tazkirah Panjang  

Langit akan lebih cantik selepas hujan.
Cantik berhiaskan pelangi dan kicauan burung.
        
Begitu juga dirimu, akan lebih 'cantik' selepas ujian. Cantik dengan sifat sabar dan penuh keredhaan.
Usah mengeluh dalam ape keadaan sekalipun..
Hujan mengeluh, panas mengeluh....
Segala hal dikeluhkan....
Baik-baik jaga ucapan
Jangan sampai kufur nikmat.

#Syukur Alhamdulillah
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa, Tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hambaNya dan pesuruhNya.

Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada golongan yang bersih serta jadikanlah aku daripada golongan hambaMu yang soleh.
Surah Al-Ahzab  Ayat 41-42:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;"

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

"Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
Manusia ini sifatnya pelupa oleh sebab itu kita perlu sentiasa dinasihati,diingati,ditegur dan diperbetul.. Tidak kisahlah siapa kita,kita tetap manusia biasa yang tak dapat lari daripada kesalahan dan kesilapan.."

Satu-satunya yang makhluk dimuka bumi yang mampu memanusiakan manusia hanyalah manusia.. maka bersikaplah sebagai manusia

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Boleh belajar dan mencari ilmu di internet, tapi harus ada guru pegangan yang boleh engkau tanya, dan guru pegangan itu haruslah mempunyai sanad keguruan yang dia itu mengikuti gurunya dari gurunya hinggalah kepada Rasulullah ﷺ "

-Allahyarham Habib Munzir Bin Fuad Al-Musawa-
 
Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat: _~🎀Persahabatan itu *bermula drpd satu bentuk perkenalan.*_ 

_~🎀Drpd satu perkenalan yg mudah menjadi erat *apabila saling mahu kenal mengenal.*_ 

*~🌹Dari situ lahirnya keyakinan.*

 _~🎀Meskipun kadang kadang terpaksa *memberikan seribu pengorbanan*_  

_~🎀serta berjuta juta perjuangan *ia tetap pergi kepada yg satu iaitu KEIKHLASAN.*_ *Lakukan dan lupakan*...

Bila kita ingin menikmati hasil dari semua amal dan indahnya buah dari keikhlasan...

Segera lupakan setiap kebaikan yang telah kita lakukan dan jangan pernah mengungkit lagi untuk dibicarakan...

Semua catatan amal tersimpan rapi disisi Allah swt walaupun kita tidak ingat lagi dan telah lama lupakan...

Kiamat itu datang kepada kita setapak demi setapak setiap hari .
Sedangkan kita masih lagi lalai dengan keindahan dunia yang menipu .Tidak ada satu pun persiapan yang kita lakukan .
Satu hari nanti , apabila kita telah mati saat itu kita baru akan menyesal dengan segala dosa yang telah kita lakukan diatas dunia lalu . Tidak kira berapa banyak kebaikan2 yang telah kita lakukan, janganlah kita berkira dan merasa bangga dengannya ya.. Apa yang PERLU DAN MESTI kita usahakan seboleh dan sedaya upaya adalah HATI YANG BENAR2 IKHLAS KERANA MENGHARAPKAN REDHA ALLAH S.W.T.. 

Ingatlah..pada hari perhitungan nanti Apabila Allah timbang Kesemua Amalan2 kita maka Allah akan timbang sekali dengan KEIKHLASAN kita...

~ISTIQOMAH ZIKir MESTI BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR {RENUNGAN}

Dalam badan kita ada 70% air, tapi bila kita terluka kenapa darah yang keluar?

Dalam hati kita ada banyak darah, tapi bila hati terluka, kenapa airmata yang keluar?

🕋Hebat kan ciptaan Allah🕋

SubhanaAllah.*TENTANG BALA*
Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
(Imam Al-Ghazali)
dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesuatu yang terputus dari anggota tubuh hewan ternak yang masih hidup, maka yang terputus darinya adalah bangkai."

HR IBNU MAJAH

Siangku tak selalu dalam iman yang teguh..

Malamku tak sentiasa dibasahi airmata taubat..

Pagiku tak selalu terhias oleh zikir pada MU.. 

Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit..

Janganlah Engkau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu Atau dalam maksiat kepadaMU 

*“ALLAH, Tutuplah mata ini dengan Husnul khotimah”*
Allahumma Aamiin.

Kemana telah kita campakkan “Sami’na Wa ata’ana – kami dengar dan kami patuh?” Di manakah letaknya adab dan tata susila sebagai seorang hamba yang mendahagakan rahmat, kasih sayang, serta kecintaan Allah SWT? Semuanya telah dihumbankan jauh dari kehidupan nyata. Kejahilan. Ini bukan kebijaksanaan, tetapi kejahilan yang teramat dashyat. Astarghfirullahul Azim wa atubu illayh. La hawala wala quata illa billa. Semoga Allah melindungi kita dari kejahilan dan dari segala hasutan syaitan-syaitan.

Sheykh Lokman Effendi Hz ~( THE POWER OF GRATITUDE )
*KUASA BERSYUKUR*

Kadang-kadang kita sakit...kita mengeluh..
Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak.. kita mengamuk..
Kadang-kadang kita kalah ... kita sakit hati..
Kadang-kadang kita lambat kita salahkan orang..

Nak tahu kenapa kita sering mengeluh..
sering mengamuk.. sering sakit hati...
sering salahkan orang ?!!

Sebab dalam diri kita kurangnya rasa syukur pada Allah...
Syukur pada setiap apa yang kita ada...
pada setiap apa yang berlaku...

Syukur bila sakit kerana Allah nak hapuskan dosa kita.
Syukur bila kita tak dapat apa yang kita nak kerana Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita dapat apa yang kita inginkan.

Syukur bila kita kalah kerana dengan kekalahan kita akan belajar lebih banyak teknik untuk meraih kemenangan...

Syukur bila kita lambat.. kerana kita akan belajar dan tahu apa rasa bila duduk di belakang... belajar perspeksi orang terhadap kita bila kita lambat dan yang paling penting kita lebih belajar untuk menghargai masa...

Itulah pentingnya kesyukuran dalam hidup..
sesiapa yang bersyukur dengan Nikmat Allah ,
..Allah akan tambah lagi nikmat itu...

Mulakan kehidupan dengan syukur..
Syukur dengan setiap semua benda..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. 

MOGA DAMAI DI HATI.
6 amalan paling mudah untuk dapat pahala walaupun
selepas mati.
1. Letakkan al quran di mana mana masjid untuk dibaca
oleh siapa sahaja.
2. Sumbangkan kerusi roda di mana mana hospital
untuk digunakan oleh pesakit.
3. Turut serta menyumbang dalam membina masjid
walaupun dengan satu beg simen.
4. Letakkan air sejuk di mana mana tempat awam
untuk diminum oleh orang yang lalu lalang.
5. Tanamlah pokok yang orang lain boleh berteduh di
bawahnya.
6. Dan yang paling mudah lagi sebarkan mesej ini ke
grup lain semoga diamalkan oleh orang lain dan anda
juga akan mendapat pahala.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ tazkirah Panjang

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster