Petua Mengurangkan Rasa Dahaga dan Lapar di bulan Ramadhan  



Bulan puasa ni, bulan 'menahan'.

Tahan lapar, marah, sabar, macam2 lagi.

Tapi, yg paling mencabar ialah menahan lapar dan dahaga.
Berkeroncong perut minta diisikan

Berikut satu petua untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga di bulan Ramadhan

Mula-mula, syarat untuk anda mengamalkannya ialah mesti bersahur.

Kalau anda tak bersahur, memang tak dapat nak tolong.
Semasa bersahur, anda boleh mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari dengan;

1. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi.
Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali.
Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi.
Seterusnya, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3.
Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa.

2. Apabila selesai makan nasi, berselang-selilah berselawat ke atas Nabi S.A.W dan memakan buah kurma pula.
Selawat sekali, kemudian makanlah sebiji kurma.
Ulangi langkah 2. ini sebanyak 7 kali.

Untuk pengetahuan anda, petua ini amat sesuai diamalkan oleh individu yang bekerja berat dan banyak menggunakan tenaga di siang hari seperti buruh kasar.

Apa yang lebih penting, petua ini juga merupakan amalan Nabi S.A.W.

Ini kerana, ayat-ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas ini dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin-Nya.

Manakala, jika kita amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari, iblis tidak akan mendekati kita juga dengan izin-Nya.

Apapun, puasa lah lillahi taala,,yong👍🏻

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster