cukup  

Apabila menyentuh soal wang dan labur, setiap diri mesti membuat persediaan dari sudut hati terlebih dahulu. 'Kecukupan' atau 'tidak cukup' itu sebenarnya bergantung kepada keadaan jiwa kita sebenarnya. 

Ada orang pakai kereta biasa pun dah rasa 'cukup', tapi sesetengah orang, pakai kereta yang sama, tapi rasa 'tak cukup', padahal dah mencukupi untuk bawa dia dari point A ke point B dengan selamat.

Jadi sebenarnya di mana 'cukup' dan 'tak cukup' itu?  Berbeza pula di antara rasa 'cukup' dengan terus berusaha untuk maju ke hadapan. 

Rasa 'cukup' bukan ertinya memberhentikan diri dari terus berusaha dan maju kehadapan tetapi merungkaikan hati dari menjadi hamba harta sama ada harta itu banyak atau sedikit. Biar harta menjadi 'pekerja' dan bukannya 'tuan' yang menentukan direction hidup. 

Itu antara ciri barakah sebenarnya. Barakah inilah yang perlu kita raih untuk buat perancangan kewangan khususnya bagi umat Islam.

#DrZaharuddinAbdRahman

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ cukup

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster