ujian  

Setiap antara kita mesti menempuhi  UJIAN

Dugaan itu memberi kekuatan.

Kesabaran itu mendapat ganjaran.

Kesakitan itu mengundang ketabahan.

Cubaan itu mengandungi pengajaran.

Keredhaan ujian peningkatan iman.

Kesulitan pintu menuju Tuhan.

Angkatlah tangan mohon kekuatan.

Gerakkan lidah mohon kesyukuran.

Sabarkan hati mohon keredhaan.

Tabahkan hati menerima ujian.

Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan. Jika kita orang

yang soleh memberi peluang untuk Menggandakan amalan supaya menjadi Bekalan yang berharga di akhirat nanti.

Masa dan umur adalah jalan dan lebuhraya Untuk insan menyatakan syukur dan Mengukuhkan taqwa ke dalam diri Sehinggalah kepenghujung jalan dan lebuhraya umur di dunia ini...

Jika kita orang yang banyak dosa memberi Peluang kepada kita untuk bertaubat dan Memohon keampunan kepada Allah Manfaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput....

(Peringatan)....


Janganlah kita melelapkan mata kecuali setelah kita memadamkan api kedengkian di dalam hati kita dan nyalakan cahaya Kemaafan sebagai ganti.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ ujian

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster