Khas Utk Kaki Golf.


MINIT MESYUARAT J/KUASA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TARIKH: 3 MUHARRAM 1430H (31/12/2008)
4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA
4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf
4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka J/Kuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut:

Berhubung dgn *permainan Pool* yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yg ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi _sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yg mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian wpun jumlahnya sedikit._

Manakala *permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat* atau sepertinya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau 
memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram. _Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dgn taubat nasuha dgn segera._

Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

1. *Tidak ada unsur perjudian*. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:
a) Sama ada ia suatu permainan yg menggunakan wang taruhan dpd peserta, atau b) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yg menang akan memperolehi sesuatu dpd yang kalah, atau c) Sesuatu bentuk permainan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, atau d) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yg akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sst pertandingan, atau e) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua risiko yakni sama ada mendapat untung ataupun rugi. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta2 lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yg dikeluarkan.
2. Permainan golf itu *tidak menghalang daripada mengingati Allah* dan menunaikan Solat.
3. *Tiada unsur yang dilarang dan dibenci oleh syarak*, seperti disebabkan permainan golf akan  menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.
4. *Tidak membuang masa* dengan permainan golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.
5. *Tidak ketagih* - membiasakan diri dgnnya  sehingga sampai ke tahap tersebut.
6. *Tidak ada unsur pembaziran*.

SEKADAR MELONTARKAN INFO!

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah