info nak beli tayar  

Info:

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175. 

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'. 

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.               
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar 
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum 
               Bebanan
       H = Had Maksimum 
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju 
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka 
    Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80% 
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

#Copy_paste

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BAYAN LINNAS: ADAB BERHARI RAYA DAN KESILAPANNYA  


 
Mukaddimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
 Pertamanya, kami ingin mengucapkan selamat Berhari Raya, وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ dan semoga Allah menatijahkan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup.

Bersempena dengan hari raya ini, kami kemukakan Bayan Linnas yang bertajuk Adab Berhari Raya dan Kesilapan untuk sama-sama memimpin dan memandu perjalanan kita agar sentiasa diberkati dan diredhai Allah sekalipun dalam masa kita seronok dan bergembira dengan hari raya.

Adab Hari Raya

 Antara adab-adab pada hari raya ialah:

• Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana  yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga: “Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”

• Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

• Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat. 

• Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”

Riwayat al-Bukhari (943)

 
• Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).

• Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
أَنَّ النَّبِىَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهُمَا وَلَا بَعْدَهُمَا
Maksudnya: “Nabi SAW keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya.”

Riwayat al-Bukhari (945)

Kesilapan Adab Pada Hari Raya 

Kami sengaja menyebut beberapa kesilapan adab yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW ketika kita rancak menyambut hari raya. Antara adab tersebut ialah:

• Tidak melakukan solat hari raya dan tidak pergi ke tempat solat, sebaliknya hanya berada di rumah.

• Banyak menonton rancangan televisyen sehingga tiada dalam kamusnya untuk menziarahi sanak saudara. Hal ini semakin membarah kerana tarikan rancangan yang begitu menarik lagi melalaikan.

• Tidak menutup aurat atau berpakaian yang menjolok mata tanpa mengikut syariat Islam.

• Memasang lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang kurang sopan dan berlebih-lebihan dalam berhibur atas nama hari raya. Alangkah baiknya jika digantikan dengan alunan zikir, nasyid dan nyanyian sopan yang tidak keterlaluan.

• Pergi beraya di rumah rakan-rakan dalam tempoh masa yang amat panjang sehingga mengganggu tuan rumah.

• Mengkritik makanan yang dihidangkan atau membandingkan kelazatan makanan antara satu rumah dengan rumah yang lain.

• Meminta duit secara berlebih-lebihan sehingga perasaan tuan rumah tertekan dan tidak selesa.

• Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul setempat sehingga timbul perasaan kurang selesa pada golongan yang beragama.

• Pergi beraya di rumah seseorang sehingga lupa untuk menunaikan solat fardu dan melambatkan solat pada waktunya.

• Lupa menziarahi golongan fakir miskin dan anak yatim, tetapi matlamatnya lebih kepada rumah bangsawan dan hartawan.

• Merayakan hari raya sehingga sebulan dan tidak lagi mampu untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

• Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim serta mereka yang berada dalam kedaifan.

• Berlebih-lebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang melampau hingga membawa perasaan takbur, riak dan sombong.

• Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah dan tidak menghiraukan orang lain.

• Terlupa untuk menziarahi pesakit di hospital atau mereka yang mengharapkan bantuan sebaliknya kita menyibukkan diri dengan kegembiraan yang melampau bersama rakan taulan yang sihat.

Bergembira Pada Hari Raya
 
Menjadi kelaziman seluruh dunia umat Islam akan bergembira dengan kedatangan Aidilfitri setelah sebulan bermujahadah melaksanakan amalan wajib dan sunat.
 Persoalannya di sini, apakah hukum bergembira dan cara yang sepatutnya dilakukan?

 Ulama telah membahaskan dengan panjang lebar berkenaan dengan hiburan dan permainan yang diharuskan oleh syarak. Bermain dan berhibur dengan hiburan yang disyarakkan adalah diharuskan bahkan digalakkan khasnya pada hari raya.
 Secara umumnya, selagi mana sesuatu permainan itu tidak melalaikan dari kewajipan tugas yang perlu dilaksanakan ianya diharuskan. Ini adalah syarat umum yang mesti dipatuhi ketika bermain sesuatu permainan atau berhibur.

 Syarat yang lain, permainan itu hendaklah tidak menjurus kepada maksiat atau bercampur aduk dengan perkara mungkar seperti minum arak, perjudian, percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bermain sehingga berlaku perkelahian dan pergaduhan.

 Jikalau permainan atau hiburan itu tidak menepati syarat-syarat yang dikemukakan, maka hukumnya menjadi haram walaupun asal permainan atau hiburan tersebut hukumnya harus. Pada zaman Nabi SAW, masyarakat pada ketika itu bermain, memukul gendang, menyanyi serta menyambut sesuatu perayaan.

 Saidatina Aisyah R.Anha menyatakan:
“Orang Habsyah bermain di sisi Nabi SAW ketika hari raya. Maka aku pun muncul dari atas bahunya dan melihat mereka sedang bermain sehingga aku merasa puas dan kemudian beredar (dari situ).” 

Riwayat Ahmad

Dalam riwayat yang lain Saidatina Aisyah R.Anha berkata: “Abu Bakar telah masuk kepada kami pada hari raya dan ketika itu kami bersama dengan dua orang hamba perempuan yang menyebut tentang hari Bu’ath iaitu hari berlakunya peperangan antara kaum Aus dan Khazraj.”

Lantas Abu Bakar berkata: “Wahai hamba Allah! Mengapakah ada Mizmar Syaitan ini (iaitu alat muzik yang menyerupai seruling)”. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

Kemudian Nabi SAW bersabda: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum ada hari raya masing-masing dan hari ini hari raya kita.”

Riwayat Ibn Hibban

Dalam riwayat al-Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk kepada kami dan berbaring dengan memalingkan wajahnya, sedangkan di sana ada dua orang hamba perempuan sedang menyanyi sempena hari Bu’ath. Maka ketika itu Abu Bakar masuk dan berkata: “Mengapakah ada mizmar syaitan di sisi Rasulullah?”

Sabda Nabi SAW: “Tinggalkanlah (biarkan) mereka wahai Abu Bakar.”

Pada suatu ketika orang Sudan sedang bermain-main dan Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah: “Kamu ingin tengok?”

Aku (Aisyah) berkata: “Ya.”

Lalu Baginda mengangkatku ke belakangnya dengan pipiku bersentuh dengan pipinya, sehinggalah Baginda bersabda: “Sudah cukup.”

Maka Aku berkata: “Ya.”

Sabda Nabi SAW: “(Kalau begitu) Beredarlah.”

Pada hari raya itu, Rasulullah SAW bersabda: “Ini supaya golongan Yahudi mengetahui bahawa agama kita ada kelulusan (keringanan)dan sesungguhnya aku diutuskan dengan penuh toleransi dan keringanan.”

Riwayat al-Bukhari

Oleh itu, marilah kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan mematuhi adab-adab yang diperintahkan oleh Islam. Janganlah di hari raya dipenuhi dengan pembaziran dan hiburan yang melampau. Sebenarnya sebarang hiburan adalah dibolehkan tetapi mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam kitabnya Lataif al-Minan: “Bukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah.”

Kenyataan Mufti Wilayah

Kami dahulukan kenyataan ini dengan doa تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga amalan yang kita lakukan diterima Allah. Dalam negara ini, kami hanya nyatakan beberapa perkara, sebagai pelengkap pada adab-adab berhari raya. Antaranya:

• Tunaikanlah zakat fitrah dan pastikannya dilakukan pada malam hari raya ataupun pagi hari raya sebelum solat raya. Inilah sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Zakat fitrah hukumnya adalah wajib.

• Bersihkan hati kita dahulu dari sebarang akhlak dan sifat mazmumah seperti dendam kesumat, hasad dengki dan lain-lain.

• Hiasilah dengan akhlak mahmudah seperti ikhlas, jujur, warak, amanah, rendah diri dan sentiasa berharap kepada-Nya.

• Dengan terbenamnya matahari dan masuknya 1 Syawal, maka mulalah dengan doa, munajat kepada-Nya.

• Begitu juga hiasilah pada malam tersebut dengan gemaan takbir kerana patuh kepada perintah Ilahi.

• Zahirkan rasa syukur atas pelbagai nikmat kurniaan Ilahi sehingga mukhayyam tarbawi yang kita lalui dapat dilaksanakan dengan jayanya.

• Sebelum meminta maaf, maafkanlah semua orang agar kemaafan yang kita pinta dari hati yang benar-benar bersih.

• Hidupkanlah malam hari raya dan paginya dengan zikrullah dan juga acara ibadat untuk menambahkan lagi pahala kita.

• Gunakanlah kesempatan yang ada semasa di kampung atau desa untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan hubungan ukhuwwah sesama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

 Saya mengambil kesempatan di sini ingin memohon kemaafan daripada semua pihak dan saya dengan seikhlas hati memaafkan kesilapan terhadap saya. Semoga Allah jernihkan hati kita dan tumbuhan dengan ketekunan dan keikhlasan serta mahabbah kasih sayang sesama kita. Amin.
 Akhir kalam, saya berpesan pada diri ini dan juga rakan-rakan supaya kita menyantuni anak-anak yatim, fakir miskin, orang-orang tua, orang-orang sakit dan golongan mustad‘afin agar mereka semua dapat pembelaan dan prihatin daripada kita yang dikurniakan Allah dengan sedikit kelebihan.    

Penutup

Berdasarkan kepada syariat Islamiah melalui sunnah Nabawiah, jelas menunjukkan kepada kita betapa umat Islam pada saat kegembiraan dan kemenangan selepas melepasi acara ibadat puasa dan amalan sunat pada bulan Ramadan dengan jayanya. Setelah sebulan segala mujahadah dan kesungguhan ibadah dipamerkan, maka kurniaan Tuhan kepada kita dengan kedatangan Syawal sebagai petanda kemenangan yang benar-benar iltizam dan istiqamah dengan ibadat. Walaupun begitu, kemenangan dan kejayaan hendaklah diisi dengan penuh kesyukuran dan acaranya dengan bertakbir memuji memuja Ilahi di samping mempereratkan tali silaturrahim dengan meneguhkan ukhuwwah Islamiah.

Dalam hal ini, kita diajar untuk melaksanakan dua jalinan yang kukuh iaitu hablum min Allah dan hablum min annas. Apabila tautan ini kukuh, sudah pasti banyak natijah yang baik dan keharmonian masyarakat pasti dapat dikecapi. Natijahnya, dosa para hamba terampun, keluarga menjadi bahagia sehingga layak ditabalkan baiti jannati, masyarakat menjadi harmoni, dan hubungan sesama mereka utuh tanpa sebarang wasangka. Lebih besar daripada itu, negara atau negeri yang didiami layak ditabalkan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Robbun Ghafur.

Selamat Hari Raya,
Minal ‘aidin wal faizin,
وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر 
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ    

Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
1 Syawal 1436H

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


info nak beli tayar  

Info:

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175. 

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'. 

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.               
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar 
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum 
               Bebanan
       H = Had Maksimum 
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju 
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka 
    Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80% 
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

#Copy_paste

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Suami saya  

Suami saya tak kaya. Rumah masih menyewa. Kereta pun pakai myvi je. Tapi bila balik kampung, dia lah yang bersungguh-sungguh buat itu ini. 

Adik beradik yang lain ada. Boleh dikatakan, semuanya lebih senang dari kami. Tapi tulah, nak kata pun tak kena. Diorang buat tak tahu je. Busy dengan hal masing-masing. 

Semalam, sebelum salam, saya berani kan diri tanya dia. Saya cakap kenapa abang nak buat semua tu? Beli air minuman (rumah mak takda coway), beli beras, beli barang-barang basah, beli juadah berbuka, pergi buang sampah, basuh toilet, basuh pinggan..sedangkan adik beradik abang yang lain mana? tak collect duit pun? tak buat apa-apa pun?

Dia diam je. 

Saya tahu, pertanyaan saya tu mungkin agak kasar tapi saya taknak adik-beradik dia ambil kesempatan atas kelurusan diri dia.

Lama dia diam. Lepas tu dia pandang saya dan dia jawab

"Abang tak kaya. Balik pun sekali sekala. Nak bagi banyak-banyak, memang abang tak mampu. Apa yang abang ada ni lah. Tulang empat kerat yang masih ada kudrat"
.

"Abang tahu, awak mesti pelik dengan adik beradik abang kan? Entahlah. Abang nak betulkan pun, nak tegur, semuanya dah besar panjang. Abang tak mampu. Biarlah abang betulkan diri abang sendiri, buat apa yang mampu, biar raya ni semua gembira.. biarpun abang letih sikit"

Saya dengar je apa dia cakap. Saya akui dia memang seorang yang baik. Mudah minta tolong. Tak banyak membantah.

"Lagipun, abang kesiankan mak. Masa abang bersihkan bilik mak semalam, abang kutip rambut-rambut dia yang gugur. Banyak. Semuanya dah putih."

"Abang masuk toilet mak. Abang nampak gigi palsu mak. Rupa-rupanya mak dah pakai gigi palsu. Abang tak tahu pun"

Percakapan dia dah mula sangkut-sangkut. Bicara dia mengandungi sebak.

"Kalau abang tak boleh bagi mak duit banyak, biarlah mak rasa senang dengan kehadiran abang. Redha dengan abang. Tu pun dah cukup"

Saya menangis. Saya tak tahu nak kata apa. Saya pegang tangan dia. Saya salam dan saya kucup. Saya minta maaf atas soalan saya tadi tu. 

Masa dakap dia, dia cakap abang harap anak-anak kita nanti pun akan buat benda yang sama kat awak. Jaga awak. Hormati awak. Sayang awak, macam abang buat kat mak.

Ya Allah. Ampuni saya dan rahmatilah dia.

* Diadaptasi dari sebuah kisah benar. 

#salamaidilfitri

Salam lebaran kepada muslimin dan muslimat di setiap pelusuk dunia

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Keberkatan...  

Carilah keberkatan Allah swt SWT di dalam setiap perbuatan. 

Hidup yang berkat.
Umur yang berkat.
Rezeki yang berkat.
Keluarga yang berkat.
Anak-anak yang berkat.
Kerja atau perniagaan yang berkat. 

Berkat atau Barokah ialah sedikit seperti banyak dan banyak seperti melimpah ruah sehingga ia boleh memanfaatkan ramai orang. 

Berkat adalah berganda-ganda atau digandakan. Mungkin sesuatu itu nampak sedikit tetapi bila ada keberkatan, ia seperti berganda-ganda atau melimpah ruah.

Kunci berkat? 

Syukur kepadaNya
Perbaiki dan jaga solat Fardhu & Sunat (Dhuha, Tahajud, Fajr, Witir, Tasbih, Sebelum/Selepas solat fardhu)
Perbanyakkan selawat (Ini memang "magik" kuasaNya)
Sedekah (Ini lagi "magik" Allah swt)
Kasihi anak yatim
Khidmat dan bahagiakan ibu bapa/ suami
Khidmat dan jaga keberkatan rezeki ditempat kerja dan dari perniagaan/pelanggan
Bahagiakan orang lain/jiran/ahli keluarga/sanak saudara/sesiapa sahaja
Buat apa yang Allah swt dan Rasul saw suka, jauhi apa yang mereka tidak suka atau benci

Kesan bila tidak berkat?

Banyak/kerap ada ujian/cabaran yang tidak diduga(Bila tidak jaga di atas)
Duit "bocor" - keluar tanpa rela berpunca dari keadaan seperti kereta selalu rosak (walau baru), anak-anak ada sahaja sakit
Hati tidak tenang atau tenteram
Sentiasa diuji
Perselisihan suami/isteri/anak-anak/ibu bapa
Rezeki tersangkut- tiada peningkatan rezeki wang/anak
Sentiasa marah-marah atau pertengkaran
Ada banyak jadi sedikit, ada sedikit tapi "hilang" atau terpaksa habiskan
Hidup rasa kosong tiada erti
Kemurungan

Hidup ini walau apapun yang kita lakukan, jika kita jaga hubungan dengan Allah swt, kita perbanyakkan selawat ke atas kekasihNya, kita sujud selalu kepadaNya, In sha Allah lebih mudah segalanya serta mudah mendapat pertolongan.

Tak percaya sudah. Ini berdasarkan perjalanan yang sendiri lalui. 

Semoga Allah swt jadikan kita semua sentiasa istiqomah di dalam memperbaiki diri kita untuk kejayaan dunia dan akhirat serta diberikan keberkatan di dalam setiap perkara In sha Allah. 

Jangan suka cari salah orang lain, pegang prinsip ini, walau apapun yang berlaku, check diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Semoga bermanfaat! 

#Ingatanbuatdiri
#AzizanOsman

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*SEDEKAH SELURUH ANGGOTA*  

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan azab nerakaNya

*SEDEKAH SELURUH ANGGOTA*

Imam Ja’far As-Sadiq as berkata:

❤"Sedekah itu wajib dilakukan setiap anggota tubuhmu, untuk setiap helai rambutmu, dan untuk setiap saat dalam hidupmu.

💛Sedekahnya mata bererti memandang dengan penuh pertimbangan dan memalingkan penglihatan dari nafsu dan hal-hal serupa itu.

💙Sedekahnya telinga adalah mendengarkan suara-suara yang baik, seperti ucapan-ucapan bijak, ayat-ayat Al-Quran, dan keutamaan agama yang terkandung dalam ceramah dan khutbah.

🖤Sedekahnya telinga juga bererti menghindari dusta, kepalsuan, dan perkataan-perkataan sejenis.

💖Sedekahnya lidah adalah memberikan nasihat yang baik, membangunkan mereka yang lalai, memuji orang lain, dan mengingatkan mereka.

💙Sedekahnya tangan bererti menginfakkan harta kepada orang lain, bermurah hati dengan kurnia Allah kepadamu, memakai jemarimu untuk menuliskan pengetahuan yang berguna bagi orang lain dalam ketaatan kepada Tuhan, dan juga berarti menahan tanganmu dari berbuat dosa.

💖Sedekahnya kaki bererti bergegas mengunjungi orang-orang soleh, menghadiri majlis-majlis ilmu, mendamaikan orang, menyambungkan silaturrahim, melaksanakan jihad, dan melakukan perbuatan-perbuatan yang menenteramkan hatimu dan memperkuat imanmu….”💚

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


2 pain of life  

*2 Pain Of Life ,Pain of hardwork or Pain of regret..choose either one*👍😉

🌈Hidup ini umpama main game. Ada 3 fasa : easy, middle dan susah. Setiap fasa ada test. Kita lepas, naik 1 level. 

🌈Belum lepas, kita face benda yang sama sampai jumpa jalan keluar. Then lepas and test repeatly happened to upgrade our level of life.

🌈Akan tiba masanya kita betul-betul stress dalam hidup. Akan ada satu zon tup tup kita tak mampu nak handle. Nampak macam mudah untuk diri berada di tahap kini. 

🌈Namun di satu peringkat, kita stuck. Tak nampak jalan keluar. Maybe terlalu letih di-push luar dari kebiasaan. Atau tersilap langkah. 

🌈Kita mungkin pernah lari dengan sangat pantas, terkeluar track atau lebih limit. Kalau kita penat dalam bisnes, don't stop. But get a rest. 

🌈Pesan salah satu guru saya : apa yang kita perlu buat adalah bercuti/total off at least sehari dua dan fikir balik why kita start buat suatu perkara. 

🌈Dikisahkan sebelum manusia di-upgrade ke level yang lain, manusia tu hadapi tekanan yang dahsyat.

🌈Jika kita stop, game over. Andai kita teruskan, kita berada pada tahap yang baru. Itulah rahsia untuk lonjakkan diri ke level lebih tinggi. 

🌈Ibarat berlian yang hanya terhasil dari pressure yang tinggi. It won't be diamond jika terhasil ketika pressure yang rendah. It will be carbon. Senang berderai kalau nak dipecahkan. 

C&P FB Hajar Abdullah

Moga bermanfaat sahabat2 seperjuangan💪💪 kita pasti boleh🔥🔥🔥kita adalah apa yg kita fikirkan..
*manusia ibarat logam*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


balik raya  

Giliran balik raya??? 😁

Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mrngutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


doa ramadhan  

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang teramatnya.
Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami, sungguh nafsu menyuruh kepada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami,
kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.
Kami berlindung kepada Allah daripada semua perbuatan yang derhaka, daripada semua musuh yang dominan, daripada semua penguasa yang kejam.
Ya Allah, Jadikan kami antara pasukan-Mu, kerana pasukan-Mu sahaja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami antara kekasih-Mu, kerana kekasih-Mu sahaja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah, baikkan agama kami kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat daripada kejelekan. Ya Allah sampaikan selawat kepada Muhammad, kepada keluarganya, dan  kepada para sahabatnya. Berilah kami pada hari Selasa, tiga hal, jangan biarkan pada diri  kami dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus langit dan bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murka-Nya. Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya  reda-Nya. Akhirilah hidup kami dengan  keampunan...
 
أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________

Usahlah sekadar melihat penderitaan tapi usahakanlah agar kita menjadi sebahagian daripada pengubat derita.  

Ramadan penyubur ukhuwah insaniah!

*Santuni hari-hari terakhir Ramadan*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


sahabat  

Kata Ustaz 🍃

Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan. 
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya. 
Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu, 
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu. 
Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu, 
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu, 
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

#CahayaIlahi tentang sahabat.
Bersahabat krn Allah
#SyeikhWanMohdSofian
Inspirasi

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*"SURAT PERPISAHAN DARI AKU YANG BERNAMA RAMADHAN"*  


Saudaraku,
Aku akan pulang,
Sudah di 10mlm terakhir aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian..

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa..

Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...

Al-quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran..

Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya..

Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan..

Tak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti..

Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan..

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan..

Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang..
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku..

Masih ada 7 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang..

*"Kerana TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang".*

Yang benar,

Saudaramu
RAMADHAN.

😢😢😢

#MuhasabahBersama

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Baca doa ni  

*BACALAH DOA INI HINGGA SELESAI*

*Sampaikanlah Doa Ini Ke Group Media Sosial Yang Lain... Dapatkan 100 Amiinn... Moga Allah swt memberikan kurnianya serta memakbulkan hajat kita semua*

Jazakallah Khairan Kathira...

------------------------

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

*YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA RAZZAK YA MUTAKABBIR*

*ALLAHUMASOLLIALAA MUHAMMADWAALAALIMUHAMMAD*

*AKU MEMOHON KEAMPUNAN DARI MU YA ALLAH DI ATAS DOSA DOSA YG TELAH AKU LAKUKAN DENGAN SEDAR, TANPA SEDAR*

*AKU MOHON AGAR TERIMA IBADAHKU SEPANJANG HIDUPKU, JADIKAN AKU MUSLIM SEJATI, BERIMAN, BERTAQWA SERTA TAAT PADA PERINTAHMU*

*AKU MOHON AGAR ENGKAU JAUHKAN AKU DARI SIFAT2 JAHIL, SOMBONG, TAKBUR, RIAK, BERMEGAH MEGAH DLM PERBUATAN IBADAT SERTA KEBAJIKAN... JADIKAN AKU SEORANG YG BAIK, CERDIK & HEBAT DI DUNIA AKHIRAT*

*BERIKANLAH AKU PELUANG2 KEJAYAAN DUNIA SERTA AKHIRAT SETIAP KETIKA & MASA AGAR DUNIAWI INI DPT AKU BERIKAN AGIHAN KEKAYAAN KEPADA ASNAF / FAKIR DAN TIDAK PUTUS PUTUS KEKAYAAN KURNIAAN DARI MU YA ALLAH*

*JAUHKANLAH AKU SAMA SEKALI KEPAPAAN, KEMISKINAN, MEMINTA MINTA SESAMA MAKHLUK... BERIKANLAH AKU REZEKI KEWANGAN, HARTA DUNIAWI YG MELIMPAH LIMPAH, KESIHATAN, PANJANG UMUR, BERSAHABAT DGN ORANG2 ALIM, IKHLAS & MENCINTAI MU YA ALLAH & PARA2 RASUL/NABI*

*KURNIAKAN DARJAT YANG TINGGI KEPADA ORANG YANG TELAH MENCETUSKAN & MENYEBARKAN DOA INI... BERIKAN DIA KEKAYAAN DUNIAWI UTK KEMUDAHANYA BERIBADAT SERTA BERIKAN KELUARGANYA BAHAGIA YANG TERTINGGI... MURAHKAN REZEKI MEREKA, PANJANGKAN USIA SERTA SELAMAT DARI SEGALA MARABAHAYA, ANAK2 ISTERI2NYA MENJADI ORANG2 BAIK, PANDAI HEBAT ETIKA SERTA BUDI BAHASA SANTUNAN SOLEH SOLEHAH NILAI TERTINGGI... KURNIAKAN DIA SYURGA FIRDAUS, DPT MELIHAT ALLAH DIJANNAH...*_

*YA ALLAH... TERIMALAH DOAKU INI DENGAN SEBENAR BENAR PENERIMAAN & KEMAKBULAN SERTA JADIKANLAH IA DOA YANG DIANGKAT SEGERA & HANYA ENGKAU SAHAJA TUHAN YANG KAMI SEMBAH, KAMI TAAT, KAMI MOHON DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT...*_

*AMIIINN AMIINN AMIINN*
*YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...*

*Sebarkan walaupun satu ayat..*

*INSYAALLAH...*✅

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster