"PESANAN IMAM AS-SYAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIA"  


Sebelum imam as-syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat²nya agar membuat perubahan JIWA kearah yg lebih baik. Beliau menyebut bahwa barang siapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:  

1 Hak kepada diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezki yg ada. 

2. Hak kepada malaikat maut. iaitu mengada'kan segala kewajiban yg tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yg dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. 

3. Hak kepada kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan sholat tahajjud dan membantu orang yg dizalimi. 

4. Hak kepada malaikat mungkar dan nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasehat. 

5. Hak kepada mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang yang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah. 

7. Hak kepada malaikat malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada allah s.w.t., memperbanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapak dan memperbaiki akhlak. 

8. Hak kepada malaikat ridwan, penjaga surga, iaitu redha kepada qada' ALLAH s.w.t., sabar menerima bala' dan bertaubat.  

9. Hak kepada rasulullah s.w.a., iaitu sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah. 10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak malakukan kejahatan. 
------------------------------------------------

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster