eksperimen  

Saya telah buat satu Eksperimen. Pada bulan lepas (Disember 2016). Boleh baca sampai habis.

<Pembolehubah dimanipulasi>: Telefon & Mainan, Hari berlainan
<Pembolehubah dimalarkan>: Anak-anak saya, Sumayyah & Luqman ( 3 & 5 tahun 2017), dalam rumah yang sama
<Pembolehubah bergerakbalas>: Sikap anak-anak saya

Kaedah:
1) Hari pertama minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya, & diberi main handphone tengok Youtube sepanjang pagi hingga petang.
Sikap dan tingkahlaku mereka diteliti sepenuhnya.

2) 2 hari 'rest' untuk 'neutralkan' balik sikap mereka.

3) Hari ke empat minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya, & diberi mainan lego, masak-masak, playdoh, & pelbagai toys lain sepanjang pagi hingga petang. Handphone disorok, & sikap serta tingkahlaku mereka diperhatikan.

4) Masing-masing eksperimen diulang selama 3 minggu.

Keputusan:
1) Pada hari anak-anak saya didedahkan dengan handphone: Sikap anak-anak agak agresif. Kuat bergaduh. Cepat marah. Kurang makan & kurang tidur walau dipujuk. Lambat respon kepada panggilan saya seakan-akan bingung. Tidak fokus. Melawan. Nampak bercelaru dan serba tidak kena. Mahu handphone sepanjang masa & mengamuk jika tidak diberi.

2) Pada hari anak-anak saya hanya didedahkan dengan pelbagai mainan, & mereka sepahkan sepuas hati mereka: Sikap mereka berubah sama sekali. Kurang bergaduh. Lembut hati. Lebih tenang & ceria, ceria & ceria. Kuat makan dan tidur mengikut masa. Suka bercakap. Banyak bertanya. Sopan. Rajin. Dengar cakap. Lebih Kreatif. 

3) Keputusan adalah hampir sama untuk setiap kali eksperimen.

~Muhasabah~: 
Belum terlambat untuk 'tarik kembali' anak-anak kita. Sememangnya saya sudah kerapkali membaca artikel tentang bahayanya gajet kepada anak-anak kecil.
Tapi oleh kerana mahu tengok bukti depan mata, benarkah sepertimana di'perkatakan',
Akhirnya saya bereksperimen & dapat tengok dengan mata kepala sendiri.
Maafkan ibu anak-anakku. Menguji kalian berdua.
Sesungguhnya, ibu takkan ulangi untuk kesekian kali.
Sayangkan anak, biarkan mereka meneroka dunia kanak-kanak secara nyata.
Bukan hanya di alam maya.
Ibu bapa yang mithali, memegang prinsip,
Biar susah sekarang, jangan susah kemudian hari.

Kalau tak percaya, cubalah buat eksperimen sendiri =)

#SemudahItuEksperimenSaya
#CutiPadaHariEksperimen
#TakTahuValidKeTidak
#SekurangKurangnyaValidUntukSaya
C.c: Mohd Ashraf

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ eksperimen

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster