puasa  

✨ *_"Ramadhan, Kami Datang!"_* ✨
_12 Rejab 1438 Hijrah_


💥👊KOMBO PUASA👊💥

1⃣ Isnin, 10 April, 13 Rejab
🔥Puasa Isnin + Puasa Hari Putih

2⃣ Selasa, 11 April, 14 Rejab
🔥Puasa Hari Putih

3⃣ Rabu, 12 April, 15 Rejab
🔥Puasa Hari Putih

4⃣Khamis, 13 April, 16 Rejab
🔥Puasa Khamis

_*sedikit info berkaitan puasa hari putih_:

🌝 *Puasa Hari Putih* 🌝 

Hari-hari Putih adalah hari ke 13,14 dan 15 di dalam Taqwim Islam (Qamariah).  Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh dan kelihatan cerah menyinari dan menerangi alam semesta.

*Galakan Rasul saw Untuk Berpuasa Hari Putih*
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; _“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”_ (Riwayat Imam at-Tirmizi)

*Fadhilat Puasa Hari Putih*
Berpuasa pada tiga hari setiap bulat umpama berpuasa sepanjang tahun. Diriwayatkan dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; _“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.”_ (Riwayat Imam Abu Daud).

Jom perbanyakkan puasa❗✊🏻

*اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَان*َ

Ertinya : “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan"

*#StriveForMardhatillah*
*#DnTPermata*

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ puasa

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster