Cikgu Makhluk paling degil  


~ GURU MAKLUK PALING DEGIL~

Degil. Sungguh. Degil sungguh makhluk bergelar guru ini. Masakan tidak, kecaman dan cemuhan silih berganti, tapi masih setia memegang kapur pendek itu. Biar seluar baju kotor dengan habuk, dia tidak peduli. Dia memang degil.

Itu tiada apa jika nak dibandingkan dengan serangan bertali arus secara terus. Ada yang datang mengejut, menyerang guru di sekolah. Tengah menyusun murid, ditendang dari belakang. Ditumbuk pula bertalu-talu. Tapi dia degil. Esoknya dia ke sekolah lagi. Anak si kaki pukul masih diajar dengan senyuman. Dengan penuh sabar tanpa dendam.

Ada yang datang menunjukkan kuasa. Dibawa pangkat Dato' untuk mengugut. Dicerita kenal orang berkuasa itu ini. Kalau buat anaknya lagi, dia akan ambil tindakan. Ditukar dalam 24 jam. Itu ugutannya. Tapi guru itu makhluk degil. Anak si pengugut itu jatuh luka, guru itu juga yang bergegas mengangkat. Membalut luka, menghantar ke hospital, malah mengelap airmata. Sedang bapanya semalam datang mengugut. Tapi dia makhluk degil.

Guru itu, namanya naik ke balai polis. Akan didakwa ke mahkamah kerana merotan muridnya. Dia ingin mendidik sahaja. Tapi apakan daya, dendam orang dewasa lebih mendalam. Katanya guru itu perlu menerima hukuman.

Tapi guru itu degil sungguh. Tidak dihirau nama yang kian membusuk. Bila muridnya jatuh pengsan sewaktu perhimpunan, guru itu dulu tampil kedepan. Memangku, mengibas, cemas sekali dia. Risau muridnya hilang nyawa. Sedang bapanya, baru kelmarin melaporkan nama guru itu di balai polis. Tidak dihirau semua itu.

Guru itu pernah berkali-kali menyesal. Mengejar pelajarnya yang ponteng hingga seluarnya koyak. Hingga dia jatuh terlentang. Pernah kesal kerana merotan murid nakal, sehingga keretanya dicalar, angin pula dibuang. Kadangkala, cermin keretanya juga dipecahkan, oleh remaja nakal anak didik dia.

Dia pernah menyesal. Pernah berjanji tidak lagi akan ambil tahu. Serik kononnya.

Tapi dia guru. Dia makhluk paling degil. Sesalnya hanya seketika sahaja. Saat anak didiknya ponteng, dia kejar lagi. Saat anak didiknya nakal, dia masih menghayun merotan. Dia nak anak didiknya berjaya. Berjaya menjadi seorang manusia sekurang-kurangnya. 

Tidak diendahkan akibat yang dia bakal terima nanti. Dia sayang sungguh anak didiknya. Risau mereka rosak. Risau mereka menjadi tidak berakhlak. Risau menjadi sampah masyarakat.

Dia akan terus degil. Semuanya kerana cinta. Cinta pada pekerjaannya. Cinta pada muridnya. Bukalah mata. Bukalah mata masyarakat diluar sana.

Masih adakah ibubapa dan masyarakat yang masih mahu menyokong? Saat guru pula bakal dihukum? 

Terima kasih aku ucapkan pada guru-guru aku yang dulunya begitu degil. Kini aku pula ditempatmu. Menjadi guru yang degil.

Guru, makhluk paling degil.

#Aku seorang guru..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kembali  

Ya Allah. Aku ingin kembali kepadamu..

Usiaku mKin bertambah...
Tanda-tanda tuaku makin kelihatan...
Aku Harap semakin bertambah usia, semakin rapat hubungan kita...
Aku takut berterusan begini...
Tolonglah aku Ya Allah...
Segalanya ditanganmu...
Selamatkanlah Aku dan keluargaku...
Pandu dan pimpinlah hati-hati ini..
Aamiiin

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Gaji Vs Rezeki  

Guru yang paling bertaKwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda : " Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan*
 
RISALAH TAUHID 
SYAHADAH

Jangan hanya memohon diberi kemudahan, tapi mintalah juga agar kita diberikan kekuatan dan ketabahan bagi menghadapi segalanya.

Jangan hanya memohon diberi rezeki yang banyak tapi mintalah juga agar diberikan keberkatan di dalamnya.

Syukur Alhamdulilla

GAJI DAN REZEKI*

*Gaji itu ada slipnya*
*Rezeki tdk ada slip*

*Gaji itu dari Boss*
*Rezeki itu dari ALLAH*

*Gaji itu hanya wang*
*Rezeki boleh berupa banyak hal.*

*Gaji itu diperoleh dg kerja.*
*Rezeki itu diperoleh dg iman.*

*Gaji itu sudah diduga,*
*Rezeki itu sering tak terduga.*

*Gaji mungkin sudah besar, tapi terasa kurang*
*Rezeki itu selalu mencukupi, meski tak seberapa..*

*Gaji harus dikejar, dicari dan diusahakan dgn bekerja.*
*Namun Rezeki boleh datang  bagi org yg percaya.*
 
*Tidak semua orang memiliki gaji,* *tetapi setiap orang memiliki Rezeki.*

*Gaji kemungkinan tertukar dengan lain orang,* *tetapi Rezeki tdk akan pernah bertukar.*

*Besarnya gaji ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan,* *sementara besaran Rezeki ditentukan iman dan percaya kita pd ALLAH .*

*So, jangan pernah cemas, khuatir, resah, dan gundah terhadap nasib yg akan datang,* *terlebih jgn pernah merasa susah dan sedih terhadap yg luput dari masa lalu.* 
*Yakinlah bhw rencana dan kuasa ALLAH tepat dan indah  pd saatnya.*  

*Jadi...... gaji itu hanya* *sebagian kecil dari Rezeki.*

Betapa rapatnya kita dengan orang, kita akan berpisah juga tapi rapatnya kita dengan al-Quran ia akan tetap kekal bersama di kubur hingga ke Syurga."

 Hati bilamana tenang bermakna seseorang telah dipandang oleh ALLAH , bilamana hati tidak tenang bermakna seseorang tersebut telah dimurkai oleh ALLAH ” 

Hati yang tenang terzahir daripada solat, solat yang baik , solat yang penuh kecintaan dan khusyuk pada ALLAH... Itulah solat orang-orang yang disayangi oleh ALLAH , dan ALLAH akan mempermudahkan kehidupannya di dunia dan di akhirat..

*Hebatnya air*

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air.. 
............
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan jua di akhirat kelak..
Berkata ulama,
 "Setiap nikmat yang tidak mendekatkan diri kepada Allah adalah musibah."

Sekarang lihat smartphone anda. Kemudian tanyalah diri sendiri adakah nikmat smartphone yang Allah berikan itu digunakan untuk mendekatkan diri kepadaNya atau lebih banyak digunakan untuk bermaksiat kepadaNya?

Beza orang yang solat dan yang jaga solat bagai langit dan bumi.

Orang yang solat mungkin lalai.
Lalai dengan melewatkan solat, menjemput murka Tuhan.

Orang yang jaga solat bersedia bertemu Pencipta.
Bersedia dengan solat di awal waktu, menjemput rahmat Tuhan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rezeki cukup?  

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
 ๐ŸŒท..๐ŸŒท..
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
๐ŸŒบ๐ŸŒป๐ŸŒบ๐ŸŒป

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
..๐ŸŒด..๐ŸŒด

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
๐ŸŒธ..๐ŸŒธ..

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
๐ŸŒท๐Ÿ’๐ŸŒท๐Ÿ’

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
๐Ÿ๐ŸŒบ๐Ÿ๐ŸŒบ

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
☀☁☀☀☁☀

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆ ุนู„ู‰ ุงู„ ู…ุญู…ุฏ .. ...

Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. 

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

ใ…ค  ใ…ค  ❤ใ…ค  ❤    ❤
ใ…ค♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥ 
ใ…ค♥    Allahuakbar   ♥
ใ…ค ใ…ค  ❤ ใ…ค  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sebuku roti  

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya. 

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. 

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. 

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. 

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. 

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. 
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. 

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. 

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi .. 

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. 
- Bersyukur walaupun sedikit. 
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. 
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. 
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. 
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


_Nafkah Untuk Keluarga_  


*Hadith:*
Dari Aisyah r.a, dia berkata, Hindun binti 'Uthbah isteri Abu Sufyan menemui  Rasulullah SAW lalu berkata, Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut. Dia tidak pernah memberikan nafkah yang dapat mencukupi keperluanku dan anak-anakku, kecuali  bila  aku ambil hartanya tanpa pengetahuannya. Maka berdosakah jika aku melakukannya? 
Rasulullah SAW menjawab, _"Kamu boleh mengambil sekadar untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu"._

[Hadith Riwayat Bukhari]

*Huraian Hadith:*
Nafkah adalah wajib bagi suami atau ketua keluarga menyediakan kepada isteri dan anak-anaknya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan suami akan berdosa di sisi Allah SWT.

Pemberian nafkah bukan hanya sekadar memberikan wang ringgit sahaja. Tetapi ia sebenarnya wajib melengkapi keperluan asas untuk isteri, anak-anak dan keluarga seperti makanan, minuman, pakaian dan pelbagai keperluan asas penting yang lain mengikut kemampuan suami.

[Ringkasan _Sahih Bukhari, Juz 2, No. Hadith 2211, 1422 H:115_]

_*perkongsian ilmu daripada sahabat_

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


iman  

Assalamualaikum 

Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tapi harus sedar diri. Tak cukup inci.
Satu peristiwa yang membuatkan saya begitu kagum dengan seorang brader yang saya temui di surau KLIA.
Dalam salah satu harinya, saya solat di surau tersebut.
Kemudian saya berselisih dengan seorang brader yang keluar dari surau dengan memakai kopiah.
Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau.
Namun, ketika saya pergi ke rak buku di surau tersebut, saya terlihat tergantungnya beberapa kopiah yang seakan2 menyamai kopiah yang dipakai brader sebentar tadi.
Dalam hati saya terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...
Namun, saya cuba perbetulkan sangkaan saya. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.
Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika saya di KLIA untuk menyambut sedara pulang dari umrah, saya dipertemukan sekali lagi dengan brader berkopiah yang sama dengan brader kelmarinnya.
Saya tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan.
Yang pasti saya bukan ahli "dua alam".
Saya terus menyapa beliau.
"Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?"
Jawab beliau, "Saya tinggal di Batang Kali Selangor. Saya datang sini sebab kelmarin saya terlupa. Bila saya solat, saya pakai kopiah surau. Lepastu terlupa nak pulangkan semula. Sebab tu saya datang sini nak pulangkan semula"...
Terkejut biawak saya dibuatnya.
Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA.
Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps.
Dahlah brader tu datang semula ke KLIA naik motor sahaja.
Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer untuk sekadar memulangkan kopiah cabuk yang diambil tanpa sedar.
Inilah contoh brader yang beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.
Benarlah orang yang beriman ia tak pernah tergugat untuk mengambil harta yang haram.
Walau pun ia bernilai 10 sen sekali pun
Itulah perbandingan orang yang beriman.
Kerana persoalan halal dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yang bukan haknya, walau sebesar kopiah sekalipun.
Berbanding orang yang jauh dari keimanan.
"Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yang diambil haknya orang lain bernilai jutaan ringgit sekalipun"
Ya Allah, jadikan kami insan yang warak..
Insan yang 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan.๐Ÿ’š

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*๐ŸŒบ T a r b i a h D i r i ✅*  


๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž๐Ÿ’Ž

 *_๐Ÿ˜ก“Mencaci maki_* orang lain dgn kata² kotor, tidak membuat org menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri.
Sebab kata² kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita.
Hanya hati dan fikiran yg kotor mengeluarkan kata² yg kotor.

*_๐Ÿ˜คMenghina_* orang tidak membuat org terhina melainkan membuat hina diri sendiri. Sebab hanya hati dan fikiran yg hina akan mengeluarkan kata² dan perilaku menghina.

*๐Ÿ˜ŠMenghormati* orang dgn kata² kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang. 
Sebab hanya hati yg penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata² kasih.

*๐Ÿ™‚Menguatkan* orang dgn kata² bijak akan membuat diri anda menjadi kuat dan fikiran anda bijak sebab hanya fikiran yg bijak akan melahirkan kata² bijak.

*๐Ÿ˜ŠMembahagiakan* orang dgn kata² berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan jiwa anda penuh harapan.
Sebab hanya jiwa yg penuh harapan dpt menyampaikan kata² penuh harapan.

*☝Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan, atau akan membentuk siapa diri kita”.๐Ÿ‘๐ŸŒบ*

*Apa yg kita berikan, itulah yg kita miliki dan selanjutnya itu pula  yg akan kita terima.*
           *INSAFLAH WAHAI*
               *DIRI.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


3 perkara  

"Kehebatan seseorang terdapat pada 3 perkara :

1. Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu bercukupan kerana kamu tidak pernah meminta.

2. Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang mengiramu merasa ridha.

3. Kemampuanmu menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengiramu selalu senang."

๐Ÿ‚๐ŸƒImam Asy-Syafi'e ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰๐Ÿ‚๐Ÿƒ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


"Kitaran Kehidupan".  



๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Berjaya" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.


๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri mampu melakukan apa saja.


๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.


๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.


๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Sakit" kita baru sedar bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.


๐Ÿ‘‰Manakala bila "Miskin" kita baru sedar manusia harus banyak memberi/ menderma dan saling membantu.


๐Ÿ‘‰Masuk "Usia Tua" kita baru sedar bahawa masih banyak yang belum dikerjakan.


๐Ÿ‘‰Saat "di Ambang Ajal" kita baru sedar ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia begitu saja.


๐Ÿ‘‰Hidup tidaklah lama. Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP INI LEBIH BERHARGA:


๐Ÿ‘‰Saling menghargai,

Saling membantu, 

Saling memberi,

Saling mendukung.


๐Ÿ‘‰Jadilah teman setia tanpa syarat ...Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...


๐Ÿ‘‰Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.


๐Ÿ‘‰Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.


๐Ÿ‘‰Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.


๐Ÿ‘‰ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.


๐Ÿ‘‰Tapi ketahuilah bahwa ALLAH SWT selalu memberi Pelangi di setiap badai, Senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan Jawapan di setiap doa......Berdoa dan terus berdoa.


๐Ÿ‘‰Jangan pernah menyerah. Terus berjuanglah. Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.


๐Ÿ‘‰Indahnya hidup ini bukan karena banyak orang mengenali kita, tapi berapa banyak orang yang bahagia mengenali kita.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


PERUMPAMAAN SAHABAT  



1) Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah,  macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi . (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian..

2) Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik..

3) Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau tidak ada, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari walau sedikit..

4) Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin...Muncul sesekali tapi impak bermakna.

5) Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu, sayur itu sangat elok untuk kesihatan kita..

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting.. 

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah Sahabat-sahabat mu'minmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat”.

Imam syafi'i berkata
“Jika engkau punya sahabat yg selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah.. maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya sangat mudah sekali”

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Oh My Jawi  


Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.'
"ู…ุชฺคู†ฺ†ุฑูŠู†"

2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. "ูƒู„ุฏูŠ"

3. Di sebuah mesjid di Perak, "...maka 'birobbikum' itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'...". Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'berbekam'. "ุจุฑุจูƒู…"

4. Di sebuah mesjid di Kelantan, "...sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam 'katikuri' orang2 yg tidak bersyukur...". Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'kategori'."ูƒุงุชูŠูƒูˆุฑูŠ"

5. Di sebuah mesjid di Terengganu, "... maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan 'fainnahu'." Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'panah'. "ูุงู†ู‡"

6. Di sebuah mesjid di Perlis, "...dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah 'kemetod'...". Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'komited'. "ูƒู…ูŠุชุฏ"

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib...

7.Di sebuah mesjid di Pahang, "...maka hendaklah kita berada di atas 'bom' ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari "bom".setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya'bumi'."ุจูˆู…"

8.Di sebuah mesjid di perak,
"...terdapat banyak 'paku lantai' yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya 'fakulti' "ูุงูƒูˆู„ุชูŠ''

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


HUKUM MINUM SAMBIL BERDIRI*  


http://www.wongsantun.com/2015/09/minum-sambil-berdiri.html?m=1

Hadits-hadits yang berkenaan dengan soal minum sambil berdiri ini, terdapat dua versi. Ada yang membolehkan ada pula yang melarangnya.

            Diantara hadits yang membolehkan adalah :

ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุฒَّุงู„ِ ู‚َุงู„َ ุฃَุชَู‰ ุนَู„ِู‰ٌّ ุจَุงุจَ ุงู„ุฑَّุญَุจَุฉِ ، ูَุดَุฑِุจَ ู‚َุงุฆِู…ًุง ูَู‚َุงู„َ ุฅِู†ِّู‰ ุฑَุฃَูŠْุชُ ุงู„ู†َّุจِู‰َّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَุนَู„َ ูƒَู…َุง ุฑَุฃَูŠْุชُู…ُูˆู†ِู‰ ูَุนَู„ْุชُ

Dari An-Nazzal bin Sabrah, ia berkata : Saidina Ali mendatangi Babur Rabahah (di Kufah), lalu beliau minum sambil berdiri dan berkata : Sungguh aku telah melihat Nabi saw berbuat sebagaimana kalian telah melihatku berbuat ( H. R. Bukhari no 5615).

ุนَู†ِ ุงุจْู†ِ ุนَุจَّุงุณٍ ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุดَุฑِุจَ ู…ِู†ْ ุฒَู…ْุฒَู…َ ูˆَู‡ُูˆَ ู‚َุงุฆِู…ٌ.

Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah saw minum air zam-zam sambil berdiri (H. R. Muslim no. 5401)

ุนَู†ِ ุงุจْู†ِ ุนُู…َุฑَ ู‚َุงู„َ ูƒُู†َّุง ู†َุฃْูƒُู„ُ ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูˆَู†َุญْู†ُ ู†َู…ْุดِู‰ ูˆَู†َุดْุฑَุจُ ูˆَู†َุญْู†ُ ู‚ِูŠَุงู…ٌ.

Dari Ibnu Umar, beliau berkata : Kami (para sahabat) pada masa Rasulullah saw makan sambil berjalan kaki dan minum sambil berdiri. (H. R. Tirmidzi no. 2000 dan Ibnu Majah no. 3426)

            Dan hadits-hadits yang melarang minum sambil berdiri antara lain adalah :

ุนَู†ْ ุฃَุจِู‰ ุณَุนِูŠْุฏٍ ุงู„ْุฎُุฏْุฑِู‰ِّ ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู†َู‡َู‰ ุนَู†ِ ุงู„ุดُّุฑْุจِ ู‚َุงุฆِู…ًุง.

Dari Abi sa'id Al-Khudri, bahwasanya Rasulullah saw telah melarang minum sambil berdiri. (H. R. Muslim no. 5397 dan Ibnu Majah no. 3550)

ุฃَู†َّู‡ُ ุณَู…ِุนَ ุฃَุจَุง ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆْู„ُ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„ุงَ ูŠَุดْุฑَุจَู†َّ ุฃَุญَุฏٌ ู…ِู†ْูƒُู…ْ ู‚َุงุฆِู…ًุง ูَู…َู†ْ ู†َุณِู‰َ ูَู„ْูŠَุณْุชَู‚ِุฆْ

Bahwasanya ia mendengan Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda : Janganlah sekali-kali di antara kalian minum sambil berdiri. Barang siapa yang terlupa, maka muntahkanlah. (H. R. Muslim no. 5398)

ุนَู†ْ ู‚َุชَุงุฏَุฉَ ุนَู†ْ ุฃَู†َุณٍ ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุจِู‰ِّ  ุฃَู†َّู‡ُ ู†َู‡َู‰ ุฃَู†ْ ูŠَุดْุฑَุจَ ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ู‚َุงุฆِู…ًุง. ู‚َุงู„َ ู‚َุชَุงุฏَุฉُ ูَู‚ُู„ْู†َุง ูَุงู„ْุฃَูƒْู„ُ ูَู‚َุงู„َ ุฐَุงูƒَ ุฃَุดَุฑُّ ุฃَูˆْ ุฃَุฎْุจَุซُ

Dari Qatadah, dari Anas, dari Nabi saw bahwasanya beliau telah melarang seseorang minum sambil berdiri. Qatadah berkata, lalu kami bertanya : Bagaimana kalau makan sambil berdiri? Anas bin Malik menjawab : Itu lebih jelek atau lebih buruk. (H. R. Muslim no. 5393).

            Karena hadits-hadits Nabi saw tersebut terdapat dua versi, yang kelihatannya antara yang satu dengan yang lain kontradiksi, ada sebagian ulama yang memandang rumit dalam memahaminya.

            Akan tetapi menurut Imam Nawawi (salah seorang pakar hadits) sebenarnya hadits-hadits itu tidaklah kontradiksi antara yang satu dengan yang lainnya, dan tidak pula rumit untuk dipahami. Lebih lanjut beliau berkata :

ุงِุนْู„َู…ْ ุฃَู†َّ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ْุฃَุญَุงุฏِูŠุซ ุฃَุดْูƒَู„َ ู…َุนْู†َุงู‡َุง ุนَู„َู‰ ุจَุนْุถ ุงู„ْุนُู„َู…َุงุก ุญَุชَّู‰ ู‚َุงู„َ ูِูŠู‡َุง ุฃَู‚ْูˆَุงู„ًุง ุจَุงุทِู„َุฉ ، ูˆَุฒَุงุฏَ ุญَุชَّู‰ ุชَุฌَุงุณَุฑَ ูˆَุฑَุงู…َ ุฃَู†ْ ูŠُุถَุนِّู ุจَุนْุถู‡َุง ، ูˆَุงุฏَّุนَู‰ ูِูŠู‡َุง ุฏَุนَุงูˆِูŠ ุจَุงุทِู„َุฉ ู„َุง ุบَุฑَุถ ู„َู†َุง ูِูŠ ุฐِูƒْุฑู‡َุง ، ูˆَู„َุง ูˆَุฌْู‡ ู„ِุฅِุดَุงุนَุฉِ ุงู„ْุฃَุจَุงุทِูŠู„ ูˆَุงู„ْุบَู„َุทَุงุช ูِูŠ ุชَูْุณِูŠุฑ ุงู„ุณُّู†َู† ، ุจَู„ْ ู†َุฐْูƒُุฑ ุงู„ุตَّูˆَุงุจ ، ูˆَูŠُุดَุงุฑ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุชَّุญْุฐِูŠุฑ ู…ِู†ْ ุงู„ِุงุบْุชِุฑَุงุฑ ุจِู…َุง ุฎَุงู„َูَู‡ُ ، ูˆَู„َูŠْุณَ ูِูŠ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ْุฃَุญَุงุฏِูŠุซ ุจِุญَู…ْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ ุชَุนَุงู„َู‰ ุฅِุดْูƒَุงู„ ، ูˆَู„َุง ูِูŠู‡َุง ุถَุนْู ، ุจَู„ْ ูƒُู„ّู‡َุง ุตَุญِูŠุญَุฉ ، ูˆَุงู„ุตَّูˆَุงุจ ูِูŠู‡َุง ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّู‡ْูŠ ูِูŠู‡َุง ู…َุญْู…ُูˆู„ ุนَู„َู‰ ูƒَุฑَุงู‡َุฉ ุงู„ุชَّู†ْุฒِูŠู‡ . ูˆَุฃَู…َّุง ุดُุฑْุจู‡ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงุฆِู…ًุง ูَุจَูŠَุงู† ู„ِู„ْุฌَูˆَุงุฒِ ، ูَู„َุง ุฅِุดْูƒَุงู„ ูˆَู„َุง ุชَุนَุงุฑُุถ ، ูˆَู‡َุฐَุง ุงู„َّุฐِูŠ ุฐَูƒَุฑْู†َุงู‡ُ ูŠَุชَุนَูŠَّู† ุงู„ْู…َุตِูŠุฑ ุฅِู„َูŠْู‡ِ

Ketahuilah, bahwasanya hadits-hsdits ini telah dipandang rukit maknanya oleh sebagian ulama sehingga ia berkata ketika menerangkan dengan perkataan-perkataan yang keliru dan membuat tambahan-tambahan sehingga berani melemahkan sebagian dari hadits-hadits itu dan tidak mau memperdulikannya lagi. Sebenarnya hadits-hadits itu tidak rumit untuk dipahami, dan hadits-hadits itu tidak ada yang lemah (dha'if), namun semuanya sahih. Yang benar dalam memahami hadits-hadits itu adalah, bahwasanya larangan yang terdapat dalam hadits-hadits itu dipertangguhkan atas mahruh tanzih, sedangkan minumnya Nabi saw sambil berdiri untuk menjelaskan kepada umatnya bahwa minum sambil berdiri itu hukumnya boleh. Dengan demikian, tidaklah rumit memahaminya, dan tidak ada pula kontradiksi antara hadits yang satu dengan yang lainnya. Apa yang kami tuturkan ini semestinyalah dijadikan pegangan. (Kitab Syarah Shahih Muslim, juz XIII, halaman 195).

            Ringkasnya,minum sambil berdiri itu hukumnya boleh, namun sebaiknya dilakukan sambil duduk.

            Imam Nawawi dalam kitabnya ketika menuliskan hadits-hadits yang berkaitan dengan etika minum, membuat judul bab sabagai berikut :

ุจَุงุจُ ุจَูŠَุงู†ِ ุฌَูˆَุงุฒِ ุงู„ุดُّุฑْุจِ ู‚َุงุฆِู…ًุง ูˆَุจَูŠَุงู†ِ ุฃَู†َّ ุงْู„ุฃَูƒْู…َู„َ ูˆَุงْู„ุฃَูْุถَู„َ ุงู„ุดُّุฑْุจُ ู‚َุงุฆِุฏًุง

Bab ini menerangkan bolehnya minum sambil berdiri dan menerangkan pula bahwasanya lebih sempurna dan lebih utamanya minum sambil duduk. (Kitab Riyadush Shalihin, halaman 361)

            Bahkan Imam Waliyullah Ad-Dahlawi,mengungkapkan sebagai berikut :

(ู‚ُู„ْุชُ) ุนَู„َูŠْู‡ِ ุฃَูƒْุซَุฑُ ุฃَู‡ْู„ِ ุงْู„ุนِู„ْู…ِ، ุฑَุฃَูˆْุง ู†َู‡ْูŠِ ุงู„ู†َّุจِู‰ِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุนَู†ِ ุงู„ุดُّุฑْุจِ ู‚َุงุฆِู…ًุง ู†َู‡ْูŠِ ุฃَุฏَุจٍ ูˆَุฅِุฑْูَุงู‚ٍ، ู„ِูŠَูƒُูˆْู†َ ุชَู†َุงูˆُู„ُู‡ُ ุนَู„َู‰ ุณُูƒُูˆْู†ٍ ูˆََุทْู…َุฃْู†ِูŠْู†َุฉٍ ูَูŠَูƒُูˆْู†ُ ุฃَุจْุนَุฏَ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْ ูŠَูƒُูˆْู†َ ู…ِู†ْู‡ُ ูَุณَุงุฏٌ

Saya berkata : Pendapat bolehnya minum sambil berdiri itu adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama. Mereka memandang larangan Nabi saw mengenai minum sambil berdiri itu adalah larangan yang berkenaan dengan etika dan sopan santun agar minumnya ada dalam keadaan tenang, sehingga akan terhindar dari hal-hal yang tidak diinginkan. (Kitab Al-Musawwa, juz II, halaman 390)

            Dengan demikian, pendapat yang mengatakan minum sambil berdiri itu hukumnya haram adalah pendapat yang tidak benar mernurut syara'.

LEBIH BERMANFAAT BILA DISHARE KEPADA YANG LAIN

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


cukup  

Apabila menyentuh soal wang dan labur, setiap diri mesti membuat persediaan dari sudut hati terlebih dahulu. 'Kecukupan' atau 'tidak cukup' itu sebenarnya bergantung kepada keadaan jiwa kita sebenarnya. 

Ada orang pakai kereta biasa pun dah rasa 'cukup', tapi sesetengah orang, pakai kereta yang sama, tapi rasa 'tak cukup', padahal dah mencukupi untuk bawa dia dari point A ke point B dengan selamat.

Jadi sebenarnya di mana 'cukup' dan 'tak cukup' itu?  Berbeza pula di antara rasa 'cukup' dengan terus berusaha untuk maju ke hadapan. 

Rasa 'cukup' bukan ertinya memberhentikan diri dari terus berusaha dan maju kehadapan tetapi merungkaikan hati dari menjadi hamba harta sama ada harta itu banyak atau sedikit. Biar harta menjadi 'pekerja' dan bukannya 'tuan' yang menentukan direction hidup. 

Itu antara ciri barakah sebenarnya. Barakah inilah yang perlu kita raih untuk buat perancangan kewangan khususnya bagi umat Islam.

#DrZaharuddinAbdRahman

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


al waqiah  

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisness

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.
.
.
.
.
.
Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik, 

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni! 

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah. 

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus. 

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga! 

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang. 

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali. 

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain! 

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI. 

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang. 

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing. 

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu. 

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


al waqiah  

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisness

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.
.
.
.
.
.
Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik, 

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni! 

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah. 

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus. 

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga! 

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang. 

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali. 

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain! 

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI. 

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang. 

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing. 

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu. 

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kod panduan Lemak babi  


TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA
      
*Amaran oleh Kerajaan Malaysia berhati-hati sebelum makan*

Dr Safurah Hj. Jaafar,
_Principal Assistant Directory Ministry Of Health, Malaysia_

Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)

*E100          *E110          *E120          *E140          *E141          *E153          *E210          *E213          *E214          *E216          *E234          *E252          *E270          *E280          *E325          *E326          *E327          *E334          *E335          *E336          *E337          *E422          *E430          *E431          *E432          *E433          *E434          *E435          *E436          *E440          *E470          *E471          *E472          *E473          *E474          *E475          *E476          *E477          *E478          *E140          *E481          *E482          *E483          *E491          *E492          *E493          *E494          *E495          *E542          *E570          *E572          *E631          *E635          *E904*       

Babi sudah jelas haramnya. Risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya KL, Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa UTM, UUM, USM, UIA, UM, UKM & CAP.

Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk2 berikut di pasaran iaitu:

๐Ÿ”น Shampoo dan facial *DOVE*
๐Ÿ”น Potato chips *PRINGLES*
๐Ÿ”น Lychee *NARCISSUS*

*KESEMUA PRODUK DI ATAS MENGANDUNGI LEMAK BABI*

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.          
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yang lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/          

_Sekian wassalam_

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRD SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU  



Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.

1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.

2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.

3)Angkat tangan pada masa i'tidal.

4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.

Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.

Jangan lupa untuk membaca "Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."

Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.

Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca "Allahumma Ajirni Minan Naar."

Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.

Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.

Kemudian ketika nak dibaca "Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya 'Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta'aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam."

Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.

Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis "Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga kecuali mati."

Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.

Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.

Kemudian dibaca "Allahu Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."

Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ๏ทบ.

Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah? Bila dah diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak?

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

FB: The Capal

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Jangan sedih  

Ada orang sedih..๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.

Saya je kena ziarah mereka. 
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mai saya bagi tau. 

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat. 

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ jealous. 

So biarkan orang yang x mau menyambung silaturahim. 

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi. 

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturahim.  

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Muhasabah seorg insan dhaif ๐ŸŽฏ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kisah rezeki  

Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je. 

Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya. 

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. 
Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. 

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. 

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. 

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. 

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan. 

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ. 
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. 

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. 

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi .. 

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.  

Assalamualaikum

Teruslah melangkah, selagi dan selama mana engkau di jalan yang baik.
 
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang diri kamu kepada sesiapa pun, kerana yang menyukai kamu tidak perlu tahu pun tentang semua kebaikan yang pernah kamu lakukan.

Mereka yang membenci kamu pula, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri kamu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa mahu memperbaiki diri. 

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa-Siapa..

Eratkan silaturrahim... 
Walaupun sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh...
Tetapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah pun padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “kebaikan", kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama...

Tetapi ketika kita melakukan “keburukan”, tidak ada kebaikan akan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR. 
 
Sentiasa ingat mati dan buatlah persiapan untuk kematian...

#KebaikanTanpNoktah 
#KitaSemuaHambaAllah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kisah hidayahNya  


"Ouch!"

 

Kakiku terpijak kaca. 

 

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 


Kecil saja. Tapi berdarah juga.

 

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

  

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

 

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

 

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

 

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

 

Kau nak dengar?"

 

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

 

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

 

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

 

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

 

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

 

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 

 

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

 

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

 

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 

 

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

 

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

 

Bila Allah sayang seseorang ha

mba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

 

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..        

 

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

 

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 

 

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

 

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

 

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

 

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

 

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

 

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..

 

Aku tunduk mengalah.

 

Malu semalu. Malunya ..


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


dakwah utk apa?  

*_NASIHAT UNTUK DIRIKU_*

_Kita berdakwah *BUKAN* kerana nak naik nama jd glomer.._

_Kita berdakwah *BUKAN* kerana nak cari pengikut yg ramai.._

*_Kita berdakwah hanya KERANA inginkan silaturrahim ini meluas, sebagai lambang kemesraan agama dgn ukhwah yg terjalin sesama kita.._*

_Sesuatu yg baik itu telah pun di rancang dgn sempurna olehNYA.. Dan kita sebagai HAMBA hanya menjalankan  tanggungjawab yg sedia ada.._

_Carilah redho ALLAH di setiap perjalanan Hidupmu, Bukan redho MANUSIA yg hanya akan membinasakan dirimu.._

_Sentiasalah Muhasabah Diri Dalam Mencari Erti Sebuah Kehidupan Yang Di Berkati.. Insya-Allah.._

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!!  

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

2. Mereka tidak bertangguh.

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...

5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

6. Mereka bina networking yang bagus.

7. Mereka konsisten & tak mudah putus asa. 

8. Mereka ini pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.

9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.

Tahniah anda telah habis membacanya, anda adalah insan-insan HEBAT!!
Semoga anda sukses dunia akhirat...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Allah ada  


Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. 
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama. 
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. 
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga. 

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. 
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan 
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting. 

Pendek kata, ALLAH ADA. Jangan takut.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


PESAN IBU TENTANG AYAH:*  

*
*Anakku…*

*Memang ayah tak mengandungmu...*
*Tapi, Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.*

*Memang ayah tak melahirkanmu...*
*Tapi,*
*Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.*

*Memang ayah tak menyusuimu...*
*Tapi, Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.*

*Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...*
*Tapi, Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.*

*Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...*
*Kerana, Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa.*

*Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...*
*Kerana, Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.*

*Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.*

*Ibu hanya ingin kau tahu...*

*Bahawa, Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.*

*Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.*

*Maka, hormati dan sayangi ayahmu. Kerana, ibu adalah tulang rusuknya.*

*Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.*

*Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhanku,Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.*
*Bahagiakan lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".*

*Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk... Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita.*

*Itulah Pengorbanan Seorang Ayah... Apakah Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?*

*Percayalah... Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita... Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat...*

*Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??*

*JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata2 , cukup dengan menghargainya...*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


๐ŸŒธPERMATA ALQURAN  


S 1: Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun dan Surah An-Nasr.

S 2 : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas.

S 3 : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk.

S 4 : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J : Surah al-Khafi.

S 5 : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255.

S 6: Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
J : Surah al-Fatihah, 7 ayat.

S 8: Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8).

S 9 : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S 10: Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
J : ูˆู„ูŠุชู„ุทู Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S 11 : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Solat Fardhu dpt mengantarkannya ke  syurga ?
J : Ayat Kursi.

S 12: Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
J : Ayat ูุจุฃูŠ ุขู„ุงุก ุฑุจูƒู…ุง ุชูƒุฐุจุงู†ِ ) pada Surah al-Rahman.

S 13 : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan dlm surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? 
J : Ayat ( ูˆูŠู„ ูŠูˆู…ุฆุฐ ู„ู„ู…ูƒุฐุจูŠู† ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

S 14: Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran ? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah...

Sila "Share" dgn kwn2 dan anak cucu. Moga2 mereka dpt sama2 beramal dgnnya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


HARI AKHIRAT: KUBUR  


Telah perginya orang dahulu dan kelak kita akan bersama mereka. Tetapi adakah bahagia atau duka?

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikkan, sebagai ujian yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan." (Surah anbiya:35)

"Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: 'wahai tuhanku, kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat dapat melakukan amalan baik yang sudah aku tinggalkan dulu.' SESEKALI TIDAK!.." (surah mu'minun:99)

PELINDUNG AZAB KUBUR
Rasulullah tidak pernah bangun dari solat sehinggalah dia memohon perlindungan dari azab kubur

SURAH AL-MULK, Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang membaca surah al-mulk setiap malam maka dia akan mudah menjawab soalan malaikat didalam kubur dan dijauhkan dari fitnah sebelum dia meninggal dunia.

Rasulullah SAW bersabda: "umat ini pasti diuji didalam kuburnya." Aisyah bertanya: "bagaimana saya akan menghadapinya sedangkan saya seorang perempuan lemah?" Rasulullah membaca ayat 27 SURAH IBRAHIM (HR ibnu arabi)

ZIKIRULLAH Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan seseorang yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab kubur iaitu zikirullah." (HR Ahmad)

Zikir tertinggi adalah Lailahaillallah -tiada tuhan selain Allah

Terputuslah amalan selepas mati kecuali 3 perkara: 1. Doa anak yang soleh kepadanya 2. Sedekah, amal jariah 3. Ilmu yang bermanfaat/ teladan yang dibawa orang lain.

Sampaikan pada orang lain semoga ia termasuk dari amalan/teladan ikutan orang lain

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Hebatnya air  



Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air.. 
............
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.
Dihalang terus maju

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan jua diakhirat kelak..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Istighfar dan Sedekah  


Jika kita kerap ditimpa musibah, perbanyakkan istighfar mungkin musibah itu untuk membersihkan dosa-dosa kita yang kita gagal bersihkan sendiri setiap hari lalu Allah yang bersihkan untuk kita; dan perbanyakkan juga bersedekah kerana mungkin dalam lingkaran harta dan kewangan kita ada sumber yang haram dan tidak suci yang kita tidak sedari. Jika sedari, hentikan seperti rasuah, riba, ambil harta pejabat, curi tulang,  dll. Bersihkan melalui zakat dan sedekah. Dosa dan harta tidak bersih antara dua sebab orang mukmin ditimpa musibah sebagai salah satu proses penyucian diri dan harta daripada Allah SWT.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Seruan Bumi  

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


esok  

๐Ÿƒ Esok ๐Ÿƒ

Seorang lelaki soleh dijemput untuk makan bersama.
Namun, ditolak ajakan itu kerana dia sedang berpuasa sunat.

Mereka pun berkata,
"Ala, esok je la puasa." 

Lalu lelaki soleh itu menjawab,
"Jika tiada esok?"

Kita sering menundakan kebaikan kita dengan berkata,
"Ala, nanti la."
"Ala, esok la."

Kita berjanji untuk bertaubat esok
tetapi ajal tidak janji
yang kita dapat bertemu esok.

Muaz bin Jabal RA pernah berkata:

"Setiap kali aku berada pada waktu pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu petang. Dan setiap berada waktu petang, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi (pada keesokan hari)."

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kenali diri  

Tarbiah Singkat".
     
*KENALI DIRI DARI TEGURAN...*

Setiap drpda kita tidak dapat lari drpd *_kesilapan._* 

Siapalah diri kita jika tidak dinamakan manusia yg biasa melakukan kesilapan.
Manusia memang mudah *_tersilap._*

Allah datangkan org-org di sekeliling utk menegur kita.

*Bagi pihak diri kita, terimalah teguran itu dgn positif. Binalah diri kita dgn teguran yg diterima.* 

Jangan simpan sebarang dendam terhadap org yg memberi teguran itu.
Maafkan dia jika juga tersilap.

*_Bukan semua org blh kenalpasti kesilapan sendiri._*

Kadang-kadang kita perlukan org lain utk membantu kenalpastikan kelemahan dan kesilapan Diri Sendiri.

Mintalah bantuan drpda org-org yg terdekat dgn kita utk menegur kita.

Semoga Bermafa'at...Aamiin...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


biar mereka Nangis  

BIARKAN MEREKA MENANGIS

Baby bawah 2 tahun memang akan menangis bila tak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tapi masalah bila, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tak nak anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun. Bila dah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang. Walaupun nampak dalam scope kecil, "alah, murah je mainan", "alah, takpelah kecil lagi". Tapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang "apa yang aku nak, aku mesti dapat". Bila no means NO, ini kena train seawal bayi sebab masa inilah masa penting untuk develop kepercayaan. 

"Frustration tolerance", sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan "frust", tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab dalam dunia sebenar,  bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tak menjamin kita akan dapat apa kita nak.

Contohnya:
1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja. Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut. 

2. Anak menangis nak coklat kinderjoy. 
Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).

3. Anak menangis bila kalah main game. 
Biarkan dia. Bagi dia rasa "frust", dan belajar sendiri cara kawal. 

4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar. 
Biarkan dia settle "luahkan" perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain. 

5. Anak mengamuk taknak makan sebab nak makan junk food. 
Ok, tak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar. 

Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab "developmental delay", tapi sebab semua A-Z mak buatkan. Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita "overprotective", semakin kita membesarkan "adult baby".

Tak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis, biarkan dia belajar untuk "pujuk" diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk untuk kita luahkan perasaan. Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tak sayang, tapi sebab kita nak train mereka untuk cope dengan "frustration".

Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata "lelaki tak boleh menangis", ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Sebab apa? Sebab "lelaki tak boleh menangis". 

Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan "getah" itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar ๐ŸŒ

Sekian bebelan saya. 

Maryam Jamadi
Occupational Therapist

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster