Tahun baru 2024 / Bulan Rejab 1445

alhamdulillah binikmatihi tatimmassolihat...

Sudah tahun baru. memperbaharui azam dan niat. Birthday dah berlalu 9 hari lepas. Sudah berusia 37 tahun umurku. Ma shaa Allah. ala kullihal...

Akhr-akhir ini nampaknya banyak seruan dtg untuk kembali kepadaNya dengan lebih mendalam.mksdnya taubat dgn benar, jadi mukmin sebenar.... sudah masanya. 3 tahun lagi dah 40 tahun umurku... eh tak la, 2 tahun lagi lah kiranya... cepatnya menua... 

serangan ke atas Palestin dah masuk 100 hari.. tak dapat bayangkan bagaimana tidur, makan minum dan lain2 mereka lalui sekarang. Setiap hari berdepan kematian... Allahumma surril islama wal mujahidin fi palestine. Yaman pun dh macam masuk ke arah peperangan. Moga Allah muliakan Islam... akhir zaman dah benar2 depan maa. mallhamah sudah tiba... Allahu akhbar.... dah bersedia ke nk jadi tentera2 di medan perang?? ayuh Hans. prsiapkan jiwa dan raga ke arah taqwa.

hari ni dah 3 Rejab. Bulan yg digalakkan istigfar sebanyaknya...

Allahummagfirli warhamni watuba'layya.. 

kerja di Uofg James Mccune dah bermula. agak sibuk sbb student dah mula ramai. beza sungguh dengan kerja di Library. dapat la merasa masa cristmas tu. kerja dengan Jacob. 3 hari juga. senyap dan xbyk kerja. cctv pun tingkat  je. JMS ade semua tingkat. haaaa. lain sket. dan kerja ada setiap masa. 
minggu pertama mula dengan buat bilik. jaga room sahaja. kemas lap meja dan vacuum. 

minggu ni tak tau lagi. tgk malam ni dekat board. in shaa Allah dah get use too. dah boleh tau la job scopnyer. 

channel youtube sendiri dah capai 606 subs. Hannans channel pula dh meningkat. pagi ni 82 subs. content dah byk ada. viewnya dh meningkat.. ada gunanya beli wireless mic tu. jelas suara rakaman. jelas juga kalau salah bacaan ketika record. haha. tu kena repeat balik la.. alhamduillah papepun.

in shaa Allah akan tulis beberapa azam yg mmg nk capai this year. lantak la org skrg ni ckp tak payah buat azam la dan lain2. last2 lagi lost ader la. hidup xde matlamat lagi laaa kan.. mcm bila diorg kata amalan tu xde dalil etc2... then, langsung umat tak buat apa aku tgk.... umat dekat malaysia tu dh makin hilang arah... nk ckp pun ade shj jawapannya... baik kita amal dan diam.. ni bukan zaman nk bertegang urat dgn perkara2 furuk.. tak penah habis... last2 meningkatkan kecerdasan nafsu amarah. wal iya zubillah...

moga Allah selalu pandu hati dan jiwa ini.

sabar ada 3.
1. sabar melakukan taat.
2. sabar tinggalkan larangan.
3. sabar menerima ujian.

dah kongsi masa perjumpaan baru ni dengan anak2 dan zaf. kena byk belajar bab sabar sbb resultnya syurga tanpa hisab. mashaa Allah.

pertingkatkan hafalan Quran..
ibadah dlln juga dipertingkat...

yg jadi ujian berat ialah meninggalkan larangan. itu yg berat sbb dlm melakukan taat, masa tu dia dtg. phone pun bahaya. byk sg content2 yg merosakkan muncul di layar screen. tah dari mana dtgnya.. mmg melekakan.. tu yg nk dikurangkan dengan mujahadah sedalamnya. moga berjaya dilakukan dgn iltizam yg tinggi. 

Dah nk menuju Ramadhan kareem. kena cepat ertidak. puasa dah byk buat. zaf pun dh mula. tahajud pun dh buat sesama. alhamdulillah. moga kami istiqamah yA Allah. samai ke akhir usia kami... istikharah subuh maghrib dah mula buat bebetul. doa2 nabi dah print tampal dan selalu baca. moga cpt hafal.. amiiin. 

okay. hari ni zaf tak kerja dan tak gi uni. so, jom mengemas. cumer suhu -3 degree. sejoook. anak22 pun dh ke sekolah. Humaira je lah skrg ni dh byk akal. nak2 kalau ummi dia ade kt rumah. xleh duk diam uminyer. nk berkepit jeee.. hadooiiii. Ini lah masa2 emaskan... esok anak2 dh besar dah bawa diri masing2. nk kepit2 xtau la ade lagi tak.. Allah...

okay. daaaa. wsslm

Happy Anniversary Ummi Abah ke 42


🌸Happy Anniversary Ummi Abah🌸

 Ummi abah merupakan contoh yang terbaik bagi kami anak-anak dalam menjaga pernikahan.🌷

Dari Ummi Abah kami belajar bagaimana caranya mencintai🌹

Dari Ummi Abah kami belajar bagaimana seharusnya menjadi seorang ayah, ketua keluarga dan isteri penyeri rumah tangga💐

Dari Ummi Abah kami belajar membina keluarga mengikut acuan Quran dan Sunnah disulami Roh perjuangan Islam.🕌

42 tahun usia pernikahan dan selalu bersama saling menguatkan bukanlah waktu yang sebentar. Semoga Allah yang Maha Kareem selalu menjaga Cinta serta memberkati 42 tahun usia pernikahan Ummi dan Abah.💍🌺

Didoakan semoga Ummi Abah sentiasa sihat dalam melakukan ibadah dan dapat menikmati waktu bahagia dengan anak menantu dan 21 orang cucu yang semakin bertambah.❤️🥰

Aamiin ya Rabbal alamiin.🤲🏻

MADAH MURSYID 6 dari Abah


*361*
Tokoh-tokoh dunia walaupun di waktu hidupnya disanjung orang tapi selepas matinya dilupakan orang, maqamnya jarang diziarahi.
Tokoh-tokoh Islam yang bertaqwa walaupun di waktu hidupnya dimusuhi orang tapi selepas matinya tetap dikenang orang dengan cara maqamnya sentiasa diziarahi. 

*362*
Lumrah berlaku walaupun tokoh-tokoh dunia mempunyai kuasa, kurang di hati orang tapi tokoh-tokoh agama yang bertaqwa walaupun tidak ada kuasa, selalunya di hati orang. 
Oleh kerana itulah mereka selalu dimusuhi oleh orang yang berkuasa. 

*363*
Orang politik (berkuasa) selalunya susah hendak disatukan pandangan dengan golongan kerohanian, kerana itulah tentangan dan pertembungan selalu saja berlaku sepanjang masa. 

*364*
Untuk menjadi seorang pemimpin mungkin mudah tapi untuk menjadi pemimpin yang disayangi dan ditaati amat susah. Kebanyakan pemimpin yang ada, dia ditakuti, bukan dihormati dan ditaati. 

*365*
Untuk mengenal seseorang pemimpin itu zalim atau sebaliknya, bila dia ditakuti, itulah tandanya dia zalim.

Derhaka Dalam Nikmat




Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau? 

MADAH MURSYID 5 dari abah


*356*
Perjuangan macam orang membuka ladang. 
Bermula daripada meneroka hutan belantara, setengah orang itu setakat mampu berangan, hendak membuka hutan, tidak mampu mencuba.
Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun, kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya, tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.
Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha. 
Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak, berhenti pula setakat itu. 
Setengah orang sudah siap membajak dan menggemburkan tanah, tidak sabar pula untuk menanam, mereka meninggalkan pula ladang. 
Setengah orang sanggup sampai menanam, hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup, keluar pula meninggalkan ladang. Akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam. 

*357*
Kalau ada umat Islam boleh berjuang hari ini; di zaman Barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-lain; di samping membangun mereka berakhlak,
di samping berkemajuan tidak ada diskriminasi,
di samping kuat ekonomi, pemurah, berkorban, membantu dan menolong pula,
di samping mempunyai ilmu, tawaduk, merendah diri, khusyuk,
di samping ada kemudahan, hidup bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta,
kalau orang bukan Islam memenuhi disko, kelab-kelab malam, umat Islam memenuhi masjid-masjid atau surau-surau,
di samping belajar, bekerja dengan cemerlang, tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, perempuannya bersopan dan pemalu,
di samping memiliki alat-alat dan kemudahan-kemudahan hidup yang canggih, hidup di dalam perpaduan, sama ada di dalam keluarga, di dalam parti, di dalam masyarakat, di dalam negara, di dalam pejabat,
di dalam membawa kemajuan, tidak ada rasuah, dadah, pendedahan aurat,
di dalam berjuang dan bernegara, pemimpin disayangi dan dihormati bukan ditakuti, rakyatnya dikasihani bukan ditakut-takutkan dan dikasari.
Ciri-ciri ini kalau wujud di dalam masyarakat Islam masya Allah, umat Islam akan menguasai dunia dan Akhirat, umat Islam akan menjadi empayar dan kuasai dunia sekali lagi. 

*358*
Pemimpin di zaman ini lebih-lebih lagi pemimpin negara, orang bukan hormat kepadanya tapi ditakuti, dia diikut kerana ada kepentingan diri padanya. 
Bila jawatannya sudah tiada, orang habis lari, dia pun menghilangkan diri. 

*359*
Orang sekarang tidak malu mengaku ulama kerana itulah ada persatuan ulama. Zaman dahulu seorang itu telah diiktiraf oleh ramai sebagai ulama, itu pun masih tidak suka mengaku dirinya ulama. 

*360*
Bila seseorang itu mengaku atau merasa dirinya ulama, awaslah fitnah darinya. 
Bila seseorang ulama itu tidak mengaku atau merasa dirinya ulama, ikutlah agamanya.

Mencari Kebenaran adalah Wajib




Mencari kebenaran adalah wajib.
Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara.
Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi.
Kebenaran itu hanya satu.
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya.
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia.
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung.
Ia merupakan kebahagiaan di dunia
dan di Akhirat.
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi.
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah.
Carilah kebenaran itu. Jika dapat, perjuangkanlah.
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah.
Jika di dalam laut, selamlah.
Sekiranya di dalam bumi, galilah.
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah.
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit.
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis.
Di dalam perjalanannya terseksa tapi kesudahannya bahagia.
Jika kebenaran sudah didapati, pertahankanlah bermati-matian.
Dengan harta, tenaga dan jiwa.
Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas sekalipun panas.

MADAH MURSYID 4 dari Abah


*11/12/2023   

*351*
Kalau ada golongan yang melakukan kemungkaran, pandai menyembunyikan keburukannya, kemudian untuk mencari nama atau ada tujuan-tujuan tertentu, ikut serta membanteras gejala masyarakat, umum menganggap mereka bertanggungjawab atau wira masyarakat tapi Allah mengetahuinya. Usaha itu selalunya gagal kerana ada tangan yang tidak ada berkat yang penuh dengan maksiat. Allah tidak membantunya, menjadikan orang-orang lain yang baik pun sama-sama terhijab pertolongan daripada Allah Al Mannan.
 
*352*
Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar, dia tidak kenal kecewa dalam perjuangannya. Kalau perjuangannya itu ibarat sampan di laut, waktu cuaca baik dan angin baik, lautan tenang, dia lajukan sampan.
Waktu sekali sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan dan dengan penuh berhati-hati, bijak menongkah ombak dan pandai menggelecek angin.
Waktu kapalnya karam, sesetengah kawannya tenggelam, pandai pula dia berenang dan mampu ke darat.
Sampai ke darat dia rehat seketika, selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan kemudian belayar semula, mungkin dengan satu taktik dan strategi yang baru pula. Namun putus asa tidak ada dalam kamus hidupnya. 

*353*
Perjuangan itu macam perjuangan ke laut menangkap ikan, sentiasa menyabung nyawa, adakalanya dipukul ribut besar, di waktu sama ada berjaya menangkap ikan atau dia mati dimakan ikan. 

*354*
Pejuang itu tetap dalam keadaan merbahaya, ibarat belayar di lautan, di waktu angin tidak kencang, ombak pun tenang namun demikian kita tidak boleh bersenang-senang dan relax sahaja kerana di dalam lautan suasana merbahaya bila-bila boleh berlaku. Begitulah kita berjuang, kita hendaklah sentiasa siap siaga selalu walaupun di dalam suasana tidak ada cabaran. 

*355*
Perjuangan ibarat membawa kereta, jalan yang ditempuh suasananya tidak sama,
adakalanya mendaki, adakalanya menurun, waktu-waktu tertentu menempuh liku-liku, adakalanya berjalan di tepi gaung, adakalanya mengharung banjir, tidak mustahil pula sekali-sekala melalui batu-batu kerikil dan jalan lekuk-lekuk. Oleh itu, kereta yang dibawa kenalah sekali-sekala laju, adakalanya perlahan, tidak kurang pula ada waktunya berjalan sederhana. Boleh berhenti, bukan rehat tapi mencari muslihat.

Insaflah Segera Sebelum Terlambat


Baiknya Tuhan, kederhakaan hamba-hamba-Nya Tuhan tidak hukum dengan segera.
Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu.
Tuhan bagi dia peluang berfikir, sedar dan insaf.
Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian.
Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan.
Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit
atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf.
Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf.
Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat.
Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan, ditimpa bala yang berat, huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum.
Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya.
Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar,
kemuncak penderitaan ialah Neraka.
Haraplah ambil perhatian cerita ini.
Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri.
Masanya belum lagi terlambat.
Kembalilah segera kepada Tuhan.
Takutilah Allah dan cintailah Dia.
Berkasih sayanglah sesama manusia.
Apatah lagi sesama keluarga.
Setelah mati segala peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup.
Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat. 

Hiburan Adalah Fitrah Semulajadi Manusia



Sudah fitrah semulajadi manusia ingin berhibur.
Hiburan itulah sebahagian kebahagiaan mereka.
Hiburan adalah makanan jiwa manusia.
Semua orang memerlukannya tidak kira apa bangsa.
Hiburan itu berbagai-bagai sifatnya atau caranya.
Ada orang yang miskin diberi bantuan kewangan dan makanan,
ada yang sakit, diziarahi tanda ikut sedih dengan kesakitannya.
Orang yang salah diberi kemaafan, yang bersalah meminta maaf, hiburanlah namanya.
Orang yang membuat jahat, buat baiklah kepadanya.
Ada orang yang buntu fikiran, berilah buah fikiran, hiburan juga.
Orang yang sesat jalan, tunjuklah jalannya.
Di waktu membawa kereta utamakan orang lain, berilah dia jalan.
Di waktu makan di restoran belanjalah orang di kiri dan kanan.
Di waktu membeli-belah bayarkanlah orang yang bersama-sama kita membeli-belah untuk keperluan, sekadar yang termampu untuk kasih sayang.
Di ketika naik bas, tempat duduk penuh, utamakan orang lain duduk,
tidak mengapa kita berdiri.
Di waktu-waktu berjalan-jalan berilah salam atau angkatlah tangan tanda kemesraan.
Sekali-sekala lihatlah jiran, hulurkan bantuan, itulah hiburan.
Para tetamu kenalah hormat dan muliakan mereka sejauh yang terdaya.
Pemungut-pemungut sampah di rumah kita, sekali-sekala berilah dia hadiah
atau memberi makanan atau minuman.
Berbudi bahasalah kita kepada mereka tanda mengenang jasanya
memungut sampah di rumah kita.
Alangkah gembiranya jiwa mereka, kerana budi bahasa kita.
Ya Tuhanku jadikanlah aku penghibur manusia di dunia.
Agar aku diberi hiburan di Akhirat sana. 

MADAH MURSYID 1 dari Abah


8/12/2023   

336
Usaha-usaha yang ada campur tangan nafsu dan syaitan cepat maju dan berkembang tapi yang tidak ada campur tangan nafsu dan syaitan lambat maju dan susah hendak berkembang.  

337
Perlu diingat, sejarah telah memberitahu, banyak orang masuk Islam kerana melihat akhlak dan contoh teladan (model), terlalu sedikit sangat yang masuk Islam hasil penyelidikan dan kajian.  

338
Kebanyakan umat Islam berjuang pada hari ini, sama ada disedari atau tidak, banyak bersifat nasionalisme dan bersifat ideologi daripada bersifat Islam tapi menjual nama Islam, justeru itulah orang menolak.  

339
Orang yang berbuat mengikut syariat kerana Allah, orang itu tidak akan kecewa sekalipun gagal. Justeru orang itu bukan memandang kejayaan tapi keredhaan. 

340
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya, ia diredhai dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu apabila gagal, dimurkai.
Yang penting kerja itu mengikut syariat dan diniatkan kerana Allah, insya-Allah ia diredhai.

MADAH MURSYID 3 dari Abah


10/12/2023   

346
Orang Islam yang berjuang apabila dia diuji oleh Allah melalui musuh-musuhnya seperti ditangkap, dipenjara, diseksa, biasanya berlakulah seperti berikut, sama ada:
imannya bertambah atau imannya tidak bertambah, tidak kurang imannya atau kurang, ada yang menjadi kafir, yang kurang iman atau kafir, sama ada menyesal atau kecewa atau putus asa atau terus menyebelahi musuhnya, menentang pula perjuangannya yang dahulu, akhirnya tersaringlah perjuangannya yang dahulu, tinggallah yang sedikit yang ikhlas, begitulah yang terjadi sepanjang zaman.  

347
Bila ada kuasa, tegas. Bila tiada kuasa, malas dan jemu, justeru berjuang ada kepentingan bukan atas dasar prinsip dan keyakinan. Inilah yang banyak berlaku di akhir zaman. 

348
Selalunya orang berjuang membawa kebatilan, dia menindas dan menzalim. Orang yang berjuang membawa kebenaran selalunya dizalimi dan  mempertahankan diri. 

349
Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan, begitulah strategi di dalam perjuangan. 

350
Kita perlu ingat, walaupun kita diberi kepandaian oleh Allah, kemudian kita berusaha, apakah kita boleh menentukan kejayaan kita? Sudah tentu tidak!
Segalanya ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT, justeru itu kita hendaklah sentiasa  mengharapkan pertolongan-Nya dan keredhaan-Nya.
Allah berjanji, orang yang bertaqwa diberi pertolongan atas dasar rahmat-Nya dan keredhaan-Nya. Orang yang fasik dibantu juga, mungkin lebih, tapi mereka diberi bantuan atas dasar istidraj, diberi dengan cara marah dan penipuan dari-Nya.
Di sinilah rahsianya, mengapa gejala-gejala sosial walaupun sudah ditangani bersama, gejala-gejala yang ada tidak pulih, lahir pula gejala-gejala yang lain, kerana yang menangani itu juga mungkin membuat kesalahan bahkan ada kalanya lebih besar lagi tapi kesalahan itu tidak sama seperti yang dilakukan oleh pelajar, muda-mudi dan lain-lain yang bermasalah, sedangkan kedua-dua golongan ini Allah akan murka dan tidak redha, maka Allah tidak menolong orang yang dimurkai-Nya, itulah rahsia mengapa usaha kita selalu gagal.

Akibat Gagal Membangun Insaniah



Para pemimpin atau guru juga ibu bapa,
berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya.
Berbagai-bagai kajian boleh dibuat hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu.
Membuat berbagai-bagai kemajuan.
Membangun tamadun material mengkagumkan.
Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu.
Betapa hendak mengajar rasa bertuhan.
Pemimpin ingin ditaati.
Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya hendak mentaati mereka.
Guru-guru ingin mereka dihormati.
Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik murid-muridnya ke arah itu.
Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya.
Tapi tidak tahu hendak melakukannya.
Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai.
Mereka bingung bagaimana hendak menjadikan studentnya menghormatinya, kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya.
Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa, 
semuanya suka jika mereka dihormati oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya
dan oleh anak-anaknya.
Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal.
Tapi mereka gagal membangunkan tamadun insaniah dan rohaniah.
Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini, 
berjaya berilmu, tapi tidak berjaya
menahan pergaduhan dan peperangan.
Berjaya membangun dan berkemajuan.
Tapi tidak berjaya menahan daripada
pengkhianatan dan penipuan.
Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan.
Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi.
Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula merompak dan menyamun.
Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki.
Tapi hilang malunya, hancur maruahnya.
Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah.
Tapi hidup di dalam ketakutan.
Berjaya mendapat isteri atau suami.
Kedua-duanya berpelajaran,
tapi tidak mampu bersefahaman.
Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan.
Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa.
Tapi hati atau jiwanya mati atau buta.
Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada.

MADAH MURSYID 2 dari Abah

9/12/2023   

341
Ada orang selalu lantang suaranya di dalam bermacam-macam isu apabila ada kuasa atau bersandar kepada yang berkuasa. Orang yang tidak faham menyangka mereka berani dan wira. 


342
Mengapa umat Islam hari ini tidak berdaulat, lebih-lebih lagi tidak boleh jadi empayar, padahal umat Islam berselerak di muka bumi mencari ilmu, sekarang sudah banyak yang pandai-pandai.
Dahulu umat Islam berselerak mengembara keluar negara kerana mencari Allah, sekarang umat Islam mengembara merata dunia mencari rezeki.  

343
Untuk mendaulatkan Islam di dalam sesebuah negara oleh sebuah empayar, bukan semua pemimpin dan pengikut boleh buat, ia memerlukan para pemimpin yang dipilih oleh Allah seperti Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin, Umar Ibnu Aziz, Muhammad Al Fateh. Selain itu hanya boleh berbuat di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti ibadah-ibadah khusus. Di akhir zaman nanti sekali lagi berlaku iaitu yang dipimpin oleh Imamul Mahdi r.a. 

344
Untuk mendaulatkan Islam, kesedaran  dengan Islam sahaja tidak cukup, ia memerlukan ilmu, ilmu hafalan tidak cukup, memerlukan fahaman, fahaman sahaja tidak cukup, memerlukan penghayatan, penghayatan pun tidak cukup, ia memerlukan amalan, amalan sahaja tidak cukup ia memerlukan perjuangan, perjuangan pun tidak cukup ia memerlukan strategi, disiplin dan kegigihan, seterusnya memerlukan kepimpinan dan keihklasan yang berterusan. 

345
Perjuangan Islam tidak sama dengan perjuangan umat Islam. Perjuangan Islam, perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berprinsipkan Islam, berdasarkan Al  Quran dan Hadis.
Perjuangan umat Islam adalah perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berdasarkan ideologi.
Yang pertama kalau terkorban, mati syahid, yang kedua kalau terkorban, mati sakit.

coretan 2013 yang tidak terpost tersimpan sebagai draft

salam wrt. Apa khabar semua. Alhamdulillah, telah bermula tahun 2013. Tahun yang bermakna buatku. Tahun ini, byk perubahan yang akan berlaku dalam hidupku. Tidak seperti tahun2 sebelum ini. Kadang2 aku termenung panjang memikirkan perjalanan hidupku ini. Adakah dalam pimpinan Allah, @ dalam kemurkaannya. Kadang2 hujan air mata turun membasahi pipi.

Terkenang zaman bersama ibu ayah dan keseronokan bermain dgn adik beradik, gurau senda sesama kami, alangkah indahnya dan tidak akan berulang kembali. Umi abah bawa kami ke sana sini, pengalaman itu umpama berlari2 dalam mindaku ini. Walaupun diari tulisan tgnku yg lepas telah ku kunci kemas dlm beg di atas peran, tetapi cerita di dalamnya turun dari tangga peran dan menjengah ke bilikku menjadikan kisah2 masa kecilku kembali segar dlm igtnku. adakah saat indah itu akan berulang kembali?

Kenangan2 ini menjadikan aku mengenangkn berapa byk tgn yg telah berjasa kepadaku sehingga usiaku hari ini. Dan juga berapa byk dosa aku pada mereka. Itu yang menghantuiku. Teringat doaku ketika mengelilingi rumah suci bulan lepas, ada 1 doa yg terkesan di hatiku.
"Ya Allah, tolong tanggung dosa2ku terhadap orang lain".

Aku ulang2 doa itu byk kali. Moga suara hatiku didengar oleh Tuhan Yang Maha Baik. Rabbana taqabbal minna dua ana innaka antassamiul alim.

Diri ini mula memikirkn permulaan hidup berumah tangga. Ya Allah, kurniakanlah aku isteri dan anak2 penyejuk mata hatiku. Jadikanlah kami dr golongan orang2 yang bertaqwa.ameen.
Dah maghrib.. smbung lg nnti. 

Bila Agama Tidak Jadi Panduan



Bila pemimpin hilang wibawa,
rakyat kurang taat setia.
Bila ibu bapa tidak bermaruah,
anak-anak kurang hormat.
Bila orang tua tidak menjadi contoh,
kata-katanya sia-sia  saja.
Bila berkawan tidak setia,
hilang keyakinan kawan kita.
Para pemimpin jadilah teladan,
agar rakyat mudah dipimpin.
Wahai ibu bapa, jagalah maruah,
agar anak-anak mengikut kata.
Wahai orang tua, jagalah wibawa,
agar orang muda mendengar nasihat.
Wahai saudara, setialah berkawan,
keyakinan orang itu aset kita.
Gambarkanlah jika rakyat tidak taat
di dalam negara, 
anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa, 
anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata, 
manusia satu sama lain curiga-mencuriga, 
bila masalah timbul di dalam masyarakat umat, kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa.
Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah.
Maka dicarilah punca mengapa timbul masalah.
Setiap golongan bercakap untuk mengatasi masalah.
Diberilah pandangan mengapa perkara negatif itu terjadi.
Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi kerana itu dan ini.
Yang sebenarnya sebab-sebab itu ada pada diri sendiri.
Mengapa perkara yang mudah, amat sulit mengatasinya. 
Mengapa perkara yang dekat, terlalu jauh kelihatan.
Kerana panduan semata-mata nafsu dan otak manusia.
Agama Islam sudah tidak menjadi panduan sejati.

from Abah Lan selepas Arwah En Zainal

41 AKHLAK RASULULLAH SAW YANG PATUT KITA CUBA CONTOHI



1️⃣ Baginda selalu diam.

2️⃣ Berbicara ketika perlu.

3️⃣ Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat.

4️⃣ Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5️⃣ Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt).

6️⃣ Selalu menundukkan pandangan kerana tawaduk.

7️⃣ Berfikir terus-menerus.

8️⃣ Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9️⃣ Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.

1️⃣0️⃣ Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

1️⃣1️⃣ Marah bukan kerana nafsu.

1️⃣2️⃣ Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

1️⃣3️⃣ Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

1️⃣4️⃣ Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

1️⃣5️⃣ Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.

1️⃣6️⃣ Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

1️⃣7️⃣ Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

1️⃣8️⃣ Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah swt.

1️⃣9️⃣ Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.

2️⃣0️⃣ Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

2️⃣1️⃣ Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir.

2️⃣2️⃣ Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.

2️⃣3️⃣ Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

2️⃣4️⃣ Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.

2️⃣5️⃣ Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

2️⃣6️⃣ Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

2️⃣7️⃣ Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

2️⃣8️⃣  Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

2️⃣9️⃣ Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

3️⃣0️⃣ Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

3️⃣1️⃣ Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

3️⃣2️⃣ Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

3️⃣3️⃣ Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

3️⃣4️⃣ Dimana-mana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah.

3️⃣5️⃣ Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

3️⃣6️⃣ Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

3️⃣7️⃣ Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

3️⃣8️⃣ Paling berlapang dada.

3️⃣9️⃣ Paling tepat dalam berbicara.

4️⃣0️⃣ Paling halus keperibadiannya.

4️⃣1️⃣ Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw ; 
oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Bumi Tuhan... Bersaksilah