golongan yg sedikit  

Assalamualaikum semoga Allah merahmati.dan meredhai sahabat semua

PADA ZAMAN SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah, yang maksudnya: “YA ALLAH! MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT”...
Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah... Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut...
Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “KENAPAKAH ENGKAU BERDOA SEDEMIKIAN RUPA (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), APAKAH TIADA PERMINTAAN LAIN yang boleh engkau mohon kepada Allah?”...
Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan KERANA AKU (BERASA) TAKUT DENGAN PENJELASAN ALLAH SEPERTI FIRMAN-NYA DALAM SURAH AL-A’RAAF AYAT 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi penghidupan.... (TETAPI) AMAT SEDIKITLAH KAMU BERSYUKUR.” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, KERANA TERLALU SEDIKIT ORANG YANG TAHU BERSYUKUR KEPADA ALLAH” jelas pemuda berkenaan.
Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab r.a. menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar Alangkah Jahilnya Engkau orang ramai lebih alim daripadamu”...💚

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ golongan yg sedikit

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster