

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Terapi solat pulihkan mati pucuk - Pakar UM  


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.


.


Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.

"Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.

Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.

Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.

"Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.

"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.

"Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda," tegasnya

.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster