Ramai yg tertipu


Ramai yang TERTIPU dengan amal
Lalu mereka menghitung amal
Bagaikan kanak-kanak yang menghitung
nilai wang dinilai dengan bilangan sedangkan ia hanya timbunan duit satu sen sahaja…

Ramai yang TERTIPU
Kerana mereka beramal dengan apa yang disukai,  bukannya dengan apa yang Allah suka setiap tahun dia mengerjakan umrah kerana dia menyukainya sedangkan Allah menyukai dia membantu golongan yang memerlukan sumbangan kewangan mereka begitulah kias bagi mereka yang mahu mengerti…

Ramai yang TERTIPU
Dengan amal yang mereka lakukan
Mereka menyangka apa yang  mereka lakukan tinggi nilainya sedangkan disisi Allah adalah amat rendah nilainya
Mereka bermuzakarah ilmu sehingga timbul kehebatan diri sedangkan bersama ahli maksiat yang merendah diri adalah lebih mulia dari majlis mereka

Begitulah kias bagi mereka yang mahu memahami…

Ramai yang TERTIPU
Sehingga mereka merungut dengan musibah
Lantaran tiada mereka dapat beribadah
lalu mereka mahu keluar dari musibah itu
sedangkan Allah mahu mereka beribadah dalam musibah itu dengan redha, sabar dan bersangka baik
Tetapi mereka tiada mengerti lantaran  jiwa yang gelap untuk mengerti…

Ramai yang TERTIPU
Dengan amal mereka
Lantaran tiada makrifat pada TuhanNya
jahil memahami apa kecintaan Allah
mereka beramal dengan kecintaan mereka
Dehingga mereka menjadi sesat lantaran hati yang semakin tebal dengan hijab…

Demi sebuah cinta
Tinggalkan dirimu
Bangunkan dalam jiwa mu cinta
Cinta hanya pada Allah
Cinta hanya pada kehendak Nya
Cinta hanya pada pandangan Nya
Cinta hanya pada matlamat pada Nya
Cinta hanya pada mentauhidkan Nya
Cinta kepada sekelian kekasih Nya
Agar kamu selamat daripada kebodohanmu
Lantaran kamu menyintai nafsu mu dalam ibadah pada Nya…

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah