gagal spm bukan pengakhiran  

Ambo sangat tertarik dengan satu artikel berkaitan " Gagal SPM Bukan Pengakhiran " 

Ramai pelajar beranggapan bahawa peperiksaan di sekolah adalah penentu segalanya. Mereka akan bersungguh-sungguh disekolah dan berusaha untuk memperoleh keputusan yang membanggakan bagi membolehkan mereka keluar dengan membawa satu ' tiket ' bahawa mereka akan berjaya untuk peringkat seterusnya. Proses pembelajaran tidak akan berhenti selagi mana kita masih hidup sebagai manusia. Bukan semua yang dipelajari disekolah itu merupakan titik permulaan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Akan tetapi ia merupakan satu permulaan bagi mereka meneruskan semangat untuk terus berhadapan dengan dunia yang sebenar. 

Hakikatnya, realiti yang berlaku dalam kehidupan hari ini merupakan ' sekolah ' bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang tidak akan boleh dijumpai didalam kelas. Kebanyakkan pelajar yakin bahawa sekiranya mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan spm ini akan membolehkan mereka untuk pergi ke mana sahaja yang mereka inginkan. Apa yang lebih parah lagi ialah apabila mereka cuba untuk memperkecilkan golongan yang kurang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Ternyata pelajar-pelajar ini masih belum memahami cabaran sebenar dunia hari ini yang tidak seindah seperti yang diceritakan dalam novel-novel atau drama-drama melayu yang ditayangkan di kaca televisyen. 

Seharusnya apa yang mereka perlu lakukan adalah keluar dan pergi mencari peluang-peluang baharu untuk mereka terokai. Peluang untuk belajar tidak datang bergolek. Jika kita lihat hari ini, kebanyakkan jutawan yang ada bukanlah datangnya daripada golongan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadikanlah mereka sebagai ikon yang boleh menjadi inspirasi bagi anak muda untuk terus bangkit dan tidak menyerah kalah pada saat kita merasakan bahawa tiada harapan lagi walaupun tidak berjaya di alam persekolohan. 

Oleh itu, kegagalan dalam peperiksaan bukanlah satu penamat bagi seseorang untuk tidak berjaya pada masa hadapan.

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster