Dunia  

Bila selesa dengan dunia
rasa hidup empunya segala
jangan lupa pada yang Esa
boleh ditarik sekelip mata

Jangan khayal dengan harta
kelak hati membawa sengsara
kerna harta rabunnya mata
jangan sampai terjerumus ke neraka

Biar hidup susah sentiasa
jangan merungut walau kecewa
tadah tangan untuk meminta
kerna kita hamba biasa

Redha segala takdir kita
Tanda syukur pada yang esa
Bila kukuh dan teguh iman didada
Tenang dan bahagia selamanya

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Dunia

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster