Azab di angkat berkat Rasulullah saw

Tahukah semua bahawa azab dunia kpd umat Nabi Muhammad diangkat oleh Allah berkat doa dari Rasulullah???...

Satu kisah dari 'Amir bin Said daripada bapanya menceritakan bahawa pada satu ketika, Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat di sebuah Masjid Bani Muawiyah, kemudian baginda berdoa dgn agak panjang...setelah selesai berdoa, lalu Rasulullah berpaling kpd para Sahabat dan berkata :

"Aku telah bermohon kepada Allah Subhanahu wata'ala 3 perkara, dalam 3 perkara itu Allah Subhanahu wata'ala hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah

2. Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah.

3. Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Dan berkaitan doa juga, satu hadis dari Rasulullah yg bermaksud “Setiap nabi memiliki doa (khusus) yang akan dikabulkan. Setiap Nabi tergesa-gesa menggunakan doanya. (Manakala) aku menyimpan doaku untuk memberi syafaat kepada umatku (kelak) pada hari kiamat. Ia (habuan syafaat) itu akan diperoleh oleh orang yang mati antara umatku yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun,” - riwayat Imam Muslim.

Tapi malang apabila ada manusia yg mempersoalkan amalan atau anjuran berdoa....malah ada yg membuta tuli mepertahankan tindakan tsbt dan sanggup mengatakan amalan berdoa itu umpama "jampi serapah" oleh "dukun pawang"....

Yg dia tahu hanya menjaja partinya konon "rahmatan lil 'alamin"....nak mai rahmat kok mana???.. Berdoa pun dah jadi pelik di kalangan hangpa....

Alfaqir Ilallah Ppk
#pikiaq_ambik 
#PRU14undiPAS 
#tanpaTARBIYAHgerentiREBAH 
#dapatTARBIYAHjanganJUAH 
#SEJAHTERAbersamaISLAM
#PakatanHarapanDap
#MAMPUCentre
5 Syawal 1438H

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah