JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.  

Assalamualaikum

Teruslah melangkah, selagi dan selama mana engkau di jalan yang baik.
 
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang diri kamu kepada sesiapa pun, kerana yang menyukai kamu tidak perlu tahu pun tentang semua kebaikan yang pernah kamu lakukan.

Mereka yang membenci kamu pula, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri kamu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri. 

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa-Siapa..

Eratkan silaturrahim... 
Walaupun sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh...
Tetapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah pun padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “kebaikan", kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama...

Tetapi ketika kita melakukan “keburukan”, tidak ada kebaikan akan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR. 
 
Sentiasa ingat mati dan buatlah persiapan untuk kematian...

#KebaikanTanpNoktah 
#KitaSemuaHambaAllah

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster