muflis

Assalamualaikum kemaafan atas segala kekhilafan Terima kasih atas segalanya

*GOLONGAN YANG MUFLIS*

Kata-kata yang buruk kepada orang lain umpama mengetuk paku pada permukaan kayu. 

Walaupun mungkin boleh mencabutnya, namun paku tersebut akan meninggalkan kesan pada permukaan kayu selama-lamanya.

Begitu jugalah dengan kata-kata. Kemaafan mungkin boleh diberi, namun perbuatan tersebut akan terus diingati.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah:

"Wahai Tuhan..! dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya?"

Maka Allah Ta'ala menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Begitulah sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

"Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti."

Nabi s.a.w. bersabda:
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering..."

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: 

“Wahai Jibril siapakah mereka ini?

Jawab Jibril a.s : Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain orang”.
(Abu Daud dari Anas)

“Menjaga lisan itu tidak mudah, kecuali dengan memelihara diri daripada perbuatan banyak berkata-kata.

Kemudian melazimi sifat diam kecuali pada perkara-perkara yang perlu diperkatakan sahaja.”
(Al-Thariqah Al-Muhammadiyyah Wa Al-Sirah Al-Ahmadiyyah)

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah