Tentang Rezeki  


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara.
Tayar motor pancit lah,
Kereta rosak,
Duit kena curi lah,
Kena tipu lah sebab join bisnes itu ini,
Kena tipu join skim itu ini,
Dan Macam-Macam lagi.
Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil..
Maka kita cemburukan Gaji,
Elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita.
Kita rasa resah melihat orang lain. 

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. 

*Kekadang kita lupa..*
๐Ÿ”นDapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
๐Ÿ”นDapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
๐Ÿ”นDapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
๐Ÿ”นKerja tak pressure pun rezeki..
๐Ÿ”นSambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

 *Jom fikir luasnya rezeki.*

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

๐Ÿ”ธAda orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
๐Ÿ”ธAda orang direzekikan harta,tapi tak direzekikan anak-anak.
๐Ÿ”ธAda orang direzekikan anak-anak,tapi tak direzekikan kasih sayang.
๐Ÿ”ธAda orang direzekikan kekayaan,tapi tak direzekikan kebahagiaan.
๐Ÿ”ธAda orang direzekikan makanan yang hebat,tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana....
Bukan terletak pada manusia,Tapi Allah....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


petua hidup tenang  



1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Muslimah solehah vs Bidadari syurga  

Bagaimana menurutmu??

Masihkah kau mahu menjadi bidadari syurga ALLAH
Wahai diri,tahukah engkau seperti apakah susuk bidadari itu?

Di saat wanita bumi asyik dan sibuk mempercantikkan diri atau memperindah susuk tubuh
Sedangkan bidadari lebih menyibukkan diri untuk mempercantikkan iman dalam hati dan memperindah akhlaknya sebagai muslimah sejati

Di saat wanita bumi sibuk mencari cela dan sering membicarakannya
Bidadari pula sedang sibuk mencari cela dirinya dan memperbaiki apa yang harus diperbaiki

Di saat wanita bumi lebih mudah menangis kerana ditinggalkan kekaksihnya
Bidadari pula akan menangis ketika mencemburui hamba lain yang lebih baik darinya

Di saat wanita bumi sering mengeluh ketika menghadapi masalah
Bidadari akan terus kuat seiring kepasrahannya kepada ALLAH

Di saat wanita bumi terus meratapi kekurangan diri
Bidadari tidak akan diam dan akan bergerak ..bergerak,bahkan melebihi orang yang punyai kelebihan ke atas dirinya

Di saat wanita bumi banyak menangis kesiaan
Bidadari pula akan banyak menghabiskan air matanya kepada Rabbnya hingga kelak air mata itu menjadi telaga di syurga

 Di saat wanita bumi memilih jalan pintas memenuhi hajat diri
Bidadari akan sabar menanti dalam ketaatan serta usaha dan mengisinya dengan kesabaran

Wahai ukhti,hanya kekuatan diri dan mereka yang sabar dalam ketaatan kepada NYA sanggup melewati ini dan menjadi bidadari

Mungkin kamu lupa,Muslimah yang solehah yang menjaga ketaatan dan kehormatan dirinya itu adalah bayangan bidadari di Syurga.

Kerana itulah diciptakan wanita seperti Asiah isteri Firaun,Mashitah tukang sikat rambut Firaun,Ummahatul Mukminin,Saidatina Fatimah puteri Rasulullah,Saidatina Asma' Binti Abu Bakr,Sumayyah,Zinnirah,Khaulah al-Azwar (yang makamnya berada di Bahnasa),Nusaibah (yang mempertahankan baginda ketika diserang di medan uhud)

Mereka itu srikandi agung,bak bayangan bidadari di Syurga.Hatta mereka yang bergelar wanita solehah itu akan menjadi ketua bidadari yang lain di syurga kelak.Wanita solehah di dunia yang taat kepadaNYA,mereka bergerak di medan yang serba mencabar ini sebagai sufiah harakiah lebih dicemburui oleh bidadari di  Syurga kerana mereka tidak berpeluang ke dunia untuk merasai cabaran.

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” 

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda :” Sesungguhnya  apabila Allah SWT selesai menciptakan Jannatu Adnin (syurga Adnin), lalu telah dipanggil Malaikat Jibrail a.s. dan berfirman kepadanya :” Pergilah engkau dan lihatlah apa yang telah Aku ciptakan untuk para hambaKu dan para kekasihKu (para waliKu)”.
Jibrail AS pun pergi dan mengelilingi syurga Adnin itu, lalu ada seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari sebuah istana megah datang mendekati Jibrail AS serta tersenyum simpul kepadanya. Serta merta syurga itu menjadi terang benderang dari sebab pengaruh sinar dua gigi serinya. Maka Malaikat Jibrail a.s bersujud kerana dia menganggap bahawa sinar itu dari cahaya Allah Tabaraka wa Taala yang Maha Perkasa.
Bidadari itu berseru :” Hai Jibrail AS, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu”. Ketika itu Malaikat Jibrail pun mengangkat kepalanya dan melihat kepada bidadari itu serta berkata dengan kekaguman:” Maha suci Allah yang telah menciptakan engkau (bidadari)”.
Kata bidadari itu:” Hai Jibrail, malaikat kepercayaan Allah, tahukah engkau untuk siapakah saya diciptakan?”
Kata Jibrail AS:” Untuk siapakah engkau diciptakan?”
Bidadari itu menjawab : ” Saya telah diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keridhaan Allah Taala daripada hawa nafsunya”.(Mukaasyafatul Quluubi).
Allahu a'lam
Itqan,Cairo

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Wanita Solehah, Buatlah Bidadari Syurga Cemburu Padamu...*  




Firman Allah S.W.T , yang bermaksud:

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

Layakkah aku menjadi bidadari syurga buat suamiku?


"Gambaran Bidadari-Bidadari Syurga Menurut Hadis Rasulullah SAW dan Al-Quran al-Karim"

1. Harumnya Bidadari



Kita beli macam2 jenis perfume atau deodorant utk pastikan badan kita sentiasa harum dan segar sepanjang hari... tapi si bidadari x perlu pakai perfume berjenama yg mahal2...sbb dorang mmg diciptakan Allah dengan haruman dan aroma yg memukau...

Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,“Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


2. Putihnya Bidadari


Allah Ta’ala berfirman, “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. ar-Rahman: 58). 

al-Hasan dan majoriti ahli tafsir lainnya mengatakan bahwa yang dimaksudkan adalah bidadari-bidadari syurga itu sebening yaqut dan seputih marjan.

“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.”
(Qs. Ar-Rahman: 72). 
Maksudnya para bidadari tu dipingit hanya diperuntukkan untuk suami dorang ja, orang lain nda nampak dan xda yang tau sebab dorang berada di dalam kemah.

 3. Kecantikan Fizikal


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkemilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam surga nanti tidak ada bujangan.”
 (HR. Bukhari dan Muslim)


“Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” 
(Qs. Ad-Dukhan: 54)

Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yang sangat hitam. Sedangkan erti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.

Al-Hasan berpendapat bahwa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.

4. Sopan dan Pemalu




Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, iaitu:

“Di dalam syurga, terdapat bidadari-bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? 
Seakan-akan biadadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. Ar-Rahman: 56-58)

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 
(Qs. Ash-Shaffat: 48)

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”

Seluruh ahli tafsir sepakat bahwa pandangan para bidadari surgawi hanya tertuju untuk suami mereka, sehingga mereka tidak pernah melirik lelaki lain.

*************************************************

Itu semua hanyalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Kerana bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan mampu untuk membayangkan wajah bidadari yang sebenar, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh pikiran.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

*************************************************

Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?

Hurmm... macam tu rupanya gambaran kecantikan dan keindahan para bidadari syurga...memang sangat membuat para wanita dunia cemburu dan iri hati... Tapi..lepas dapat tau pasal sifat fizikal dan akhlak bidadari syurga, bukanlah bererti bidadari lebih baik daripada wanita syurga ( wanita dunia yang mendapat ganjaran syurga). Sebab... wanita-wanita syurga tu memiliki keutamaan yang besar, sebagaimana disebutkan dalam hadis nie..

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

dan... 

Seorang manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, 

“Dan manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik rupa.” 
(Qs. At-Tiin: 4)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.
Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya diperbuat daripada emas. 
Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” 
(HR. Ath Thabrani)


*************************************************



Subahanallah.... Betapa indahnya gambaran tentang bidadari syurga sehingga membuatkan sy, wanita dunia, menjadi semakin bersemangat dan beria-ia untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia agar dapat menjadi perhiasan akhirat yang jauh lebih indah dan kekal.... Lepas baca semua nie, sy dpt tau yg menjadi wanita penghuni syurga itu lebih utama dari para bidadari yang cantik rupawan. 

Walaupun begitu...... 

...saya masih ingin berCITA-CITA dan berUSAHAdengan lebih gigih lagi untuk menjadi wanita penghuni syurga sekaligus meraih gelaran bidadari syurga buat suami... ^_^  Amin Ya rabbal 'alamin... 

P/S : Duhai para wanita dunia, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi Wanita Penghuni Syurga dan meraih gelaran Bidadari Syurga. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang...Jangan berlengah lagi, jom kita jadi solehah, dan buat para bidadari syurga cemburu pada kita...dengan kecantikan akhlak, iman dan taqwa yang kita bawa sebagai bekal untuk ke Syurga kelak...InsyaAllah..  Jom baca juga tentang Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga  ^_^

"...Sifat dan keindahan bidadari syurga akan melekat pula pada 
perempuan-perempuan solehah yang memasuki surga..."

Wallahu a'lam bissawab...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Perkongsian pagi  


Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. 

Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.


“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.


Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya. 


“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”


Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”


Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”


Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:


1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.


2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.


3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.


Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”


Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.

Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”


Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.

Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.” 


Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.


Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.


Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”


Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”


Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”


Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.


Kawan-kawan, Tuhan kita adalah seperti majikan itu. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tanda-tanda kematian  

1. Meninggal dunia dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud). 
2. Meninggal dunia dalam keadaan sedang berkeringat (HR. Tirmidzi). 
3. Meninggal dunia pada waktu siang atau malam jumat (HR. Tirmidzi).
4. Meninggal dunia dalam keadaan mati syahid atau terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).
5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim). Meninggal dunia karena penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).
6. Meninggal dunia karena penyakit tha’un (HR. Bukhari).
7. Meninggal dunia karena sakit perut (HR. Muslim).
8. Meninggal dunia karena tenggelam. Meninggal dunia karena tertimpa reruntuhan (HR. Bukhari dan Muslim).
9. Meninggal dunia karena kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).
10. Meninggal dunia karena membela agama atau nyawa (HR. Bukhari). 11. Meninggal dunia karena membela harta (HR. Abu Daud).
12. Meninggal dunia karena terjangkit penyakit TBC (HR. Ath Thabrani). 
13. Meninggal dunia karena sedang berjaga di jalan Allah SWT. Meninggal dunia tatkala sedang beramal shaleh (HR. Ahmad).
14. Meninggal dunia karena terbakar api (HR. Ahmad).

Disalin dari Blog Kisah Asal Usul.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tanda kematian semakin hampir  


* 100 hari - Seluruh badan rasa bergetar

*60 hari - Pusat rasa bergerak-gerak

*40 hari - Daun dengan nama orang yang akan mati di 'Arasy akan jatuh dan Malaikat Maut pun akan datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kekadang, orang yang mati tersebut akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut dan akan kelihatan seperti sedang runsing.

*7 Hari - Mengidam makanan

*5 Hari - Anak lidah bergerak-gerak

*3 Hari - Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

*2 Hari - Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

*1 Hari - Terasa bahagian ubun bergerak-gerak antara waktu Subuh dan 'Asar

*Saat Akhir - Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)

*Bila Malaikat Maut mencabut nyawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya hingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik rohnya dari dada hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Kalau yang nazak itu orang yang beriman, maka Malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan itu di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, dia akan lupa kepada orang yang di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pada sayap Jibril A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Nerakadan dalam masa itu orang tersebut tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

TAKIRAHNYA : Marilah kita semua selalu ingatkan mati. Kerana saat kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita cuma kita saja yang tidak sedar. Janganlah kita berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia kerana semua itu akan kita tinggalkan. Tetapi berlumba-lumbalah mengumpul pahala dan amal kebajikan kerana hanya itulah yang akan menjadi bekal untuk kita bawa mengadap Allah 'Azza wa Jalla di akhirat kelak. Fikir-fikirkanlah.....
-Hamba datang hanya bermusafir, kelak pasti akan kembali ke tempat asal...-

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Hanifa Hannan & Hannan Rumaisa'  

Kedua2 kamu perlu jadi Hafizah. bantu ummi ayah di akhirat ya. syafaatkan kami, wan atok, moyang idris dan che mat. moyang Rahmah juga. Moga Allah redha.

Umur Ayah tak tahu sampai bila. Ummi juga. Moga dapat bantu ya.๐Ÿ’

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


use your hand  

USE ONLY HANDS TO EAT FOOD ALWAYS- KNOW HOW IT HELPS US!!!

Everywhere we see only the spoons and forks on the dining table in houses and hotels. If some one is eating with hand others will look at him as non cultured person. Even some parents train their children to use only spoons in house. The reason they say that children hands will be dirty hence it causes some infections.

Hence we will find out what are the benefits by eating food with our own hands scientifically.. 
....Read the following carefully .....

1.Hands touching the food will give strength to body 

2. When you take food with hand,millions of nerves will send the signal to the brain.

3. When we touch the food with hand , brain will signal the stomach so that proper digestive juices and enzymes will be produced to digest the food.

4. When you take food with hand , not only you will be healthy ,at the same time it ensure no thoughts in the mind and gives more concentration.

5. We use more oils in the cooking of food , when we use spoon that metal react with oil then food looses its taste.

6. When you mix the food with all fingers that will ensure the proper blood circulation.

7. When you take the food with hand, the moment fingers touch the lips it will produce the saliva in the mouth.

8. Hence taking food with hand we will be away from diseases, proper digestion will happen. This becomes an exercise as Per the PURANAS.

9. Each finger in the hand has got different character as shown in below 

THUMB:  represents fire 

INDEX Finger:  air 

Middle finger : Space (sky)

Ring finger : Earth 

Small finger :  water 

When these fingers touch the food the LIFE force will be activated in the Physical body...

CONCLUSION:: 

By the reading this article we came to know that there are so many benefits by using Our HAND to eat any food. Do not use any spoons and Forks for eating food  including adults and our children.  Share with your friends .........

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KITA TAK NAMPAK ุงู„ู„ู‡??  


*```Bila ุงู„ู„ู‡ sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡.```*

*```Bila ุงู„ู„ู‡ bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ุงู„ู„ู‡ .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ุงู„ู„ู‡ dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ุงู„ู„ู‡ hidup untuk ุงู„ู„ู‡ dan balik kepada ุงู„ู„ู‡.```*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Puisi Cinta ku  


Bismillahirrahmanirrahim...

*Di mana Diri...*๐Ÿ

Selalu kita dengari di dalam neraka begitu seksa sekali...
Sedang di syurga semua nikmat terpenuhi terlintas di hati sudah di beri..
Itu gambaran neraka dan syurga sejati..
Yang bakal di rasa di akhirat nanti...
Namun hakikat di sebalik tabir hidup ini..
Kita ini menempuh neraka dan syurga hakiki...
Singkaplah tabir hidup mu duhai sang pencari..
Selamlah selautan rasa seindah budi..
Carilah di mana keberadaan diri mu di saat ini..
Apakah masih di neraka atau sudah menemukan syurga duniawi...

๐ŸAduhai hati...
Jikamana hati mu masih lagi berteka-teki..
Masih ada kerisauan di hati..
Masih lagi terasa seksa menimpa diri..
Masih ada rasa tak puashati..
Masih lagi tertanya Ya Allah ini kah yang Kau beri..
Masih lagi berperang di dalam diri...
Masih berhajat segala sesuatu selain Ilahi...
Itu petanda kau masih di neraka hakiki...

Justeru itu duhai sang pencari...
Buanglah semua itu kikiskan dari hati..
Bunuhlah ia dari sanubari..
Dengan besarkan kehendak Ilahi pada diri..
Terima semua dengan cinta yang benar di hati..
Cinta yang tidak berbelah bagi..
Cinta yang tidak lagi di kotori..
Dengan duniawi sebagai belati..
Terimalah tarbiah cinta Ilahi...
Yang membunuh segala yang kau cintai...
Semata ingin mensucikan hati dari nafsu-nafsi...
Perangilah diri sendiri...
Hingga tersungkur di persada cinta Ilahi..
Menangkanlah cinta hakiki lagi sejati..
Jangan lagi kalah pada musuh dalam diri...

๐Ÿ Pabila semua telah kau atasi..
Bertemulah damai di hati..
Yakni syurga duniawi syurga hakiki..
Yang kau rasa di tiap nadi..
Merasa Dia sentiasa di sisi..
Tiada apa nak di minta lagi..
Tiada lagi kerisauan pasal duniawi..
Merasa cukup apa pun yang di rezeki..
Merasa tenang walau apa menimpa diri..
Yakni hati yang telah redha pada Ilahi..
Hingga malu nak meminta itu ini..
Tapi hakikat Allah tetap memberi..
Apa saja lintasan di hati...
Itulah yang di raih sang pencinta Ilahi..
Doa mereka keramat sekali...
Bukanlah kerana hebat diri..
Tetapi semata kerana Allah lebih menyukai...

๐Ÿšถ๐ŸฝMarilah bersama kita mencari...
Di mana berada diri..
Lalu kita bersama berjuang kerana Ilahi..
Menyelamatkan diri di dunia lagi..
Inilah dunia jambatan hakiki..
Yang kita meniti menuju Ilahi...๐Ÿ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri.  


Jln penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

๐Ÿ”นMasaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya. 

๐Ÿ”ทBukti di zmn kini: 
๐Ÿ”นSri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi. 
๐Ÿ”นLihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at. 
๐Ÿ”นDi Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at. 
๐Ÿ”นDulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.
๐Ÿ”นKini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah. 

๐Ÿ”นMelayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.

๐Ÿ”ถ๐Ÿ”ธ๐Ÿ‘‰Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafa'at dr agama yg telah sempurna. Yg tak sempurna ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah ALLAH swt.๐Ÿ”ธ๐Ÿ”ถ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


CARA WANITA BERSEDEKAH  



Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedang majoriti mereka adalah surirumah tangga dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa perit dan berandai seraya berkata: "Bagaimana, sedang aku tak memiliki wang?"
sahabat2 ku sekalian, kita setiap wanita diperintahkan untuk bersedekah. 

*Rasulullah SAW  bersabda:*

"Wahai segenap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kebanyakakan kamu sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khawatir dan rasa takut pada diri kita. 
Dan keadaannya? 

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurniaan dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya sebatas harta. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. 

*Berikut contoh-contohnya:* 

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar Anda (Menganjurkan yang baik dan Mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, LINE, FB, BBM Anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang Anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum Anda kepada suami dan anak2 Anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat *dhuha* menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri Anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang Anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan pembantu Anda dengan makanan yang juga Anda dan keluarga Anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
 
12. Muliakanlah tamu di rumah Anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, baik dengan materi maupun non materi, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan Anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang Anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allahlah segala puji dan karunia.

*Kaedah Penting:* 

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama. Lalu yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahwa
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk Anda, dengan izin Allah.
Aamiin Ya Robbal'alamin....  (Mengirimkan / nyebarkan artikel ini adalah sedekah)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


kisah lelaki muda  

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. 

Dia berpakaian, berwuduk dan kemudiannya berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit sambil membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk kembali dan berjalan semula menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yg sama! 

Dia sekali lagi bangkit lalu membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia berganti baju buat kedua kalinya, berwuduk dan berjalan lagi menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab ; 


"Saya melihat kamu jatuh 2 kali semasa berjalan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." 


Lelaki muda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. 

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya tetap sama. 

Lelaki muda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu tersebut menjawab: 

" Aku adalah Syaitan. "

Lelaki muda itu sungguh terkejut..! 

Syaitan menjelaskan; 


''Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. 

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid. 

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. 

Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu tidak terjatuh lagi dan sampai di masjid dengan selamat."

Dan

Ada 5 perkara yang kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh. 

Saudara & sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Bisikan Duit  

☘๐Ÿ€๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿ๐ŸŒพ๐ŸŒบ๐ŸŒป

Duit berbisik lagi... .!

Yang pertama..
Aku boleh membawa mu ke syurga Allah dengan;
 INFAK MU..
SEDEKAH MU..
ZAKAT MU..

Kau bela anak yatim n fakir miskin dengan aku..
Yang paling BESAR kau dapat membela AGAMA MU dengan aku..

Walau fizikal ku nampaknya lemah sekali..

Aku boleh menyambung silaturrahim dengan sekelip mata..

Dan juga menyapu air mata si miskin n anak yatim begitu saja..

Banyak suami isteri yg bahagia apabila mereka pandai menggunakan aku..

Adik beradik berkasih sayang kerana mereka gunakan aku untuk saling MEMBANTU..

Orang tua tiada yang terbiar kerana anak2 bijak menggunakan aku..

MANUSIA yang benar TAUHIDnya tidak akan menyembah aku..!
Sebaliknya akulah yang di jadikan hambanya..

Aku di jadikan KURBAN demi mencari redha ALLAH .. Tuhan semesta ALAM..

Aku boleh di tukar menjadi pahala yang besar di akhirat kelak..

Akulah yang akan menjadi sebahagian dari peneman mu selain dari amal soleh mu yang lainnya..
dari saat engkau pejamkan MATA buat selama-lamanya..

PESAN AKU.. .!

Gunalah aku demi meraih SYURGA yang di janjikan buat MU.. .

Dan yang lebih besar lagi. .amat penting sekali.. .!

Demi menjaga pahala yang kan kau bawa ini..
Jagalah AKIDAH mu jangan sampai kau melakukan SYIRIK n BIDAA'H..!

Kerana amalan mu SEMUAnya akan hancur jadi DEBU.. .!

Tidak akan tertinggal sedikit pun buat mu lagi untuk kau bawa ke alam yang tiada siapa yang akan dapat membantu mu lagi.. 

Selain dari AKIDAH MU yang BENAR.. .! ! !

๐ŸŒฉ⚡๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅ๐ŸŒฉ⚡๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅ

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR  


_Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya._

*PEMUDA:* _Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?_

*PAK IMAM:* _Boleh!!! dengan izin Allah._

*PEMUDA:* _Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya._

*PAK IMAM:* _Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!_

*PEMUDA:* _Saya ada 3 soalan;_
_1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?_
_2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?_
_3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???_

*PANGGGGGGGGG !!!*
_Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu._

*PEMUDA:* _Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?_

*PAK IMAM:* _Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!_

*PEMUDA:* _Saya tak paham !!!_

*PAK IMAM:* _Macamana rasa penampaq saya?_

*PEMUDA:* _Sakit laa Tok Imam !!!_

*PAK IMAM:* _Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!_

*PEMUDA:* _Ya !!!_

*PAK IMAM:* _Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia_.

*PEMUDA:* _Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!_

*PAK IMAM:* _Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok._

_Permuda terpegun jawapan Pak Imam._

*PAK IMAM:* _Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )_

*PAK IMAM:* _Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( masih tercengang2 )_

*PAK IMAM:* _Tu lah namanya TAKDIR,,!_

_Pemuda sombong itu terdiam._

*PAK IMAM:* _Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daginggg !!!_

*PAK IMAM:* _Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daging...!!!????_

*PAK IMAM:* _Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sakit ?_

*PEMUDA:* _Sakit dan pedih berdesing...!!!?_

*PAK IMAM:* _Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!_

*PEMUDA:* *Allahuakbar !!!*

*Pak imam* *meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.* 

*Semoga bermanfaat.*

_Share dan sebarkan... JazakAllahuKhair....๐Ÿ˜ƒ Senyum itu sedekah.....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Along  



Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah, selalu dia kena kemas kalau adik buat sepah mainan.
selalu adik je berpeluang bermanja. Biasanya pagi2 nak ke sekolah ummi akan peluk...

Sudah peluk dan minta maaf pada anak sulung anda?
Sebelum ada 2,3,7 mahupun 10,kita bermula dengan satu..begitu juga anak,kita bermula dengan yang sulung..

kerana dia,kita belajar melahirkan,menyusukan,menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak..maniskan saat tu?kekoknya kita tiap kali lalui benda baru..

hadir yang kedua,kita minta yang sulung untuk berdikari..kasih juga sudah berbagi..adakala terbit rasa kesal pada diri kita kerana kurangnya perhatian pada anak yang sulung..

rakan-rakan,gunalah setiap masa yang ada..anak yang sulung juga punya hati walaupun mereka masih kecil..jangan diikut amarah itu dengan melepaskan semua padanya..

setiap pagi peluklah mereka,sebelum tidur minta maaf pada mereka seandainya kita terlepas memarahi atau tidak melayani mereka..luangkan masa melayani anak yang sulung dan kecil bersama-sama..

ORANG LUAR hentikanlah berdialog,"kesian dia ibu dah tak sayang dia,ibu dah ada adik.."anak ini nampak kecil,tapi mereka memahami..bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati mereka..

hati yang luka masih boleh dirawat,tapi jangan dilengahkan..rakan-rakan,peluklah anak sulung anda setiap hari..ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak benda baru kerana hadirnya dia..

Sayang itu adil..tapi yang sulung paling istimewa,kerana dia yang pertama.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
#JomSayangAlong

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


4 pelajaran daripada Nabi SAW  

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda. 
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh. 
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :) 
--------------------------

๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sombong  

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
---------------------------------------

 dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. 

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu : 

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan. 

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. 

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. 

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf. 

12. Dia suka dihormati. 

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar. 

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu. 

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang. 

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain. 

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang. 

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. 

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.

SOMBONG itu ada 3 jenis..

1. Sombong terhadap Allah swt
;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan lain-lain.

2. Sombong terhadap Rasul
;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk 
;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ๏ทบ

ู„ุง ูŠุฏุฎู„ُ ุงู„ุฌู†َّุฉَ ู…ู† ูƒุงู† ููŠ ู‚ู„ุจِู‡ ู…ุซู‚ุงู„ُ ุฐุฑَّุฉٍ ู…ู† ูƒِุจุฑٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.
sharing is caring

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Apakah Kehidupan yang Baik Itu?  

Kehidupan yang baik adalah kelapangan dada dan ketenangan hati sekalipun seseorang berada dalam keadaan yang sulit, tetapi hatinya tenang dan dadanya lapang.

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin karena seluruh urusannya adalah baik. Hal itu tidak layak bagi seorang pun kecuali bagi orang Mukmin. Bila ditimpa kesulitan maka dia sabar, hal itu baik baginya. Dan apabila dikaruniai mengalami kesenangan maka dia bersyukur, hal itu baik bagi dirinya." (HR. Muslim).

Apabila seorang yang kafir ditimpa kesusahan, apakah dia bersabar? Tidak! Bahkan dia akan bersedih dan dunia akan terasa sempit baginya, terkadang dia putus asa dan bunuh diri. Akan tetapi seorang Mukmin akan bersabar dan akan merasakan kelezatan sabarnya berupa kelapangan dada dan ketenangan, oleh karena itu, kehidupannya pun menjadi baik. Inilah maksud dari firman Allah Ta'ala: "Maka Kami akan memberikan kehidupan yang baik baginya." (QS. An-Nahl: 97). Kehidupan yang baik di dalam hati dan jiwanya.

( Insya Allah dilanjutkan dengan kisah al-Hafizh Ibnu Hajar dengan orang kafir )

[ Kitaabul 'Ilmi, Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin ]

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


๐ŸŒ✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?  

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
-----------------------------------๐Ÿƒ

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

๐Ÿ‘ณ✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

๐Ÿ‘ณ✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. 

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. 

๐Ÿ‘ณ๐Ÿ“Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

๐Ÿ”Ÿ✏Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. 

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

1⃣4⃣✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. 

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

๐Ÿ‘ณ#IliHafizi

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


PERISTIWA DIMAHSYAR  



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja.  
tengok sama ada anda
mempunyai masa  untuk 
*ALLAH* atau tidak.
Kongsikan...
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster