jaga hati

Hendaklah kamu ketahui apabila kamu beramal dengan zikir dan ibadat2 sunat maka akan datanglah penyakit2 hati didalam ibadat seperti riak..takabur..ujub dan pelbagai penyakit..ini adalah proses dalam pejalan kerohanian.. apabila telah nampak akan penyakit2 itu pda diri kamu maka carilah ubatnya..
Sebelum kamu bercucuk tanam tidak ada penyakit yang timbul..apabila kamu bercucuk tanam maka datanglah pelbagai penyakit dan serangga perosak yang akan cuba untuk merosakkan tanamanmu itu.. Begitulah dengan amal akhirat..ibadat2 sunat dan zikir..apabila kamu masuk kedalam amalan itu maka akan datanglah penyakit2 itu..
Dan ketahuilah olehmu Allah menzahirkan penyakit2 itu agar kamu kenal akan aib cela serta penyakit2 kamu yang selama ini tidak engkau ketahui..yang tersembunyi didalam dada2 qalbu kamu..
Maka setelah diperlihatkan penyakit2 itu..maka perbaikilah..

~ Kalam Sufi ~

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah