'Miskin kerana Malas'  


Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebatang sungai. Dia trpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga disisinya.

"Alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pakcik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan...pakcik sgt lapar," kata pengemis itu.

Budak itu merenung pengemis dengan rasa simpati dan berkata, " saya boleh beri pakcik beberapa ekor,dengan satu syarat..."

"Katakan apa syaratnya?"

" pakcik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.

"Kenapa?" Tanya pengemis itu agak ragu-ragu.

"Saya perlu balik rumah utk urus adik saya."

Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya di dalam hati.

Beberapa lama kemudian budak itu dtg semula. Dilihatnya ikan dalam raganya kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.

"Baiklah, semua ikan yang pak cik kail adalah kepunyaan pakcik," ujar si budak.

Pengemis terlalu gembira setelah mendapat "upahnya". Tidak sangka usahanya berbaloi.

Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.

Pengajaran
-----------
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharap bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH  



1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"
Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


3 Dosa  

3 DOSA BERAT YG ADA DIKHABARKAN DI DALAM HADIS BERKENAAN SESEORANG YANG MENINGGALKAN & MELALAIKAN SOLAT

Langsung tak solat , maka keadaan insan itu KAFIR. 

Solat on/off (kejap solat kejap tak solat @ tak cukup 5 waktu) , maka keadaan insan itu MUNAFIQ

Sering melewatkan solat , di ancam Neraka Weil.

Semua wahyu kepada Nabi s.a.w, Allah utuskan melalui Jibril untuk disampaikan kepada Nabi s.a.w, TETAPI arahan Solat Allah jemput Nabi s.a.w. naik ke langit untuk menghadap Allah SWT secara directly. Justeru, Solat adalah hak Allah SWT yang mutlak yg mana Allah akan tuntut pada setiap hambanya. Jika seseorang itu ada masalah dengan solatnya maka segala@seluruh kebaikannya tidak akan dilayan (sia2).

TAK PERCAYA? TUNGGU SAAT KAFAN SAMPAI KE JASAD.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW  


١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


nasihat yg xpernah amek tau  

*12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU* 

*BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA*

1. Kita mengetahui, *solat secara berjemaah* itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan *"Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa* kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala *dua rakaat Dhuha* setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang *berpuasa sunnah kerana Allah* satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat* yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *membantu membangun masjid kerana Allah* walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *membantu ibu tunggal dan anak yatimnya,* pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang *membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan* dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa *haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga,* dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa *orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam*, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa *hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan,* dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering *menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita.* Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada *orang yg saya cintai kerana Allah,* maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kubur  

Dulu mak pernah cakap, "Kalau mak dan ayah dah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan balik lagi.. Tunggulah 10 - 15 minit kerana ketika itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah"
 
_Nabi kata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat.._
 
_Suami, isteri, anak-anak menangis.. Lepas tu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak-pijaknya kubur.._
 
_Nabi kata, bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kita ke belakang kubur, kita mendengar bunyi derapan tapak kasut mereka pulang.. Derapan kasut-kasut mereka kita boleh dengar.. Maka, pada masa itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak.._
 
_Maka, pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur.. Kalau isteri yang hantar, kita akan memanggil isteri kita.._
 
_"Pah, jangan tinggalkan Abang.. Pah kata nak sehidup semati"_
 
_Pah tak dengar.. Pah bawa cerek dengan daun pandan balik sambil lap air mata.. Sayang macam mana pun isterinya, dia akan balik.. Suami dia panggil, "Pah, jangan balik, Pah.. Tunggu Abang, Pah" .. Dia tak kisah.. Dia balik.._
 
_Lepas tu, kita akan nampak anak-anak kita balik.. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar.. Selepas mereka semua beredar, datanglah dua malaikat.. Yang hitam kedua-duanya.. Yang biru kedua-duanya.. Dan kita dengar derapan kaki malaikat lebih kuat daripada derapan kaki-kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menggerunkan.._
 
_Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia" .. Malaikat tak kata dah, "Hai ustaz, hai ustazah" .. Malaikat tak sebut dah.. Malaikat pun tak kenal kita.. Malaikat tak panggil hajjah, haji tapi panggil, "Hai manusia"_
 
_"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?".. Itulah soalan dia.. Maka, kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" .. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak tanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?"_
 
_Kalau lulus soalan ni, maka lepaslah soalan-soalan yang lain.. Maka, malaikat tadi dengar apa yang kita jawab.. Malaikat kata, "Kami tahu dah kamu akan jawab seperti itu.. Saja kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik" .. Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin"_
 
_Maka ahli kubur tadi berkata, "Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mahu balik pada keluargaku.. Aku mahu beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong hantarkan aku balik..!", rayu si mati pada malaikat.._
 
_Rupanya, orang mati ni nak balik ke dunia bukan nak makan nasi briyani gam, bukan nak tengok TV.. Bukan..! Dia balik sebab nak beritahu pada anak-anak supaya solat.._
 
_"Wahai anak-anakku dan isteriku, solatlah.. Wahai suamiku, solatlah"_
 
_Tapi malaikat kata, "Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"_
 
_Nabi SAW kata, kalau kamu orang yang baik, kata Nabi SAW, akan diluaskan kubur 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.. Tetapi, walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi dah khabarkan pada kita.. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.._
 
_Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.. Pilihlah mana yang kita mahu.. Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.. Jagalah solat kita.._

*_ALLAHU AKBAR …_*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Doa Syeikh Ahmad Dusuki  

Mari kita hayati bersama

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan dosa² kami Ya Allah
Dosa besar kami & dosa kecil kami Ya Allah
Dosa yg sengaja kami lakukan semenjak kecil kami ya Allah
sehingga dewasa ini Ya Allah

Ya Allah Rahmatilah dlm kehidupan kami Ya Allah
Murahkanlah rezki kami Ya Allah
Panjangkan umur kami dalam redha Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Apa yang pernah dipohon oleh Nabi kami Ya Allah
Nabi Muhammad SAW Ya Allah
Jauhkanlah kami dari apa yg diminta oleh Nabi Muhammad SAW

Ya Allah Ya Tuhan kami
Permudahkanlah segala urusan kerja kami ya Allah
Jadikanlah kami hamba²Mu yg soleh ya Allah

Pandangkanlah kami dgn rahmatMu ya Allah
Seburuk manapun kami & sekeji mana pun kami Ya Allah
Pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

Ya Allah, seburuk mana pun kami atau sekeji mana pun kami Ya Allah
Pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

Sebesar manapun dosa kami Ya Allah
Sebanyak manapun kemarahanMu Ya Allah
Rahmatilah dalam hidup kami Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Agar jadikan kami hambaMu Ya Tabah Ya Allah
Yg mampu menghadapi ujian² dlm kehidupan ini Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Jadikanlah kami ini mampu menghadapi ujianMu dgn tenang & tabah
Lapangkanlah dada kami dlm bicara kami Ya Allah
Permudahkanlah setiap urusan kerja kami ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Agar dijadikan kami teman² yg baik dlm hidup ini Ya Allah
Kekuatan kpd kami Ya Allah
Mampu memberi kekuatan kpd kami yang tidak ternilai Ya Allah

Ya Allah kami minta agr dijauhi teman² yang merosakkan hidup kami Ya Allah
Drpd teman² yg menikam kami drpd belakang Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
Rahmatilah dalam hidup mereka & hidup kami Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami berikanlah petunjuk kpd kami Ya Allah
Pada mula kami dlm keaadaan leka Ya Allah
Kamu sedarkanlah kami Ya Allah

Di waktu mana kami dlm kesesatan Ya Allah
Kamu tunjukkanlah kami jln yang lurus Ya Allah

Di waktu mana kami dlm kegelapan Ya Allah
Cahayakanlah kami dgn cahaya imanMu Ya Allah

Di waktu mana kami terkapai² & terkial² dlm hidup kami Ya Allah
Kamu bimbinglah kami Ya Allah
Kamu bantulah kami Ya Allah
Kerana kami memerlukan pertolongan & bantuanMu Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan Kami
Jadikanlah setiap kata² kami
Kata² yg penuh hikmah Ya Allah

Setiap perjalanan kami
Perjalanan yg penuh dgn keberkatan Ya Allah

Setiap tutur bicara kami Ya Allah
Mampu didengari makhluk Kamu dilangit mahupun dibumi Ya Allah

Ya Tuhan kami
Kami mohon keampuanan dosa² kami ya Allah
Sehingga bibir kami Ya Allah
Mampu menyebut LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULLULLAH

Di kala mana penghujung dlm kehidupan kami Ya Allah
Di waktu mana kaki kami mula sejuk
Di waktu mana mata kami tidak mampu digerakkan
Tangan kami tidak mampu lagi utk menyentuh
Tubuh badan kami mula kesejukan Ya Allah
Di waktu mana roh kami mula menyusut keluar Ya Allah
Sedikit demi sedikit dlm jasad ini Ya Allah
Rahmatilah kami diwaktu itu Ya Allah

Ya Allah tunjukkanlah kami tempat kami dlm syurga firdausMu ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Rahmatilah kami disaat mayat kami dimandikan Ya Allah

Rahmatilah kami
Di waktu mana kami dikapankan mayat kami Ya Allah

Rahmatilah kami
Sewaktu mana mula disembahyangkan mayat kami Ya Allah

Jadikanlah org yang paling soleh doakan kami sewaktu menyembahyangkan kami Ya Allah

Ya Allah sewaktu mana kami diusung keluar drpd rumah kami nanti Ya Allah
Tinggalkanlah amalan² keji kami Ya Allah

Bawakanlah amalan² yg baik sahaja utk dihadiahkan di hadapan kamu Ya Allah

Sewaktu mana kami dihadapkan muka kami ke kiblat Ya Allah
Sewaktu mana tanah mula berbau dihadapan kami Ya Allah
Sewaktu mana liang lahad mula ditutup sedikit demi sedikit Ya Allah
Sewaktu mana tanah² mula berguguran di atas badan kami Ya Allah
Sewaktu mana Malaikat Mungkar & Nakir dihujung kaki kami Ya Allah
Jadikanlah kubur kami di antara taman² syurga Ya Allah
Jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah

Ya Allah sewaktu kami mula disoal Ya Allah
Jgn banyak soalan² Mungkar & Nakir Ya Allah
Sehingga menggigil tubuh badan kami Ya ALlah
Utk menjawab soalan Mungkar & Nakir sewaktu itu Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
Kumpulkanlah kami dgn Arwah ayah ibu kami sebelum kami dihadapkan di hadapan kamu Ya Allah

Kami merindui mereka saat mereka membesarkan kami dahulu Ya Allah
Saat mana mereka bersusah payah membesarkan kami Ya Allah
Kami merindui mereka & kami tidak mampu lagi utk mengucup dahi mereka Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Jadikanlah malam pertama kami di Alam barzakh adalah malam terindah Ya Allah
Di waktu mana kami gembira di saat itu Ya Allah

Jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami Kami Mohon Kepada kamu Ya Allah
bangkitkan kami dgn para Nabi, para Syuhada' & para solihin Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
sewaktu mana ditujukan amalan manusia di padang mahsyar nanti Ya Allah
Berilah suratan amalan kami di sebelah tgn kanan kami Ya Allah
Jgn Kamu berikan suratan amalan kami dgn tgn kiri Ya Allah

Sewaktu mana ditayangkan amalan manusia Ya Allah
Jgn Kamu tayang kesilapan kehidupan kami Ya Allah
Jgn Kamu dedahkan kekhilafan kami Ya Allah
Kami malu & kami malu di hadapan Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Ampunkanlah dosa kami Ya Allah
Di kala kami melalui titian sirat nanti Ya Allah
Masukkanlah kami ke dlm Syurga Firdaus Ya Allah
Bersama dgn para Nabi, para auliya' & para solihin
Dgn keluarga kami yang kami cintai Ya Allah

Ya Allah ampunkanlah dosa kami & kedua ibu bapa kami ya Allah
Khususnya dosa kami terhadap ibu kami Ya Allah
Kami pernah cakap kasar dgn ibu kami Ya Allah
Kami pernah menengking kata² ibu kami Ya Allah
Kami pernah mengalirkan air mata ibu kami terhadap kami Ya Allah

Ya Allah dosanya kami di waktu itu Ya Allah
Krn kami lakukan di waktu kami tidak mengerti Ya Allah
Kami lakukan di waktu kami jahil Ya Allah
Kami tidak sengaja meruntunkan hati ibu kami Ya Allah
Kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami Ya Allah

Ya Allah kami tahu ibu kami menyayangi kami Ya Allah
Sewaktu kami kecil Ya Allah
Susunyalah yg membesarkan kami Ya Allah
Sewaktu mana kami kecil dahulu Ya Allah
Ibu kami berhutang keliling pinggang utk membesarkan kami Ya Allah

Sewaktu mana kami kecil dahulu Ya Allah
Pipi ini dicium Ya Allah
Pipi ini dicium Ya Allah
Kemudian kami diselimuti dgn penuh kasih syg Ya Allah

Ya Allah sayangnya diwaktu kami besar ini ya Allah
Kami tidak mampu membalas jasa²nya Ya Allah
Rahmatilah ibu bapa kami Ya Allah
Rahmatilah mereka sewaktu mana mereka merahmati kami sewaktu kami kecil ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Berilah kami kekuatan dlm hidup kami ya Allah
Utk mendidik keturunan anak cucu kami Ya Allah
Jgn kerana dosa kami
Mereka mencela kami Ya Allah

Ya Allah kerana dosa² kami Ya Allah
yang membuatkan kami hilang dr RahmatMu Ya Allah

Kerana dosa² inikah Ya Allah yg menyebabkan kami semakin jauh dgn Kamu Ya Allah

Kerana dosa² inikah ya Allah
Yg menyebabkan Kamu tidak memandang kami ya Allah

Jika kerana dosa² ini Ya Allah
Ampunkanlah dosa² kami Ya Allah
Ampunkanlah kami Ya Allah
Ampunkanlah kami ya Allah

Kerana kami HambaMu Ya Allah
Kerna Kami HambaMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Quran  

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata : 

" Sesungguhnya sebuah rumah benar-benar akan terasa lapang bagi penghuninya, didatangi oleh para malaikat, dijauhi oleh para syaitan dan banyak kebaikannya, dengan dibacakan al-quran didalamnya. Dan sesungguhnya sebuah rumah benar-benar akan terasa sempit bagi penghuninya, dijauhi oleh para malaikat, didatangi oleh para syaitan dan sedikit kebaikannya, dengan tidak dibacakan al-quran didalamnya " 

( Shahih, Sunan ad-Darimy, no 3352 ) 

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster