3 perkara

*ASSALAMU'ALAIKUM*

Sahabat Nabi s.a.w yg bernama Abu Hurairah pernah mendengar satu TEGASAN dari Nabi s.a.w akan kepentingan untuk menjaga 3 perkara, yang mana jika seseorang itu tidak menjaganya maka dia akan terkeluar dari keimanannya tatkala menyebabkan dia mendapat kematian yang buruk. 

Kata Nabi s.a.w ( RIWAYAT BUKHORI/MUSLIM:SHAHIH) :  "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3 PERKARA YG MENJADI TEGAS NABI S. A.W YG MANA JIKA IA DI LANGGAR SESEORANG ITU TERKELUAR DARI KEIMANANNYA... IAITU :-

1) Perkara nombor satu yg Nabi s.a.w HIGHLIGHT adalah jangan berkata perkara yang tidak baik , adalah lebih baik DIAM dari byk berkata perkataan yg sia2. Di medium dakwah sekarang ini berapa ramai yg lancang berkata2, tomahan,  perli2, menyakitkan hati dan sebagainya. Ini adalah elemen2 bahaya yg ia tidak disedari sebagai satu kesalahan yg BESAR di dalam Islam. 

2) Muliakanlah tetangga,  jangan sakiti hari jiran,  jangan ambil haknya serta jangan menyusahkan mereka. Kita hidup berjiran jangan buka radio kuat2,  jangan parking kacau laluan mereka, salinglah bantu membantu.

2) Muliakanlah tetamu. Raikanlah tetamu, jamu mereka, ceriakan mereka. Jangan halau tetamu,  jangan buat sesuatu yg tetamu kecil hati, seperti menampakkan rasa tidak ikhlas. 
Mudah2an bermanfaat.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah