Tahukah Kamu Duhai Kaum Lelaki..  


*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.*

*Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.*

*Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.*
*Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.Dengan Semangat Yang Membara.*

*Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD.._*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah* 
*Perjalanan Ke Masjid..*
*Hatta*
*Ahli Sukan Yang Kuat*
*Terkenal Dengan Ketangkasan*
*Terkenal Dengan Kehebatan*

*belum pasti*
*Gagah Mendaki*
*Tangga Masjid*

*Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..*

*Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta* *Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..*

*Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..*

*Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..*

*Maka Lakukanlah Walau...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh* 
*Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya* *kamulah*
*Insan2 yang BERUNTUNG*...
*AKHIRAT kelak...*

*Pesanan utk diri Sendiri, Ayah2, Suami2, Anak2 Lelaki, Adik & Abang Lelaki dan mereka2 bergelar Lelaki dan selagi ada kemampuan kudrat*

*Amalkan Dan Sampaikan Kepada Sahabatmu...*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


parents  

Ibuu..👱🏻♀
Ayah..👨🏼
Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!!
Tahan marahmuu..😓

😶Bila anak2 mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka Hilanglah redho seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah..

😥Cepat2lah beristighfar,,
 jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap..
 Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

😧Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka,,

😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya..
Nauzubillah.

😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya?

🤚Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu..

🤝Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

🙌Selidikilah diri kita,,

🤔Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama?

🤔Sejauhmana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna?

🤔Sehebatmana kasih sayang yang kita curahkan?

🤔Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

⏰Ibu ayah Jangan lupa..

🤡Anak yang terlalu dimanjai juga akan bisa bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.

😡Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

😠Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang sering begitu dgn orang tua

😖Anak jadi liar kerana punca rezki yang dibajai tidak berkat

😒Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.

😟Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah.

😭Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasai jiwanya.Rawatlah ia.

⭐Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak2.
Bukan semata2 mencari salah si anak.

😀Anak2 itu acuan kita

💪🏻Didiklah dari seawal kejadiannya.

🤗Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

🌟Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

👌Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

😍Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

👍Insyaallah..kita tak akan hilang pedoman.

👨👩👧👦Anak2 jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

*Muhasabah Diri* 😔😔

#copyandpaste

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


berjaya  

Berjaya

Apakah sifat orang yang berjaya? Adakah orang yang mempunyai harta yang banyak? Atau orang yang mempunyai jawatan yang tinggi?

Dalam Islam, ada beberapa sifat orang yang berjaya. 
Antaranya, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

قََدْ أَفْلَحَ مَن أَسْلَمَ، وَكَانَ رِزْقُهُ كَفَافاً، وَقَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتََاهُ .

"Sesungguhnya telah berjaya orang yang masuk ISLAM, diberikan REZEKI yang CUKUP dan Allah ta' ala memberikan kepadanya sifat QANA'AH (MERASA CUKUP) dengan apa yang telah dikurniakan-Nya." [Sahih Muslim (1054)]

Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata: "Rezeki yang cukup adalah rezeki yang memenuhi keperluan, menolak kesusahan dan kemiskinan, serta tidak menjadikan sebagai orang yang bermewah-mewahan." [Al-Mufhim]

Ya Allah, peliharalah Islam yang Engkau kurniakan kepada kami. Berikan rezeki yang cukup dan diberkati. Jadikanlah sifat qana'ah dalam diri kami.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK  


--------------------------------------------

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita  buat x nampak...😭😭😭
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita. 

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Allah jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti...😭😭😭😭😭😭😭😭

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


6M  

Wajib buang 6M dalam diri kita semua.

1. Malu 
2. Malas
3. Marah
4. Merajuk 
5. Menyusahkan
6. Menyesal

Kenapa 6M patut di BUANG?

🔥 Bila MALU jadi MALAS.
🔥 Bila Malas kena MARAH.
🔥 Kena Marah jadi MERAJUK.
🔥 Bila Merajuk jadi MENYUSAHKAN.
🔥 Bila Menyusahkan terus MENYESAL.
🔥Dan bila MENYESAL? 
😭

Perancangan pun tak akan berjalan. Dan hasilnya kita ketinggalan dan gagal.
Keypointnya adalah jangan MALU. 
Ibarat pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". 

Simpan malu lama-lama tak akan bantu untuk kita  berjaya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kekuatan  

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.
Tetapi, jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu dimulai dari dalam bukan dari luar.

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...
Bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar... 

Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu memberi: Hikmah di setiap cubaan...
Jawapan disetiap doa..

Jangan pernah menyerah.. 
Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah.. 
Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah.. 
Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah..
Jika hidup adalah kesempatan, maka ambillah..
Jika hidup adalah qasidah, maka nasyidkanlah..
Jika hidup adalah teka-teki, maka pecahkanlah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah usaha.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:*  


Saya menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,
"Telah *HILANG lah PINTU SYURGA* di RUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????*

Ini satu PERKATAAN orang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI......

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Apabila ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
*“aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN,* kerana yang *HIDUP pasti akan MATI....*Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*... 
Tapi hari ini *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* dan tidak akan di buka sampai hari Kiamat.

Aku memohon pada *ALLAH swt* agar aku boleh menjaga *pintu SYURGA yang keDUA*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda *Rasulullah SAW* dari *Abu Darda RA*  

*Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
*ORANG TUA* ( ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* paling tengah . 

Kamu boleh *SIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBUBAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,* 
dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK* kpd *KEDUA* nya, maka *ALLAH* akan beri ganjaran *SYURGA, tapi siapa yg *MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, akan *TERLEPAS lahPELUANG* ke *SYURGA*

Bahkan mereka itu *CELAKA* 

*Rasulullah SAW* bersabda,
*CELAKA, CELAKA, CELAKA*
 
Lalu ditanyakan pada *Baginda,* *SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*
Maka *Baginda* bersabda :
*"SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* . *(HR. Muslim)*

Saya nak mengajak kamu semua agar *TIDAK MENSIA-SIA kan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kamu*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU* itu dengan *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUAnya* . 
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...*

JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yg diibarat kepada *IBUBAPA* yang *ALLAH KURNIAkan* dirumah kita .

Dalam hidup kita, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk ke *SYURGA,* samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU meREBUT*nya.

Kemudian *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini, 

Maka *TERTUTUP lah SATU demi SATU* kesempatan untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* keatas *IBUBAPA* kita.

*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *KEMBALI nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

Santuniah *IBUBAPA* mu sementara mereka *MASIH ADA,* (sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA )*
____________________________
SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT HANDAI KALIAN SEBAGAI INGATAN. SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
INSYAALLAH, AAMIIN

SEMOGA BERMANAFAAT

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


[ 5 HAL YANG PERLU DI HINDARI BAGI PELAKU BISNIS ]  



*1. SAYA TIDAK BOLEH*
Ketika Kata Ini Di Ucapkan Kerja Otak Kita Menutup Untuk Mencari Jalan Keluar, Namun Sebaliknya Jika SAYA BOLEH Maka Otak Akan otomatis Bekerja Keras Mencari Jalan Keluar.

*2. TIDAK MUNGKIN*
Ketika Kata Ini Di Ucapkan Maka Kita Sudah Tidak Percaya Lagi Dengan Muk'zizat Tuhan. Karena Semua Hal Yang Ada Di Dunia Ini Berasal Dari Sesuatu Yg Belum Ada. (Contoh : Lampu, Pesawat, Terbang Ke Bulan dll)

*3. SAYA SUDAH TAHU*
Ketika Kata Ini Di Ucapkan Maka Ego Kita Akan Meningkat Dan Hati Kita Langsung Menutup Diri Untuk Belajar. Padahal Sejatinya Ilmu Yang Baru Itu Harus Dipelajari.

*4. TUNGGU JAP*
Ketika Kata Ini Di Ucapkan Maka Akan Memicu Rasa Malas Dan Akhirnya Terjadilah Penundaan. Mereka Yang Menunda Akan Melemahkan Enthusiasm Dan hanya Akan Tersedar Ketika  Menerima Musibah.

*5. TAKUT RUGI*
ketika kata ini diucapkan maka ini sama seperti tombak runcing menancap di dada anda. Anda akan selamanya dihantui oleh rasa takut untuk tidak berjaya. Anda tidak mampu memaksimakan potensi yang ada pada diri anda. Maka selamanya hidup anda tidak akan berubah.

SALAM SUKSES 🙂

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ampunkan Aku Tuhan  

Hatiku tidak susah di waktu aku dihina..
Aku tidak bersedih di waktu aku menderita...
Aku tidak sedih di waktu aku disisih...
Jiwaku tidak menderita ketika
Aku ditohmah dan difitnah..

Tapi aku sedihkan dosa-dosa yang kulakukan..
Orang yang sepertiku ini sudah pasti tidak terlepas daripadanya...
Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku...
Bahkan dosa-dosaku itu setiap hari memburuku...

Aku takut pintu Syurga tertutup buatku...
Pintu Neraka terbuka untukku...
Aduh Tuhan, tidak ada erti kekayaan, kesenangan...
Kalau dosa tidak diampunkan...

Itulah yang mengganggu selalu wahai Tuhan....
Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa..
Dosa-dosa itulah yang mengganggu fikiranku...
TUHAN ampunkan aku...
TUHAN maafkanlah aku...
Kalau pun bukan dengan RahmatMu
tapi dengan kemaafanMu...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


NASIHAT IBN ATHA’ILLAH TENTANG REZEKI...  


--------------------------------------------

“Alangkah banyaknya sesuatu yang tersembunyi dalam dirimu! Jika engkau mahu mengamati dengan seksama maka pasti akan tampak. Dan, hal yang paling berbahaya adalah dosa keraguan kepada Allah SWT. Sebab, ragu terhadap rezeki bererti ragu terhadap Dzat Sang Pemberi Rezeki, Ar Razaq. Dan sesungguhnya, dunia ini terlalu hina untuk kau risaukan!

Jika engkau mempunyai perhatian tinggi pastilah engkau akan merisaukan sesuatu yang lebih besar, yaitu masalah akhirat. Orang yang merisaukan hal-hal yang kecil, lalu melupakan sesuatu yang lebih besar, maka bererti dia adalah orang yang paling bodoh.

Kerana itu, kerjakanlah kewajiban untuk melaksanakan ibadah dan semua perintah Allah. Dia pun akan menjalankan apa yang menjadi kewajiban-Nya untukmu. Jika kumbang dan cacing saja diberi rezeki oleh Allah, apa mungkin engkau akan dilupakan?

Allah SWT berfirman, “Suruhlah keluargamu untuk shalat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak menuntut rezeki darimu. Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa.” (QS Tha Ha: 132).

Jika engkau melihat ada orang yang risau kerana rezeki, maka ketahuilah bahawa sebenarnya dia jauh dari Allah. Seandainya ada yang berkata kepadamu, “Besok kamu tak perlu kerja! Cukup kamu kerjakan ini saja! Saya akan memberimu RM 2 juta,” pastilah engkau akan percaya dan mematuhi perintahnya. Padahal, dia itu makhluk yang faqir, tak bisa memberi manfaat atau mudharat. Lalu, mengapa engkau tidak merasa cukup dengan Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mulia, yang menjamin rezekimu sepanjang hidupmu?

Allah SWT berfirman, “Tidak ada makhluk yang melata di muka bumi ini kecuali Allah-lah yang menjamin rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggal binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (Lawh Mahfuzh).” (QS Hud [11]: 6).

---Ibnu Atha’illah dalam Bahjat An-Nufus

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


TAUBAT ORANG JAHIL TETAP DITERIMA OLEH ALLAH  


ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam menggalakkan mereka berbuat demikian. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.

Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.” Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)

Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kibas cadar sebelum tidur  

*Kenapa Rasul SAW suruh kita kibas cadar sebelum tidur....*
--------------"""------------- 

*Mengibas debu dri tempat tidur*

*Informasi yang sangat berharga!*

*Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar tilam sebelum tidur.*

*Mengapa kita harus mengibas cadar tilam kita?*

*Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tantangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:*

*Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakanh dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.*

*Ketika jumlah sel-sel mati meningkat maka akan dengan mudah menembus kembali ke dalam tubuh, ini boleh menyebabkan penyakit serius.*

*Ilmu Barat cuba untuk menghancurkan sel menggunakan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya, tapi semua sia-sia. Sel-sel mati tidak pindah atau hilang.*

*Salah satu ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti dalam Hadis dan tercengang  menemukan bahwa semua sel-sel mati hilang !!*

* *Nabi ﷺ bersabda: "Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan"*

*Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi tidak tahu bahwa masalah ini jauh lebih besar dari itu.*

*Hal ini sangat menyedihkan bila menemukan bahwa kebanyakan dari kita mengabaikan ajaran Nabi ﷺ.*

*Silakan share, biar seluruh dunia tahu bahwa apa pun perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia. سبحان الله.*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Khas Utk Kaki Golf.  


MINIT MESYUARAT J/KUASA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TARIKH: 3 MUHARRAM 1430H (31/12/2008)
4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA
4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf
4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka J/Kuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut:

Berhubung dgn *permainan Pool* yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yg ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi _sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yg mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian wpun jumlahnya sedikit._

Manakala *permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat* atau sepertinya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau 
memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram. _Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dgn taubat nasuha dgn segera._

Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

1. *Tidak ada unsur perjudian*. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:
a) Sama ada ia suatu permainan yg menggunakan wang taruhan dpd peserta, atau b) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yg menang akan memperolehi sesuatu dpd yang kalah, atau c) Sesuatu bentuk permainan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, atau d) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yg akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sst pertandingan, atau e) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua risiko yakni sama ada mendapat untung ataupun rugi. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta2 lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yg dikeluarkan.
2. Permainan golf itu *tidak menghalang daripada mengingati Allah* dan menunaikan Solat.
3. *Tiada unsur yang dilarang dan dibenci oleh syarak*, seperti disebabkan permainan golf akan  menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.
4. *Tidak membuang masa* dengan permainan golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.
5. *Tidak ketagih* - membiasakan diri dgnnya  sehingga sampai ke tahap tersebut.
6. *Tidak ada unsur pembaziran*.

SEKADAR MELONTARKAN INFO!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


muslim & atheis  

Soalan Pertama.
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab, “Allah tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua.
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab, “Allah itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga.
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab, “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab, “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan, “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat.
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab, “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab, “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata, “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima.
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab, “Kamu semua tentu pernah duduk di sebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab, “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan, “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab, “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan, “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan, “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata, “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu, “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya, “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam.
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka, “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, di manakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab, “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata, “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh.
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah di Padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab, “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya, “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan.
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab, “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan.
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan, “Jika kamu terlalu bijak, apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang, “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. 

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab, “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Beliau adalah Al Imam Al A'dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a atau dikenali sebagai Imam Hanafi.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Wasiat pnjwt Awam  

Khusus Utk Penjawat Awam Sempena Hari Pekerja ... :-

WASIAT KPD PENJAWAT AWAM :

Drp SHEIKH MUTAWALLI rahmatullah alaihi. Kaherah, Mesir.

TIGA BELAS WASIAT
untuk PENJAWAT AWAM. :

WASIAT PERTAMA 
janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT 
ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.

WASIAT KELIMA 
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

WASIAT KEENAM 
setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.

WASIAT KETUJUH 
setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat2 kami yang kuat, cerdas dan amanah.

WASIAT KESEMBLAN di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.

WASIAT KEDUA BELAS
pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

TERIMA KASIH.
Moga ada manfaat utk kita semua..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KENALI KEKASIHMU  

📃Biografi Rasulullah saw. Jom ikuti dan contohi. 


Akhlak Nabi Muhammad saw
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam

2. Berbicara ketika perlu

3. Perbicaraannya fasih,
 ringkas tetapi padat

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang

5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)

6. Selalu menundukkan
 pandangan kerana tawaddu'

7. Berfikir terus-menerus

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu.

12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya.

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak² di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt.

19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat.

20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir

22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.

23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela org lain.

24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.

26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.

28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.

29. Sesiapa yg melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.

33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.

36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.

37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

38. Paling berlapang dada.

39. Paling tepat dlm berbicara.

40. Paling halus keperibadiannya.

41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.

(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين....

💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


cinta teragung  

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung...
Akupun mahu mencintai-Mu...
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu...
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan...

Aku berusaha kearah itu...
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan
selalu terganggu...
Oh banyak..yang datang menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk...
Dunia mempersona menggamit selalu
Diwaktu itu Lupa ku pada Mu...

Cintaku..jauh sekali...
Sekali sekala Datang juga...
Walaupun sedikit Terasa indahnya...
Kemudian lupa lagi...

Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala
sedar kembali Engkau Cinta Agung...

Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cinta ku kepadamu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti

Oh Tuhan…

Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu...
Bantulah aku mencintai-Mu
agar cinta yang palsu
terbunuh sendiri....
itulah harapanku
pada-Mu…

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Lawan nafsu!  

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Apakah dlm hari kita?  

Ada seorang pakcik tua yang menjual belon secara menjaja di taman permainan.

Bila pakcik sampai di satu taman permainan, datanglah satu segerombolan anak-anak mak salleh. 

Berlari mendekati pakcik ini, setiap anak ini membeli satu belon.

Bila diorang beli, mereka lepaskan belon dan kejar belon itu kembali, yang tengah naik tinggi dan tinggi.

Ketika itu juga, pakcik ini ternampak satu anak lelaki, Nampak agak lain daripada yang lain. 

Agak kurang aktif dan agak pendiam. Jadi pakcik itu panggil budak itu :

“Budak mai sini, kenapa tidak bermain belon dengan orang lain?”

Budak itu menjawab dengan malu-malu,

“Saya nak belon, tetapi saya nak belon yang lebih hebat dari belon-belon yang lain”

“Boleh, pakcik boleh bagi belon, Adik hendak belon warna apa?”

Maka budak itu menjawab dengan sopan

“Saya hendak belon warna hitam, kerana belon warna hitam lebih kuat dari belon kuning, merah dan hijau”

Pakcik tua yang penuh kedutan diwajahnya, mengambarkan pengalaman dalam hidup, dia agak terkejut permintaan anak kecil ini.

 Lalu dia pun memandang dan menatap wajah anak kecil ini. Dan diberi belon yang berwarna hitam.

Budak ini pun dengan senang hati menerima belon tersebut dan dia melepaskan belon. Angin sempoi-sempoi bahasa perlahan-lahan mengangkasakan belon tersebut.

Pakcik Tua yang telah melihat belon yang telah naik ke langit, dengan perlahan dia menepuk budak kecik, dengan berkata :

“ Wahai anak, ingat, belon boleh terbang ke angkasa bukan kerana warnanya, tak kira hitam ke, merah ke kuning, apa sahaja warnanya. Tetapi belon boleh terbang , kerana belon itu dipenuhi dengan gas helium”

Pengajaran dari kisah ini.         

Kejayaan seseorang bukan kerana ras, warna kulit, bukan kerana keturunan, kelahiran, asal usulnya,

kuncinya adalah,

Apakah dalam hati kita itu?

Sarat dengan gas-gas KEYAKINAN

Kejayaan ini tidak ada kaitan dengan faktor fizikal

Hari ini, kejayaan kita konon boleh diukur berape hari bulan kita lahir, kita lahir malam apa, bulan mengambang atau tidak. Ketika itu ada banyak kekaltu atau tidak. Tidak ada kaitan dengan kejayaan seseorang.

Sebagaimana belon, tidak semestinya belon hitam lebih kuat dari belon kuning, yang penting dalam itu.

✅KEYAKINAN.

Dengan keyakinan, kita tidak mudah putus asa, atau patah semangat.

Walau datang pelbagai rintangan datang, kita tetap teruskan perjuangan,

Kita tidak akan Berjaya kerana semata-mata kita keturuan yang hebat

Belum tentu kita Berjaya jika bapak kita Berjaya

Yang penting,  lakukan dengan penuh ketegasan & KEYAKINAN

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JADILAH IBU BAPA BAGAI RAJA, KITA AKAN DIKURNIAKAN REZEKI BAGAI GAJI SEORANG RAJA  


Kisah ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan di Indonesia yang memiliki Syarikat Baja yg terkenal, bernama Budi Harta Winata, beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.                                     
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:

“ Jadikanlah ibu bapamu umpama Raja, maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu bagai rezeki seorang Raja”. 

Pengusaha yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan sahabat2nya ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayan seorang Raja.

Mereka menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan ibu bapa mereka melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri. 
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu". 

"Ibu bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita, kenapa sehingga mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan harta atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."

"Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk bekerja."

"Bila keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai pembantu), maka ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu, kerana kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu, bukan gaji seorang Raja."

"Walau suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak pernah cukup pada setiap bulan."

Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti seorang Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya adalah terdiri daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya sendiri dan kurang perduli pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan jiwa menderita dengan masalah2 sampingan lain.

Pengajaran ini diambil iktibar agar anak2 JANGAN mendekati orang tua hanya untuk mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan tenaga mereka untuk membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah.

Mari terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara. 

Buktikan, dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja. Praktikkan seperti mana yg dianjurkan oleh Rasulallah saw bahawa Redha Allah swt terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki ibu. 

Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih BELUM TERLAMBAT untuk berbakti. Sebelum mereka kembali kehadharat Allah swt. 

Waktu itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita dapat berbakti dengan doa yg belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum ini jadi anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha kedua-dua mereka.

WANG boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk mengasihi ibu bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan anak boleh bertambah, demikian yg wanita, suami bila mati atau bercerai boleh diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi

Ya Allah panjangkan umor mereka dlm ketaatan, lapangkan rezki mereka, kurniakan sabar & bahagiaa dlm mnjalani kehidupan seharian. Aminnn

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


waktu berjaya  

Ingatan...😇

Waktu sedang "Berjaya", kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa",  kita percaya diri melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya", barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

Waktu sedang "Jatuh", kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit", kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Manakala "Miskin", kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu.

Masuk "Usia Tua", kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Saat "di Ambang Ajal",  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama.
Sudah saatnya kita bersama sama membuat
HIDUP LEBIH BERHARGA : 
Saling menghargai, 
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung, dan
Saling mencintai
Jadilah teman setia tanpa syarat
Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
Allah tidak pernah menjanjikan
bahawa: langit itu selalu biru,  bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah : 
Selalu memberi pelangi dalam setiap badai. 
Memberi senyum dalam setiap air mata.
Memberi kasih sayang dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan dalam setiap doa.
Jangan pernah menyerah, 
Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful.

Hidup Bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.

Saudariku
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita,  namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.
Jangan pernah menjadi  "gunting".
Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah, namun jadilah "benang", meskipun lembut tetapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS  


1. bangun malam (sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).

5. solat sunat hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca Yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

16.Solat Asar.
- solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma ameen 😘

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SEDEKAH ALFATIHAH  

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 
Sahabat-sahabatku yang baik, 
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita..amin...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Bintang di dada  

Buat yang memiliki "Bintang-bintang di dada"

-----------------------------------------------


Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.


Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."


Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.


"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.


"Nu'man namaku", jawab si imam.


"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.


"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.


"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."


Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...


Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.


Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.


Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...


Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.


Ingatlah...

"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."


Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...

Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..

Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.


Ketahuilah...

"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).


JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'


انظر ما قال ولا تنظر من قال 

- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."


Semoga bermanfaat


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rezeki  

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"
Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

Mekah
3:11 AM
26 Rejab 1438 H

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


erti syukur  

Engkau,
makan rezeki milik Tuhan....
Engkau miliki apa sahaja....
Malang sekali engkau tidak pedulikan-Nya...
tetapi Engkau terima nikmat-Nya...

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran...
Takut engkau tidak bersyukur pada-Nya...
Sedangkan manusia berbudi dengan kita,
Kita tidak patut, Tidak mengenang budi,
Tidak mengenang jasa....
Manusia pada kita, sesiapapun tak boleh menerimanya...

Inikan pula Tuhan yang Mencipta...
Menghidupkan dan memberi segalanya...
Tiba-tiba kita tak mensyukurinya...
Tiba-tiba kita tak besarkan-Nya...

Ertinya,
Kita adalah manusia yang tidak berhati perut...
Yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri...

Bahkan manusia yang membesarkan diri
Dan sombong terhadap Khaliqnya...

Itulah diri engkau!
Tidak mungkin menongkat langit!

Di suatu hari nanti engkau akan menemui Tuhan pencipta engkau...
Disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kasih  

Kasih pada pemimpin...
Pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan Yang tidak berbelah bagi...

Kasih pada pengikut...
Pemimpin sanggup berkorban serta memberi khidmat dan kasih sayang tanpa kepentingan...

Kasih kepada isteri...
Dapat menyebabkan suami bersifat bertanggung jawab terhadap isterinya...

Kasih isteri pada suami...
Menjadikan isteri taat serta patuh melayani suami
dengan sepenuh hati...

Kasih pada guru...
Melahirkan murid gigih belajar serta mengamalkan ajaran gurunya di dalam kehidupan...

Kasih guru pada murid...
Menjadikan guru hilang rasa lelah di dalam mendidik...

Kasih pada ibu dan bapa...
Anak-anak sentiasa menjaga hati dan perasaan orang tuanya agar terhibur setiap masa...

Kasih ibubapa kepada anak-anaknya....
Menjadikan ibu bapa rela berkorban untuk cahaya mata...

Inilah erti kasih sayang...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Renungan  

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku..
Tepuk dada, tanya iman.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Dia pagi isnin  

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*ُِDoa pagi Isnin*                                                                                
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ v أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah. 

Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 
 
Ya Allah kami memohon seandainya kami tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, orang yang kami sayang dan sahabat kami, kami mohon Ya Allah bahagialah mereka dengan kasih sayang Mu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang kami.

Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allak kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama , dunia, keluarga dan harta kami. 

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Petua  

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.  

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim 

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
 SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN ....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


penjual roti & istigfar  

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:
"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yg masih belum Allah berikan."

"Apakah hajat mu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.” 

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


akhirat Fantasy?  

Apalah nilainya kehidupan sekiranya Allah SWT tak sentuh hati kita untuk mendekatiNya. Sia² hidup kita sekiranya kita hanya menjalani hidup ni hanya berdasarkan kehendak diri kita sendiri. Kita perlu bimbang pada diri sendiri dan perlu melihat kesungguhan orang² yg bersungguh kepada taqwa agar mereka dapat dijadikan cerminan pada diri kita apakah kita hanya begini. Apakah kita mampu merasa tenang sekiranya tak solat, tak tutup aurat, tak mahu baca quran serta berzikir. Apakah kita menyangkakan bahawa akhirat itu hanya fantasi pada kehidupan skrg yg reallity? Ketahuilah kelak bahawa apabila kain kafan sampai ke jasad kita, akhirat pula akan menjadi reality tatkala dunia pula yg akan menjadi fantasi. Jangan kita menyangkakan siksaan dan azab itu cuma sekadar omongan semata. 

Adalah satu malapetaka pada diri apabila di dalam satu hari kita langsung tidak menyebut ucapan ISTIGHFAR. Ingatlah bahawa HIDAYAH itu bukan ditunggu tetapi perlu dicari. Jika kita tak mampu menghadirkan rasa utk taqwa maka lihatlah alam ini, pandanglah pada langit, laut, matahari dan bulan  maka apakah kita menyangkakan ia terbina dgn sendiri? 

Kita perlu muhasabah pada diri agar bawa diri utk memikirkan tentang masa depan akhirat kita bukan untuk hari tua kita kerana apabila kita mencari akhirat dunia akan datang pada kita.

~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


semut & rezeki  

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut.

"Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya. 

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman. 

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut.

“Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Apa yang anda dapat pelajari daripada kisah ini??

So which of the favors of your Lord would you deny??

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Income padi income durian  


Aritu saya ada terbaca satu ebook ni tajuknya " INCOME PADI DAN INCOME DURIAN ". Isinya sangat menarik dan saya ingin kongsikan dgn anda.


Income ada 2 jenis:

1. Income padi

2. Income durian


Income Padi = kena selalu buat kerja, untuk dapat hasil. Dah tuai, kena tanam balik, tuai balik, dapat hasil, tanam balik dan seterusnya. Kalau berhenti, takda hasil. Takde income.


Income Durian = tanam benih dan jaga. 5 tahun pertama, langsung takde income. Kena keluar modal lagi ada. Selepas itu, setiap tahun, durian berbuah. Dapat income. Walaupun tak jaga, walaupun ditinggalkan.


KIta kena ada dua-dua jenis income ni.


Income padi perlu, untuk kelangsungan hidup. Untuk cash.


Income durian juga perlu, untuk akan datang. Takkan sampai bila-bila kita nak kerja. Tak nak ke, sambil kita melancong ke luar negara, income masih mengalir masuk ke dalam akaun bank kita ?


Bahasa mudahnya,

Income padi = ACTIVE income

Income durian = PASSIVE income


Jadi anda nak INCOME PADI ke INCOME DURIAN?


Cuma berkongsi,


SHARING is CARING


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kata jack ma  

Jack Ma  berkata, 
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu. 

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.  

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang. 

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.  

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun. 

Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp (mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, 
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu Tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada. 

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA.  

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan. 

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri. 

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk. 

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan. 

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorng gadis yg cantik/lelaki yg handsome.  

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.  

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan. 

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yangg kamu sayangi. 

Beza antara Orang Ybg Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

#motivasi hari ini🎯
#sekadar ingin berkongsi
Mohd Shah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster