JADILAH IBU BAPA BAGAI RAJA, KITA AKAN DIKURNIAKAN REZEKI BAGAI GAJI SEORANG RAJA  


Kisah ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan di Indonesia yang memiliki Syarikat Baja yg terkenal, bernama Budi Harta Winata, beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.                                     
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:

“ Jadikanlah ibu bapamu umpama Raja, maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu bagai rezeki seorang Raja”. 

Pengusaha yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan sahabat2nya ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayan seorang Raja.

Mereka menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan ibu bapa mereka melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri. 
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu". 

"Ibu bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita, kenapa sehingga mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan harta atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."

"Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk bekerja."

"Bila keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai pembantu), maka ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu, kerana kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu, bukan gaji seorang Raja."

"Walau suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak pernah cukup pada setiap bulan."

Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti seorang Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya adalah terdiri daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya sendiri dan kurang perduli pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan jiwa menderita dengan masalah2 sampingan lain.

Pengajaran ini diambil iktibar agar anak2 JANGAN mendekati orang tua hanya untuk mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan tenaga mereka untuk membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah.

Mari terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara. 

Buktikan, dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja. Praktikkan seperti mana yg dianjurkan oleh Rasulallah saw bahawa Redha Allah swt terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki ibu. 

Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih BELUM TERLAMBAT untuk berbakti. Sebelum mereka kembali kehadharat Allah swt. 

Waktu itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita dapat berbakti dengan doa yg belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum ini jadi anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha kedua-dua mereka.

WANG boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk mengasihi ibu bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan anak boleh bertambah, demikian yg wanita, suami bila mati atau bercerai boleh diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi

Ya Allah panjangkan umor mereka dlm ketaatan, lapangkan rezki mereka, kurniakan sabar & bahagiaa dlm mnjalani kehidupan seharian. Aminnn

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


waktu berjaya  

Ingatan...😇

Waktu sedang "Berjaya", kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa",  kita percaya diri melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya", barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

Waktu sedang "Jatuh", kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit", kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Manakala "Miskin", kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu.

Masuk "Usia Tua", kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Saat "di Ambang Ajal",  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama.
Sudah saatnya kita bersama sama membuat
HIDUP LEBIH BERHARGA : 
Saling menghargai, 
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung, dan
Saling mencintai
Jadilah teman setia tanpa syarat
Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
Allah tidak pernah menjanjikan
bahawa: langit itu selalu biru,  bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah : 
Selalu memberi pelangi dalam setiap badai. 
Memberi senyum dalam setiap air mata.
Memberi kasih sayang dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan dalam setiap doa.
Jangan pernah menyerah, 
Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful.

Hidup Bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.

Saudariku
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita,  namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.
Jangan pernah menjadi  "gunting".
Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah, namun jadilah "benang", meskipun lembut tetapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS  


1. bangun malam (sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).

5. solat sunat hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca Yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

16.Solat Asar.
- solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma ameen 😘

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SEDEKAH ALFATIHAH  

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 
Sahabat-sahabatku yang baik, 
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita..amin...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Bintang di dada  

Buat yang memiliki "Bintang-bintang di dada"

-----------------------------------------------


Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.


Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."


Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.


"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.


"Nu'man namaku", jawab si imam.


"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.


"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.


"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."


Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...


Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.


Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.


Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...


Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.


Ingatlah...

"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."


Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...

Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..

Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.


Ketahuilah...

"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).


JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'


انظر ما قال ولا تنظر من قال 

- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."


Semoga bermanfaat


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rezeki  

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"
Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

Mekah
3:11 AM
26 Rejab 1438 H

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


erti syukur  

Engkau,
makan rezeki milik Tuhan....
Engkau miliki apa sahaja....
Malang sekali engkau tidak pedulikan-Nya...
tetapi Engkau terima nikmat-Nya...

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran...
Takut engkau tidak bersyukur pada-Nya...
Sedangkan manusia berbudi dengan kita,
Kita tidak patut, Tidak mengenang budi,
Tidak mengenang jasa....
Manusia pada kita, sesiapapun tak boleh menerimanya...

Inikan pula Tuhan yang Mencipta...
Menghidupkan dan memberi segalanya...
Tiba-tiba kita tak mensyukurinya...
Tiba-tiba kita tak besarkan-Nya...

Ertinya,
Kita adalah manusia yang tidak berhati perut...
Yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri...

Bahkan manusia yang membesarkan diri
Dan sombong terhadap Khaliqnya...

Itulah diri engkau!
Tidak mungkin menongkat langit!

Di suatu hari nanti engkau akan menemui Tuhan pencipta engkau...
Disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kasih  

Kasih pada pemimpin...
Pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan Yang tidak berbelah bagi...

Kasih pada pengikut...
Pemimpin sanggup berkorban serta memberi khidmat dan kasih sayang tanpa kepentingan...

Kasih kepada isteri...
Dapat menyebabkan suami bersifat bertanggung jawab terhadap isterinya...

Kasih isteri pada suami...
Menjadikan isteri taat serta patuh melayani suami
dengan sepenuh hati...

Kasih pada guru...
Melahirkan murid gigih belajar serta mengamalkan ajaran gurunya di dalam kehidupan...

Kasih guru pada murid...
Menjadikan guru hilang rasa lelah di dalam mendidik...

Kasih pada ibu dan bapa...
Anak-anak sentiasa menjaga hati dan perasaan orang tuanya agar terhibur setiap masa...

Kasih ibubapa kepada anak-anaknya....
Menjadikan ibu bapa rela berkorban untuk cahaya mata...

Inilah erti kasih sayang...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Renungan  

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku..
Tepuk dada, tanya iman.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster