jaga roh  

Apabila Haq Bertemu Batil

Seperti yg kita maklum, haq itu ialah KEBENARAN manakala batil pula ialah KEJAHATAN. Haq dan batil ini sangat bermusuhan! Ibarat air dan minyak, x boleh nak bersatu!

Perkara ini sangat penting dan amat memberi kesan yg jelas dan nyata pada diri kita. Bagaimana tu? Sebelum itu persoalannya ialah,

MENGAPA ROH KITA MASIH TAK MELONJAKm TAK PECUT ?

Dah bermacam-macam usaha yg kita dah lakukan seperti bangun malam, selawat awal, tebus dosa, sedekah, amalan sunat tambahan dan lain-lain...namun masih ada perkara yang rata-rata dalam kalangan kita masih belum menyedarinya. Perkara yang halus, yg seni-seni...

Antara sebabnya ialah kita masih menemukan yg haq dengan yg batil! Apa maksudnya?? Kita mencampurkan yg haq dgn yg batil. Ibarat sesuatu makanan yg sedap dan enak lagi berkhasiat dihidangkan kepada kita, namun diletakkan racun yg sangat memudaratkan. Mana yang lebih berkesan pada diri kita? khasiat dlm makanan itu ataupun racun tersebut? TENTULAH RACUN LEBIH MEMBERI KESAN.

Antara kebaikan yg kita lakukan dan keburukan yg kita lakukan, MANA YG AKAN LEBIH MEMBERI KESAN PADA ROH KITA? Tentulah keburukan! Apabila 10 kebaikan yg kita lakukan itu diakhiri dgn 1 keburukan contohnya x taat pemimpin, x jujur, x merujuk, x amanah dgn tugas,  pengotor, malas, cuai, lalai, santai, ego, pemarah, kuat makan, mengumpat orang,  mengadu domba, dengki, sangka buruk, x taat suami, abaikn kebajikan, tunjuk pandai, x nak mujahadah, melewat-lewatkan sembahyang. Bila amalan roh tak jaga TAK MUNGKIN roh kita akan melonjak! 
Sia-sia je kita berjuang dengan penat-lelah, tiba2 x selesai pakej...lagi parah....Jauh sekali nak jadi orang roh, orang rasa!

 seringkali mengingatkan kita "Jangan buat dosa, jangan buat dosa dan jangan buat dosa".. Kerana yg batil itu akan lebih memberi kesan buruk yg sgt pantas kepada roh kita, wlwpn dosa yg kecil yg kita anggap bukan dosa.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ jaga roh

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster