_Nafkah Untuk Keluarga_  


*Hadith:*
Dari Aisyah r.a, dia berkata, Hindun binti 'Uthbah isteri Abu Sufyan menemui  Rasulullah SAW lalu berkata, Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut. Dia tidak pernah memberikan nafkah yang dapat mencukupi keperluanku dan anak-anakku, kecuali  bila  aku ambil hartanya tanpa pengetahuannya. Maka berdosakah jika aku melakukannya? 
Rasulullah SAW menjawab, _"Kamu boleh mengambil sekadar untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu"._

[Hadith Riwayat Bukhari]

*Huraian Hadith:*
Nafkah adalah wajib bagi suami atau ketua keluarga menyediakan kepada isteri dan anak-anaknya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan suami akan berdosa di sisi Allah SWT.

Pemberian nafkah bukan hanya sekadar memberikan wang ringgit sahaja. Tetapi ia sebenarnya wajib melengkapi keperluan asas untuk isteri, anak-anak dan keluarga seperti makanan, minuman, pakaian dan pelbagai keperluan asas penting yang lain mengikut kemampuan suami.

[Ringkasan _Sahih Bukhari, Juz 2, No. Hadith 2211, 1422 H:115_]

_*perkongsian ilmu daripada sahabat_

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ _Nafkah Untuk Keluarga_

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster