fitnah akhir zaman  

๐Ÿ“Ž Ada tiga cara menghadapi dahsyatnya fitnah akhir zaman :

1) At-talaqqi
๐Ÿƒ yaitu belajar dengan seorang guru yang mempunyai sanad dan jelas sanad keilmuannya sampai tersambung kepada Baginda Rasulullah ๏ทบ.

 2) At - taroqqi
๐Ÿƒ yaitu peningkatan kualiti diri dihadapan Allah dengan berbagai bentuk ibadah, bahkan sholawat kepada Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… sebaiknya kita perbanyak jika belum mendapatkan guru yang dapat membimbing, kerana selawat adalah guru ketika seseorang tidak memiliki guru.

 3) At -Tawaqqi
๐Ÿƒ yaitu penjagaan diri dari berbagai bentuk kemaksiatan.

( Habib Abu Bakar Adni Al Masyhur )

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Mengapa Hospital di Makkah selalu sunyi..??  


Di Makkah,hospital memang selalu sepi, berbeza dengan Malaysia..
Memang berbeza dan tidak sama.. Yang membezakan adalah Aqidah dan Syariatnya..

Inilah rahsia mengapa di Makkah hospital sangat sunyi, jarang sekali pesakit yang datang...

Ada seorang doktor dari klinik di Tanah suci ( Makkah Al-Mukarromah ). Selama 6 bulan praktikal, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Hingga beliau rasa hairan, orang-orang disini tak pernah sakit ke??

Akhirnya beliau mendapatkan jawapannya, dari salah seorang Muslim disana :

Bila kami sakit,
* Ikhtiar Pertama
Yang kami lakukan adalah Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah. 
Insyaa Allah sembuh dengan izin dan kasih sayang-NYA.

Kalau belum sembuh,
* Ikhtiar kedua 
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :
- Jika badan panas, maka kami perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )
- Jika badan dingin, maka kami banyakkan baca Ayat Kursi.
- Jika sakit yang nampak, maka kami bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.
- Jika sakit yang tak nampak, maka kami banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Dan Alhamdulillah kami akan sihat..Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar ketiga.
* Ikhtiar ketiga
Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit kami.
Insyaa Allah akan sembuh.

Dan kalau tidak sembuh juga, akan kami tempuh ikhtiar yang keempat.
* Ikhtiar ke-empat
Iaitu banyak-banyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar ke-lima.
* Ikhtiar ke-lima
Iaitu minum Madu dan Habbatussauda.

Kalau belum sembuh lagi..
* ikhtiar ke-enam
Iaitu dengan mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Dan Alhamdulillah, Laa Hawlaa Wa laa quwwata illa billah..

Jika belum sembuh2 juga lagi, baru kami..
* Ikhtiar ke-tujuh
Iaitu pergi ke Doktor yang Soleh.
Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..

Semoga bermanfaat..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


``PENGSAN DALAM BILIK MANDI```  

`

Amalkan mandian songsang.

```kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.```

```1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.```

```3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.```

๐Ÿ‘‰```Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.```

✅```Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

๐ŸšฟJika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita``` ```cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.```

๐Ÿšฟ```Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.```

๐Ÿšฟ```Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

๐Ÿšซ```Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....```

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Keutamaan ilmu dibandingkan harta menurut Ali bin Abi Thalib  


---------------

1.ilmu adalah warisan para nabi dan rasul,sedangkan harta adalah warisan fir'aun dan qarun

2.ilmu akan menjaga kita,sedangkan harta sebaliknya,kitalah yang harus menjaganya

3.semakin banyak ilmu semakin banyak orang yang menyayangi dan menghormatinya.sedangkan semakin banyak harta,semakin banyak musuh dan orang yang iri kepadanya

4.ilmu jika diamalkan malah akan semakin bertambah,sedangkan harta jika digunakan akan semakin bekurang

5.pemilik ilmu akan dihormati dan mendapat sebutan baik,sedangkan pemilik harta seringkali dicemooh dan mendapat julukan yang buruk

6.ilmu tidak ada pencurinya sedangkan harta banyak pencurinya

7.pemilik ilmu akan diberi syafaat (pertolongan) dihari akhir kelak,sedangkan pemilik harta akan dihisab diusut asal muasal hartanya oleh allah swt

8.ilmu akan kekal selamanya,sedangkan harta akan habis suatu saat nanti

9.pemilik ilmu akan dijunjung tinggi dengan kualitas manusianya,sedangkan pemilik harta akan dijunjung tinggi dengan kualitas hartanya

10.ilmu itu akan menyinari pemiliknya,sehingga hatinya menjadi lembut.sedangkan harta akan membuat gelap mata pemiliknya,hati menjadi keras dan hidup tidak tenteram

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BERGEGAR ARASY ALLAH KETIKA SYAHIDNYA  

KENALI SAAD AS-SULAMI : 

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam. 

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami  meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.

Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah. 

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut,  Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,

Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar  seruan untuk berjihad ke medan peperangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya. 

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad as-Sulami   dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenazahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Kredit: Wan Mohd Sofian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KISAH IKAN MENCARI AIR  



Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dengan kita tiada,

Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” 
(Ibrahim, ayat 34)

#wanmohdsofian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Hati Tempat Pandangan Allah  


Apapun yang kita lakukan, tempat pandangan Allah terhadap kita ialah pada hati kita.

Dikatakan dalam hadis, Allah tidak menilai rupa lahir kita tetapi Allah menilai apa yang ada dalam hati kita.

Dikatakan dalam Al-Quran, di hari Akhirat, harta dan anak tidak berguna lagi melainkan orang yang datang membawa hati yang selamat.

Begitulah pentingnya hati ini.

Serba-serbi yang kita lakukan dinilai Allah tergantung pada hati.

Setiap amal itu dilihat daripada niat dan keikhlasan di hati.

Sembahyang yang kita lakukan, Allah hanya terima jika ada khusyuk di hati.

Begitu juga ibadah lainnya, begitu juga wirid zikir kita, hanya sanya dinilai Allah bila ada rasa-rasa di hati.

Malah disebut juga Nabi, bila baik hati, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat hati, jahatlah anggota badan.

Dan dosa hati lebih besar akibatnya daripada dosa lahir.

Jika hati ada riyak, jika hati ada sombong, jika hati ada hasad dengki, maka hati itu hanya layak duduknya di neraka.

Sebaliknya hati yang ada rasa hamba seperti rasa diri tidak layak dan rasa hina di hadapan Tuhan, juga hati yang kuat imannya, hati yang sabar, redha, tawakkal, syukur dan pemurah.

Hati seperti inilah yang mendapat pandangan Tuhan.

Jadi, apa erti semua ini?

Ia satu peringatan besar buat kita.

Agar sentiasa memeriksa dan menjaga hati.

Agar melebihkan soal hati daripada soal-soal lainnya.

Moga kita selamat di dunia dan di Akhirat nanti.

Al fakir ilallah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Baik Tuan  

"tak payah ulang-ulang. Tau la nak buat"

Baik Tuan!

Bakal Ahli Syurga
Bainati jannati

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sabar  


     
Suatu hari, Rasulullah SAW bertamu ke rumah Abu Bakar Ash-Shidiq. 
Ketika sedang bercengkrama dgn Rasulullah, tiba2 datang seorang Arab Badui menemui Abu Bakar dan langsung mencela Abu Bakar. 
Makian, kata2 kotor keluar dari mulut orang itu. 
Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. 
Ia melanjutkan perbincangannya dgn Rasulullah. 

Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum. 
Semakin marahlah orang Arab Badui tsb.
Untuk ke 3 kalinya, ia mencerca Abu Bakar dg makian yg lebih menyakitkan dari sebelumnya...
Selaku manusia biasa, akhirnya, dibalaslah makian orang Arab Badui tsb dg makian pula.
Maka terjadilah 'Perang Mulut'.

Seketika itu, Rasulullah beranjak dari tempat duduknya. 
Beliau meninggalkan Abu Bakar 'Tanpa Mengucapkan Salam'. 
Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar tersadar dan menjadi bingung. 

Dikejarnya Rasulullah yg sudah sampai di halaman rumahnya. 
Kemudian Abu Bakar berkata :
"Wahai Rasulullah, janganlah Engkau biarkan aku dalam kebingungan yg sangat dalam.
Jika aku berbuat kesalahan, tolong jelaskan kesalahanku..." 

Rasulullah menjawab, 
"Sewaktu ada seorang Arab Badui datang dg membawa kemarahan, memfitnahmu lalu mencelamu, kulihat engkau tenang, diam dan engkau tidak membalas. Aku bangga melihat engkau orang yg kuat mengahadapi tantangan, menghadapi fitnah, kuat menghadapi cacian. Dan aku tersenyum karena Ribuan MALAIKAT turun di sekelilingmu mendoakan dan memohonkan ampun untukmu, kepada ALLAH SWT." 

Begitu pun yg ke 2 kali, ketika ia mencela serta memfitnahmu dan engkau tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya. 
Oleh sebab itu, aku tersenyum. 

Namun... 
Ketika ke 3 kali, ia mencelamu dan engkau menanggapinya, dan engkau membalasnya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu. 
Hadirlah iblis di sisimu. 
Oleh karena itu, aku tidak ingin berdekatan dengan kamu.
Aku tidak ingin berdekatan dengan iblis , dan aku pun enggan memberi salam kepada iblis."

Setelah itu menangislah Abu Bakar...  

Sabar itu memang "sakit" dan "perih". 
Namun Allah mengasihi dan selalu menyertai orang yg SABAR. 

Allah Ta'ala berfirman :

' ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุงْ ุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุงْ ุจِุงู„ุตَّุจْุฑِ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงุฉِ 
ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู…َุนَ ุงู„ุตَّุงุจِุฑِูŠู†َ 

"Wahai orang-orang yang beriman... Minta tolonglah kepada Allah dengan 'SABAR' dan 'SHALAT'. 

Sesungguhnya Allah itu selalu menyertai orang2  yang "SABAR"(QS. Al-Baqarah, 2:153)

Bagi orang sabar maka PAHALA yg didapat adalah "TANPA BATAS...."

Di pintu Surga Malaikat menyambut orang2 yg sabar dg mengucapkan "SALAAMUN 'ALAIKUM BIMAA SHABARTUM..." 
(Semoga keselamatan selalu terlimpah untukmu karena kesabaranmu...) 

Semoga ALLAH SWT memasukkan kita kedalam golongan orang2 yg sabar...Aamiin

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


DIAM DAN BICARA  



 Alangkah indahnya DIAM,
bila BICARA dapat menyakiti orang lain.

Alangkah terhormatnya DIAM, 
bila BICARA hanya untuk merendahkan orang lain.

Alangkah bagusnya DIAM, 
bila BICARA hanya berakibat terhinanya orang lain.

Alangkah cerdiknya DIAM,
bila BICARA dapat menjerumuskan orang lain.

Alangkah bijaknya DIAM,
bila BICARA hanya untuk merugikan usaha orang lain.

AKAN TETAPI:
Betapa dahsyatnya 

BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan celakanya orang lain.

Betapa saktinya BICARA,
bila DIAM dapat menjadikan ruginya orang lain.

Betapa hebatnya BICARA,
bila DIAM dapat membuat tidak sedarnya kesalahan yang terus dilakukan orang lain. 

Betapa pentingnya BICARA,
bila DIAM dapat mengakibatkan semakin bodohnya orang lain.

MAKA BERHIKMAHLAH,
Apabila DIAM dan apabila BICARA, 

Keduanya sama sama dapat menimbulkan akibat.
Betapa TAJAMnya kata-kata kita, saat kita marah
dan..

Betapa TEDUHnya kata-kata kita, saat kita sedang senang hati.

Kerana Diam Adalah Emas. Berbicara  Adalah Mutiara,
Dan
Hikmah Lebih Berharga Daripada Permata๐Ÿ’š

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster