sedekah

Koleksi HADITH SHAHIH: Setiap orang Muslim wajib bersedekah apabila tidak memiliki harta benda dengan berbuat kebaikan. 

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ فَقَالُوا يَا نَبِيَّ اللَّهِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ يَعْمَلُ بِيَدِهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ يُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَلْيَعْمَلْ بِالْمَعْرُوفِ وَلْيُمْسِكْ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهَا لَهُ صَدَقَةٌ

Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Wajib bagi setiap muslim bersedekah". Mereka (para sahabat) bertanya: "Wahai Nabi Allah, bagaimana kalau ada yang tidak sanggup?". Beliau menjawab: "Dia bekerja dengan tangannya sehingga bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah". Mereka bertanya lagi: "Bagaimana kalau tidak sanggup juga?". Beliau menjawab: "Dia membantu orang yang sangat memerlukan bantuan". Mereka bertanya lagi: "Bagaimana kalau tidak sanggup juga?". Beliau menjawab: "Hendaklah dia berbuat kebaikan (ma'ruf) dan menahan diri dari keburukan kerana yang demikian itu bererti sedekah baginya." [HR al-Bukhari No: 1353]

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Setiap perbuatan baik adalah sedekah." [HR al-Bukhari No: 5562]

Setiap hamba-NYA diberikan keluasan rezeki yang berbeza. Ada miskin, ada sederhana dan ada yang kaya. Namun tidak terlepas dari setiap hamba-NYA dari berbuat kebaikan kerana berbuat kebaikan dituntut dalam agama. Sehinggakan perbuatan yang baik dikira bersedekah, begitu ALLAH ingin mengajar kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak terlepas dari pengkiraanNYA. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGASIHANI. 

Sebagai contoh: Orang yang mempunyai ilmu membantu orang lain dengan ilmunya. Orang kaya dengan harta benda membantu orang yang memerlukan dengan kekayaannya. Dan orang tidak mampu dengan semua itu boleh membantu dengan perbuatan yang baik seperti membuang paku atau kaca yang boleh membuat orang terpijak dan luka yang boleh membuat tayar kenderaan pancit. Membuang ranting dan kayu yang menghalang kenderaan dan orang untuk lalu. Itu pun dikira walaupun nampak kecik di mata manusia namun disisi ALLAH ia dikira dan ia menjadi bernilai bilamana manusia memerlukan pahala kebaikan untuk masuk ke syurga.  Wallahua'lam

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah