3 amalan untuk tambah rezeki dan keberkatan dalam rezeki.  

1) Bila buat sesuatu perkara buat amalan membetulkan niat kita. Tahsin Niat kita. Apa niat kita untuk berniaga? Pertama sekali tanamkan niat kerana untuk TUNAIKAN PERINTAH ALLAH. Kita makhluk yang sentiasa ada masalah. Kita tiada kuasa untuk menyelesaikan masalah orang. 

" saya nak meniaga nak bisnes semata-mata kerana untuk menunaikan perintah Allah " 

2) Belajar ringankan keluar duit yang dalam poket. Macamana nak duit masuk dalam poket, kalau dalam poket penuh. Jangan tunggu senang baru kita sedekah. Time kita susah pun selalulah bersedekah. Jangan selalu merungut kerana Allah itu maha kaya.

3) Punca rezeki kita adalah terdiri daripada kalangan orang yang paling lemah di antara kita. Contoh kita ada anak. Anak kita masih kecil memang dia lemah. Isteri kita di rumah ? dengan orang lain kita nak belanja. tapi dengan isteri dengan anak kita kedekut. Berlakulah baik kepada keluarga kita kerana mereka punca rezeki kita. 

Bila mengalami rejection , bila mengalami tolakan dalam close deal. JANGAN MERUNGUT tapi sebut ;

"Allhamdulillah syukur, Ya Allah terima kasih, ada rahmat" In Sha Allah akan ada rezeki lain yang akan masuk. 

Terima Kasih atas perkongsian Seorang hamba Allah

AHAD 15/1/17
6:15 ptg
Bandar Baru Bangi

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster