kewajipan yg tidak disedari  


Ramai atau lebih tepat majoriti umat Islam sedar akan kewajipan solat, puasa, zakat dan haji.

Tetapi ramai yang tidak sedar, kewajipan seorang yg beriman BUKAN sekadar menunaikan Rukun Islam yg lima.

Rukun Islam yg Lima Perkara adalah ASAS. Banyak lagi ibadah dan kewajipan lain yang perlu di sempurnakan oleh orang2 beriman. Banyak lagi perkara2 lain menjadi tuntutan atas orang beriman yang jika di tinggalkan boleh membawa kepada kebinasaan IMAN dan kekufuran…!

Selain dari Rukun Islam…. Ibadah Zikrullah, sedekah, Da’wah, Tarbiyyah, Jihad, Berbakti kepada ibubapa, berkhidmat kpd Shaikh Mursyid ( guru dan Ulama Pewaris Nabi yang siddiq), Membantu saudara beriman dan banyak lagi merupakan Amanah dan tanggungjawab orang BERIMAN…!

Semua kewajipan tersebut WAJIB di tunaikan mengikut syarat, adab dan tertib nya untuk menjadi ORANG2 YG BENAR2 BERIMAN YANG DI REDHAI OLEH ALLAH.

Salah satu dari kewajipan yang telah di lalaikan oleh kebanyakan kita adalah :.

ZIKRULLAH…. !

Di antara kewajipan dan keutamaan Zikrullah seperti yang di perintahkan oleh Allah dan Rasul Nya, dan kemudian nya di jelaskan oleh Ulama Ahlillah adalah :

1. Orang yg banyak berzikir, paling hampir dgn Allah, menjadi kekasih Allah
2. Orang yg banyak berzikir, paling hampir dgn Nabi kita.
3. Orang yang berzikir itu hidup sementara orang yang tak zikir itu mati.
4. Zikrullah sucikan hati dan ruh.
5. Orang yang berzikir, tanda dia syukur kepada Allah.
6.Zikrullah yang banyak menerbitkan Tauhid, Ikhlas, dan Taqwa
7. Orang yg banyak2 berzikir Allah, mendapat kebahgiaan / ketenangan hidup.
8. Zikirullah banyak2 terus menerus, menghapuskan syirik khafi (Syirik tersembunyi)
9. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi banyak penyakit zahir / jasad manusia/ fizikal.
10. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi sekalian penyakit batin. (mazmumah dan kekotoran maknawiyyah)
11. Zikrullah yg ikhlas dan sungguh2 menjadikan barakah di dalam kerja dan murah rezeki.
12. Banyak zikrullah boleh membantu orang lain di dalam kesusahan zahir atau batin.
13. Orang yg banyak Zikrullah bole menjadi asbab / sebab org lain dapat Rahmat dan Keampunan Allah.
14.. Majlis zikir batalkan himpunan maksiat
15. Memperoleh syafaat Nabi dan orang soleh di akhirat.
16. Mati husnul khatimah
17. Masuk syurga tanpa hisab
18. Senjata di dalam Peperangan kalahkan musuh.
19. Khusyu di dalam ibadah.
20. Mati di dalam Husnul Khatimah dengan Kalimah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah.

Demikian lah banyak nya dan besar nya faedah Zikrullah.

Moga kita termasuk ke dalam golongan mereka2 yang banyak Zikrullah dengan penuh ikhlas…!

Tetapi bagaimana cara, peraturan adab mengerjakan Zikrullah?

Setiap ibadah mempunyai hukum, kaedah, adab dan syarat2 nya yg tersendiri.

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster