🌸TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI🌸

Kawan yang Pertama:
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia
sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam
Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah
kerana kebaikan yang banyak blh diperolehi.

Kawan kedua:
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu
dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia.
Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan
nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga:
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu &
nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam
bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang
disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang
macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.
Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang
boleh membawa kita kepada kehancuran.

Sahabat juga akan menarik kita ke syurga atau ke neraka. 

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI 
INSYA ALLAH KITA AKAN SELAMAT .

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah